🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: not specified


Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)...
Channel ini akan berkongsi info tentang...
🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI..
🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA
🔍KHIDMAT MASYARAKAT
🔍☔⚡☁INFO CUACA
🔍DAN LAIN2

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
not specified
Statistics
Posts filter


*Situasi itu menyaksikan empat pasukan yang berentap di pertandingan luar domestik iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC (SFC), Terengganu FC (TFC) dan KL City FC boleh mendaftarkan maksimum 12 pemain import berbanding 10 pemain sebelum ini.*

🐯 *Kuala Lumpur: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.*
*Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata pihaknya juga tidak menyekat idea itu selagi pasukan bola sepak lelaki kebangsaan masih di bawah tanggungjawab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*
*"Pertama sekali, kita perlu melihat laporan bagaimana projek ini akan dilakukan, saya guna projek sebab semua yang akan dilakukan harus dilakukan di bawah penguasaan atau tanggungjawab FAM. Sebab itu perlu lihat dulu perincian siapa pihak pengurusan, siapa yang buat keputusan dan bagaimana dana diagihkan.*

🐅 *Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Shanghai Port FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Bola sepak Pudong, Shanghai, China, malam tadi.*
*Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, mereka berdepan perlawanan yang sukar kerana kelebihan jelas milik pasukan The Red Eagles yang di bimbing Steven Muscat.*

🤩 *Kuala Lumpur: Tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Hanapi mengakui segala pengorbanan termasuk kerja keras bersama pasukan boleh dikatakan terbalas apabila berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol di pentas Juara-Juara Asia (ACL) Elite.*
*Walaupun tidak berjaya membawa pulang tiga mata untuk skuad Harimau Selatan, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu bahawa lawannya Shanghai Port FC bukanlah mudah apabila memberi tentangan sengit dalam tempoh 90 minit perlawanan.*

🐢 *Kuala Terengganu: "Corak permainan Nelson Bonilla tidaklah teruk," kata ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner.*
*Beliau berkata demikian selepas penyerang baharu skuad Penyu kelahiran El Salvador itu gagal menjaringkan gol biarpun berpeluang ketika berdepan Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Ahad lalu.*

🦜 *Alor Setar : Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dia terpaksa berjalan kaki dari kediamannnya menuju ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) semalam disebabkan kekangan kewangan.*
*Menurut pemain import kelahiran Haiti itu, dia berjalan kaki sejauh enam kilometer dalam hujan disebabkan masalah tunggakan gaji.*

💸 *Kuala Lumpur: Beberapa tonggak utama Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bagaikan umpama 'peminta sedekah' apabila terpaksa meminjam duit bagi meneruskan kehidupan.*
*Menerusi tinjauan Arena Metro, didapati ada pemain Liga Super pasukan itu terpaksa pulang ke kampung selepas ketiadaan duit ekoran kegagalan pasukan itu membayar gaji pemain yang sangkut.*
*Menurut sumber yang juga pemain skuad The City Boys, dia terpaksa meminta pertolongan bagi meringankan bebannya yang tidak dibayar gaji selama tujuh bulan setengah.*

✍🏻 *Seremban: Pemain yang pernah berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, bakal memperkuatkan jentera serangan PDRM FC, bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.*
*Ketua jurulatih PDRM, P Maniam mengesahkan perpindahan Hadi Fayyadh secara pinjaman ke pasukan itu.*



*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


💎 *London: Liga Berlian akan meningkatkan jumlah hadiah kemenangan kepada lebih AS$9 juta (RM38.40 juta) pada 2025, yang tertinggi dalam sejarah siri itu, umum penganjur.*
*Atlet akan memperoleh sejumlah AS$18 juta (RM76.80 juta) dengan atlet terkemuka juga menerima bayaran promosi. Atlet lelaki dan wanita akan dibayar pada kadar yang sama, menurut kenyataan itu.*
*"Jumlah baharu itu hampir satu pertiga lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar semasa tempoh pandemik 2021-2024," kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa lebih banyak akan dilaburkan dalam perkhidmatan perjalanan, pengangkutan, penginapan, perubatan dan fisio atlet.*

🎾 *London: Jurulatih kepada pemain keenam dunia, Coco Gauff, Gilbert mengumumkan tidak akan lagi melatih pemain berkenaan selepas hanya 14 bulan bersama.*
*"Terima kasih kepada @CocoGauff dan seluruh pasukan atas prestasi musim panas yang luar biasa pada 2023 dan usaha pasukan yang hebat selama 14 bulan.*
*"Coco, anda baru berusia 20 tahun dan masa depanmu sangat cerah dan saya mengharapkan anda dapat melakar kejayaan yang berterusan. Saya teruja membuka lembaran baharu dalam kerjaya kejurulatihan saya," tulis Gilbert di laman X.*

🏸 *Kuala Lumpur: Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mara ke suku akhir buat kali keenam berturut-turut tidak tercapai apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Li Yi Jing-Luo Xu Min di pusingan kedua Terbuka China, sebentar tadi.*
*Turun selaku pilihan keenam, pasangan nombor lapan dunia itu dilihat mampu melangkah ke pusingan seterusnya namun sebaliknya terjadi apabila mereka dikejutkan gandingan China untuk kalah straight set 16-21, 18-21 dalam masa 40 minit di di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.*

🏸 *Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bertungkus-lumus sebelum mencatat kemenangan ke atas gandingan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di pusingan kedua Terbuka China, sebentar tadi.*
*Dalam perlawanan di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, juara Terbuka Jepun itu dilihat sedikit bergelut terutama di set kedua apabila hampir diheret ke set penentuan sebelum menang straight set 21-14, 25-23 dalam masa 41 minit.*

🏸 *Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus mempamerkan prestasi terbaik apabila mengejutkan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk di pusingan kedua Terbuka China, hari ini.*
*Itu satu kejayaan sangat baik buat mereka apabila menundukkan beregu di ranking ketiga dunia itu dalam dua pertemuan berturut-turut selepas melakukannya pada pusingan awal Terbuka Indonesia pada Jun lalu.*

