LUAHAN SEORANG SAHABAT
Sahabat,
Pintu taubat itu sentiasa terbuka
Menunggu kita untuk melangkah kaki melaluinya
Namun, kita saja yang sengaja membutakan mata.
Sahabat,
Sungguh Tuhan terlalu sayang
Allah rindu memanggilmu pulang.
Kau sedang menunggu apa?
Tinggalkan saja soalan yang membelenggu fikiranmu.
“Aku berdosa…”
Kerana kita berdosalah kita harus taubat tinggalkan maksiat.
Dan kembali pada Allah..
Sahabat, sampai bila nak biarkan diri hanyut dengan dosa dan nodai tanpa penghujung..
Menangislah.
Merayulah kepada Allah yang Maha Esa.
#PuisiDariPanda
#meklinnn🦋
#PDP
@puisidaripanda