🏸 *Kuala Lumpur: Perjalanan beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja pada Terbuka China.*
*Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik itu, permainan beregu kesembilan dunia itu serba tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan mudah sehingga memaksa mereka akur dengan kekalahan dalam pertarungan tiga set, 15-21, 21-13, 9-21 dalam masa 56 minit.*

⚽️ *Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya seperti yang dimahukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.*
*Perkara itu dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi satu kemaskini di laman media sosialnya selepas Hannah mengiringi Perdana Menteri yang mengadakan pertemuan dengan barisan kepemimpinan FAM, hari ini.*

⚽️ *Kuala Lumpur: Pasukan yang beraksi dalam pertandingan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) berpeluang memperkukuh lagi pasukan mereka selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan mereka untuk menambah dua lagi pemain import.*


*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


😓 *Manchester: Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi berkata juara Itali itu mempamerkan "prestasi luar biasa" untuk membuatkan Manchester City kecewa ketika mereka berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan bagi memulakan kempen Liga Juara-Juara awal pagi tadi.*
*Ulangan final 2023, yang dimenangi City 1-0, tidak begitu mengujakan, tetapi Inter merasakan mereka sepatutnya memberikan kekalahan pertama kepada Pep Guardiola di tempat sendiri dalam pertandingan Eropah selepas enam tahun.*
*Henrikh Mkhitaryan mensia-siakan peluang terbaik perlawanan 15 minit sebelum tamat.*

😮‍💨 *Coventry, England: Brennan Johnson menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika Tottenham Hotspur meledak dua gol lewat perlawanan untuk menewaskan Coventry City dari liga kedua dengan keputusan 2-1 dan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Liga.*
*Coventry mendahului 1-0 pada minit ke-87 namun pemain gantian Djed Spence berjaya menjaringkan gol penyamaan.*
*Johnson dimasukkan menggantikan Wilson Odobert yang cedera selepas 17 minit, menjaringkan gol lima minit kemudian untuk memastikan kemenangan.*

🥳 *Paris: Paris Saint-Germain gembira kerana kesilapan penjaga gol lawan Paulo Gazzaniga membolehkan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Girona, pasukan yang membuat penampilan pertama di pentas Eropah dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.*
*PSG menguasai lebih 60 peratus dan melakukan 24 percubaan ke gawang tampak akan dikecewakan oleh lawan mereka di Parc des Princes sehingga hantaran lintang Nuno Mendes gagal ditangkap kemas Gazzaniga memasuki ke gawang pada minit ke-90.*
*Ia adalah pengakhiran mengecewakan buat Girona dalam Liga Juara-Juara yang layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah selepas menduduki tempat ketiga La Liga musim lalu.*

😔 *Paraguay: Seorang pemain bola sepak berusia 15 tahun terbunuh selepas dia ditendang di kepala oleh pemain lawan semasa perlawanan di Paraguay.*
*Ismael Dominguez membuat penampilan sulung bersama Club Nacional dalam kejohanan Persekutuan Bawah 15 Tahun menentang Boqueron apabila pergaduhan berlaku antara kedua-dua pasukan di penghujung permainan.*
*Menurut jurulatih Club Nacional, Leonardo Vit, Dominguez diserang dari belakang semasa pergaduhan berlaku.*

🏎️ *Singapura: Oscar Piastri sedang menikmati setiap detik kejayaannya pada akhir musim di McLaren sudah bersedia untuk meraih kemenangan kedua dalam tempoh tujuh hari di Grand Prix Singapura.*
*"Selepas hujung minggu yang luar biasa meraih kemenangan grand prix kedua saya, saya bersedia untuk melakukannya sekali lagi di Singapura," kata pelumba Australia itu.*
*Piastri berkata, dia dapat merasai cabaran luar biasa dari segi keadaan cuaca dan fizikal yang "sangat mencabar" di trek Marina Bay yang diterangi cahaya limpah, seminggu selepas memenangi perlumbaan litar jalanan di Baku di Grand Prix Azerbaijan.*

🏊🏻‍♂️ *Toulouse, Perancis: Wira Perancis dalam acara renang di Olimpik Paris 2024, Leon Marchand berkata pencapaiannya memecahkan rekod di temasya itu mengubah begitu banyak kehidupannya sehingga dia sering perlu menyamar untuk mengelak perhatian.*
*Perenang berusia 22 tahun itu memenangi kesemua empat perlumbaan yang disertainya di Paris 2024 - 200 meter (m) kuak kupu-kupu, 200m kuak dada dan 200m serta 400m rampaian.*
*Ia menjadikannya sebagai perenang lelaki pertama yang melakukannya di satu Sukan Olimpik sejak legenda Amerika, Michael Phelps, pada tahun 2008.*


*Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.*
*Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).*

🇨🇳 *Shanghai: Mahkamah di bandar ini, baru-baru ini, memerintahkan seorang pemilik seekor anjing membayar ganti rugi 90,000 yuan (RM58,000) kepada wanita hamil yang keguguran, selepas haiwan peliharaan itu melompat ke arahnya.*
*South China Morning Post (SCMP) memetik Shanghai Morning Post melaporkan, wanita berusia 41 tahun itu hamil selepas beberapa kali menjalani kaedah persenyawaan in vitro (IVF) dalam tempoh tiga tahun.*
*Insiden itu berlaku awal tahun ini ketika wanita bernama Yan, berjalan melalui kawasan kediamannya untuk mengambil bungkusan dari stesen yang menempatkan barangan dihantar menerusi perkhidmatan kurier.*

🇹🇭 *Bangkok: Seorang wanita berusia 64 tahun diselamatkan daripada ular sawa yang membelitnya selama dua jam, di sebuah bilik di rumahnya di Samut Prakan, Thailand, malam Selasa lalu.*
*The Nation melaporkan, sebaik menerima maklumat kejadian, pegawai polis dari Balai Polis Phra Samut Chedi dan penyelamat Yayasan Poh Teck Tung bergegas ke lokasi.*
*Sejurus tiba, anggota penyelamat terus memecahkan pintu sebuah bilik di rumah itu sebelum menemukan seekor ular sawa berukuran lebih empat meter, membelit wanita berkenaan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


👑 *Beijing: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di China untuk Lawatan Negara selama empat hari.*
*Lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke republik itu selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan, adalah atas jemputan Presiden Xi Jinping.*
*Pesawat khas yang membawa Sultan Ibrahim dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor, pagi semalam, selamat mendarat di Terminal Rasmi, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, di sini, jam 3.30 petang.*

🐈 *London: Kucing tertua di dunia yang diberi nama Rosie dilaporkan sudah mati.*
*New York Post melaporkan, penjaganya, Lila Brisset mengucapkan selamat tinggal kepada Rosie, baru-baru ini.*
*Kucing itu mati pada usia 33 tahun, di rumah Lila di Norwich, United Kingdom (UK).*
*Rosie yang dilahirkan pada 1991 memegang gelaran tidak rasmi sebagai kucing tertua di dunia.*
*Ia sekali gus mengatasi rekod Flossie iaitu kucing berusia 28 tahun di Kent, England.*
*Rosie mati pada usia yang bersamaan dengan 152 tahun bagi manusia.*
*"Saya sangat merinduinya. Rosie tidak begitu sihat dan pada suatu hari, ia hanya berbaring dan kemudian mati.*

🛵 *Beijing: Menyedihkan pengakhiran seorang penghantar makanan di China, yang baru-baru ini meninggal dunia semasa berehat dengan tidur di atas motosikalnya, selepas bekerja selama 18 jam.*
*South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kematian lelaki berkenaan mencetuskan perdebatan mengenai kebajikan dan hak undang-undang penunggang p-hailing di seluruh negara itu.*
*Insiden itu di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, dan ia mendapat perhatian umum selepas tularnya video kejadian di media sosial, pada 6 September lalu.*
*Rakaman video menunjukkan penghantar makanan dikenali Yuan, 55, meninggal dunia ketika tidur bagi berehat di atas motosikal elektriknya, selepas seharian bekerja.*


*berita penuh sila follow harian metro online*


*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Seremban: Pemandu lori yang dilapor menjadi punca kemalangan 10 kenderaan dan mengakibatkan seorang lelaki maut, berhampiran Wisma MBS di Jalan Seremban-Tampin, semalam direman dua hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Marlissa Mohd Fahmy. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil ujian urin ke atas pemandu lori itu mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Puchong: Kilang penghasilan vaksin dan insulin pertama di Malaysia bakal melonjak industri biofarmaseutikal negara menerusi pengeluaran yang bukan hanya menampung permintaan tempatan, malah antarabangsa. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan fasiliti sulung itu oleh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad (Boustead Holding).*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Georgetown: Dua lelaki warga Myanmar direman lima hari, untuk siasatan merasuah polis bantuan sebuah agensi kerajaan di negeri ini. Perintah tahanan reman terhadap mereka yang berusia 53 dan 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Taiping: 11 individu termasuk seorang wanita hamil tujuh bulan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud, bulan lalu. Wanita hamil berkenaan, Ng Kai Yee, 22, bersama 10 tertuduh yang lain membabitkan tiga wanita dan tujuh lelaki bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim, Nabisha Ibrahim.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kluang: Manifesto Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir dan dijangka akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi. Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, ketika ini PN mengadakan perbincangan untuk melihat apa lagi isu yang boleh dibawa sebelum diumumkan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇱🇧 *Beirut: Siasatan awal mendapati ratusan alat kelui yang meletup di seluruh Lubnan hingga meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan sehingga 2,800 yang lain, Selasa lalu, adalah jerangkap samar (booby-trap), kata seorang pegawai keselamatan, semalam, lapor AFP.*
*"Lubnan membuka siasatan ke atas letupan Selasa yang masih di peringkat awal," kata seorang pegawai kehakiman, sambil menambah bahawa perkhidmatan keselamatan sedang berusaha untuk menentukan punca letupan yang dipersalahkan terhadap Israel.*
*"Data menunjukkan peranti itu diprogramkan terlebih dahulu untuk meletup dan mengandungi bahan letupan yang disimpan di sebelah bateri," kata pegawai itu mengenai letupan pada Selasa lalu, dan meminta namanya dirahsiakan.*

🇱🇧 *Beirut: Gelombang kedua letupan peranti di kubu kuat Hizbullah di Lubnan, pada Rabu, membunuh 20 orang dan mencederakan lebih 450 yang lain, kata pegawai negara itu.*
*Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap perang habis-habisan dengan Israel.*
*Sumber yang rapat dengan Hizbullah berkata, walkie-talkie yang digunakan oleh anggotanya meletup di kubu kuatnya di Beirut, dengan media kerajaan melaporkan letupan serupa di selatan dan timur Lubnan.*
*Rakaman AFPTV menunjukkan orang ramai berlari mencari perlindungan apabila letupan berlaku semasa pengebumian pejuang Hizbullah di selatan Beirut pada petang Rabu.*

🇺🇸 *Hamilton (Kanada): Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan "tidak sah" Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).*


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Langkawi yang juga Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah, berkata pengunjung hendaklah menghentikan aktiviti riadah jika ternampak bendera merah dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuantan: Berulang kali hebahan nasihat dilakukan namun masih ramai mangsa diperdaya 'scammer' menyamar sebagai pegawai kerajaan menerusi panggilan telefon. Terbaru seorang guru wanita di Raub kerugian RM527,733 akibat diperdaya individu menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) merampas kereta mewah, dadah, minuman keras, cecair nikotin dan televisyen bernilai RM6.37 juta dalam operasi berasingan di sekitar Pelabuhan Barat dan Utara dekat sini serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah Norlela Ismail berkata menerusi Ops Longkai 2024 yang dijalankan pada Julai dan Ogos lalu, sebanyak 11 kenderaan import pelbagai jenis bernilai RM3.69 juta dirampas hasil serbuan ke atas gudang penyimpanan kenderaan di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Jitra: Petani di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu dekat sini terpaksa menanggung kerugian lebih RM2 juta apabila hampir keseluruhan kawasan sawah seluas 232 hektar tenggelam akibat banjir sejak Isnin lalu. Seorang petani Megat Asmadi Megat Saidin, 52, dari Kampung Panchor dekat sini berkata kesemua sawahnya seluas hampir 19 hektar ditenggelami air sekali gus menyebabkan padi yang sudah boleh dituai rosak sepenuhnya.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Georgetown: Mayat dua pelancong China yang menjadi mangsa pokok tumbang di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan, Lebuh Gereja, di sini semalam, akan dituntut keluarganya secepat mungkin. "Kita sudah hubungi (waris) menerusi telefon dan mereka juga sudah maklum (dengan kejadian). Mereka akan datang tuntut mayat secepat mungkin," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Shah Alam: Kerajaan sedang meneliti kos perbelanjaan bawa pulang bahan sejarah negara yang masih berada di luar negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mesti dilakukan, biarpun terpaksa membelinya semula dengan harga yang tinggi, memandangkan bahan arkib sejarah ini mempunyai nilai tinggi kepada negara.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Nibong Tebal: Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang membongkarkan kegiatan warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan bekerja dengan kontraktor syarikat pembersihan yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam serbuan di lapan rumah di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat, di sini, semalam. Serbuan Op Sapu itu diadakan susulan aduan penduduk kawasan taman perumahan berkenaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) berhubung warga asing yang menghuni kawasan kediaman.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Shah Alam: Satu usaha dan komitmen jangka panjang perlu dikenal pasti untuk mengelak kejadian pokok tumbang yang disebabkan angin kencang dan ribut terus berulang sehingga menggugat nyawa masyarakat. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu koordinasi antara pelbagai pihak khususnya Majlis Landskap Negara, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dibuat.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kota Bharu: Rakyat Malaysia dinasihati mematuhi undang-undang semasa berkunjung ke Thailand sempena cuti umum dan cuti persekolahan yang masih berbaki beberapa hari lagi. Timbalan Ketua Polis Pelancongan 7 Wilayah Thailand, Leftenan Kolonel Sakarin Anusaman Sakul berkata, rakyat Malaysia perlu memastikan mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang ditetapkan pihak berkuasa Thailand ketika bercuti di negara itu termasuklah semasa berada di jalan raya.*


Tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21, berdepan lima pertuduhan; Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20, enam pertuduhan, manakala Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, tiga pertuduhan.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur: Beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan isterinya antara ditahan polis dalam Op Global, semalam susulan pendedahan eksklusif akhbar ini berhubung rumah amal kendalian syarikat itu yang melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual. Menurut sumber, difahamkan setakat ini seramai 19 orang termasuk pemimpin jemaah itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di beberapa lokasi.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur: Gambar 'Abuya' diselit di dalam naskah al-Quran dipercayai bagi meminta doa kepada pemimpin terbabit. Difahamkan, ia ditemui pada kitab suci itu yang dibawa anak kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang mengikuti sesi persekolahan di sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Shah Alam: Seramai 19 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) bergelar Datuk direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 25 September itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret di sini.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Alor Setar: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penyelarasan bantuan akan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah terbabit.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Sungai Petani: Seramai 2,390 daripada 2,656 penghuni penjara berjaya dikeluarkan daripada status 'buta huruf' menerusi Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata program berkenaan yang dilaksanakan di bawah Sektor Pendidikan Penjara pada awalnya membabitkan prospek muda berada di lapan Sekolah Integriti dan tiga Sekolah Henry Gurney seliaan Jabatan Penjara Malaysia.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur: Pempengaruh Islamik, Alif Teega akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam. Sumber berkata, lelaki itu atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang sebelum ini ditahan bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur: Peguam bela Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya menimbangkan keterangan saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana semuanya 'dengar cakap' dan tidak dapat dipastikan kesahannya. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahannya di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata, ia terutamanya apabila merujuk kepada keterangan yang mengaitkan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low).*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah meningkat sehingga mencecah 3,845 mangsa daripada 1,147 keluarga di tujuh daerah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 2.50 petang hari ini. Jumlah itu meningkat berbanding 3,441 mangsa daripada 978 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Langkawi: Orang ramai khususnya pelancong diingatkan mematuhi arahan dan tanda amaran bendera merah di Pantai Chenang serta Tengah di sini, berikutan keadaan ombak besar yang bergelora yang berlaku ketika ini.


*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*JUMAAT 20 SEPTEMBER 2024 MASIHI BERSAMAAN 16 RABIUL'AWAL 1446 HIJRAH*

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:46am*
*SUBUH* : *05:56am*
*SYURUK* : *07:03am*
*ZOHOR* : *13:10pm*
*ASAR* : *16:14pm*
*MAGHRIB* : *19:12pm*
*ISYAK* : *20:21pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 19sept*

*by:hanipiloiempire*
*since2011*

*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Seremban: Dua pegawai penguat kuasa termasuk dalang utama yang disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'Counter Setting' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Kedua-dua suspek suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira jam 3 pagi dan 5.40 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.*

*GOA_L* 2️⃣ *Chukai: "Saya mencari dan memanggil nama ibu berulang kali sehinggalah saya menemui jasad ibu dihempap dua batang pokok," ujar Hairahtul Kamilah Abdul Faal, 16. Dalam kejadian jam 6.15 petang semalam, mangsa, Saleha Ashaari, 49, maut selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Pantai Penunjuk Kijal di sini. Hairatul Kamilah berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama ibunya memulakan perniagaan menjual minuman dan sosej bakar di situ pada jam 3 petang.*

*GOA_L* 3️⃣ *Langkawi: Operasi Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara selama tiga hari sehingga Sabtu ini, berikutan angin kencang dan laut bergelora. Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, sehubungan itu semua perjalanan feri penumpang yang dijadual berlepas dari terminal dan sebaliknya, dibatalkan sepanjang tempoh sama.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota berbanding Perikatan Nasional (PN) selepas beberapa hari kempen berlangsung. Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, ia berdasarkan kepada personaliti calon BN yang ditampilkan Ketua Pemuda Umno Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sekali gus mampu menarik pengundi untuk mengundinya.*

*GOA_L* 5️⃣ *Pagoh: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kementerian tidak menyekat "kebebasan akademik" dalam kalangan pensyarah namun setiap kenyataan dikeluarkan harus bersandarkan kepakaran masing-masing.*

*GOA_L* 6️⃣ *Ipoh: Lelaki suruhan along dipenjara setahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyimbah cat di kediaman mangsa, Julai lalu. Majistret S Punitha menjatuhkan hukuman itu terhadap Chee Wei Leong, 44, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur: Isu berhubung nasab sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH), yang diselamatkan sebelum ini, akan dibawa kepada Mahkamah Syariah negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini kerana penentuan nasab ini terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan. Mengulas lanjut katanya, penentuan sah taraf anak yang dikaitkan dengan GISBH itu adalah penting demi masa depan mereka.*

*GOA_L* 8️⃣ *Seremban: Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki pada 2022 hingga 2023.






Salam semua.
Di sini saya ingin share video kemalangan yang kami alami pada 17/9/2024, Selasa baru ni   disebabkan tindakan seorang yang menyusahkan pelbagai pihak.
Harap jadi pengajaran kepada kita semua.
Tak sangka, terjadi pada diri sendiri.

Yang mencari pasal adalah pendatang asing warga Myanmar yang dokumen pon tidak lengkap, hanya cedera luka ringan, tapi lihatlah kerosakan yang kita kena hadapi.
Nasib baik family semua selamat.

Lokasi: Bandar Sg Long menghala ke Taman Rakan/ Balakong
*tarikh dan masa pada dashcam tidak diset pada masa yang betul( masalah dashcam).

Sumber info
https://www.facebook.com/share/p/6GSNi6MfHsCxRqyy/?mibextid=oFDknk


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Curi rantai emas RM30,000, polis buru wanita berniqab

Oleh Farwizah Samsudin -September 19, 2024

POLIS kini mengesan seorang wanita bertudung dan berniqab yang bertindak melarikan seutas rantai emas di sebuah kedai emas dekat Kuala Selangor pada 12.25 tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pembantu kedai emas terbabit pada hari kejadian.

“Suspek seorang wanita bertudung telah masuk ke dalam kedai dan berpura-pura mahu membeli barang kemas sebelum melarikan seutas rantai.

“Anggaran kerugian bernilai RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Jelasnya, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Kesiksaan.

Sebelum itu tular hantaran di laman Facebook menyatakan suspek telah membawa lari seutas rantai tangan emas 916 seberat 74.50 gram.

Menerusi hantaran, suspek dipercayai telah melarikan diri menaiki kereta Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran VLN 8563.

#UtusanTV


rantau pamjang dpn bhp


ketinggalan lebih jauh dengan pesaing yang lain.*
*Bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini berkata, ketika ini dirinya tidak nampak program dari MHC yang benar-benar berkesan dan mampu melahirkan bakat untuk membentuk skuad kebangsaan kembali digeruni oleh lawan.*

⚽️ *Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berharap tiada lagi pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang 'tutup kedai' secara tiba-tiba ketika saingan liga sedang berjalan.*
*Harapan itu diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Giorgio Pompili yang tidak mahu perkara itu berlaku.*
*Menurut Rossi, biarpun beberapa pasukan sedang menghadapi masalah tunggakan gaji namun langkah menarik diri daripada bertanding bukanlah jalan penyelesaian terbaik.*

💪🏼 *Kuala Lumpur: Selangor FC akan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk membariskan tonggak importnya dalam kemunculan pertama di pentas Asia apabila turun menentang kelab Thailand, Muangthong United FC dalam saingan Juara-Juara Asia II (ACL II) di Stadium Rajamangala, Bangkok, esok.*
*Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berkata, kesemua pemainnya termasuk awang import sedia untuk beraksi dalam aksi pertama Kumpulan H itu.*

🐘 *Kuantan: Sri Pahang FC mahu momentum kemenangan diteruskan apabila berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini.*
*Ketua pasukan, Fadhli Shas berkata, kemenangan besar 5-1 ketika menewaskan PDRM FC Ahad lalu, membantu menaikkan kembali semangatnya bersama rakan sepasukan.*

🦜 *Alor Setar: Skuad Kedah Darul Aman FC bakal kembali mendapat rentaknya apabila keseluruhan pemain utamanya kini kembali turun menjalani latihan bagi mempersiapkan diri menghadapi aksi Liga Super ke-11 menentang skuad Sri Pahang FC (SPFC) di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.*
*Tinjauan di padang latihan Sang Kenari pada petang semalam menyaksikan pemain utama memulakan kembali latihan seperti biasa selepas tidak turun menjalani latihan dibawah kendalian pengendali, Nafuzi Zain sejak awal September lalu.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


🏁 *London: Max Verstappen menyuarakan perebutan kejuaraan dunia belum berakhir dengan dia menyasarkan untuk memenangi perlumbaan GP Singapura, hujung minggu ini.*
*Pelumba yang mewakili pasukan Red Bull akui perebutan gelaran pelumba terbaik cukup sengit.*
*"Kami akan terus bekerja sebagai satu pasukan hingga ke perlumbaan terakhir musim ini.*

🏎️ *Mexico City: Bapa pemandu Formula One (F1) pasukan Red Bull, Sergio Perez dimasukkan ke hospital di Mexico selepas rebah di rumahnya sebaik Perez terbabit dengan kemalangan dalam saingan GP Azerbaijan, Ahad lalu.*
*Menerusi kenyataan media yang dikongsikan, bapa Perez berusia 65 tahun itu kini dalam keadaan stabil.*
*Begitupun, pegawai perubatan terpaksa menahan bapanya di hospital bagi rawatan susulan untuk beberapa hari lagi.*

🎾 *Seoul: Jaguh tenis dunia, Emma Raducanu memulakan saingan Terbuka Korea dengan langkah kanan selepas mengatasi pemain Amerika Syarikat, Peyton Stearns.*
*Namun kemenangan itu bukan mudah apabila Raducanu memerlukan dua jam 43 minit untuk membenam Stearns menerusi keputusan 7-6 (4) 7-6 (5).*
*Raducanu selepas aksi itu mengakui bukan mudah menundukkan Stearns yang memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan.*

🏌🏻‍♂️ *London: Jordan Spieth berkata tahap kesihatannya semakin baik selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan dan menjangkakan akan kembali beraksi sepenuhnya pada Jelajah PGA 2025.*
*"Saya fikir menjelang 2025 iaitu pada 1 Januari saya akan kembali ke lapangan golf dan beraksi semula.*
*"Sudah pasti saya mahu bangkit semula dan memburu gelaran dalam pertandingan disertai tahun depan," katanya kepada Golfweek.*

🥊 *Paris: Anthony Joshua membongkar rahsia di sebalik video viral yang menunjukkan dia menerima terapi bekam ketika dia bersiap untuk pertarungan heavyweightnya menentang Daniel Dubois.*
*Petinju Britain itu kini sedang berusaha untuk menjadi juara dunia tiga kali apabila dia akan bertemu rakan senegaranya dan juara dunia IBF ketika ini, Dubois, di Wembley Sabtu ini.*
*Petinju heavyweight ini melakukan persiapan rapi untuk pertarungan itu termasuk sesi terapi bekam yang kelihatan mengerikan dan ia menjadi viral di media sosial.*

🏋🏻‍♀️ *Kuala Lumpur: Jaguh angkat berat Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan membuktikan dirinya masih berada di tahap terbaik biarpun baru menjalani latihan dan berjaya meraih pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji, semalam.*
*Jelas badang negara itu, dirinya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana dia sedar untuk meraih sesuatu kejayaan perlu berada dalam momentum terbaik dari pelbagai aspek.*

🏸 *Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri gagal meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya apabila tewas di tangan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di Terbuka China, hari ini.*
*Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik itu, ia bukan tugas mudah buat pasangan ke-18 dunia itu bagi menjelmakan kejutan apabila terpaksa akur tewas straight set 10-21, 18-21 dalam masa 34 minit.*

🏸 *Kuala Lumpur: Dua beregu campuran negara bermula langkah kanan untuk mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan lawan masing-masing di pusingan pertama Terbuka China, hari ini.*
*Pasangan negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang berada di kedudukan 32 dunia itu melakukan kejutan apabila mengalahkan beregu ranking ke-13 dunia dari Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan kemenangan straight set 21-17, 21-16 dalam masa 28 minit sahaja.*

🏑 *Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) perlu bertindak segera untuk mencari formula terbaik dalam menyediakan perancangan pembangunan pemain remaja untuk lapan tahun akan datang sekiranya berhasrat menjadi pencabar utama di rantau Asia mahupun dunia, atau akan terus


*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


🎂 *Milan: Liverpool kembali beraksi ke kancah Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya apabila menundukkan AC Milan 3-1 di San Siro awal pagi tadi selepas tidak layak beraksi pada musim lalu.*
*Tiga gol The Reds disumbangkan Ibrahima Konate, Virgil van Dijk dan Dominik Szoboszlai manakala gol tunggal kelab Itali pula diraih menerusi Christian Pulisic sekali gus Liverpool membuka kempen dengan langkah kanan.*
*Disebalik kejayaan itu, pengurus Liverpool Arne Slot menganggap ia kemenangan cukup manis dan hadiah sempena hari lahirnya semalam.*

😤 *Manchester: Pemain tengah Manchester City, Rodri, memberi amaran bahawa pemain utama mungkin akan melakukan mogok jika kelab terus berhadapan dengan jadual perlawanan yang semakin bertambah.*
*City, pemenang Liga Juara-Juara 2023, menentang gergasi Itali, Inter Milan di Stadium Etihad pada awal pagi Khamis dalam perlawanan pertama mereka bagi fasa liga baharu pertandingan itu.*
*Pertandingan yang diperluaskan kali ini membabitkan 36 pasukan, di mana semua kelab akan bermain lapan perlawanan liga, jauh berbeza daripada Piala Eropah yang asal yang hanya menampilkan juara kebangsaan.*

🥳 *London: Ketika kelab-kelab ternama Eropah bersaing di Liga Juara-Juara, Manchester United sebaliknya 'bermaharajalela' dalam Piala Liga apabila membelasah Barnsley 7-0 di Old Trafford.*
*Aksi pusingan ketiga itu nyata dikuasai tuan rumah dengan Marcus Rashford meledak dua gol sekali gus meneruskan sentuhan jaringannya selepas turut meledak satu gol ketika menentang Southampton hujung minggu lalu.*
*Pada perlawanan itu, Rashford meledak gol pertama dan kelima perlawanan sebelum Antony, Garnacho dan dua lagi menerusi Christian Eriksen melengkapkan kemenangan United.*

🏆 *Bern, Switzerland: Aston Villa memulakan kempen peringkat Eropah dengan sempurna selepas menumbangkan wakil Switzerland, Young Boys.*
*Villa yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara pada 1982 meraih gol hasil sentuhan Youri Tielemans pada minit 27, Jacob Ramsey di minit 38 dan Amadou Onana pada minit 86.*
*Pengurus Villa, Unai Emery akui berpuas hati dengan keputusan itu dan kemenangan pertama itu melonjakkan motivasi pemainnya untuk melangkah lebih jauh di kejohanan itu.*

🤯 *Munich: Bayern Munich memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 9-2 ke atas Dinamo Zagreb yang berlangsung di Allianz Arena, awal pagi tadi.*
*Penyerang kebangsaan England, Harry Kane menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan buat kali pertama sejak menyertai kelab Jerman itu, meneruskan permulaan sempurna musim ini.*
*Pasukan tuan rumah mendominasi sejak awal, dengan Serge Gnabry membuka jaringan selepas 19 minit. Kane menyempurnakan sepakan penalti sejurus selepas itu, diikuti gol daripada Raphael Guerreiro dan Michael Olise sebelum separuh masa.*

🤩 *Madrid: Penyerang muda Real Madrid, Endrick memiliki bakat semulajadi yang unik kata pengurus pasukan, Carlo Ancelotti selepas melihat anak buahnya itu meledak gol terakhir ketika menang 3-1 ke atas Stuttgart dalam aksi pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.*
*"Dia mampu melakukan perkara yang tidak boleh difikirkan oleh sesiapa pun," kata Ancelotti selepas Endrick yang berusia 18 tahun menjadi pemain Real Madrid termuda menjaringkan gol dalam mana-mana pertandingan antarabangsa rasmi.*
*Dalam aksi itu, Endrick meledak gol ketiga pada masa kecederaan menerusi serangan balas pantas dilakukan dengan pemain itu meledak gol dari luar kotak penalti yang gagal dihalang penjaga gol Stuttgart.*


*Wisma Putra memaklumkan Lawatan Negara pertama oleh Seri Paduka Baginda ke China sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2024 mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang kian berkembang pesat sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.*
*Keberangkatan Sultan Ibrahim akan diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zain serta pegawai-pegawai kanan dari Istana Negara dan kementerian serta agensi berkaitan.*

💰*Kuala Lumpur: Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dari seluruh negara di bawah inisiatif Powering Knowledge.*
*Dipilih daripada 5,847 pemohon, penerima dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik, potensi kepimpinan dan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti kokurikulum.*
*"Penerima biasiswa akan melanjutkan pelajaran mereka di universiti tempatan dan antarabangsa yang terkenal, termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan dan Jepun," menurut kenyataan Petronas.*

🫱🏻‍🫲🏽 *Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) belum bercadang untuk menguat kuasakan kadar yuran baharu berjumlah RM150 bagi Kursus Pra Perkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.*
*Ia susulan video tular di aplikasi TikTok berkenaan penetapan kadar yuran baharu bagi tujuan itu.*
*Jawi dalam satu kenyataan di aplikasi X berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.*
*"Jawi mengambil maklum berhubung video tular di aplikasi TikTok berkenaan penetapan kadar yuran baharu bagi Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.*

☠️ *Paris: Lebih 3,600 bahan kimia yang digunakan dalam pembungkusan atau penyediaan makanan dikesan dalam tubuh manusia, sebahagian daripadanya berbahaya kepada kesihatan.*
*Satu kajian diterbitkan pada 17 September mendedahkan, kira-kira 100 daripada bahan kimia itu dianggap sebagai kebimbangan tinggi kepada kesihatan manusia, kata pengarang kajian utama Birgit Geueke dari Yayasan Forum Pembungkusan Makanan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Zurich.*
*Sebahagian daripada bahan kimia ini secara relatifnya dikaji dengan baik dan ditemukan dalam tubuh manusia, seperti PFAS dan bisphenol A.*

🪐 *Tokyo: 'Batu Marikh' yang ditemukan di Antartika oleh pasukan penyelidik Jepun akan dipamerkan kepada orang ramai buat kali pertama pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik kerajaan pada Selasa.*
*Ditemukan pada 2000 oleh Institut Penyelidikan Kutub Kebangsaan Jepun, meteorit itu tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.*
*Meteorit itu adalah antara yang terbesar seumpamanya yang ditemukan di Bumi, berukuran 29 sentimeter (cm) panjang, 22cm lebar, 16cm tinggi, dan berat sekitar 13 kilogram (kg). Analisis gas yang terperangkap di dalamnya menunjukkan asal usulnya.*

🐍 *Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).*
*Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.*
*Kebanyakannya di Asia, Afrika dan Amerika Latin, kata Dr David Williams, Pegawai Teknikal (antivenom) di Jabatan Peraturan dan Prakelayakan di WHO, dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini di Geneva untuk menandakan Hari Kesedaran Gigitan Ular Sedunia, yang jatuh pada 19 September setiap tahun.*


*berita penuh sila follow harian metro online*


*Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa. Syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.*
*Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.*

🇫🇷 *Paris: Syarikat penerbangan utama, Lufthansa dan Air France, semalam, mengumumkan penggantungan penerbangan ke Tel Aviv, Tehran dan Beirut sehingga esok, ketika ketegangan di rantau itu meningkat berikutan letupan alat kelui di Lubnan.*
*Kumpulan Lufthansa, yang berpangkalan di Jerman berkata, ia menangguhkan semua penerbangan ke Tel Aviv dan ibu negara Iran, Tehran, manakala syarikat penerbangan Perancis, Air France menggantung penerbangan ke bandar Israel dan ibu negara Lubnan, Beirut.*
*"Disebabkan perubahan dalam situasi keselamatan, syarikat penerbangan Kumpulan Lufthansa memutuskan untuk menangguhkan semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv (TLV) dan Tehran (IKA) berkuat kuasa serta-merta.*

🇵🇹 *Lisbon: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menikam enam rakan sekelas di sebuah sekolah di utara Lisbon, pada Selasa.*
*Anggota penyelamat berkata, daripada enam yang cedera, seorang daripada mereka, parah.*
*Mangsa parah adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang ditikam di dada dan di kepala.*
*Mangsa lain berumur antara 12 hingga 14 tahun.*

🇪🇸 *Madrid: Seorang pelancong Jerman, maut selepas diserang seekor jerung di Kepulauan Canary milik Sepanyol, kata pengawal pantai tempatan pada Selasa.*
*Wanita berusia 30 tahun itu sedang belayar dari kepulauan milik Sepanyol itu, sebelum digigit ikan jerung, lapor media Sepanyol.*
*Mangsa kehilangan kaki dalam serangan itu, sebelum mengalami serangan jantung ketika berada di atas helikopter penyelamat Sepanyol.*
*Dia dihantar ke hospital di Las Palmas dan disahkan meninggal dunia di situ, kata jurucakap pengawal pantai.*

🇯🇵 *Tokyo: Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September, iaitu rekod tertinggi selama 54 tahun berturut-turut, menurut data kementerian kesihatan yang dikeluarkan pada Selasa.*
*Menurut Agensi Berita Kyodo, jumlah warga emas "centenarian" sehingga 15 September meningkat sebanyak 2,980 berbanding tahun sebelumnya, dengan wanita menyumbang 88.3 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 83,958 orang.*
*Maklumat ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan sehari selepas sambutan the Respect for the Aged Day di Jepun.*
*Sementara itu, pada Ogos lalu, wanita Jepun, Tomiko Itooka yang berusia 116 tahun diiktiraf Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai individu tertua di dunia.*

🇮🇩 *Jakarta: Anak lelaki kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hadir di agensi antirasuah negara itu pada Selasa, bagi menjelaskan isu penggunaan jet peribadi, baru-baru ini.*
*Kaesang Pangarep yang ditemui pemberita selepas hadir ke pejabat berkenaan, menafikan sebarang dakwaan salah laku.*
*Gaya hidup mewah Kaesang seperti yang dikongsi oleh isterinya dalam hantaran di media sosial, baru-baru ini, mencetuskan kemarahan rakyat.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


👑 *Beijing: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China bermula esok sehingga 22 September ini atas jemputan Presiden Xi Jinping.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Alor Setar: Pertembungan air pasang besar dan limpahan air Sungai Kedah yang berlaku hari ini menyebabkan bandar raya ini dilanda banjir kilat. Air mulai naik secara perlahan bermula jam 1 petang menyebabkan laluan dua hala di Lebuhraya Darul Aman serta hadapan Kompleks Beli Belah Aman Central turut terjejas dinaiki air.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Seremban: Seorang maut, seorang lagi parah manakala dua mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori muatan batu di Jalan Seremban- Tampin, dekat Wisma MBS, di sini, tengah hari tadi. Komander Operasi, PBK I Hamlan Ishak berkata, lelaki berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Putrajaya: 'School boy' (budak sekolah), junta, karpet antara kod panggilan digunakan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting' yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata setiap kod panggilan itu merujuk kepada warga negara kumpulan warga asing yang dibawa masuk menggunakan kaunter khas terbabit.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇱🇧 *Beirut: Agensi perisikan Israel, Mossad masukkan sejumlah kecil bahan letupan di dalam 5,000 alat kelui buatan Taiwan yang dipesan oleh kumpulan Hizbullah Lubnan beberapa bulan sebelum kejadian letupan pada Selasa, kata sumber kanan keselamatan Lubnan dan sumber lain.*
*Perincian itu menjelaskan mengenai pelanggaran keselamatan pada Hizbullah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang menyaksikan ribuan alat kelui meletup di seluruh Lubnan, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan hampir 3,000 yang lain, termasuk pejuang kumpulan itu dan utusan Iran ke Beirut.*
*Hizbullah yang disokong Iran berikrar untuk bertindak balas terhadap Israel, yang tenteranya enggan mengulas mengenai letupan itu.*

🇱🇧 *Beirut: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan hampir 3,000 cedera apabila alat kelui yang digunakan oleh anggota Hizbullah termasuk pejuang dan pegawai perubatan, meletup serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.*
*Letupan bermula 3.30 petang di pinggir selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh dan lembah Bekaa, yang menjadi kubu kuat kumpulan Hizbullah.*
*Letupan kira-kira sejam, dengan saksi Reuters dan penduduk Dahiyeh berkata, mereka masih boleh mendengar letupan pada 4.30 petang.*
*Menurut sumber keselamatan dan rakaman yang disemak oleh Reuters, beberapa letupan berlaku selepas alat kelui berbunyi, menyebabkan pejuang meletakkan tangan mereka atau membawa mereka ke muka mereka untuk memeriksa skrin.*

🇹🇼 *Taipei: Syarikat Taiwan, Gold Apollo, pada Rabu berkata, model alat kelui yang didakwa digunakan oleh anggota Hizbullah, yang secara serentak meletup dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang di seluruh Lubnan, dibuat oleh rakan kongsinya dari Hungary.*
*Gold Apollo mewujudkan "perkongsian jangka panjang" dengan BAC Consulting KFT yang berpangkalan di Budapest untuk menggunakan tanda dagangannya dan model yang disebut dalam laporan media "dihasilkan dan dijual oleh BAC". kata syarikat itu dalam satu kenyataan.*
*Ia selepas New York Times melaporkan bahawa alat kelui keluaran syarikat berkenaan terbabit dalam letupan itu.*

🇺🇸 *Washington: Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*

20 last posts shown.