Coretan Hafizah


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Perkongsian :
🕊️ About Dakwah
🕊️ Qoutes
🕊️ Video Dakwah
🕊️ Nasyid
🕊️ Dan sebagainya yang bermanfaat
#semogabermanfaat
[ Berdakwah dalam diam ]
[ Asbab ke syurga ]
Since 7 || 11 || 2020

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah,

Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk bersama-sama dengan kita.

-lia-
#pemburutarbiah #pemburusyahid #catatandaie

@thedakwahsharing


Jangan tunda taubatmu,
Selagi sihat dan selagi sempat.

-lia-
#pemburutarbiah #pemburusyahid #catatandaie

@thedakwahsharing


Air mata perempuan, suatu kebiasaan.

Air mata lelaki, suatu kejujuran.

Air mata taubat, lagi mulia kerana terselitnya suatu keinsafan.

-lia-
#pemburutarbiah #pemburusyahid #catatandaie

@thedakwahsharing


Allah tahu hamba-Nya lemah.

Selepas bertaubat, tergelincir balik ke lubang yang sama.

Sebab itu, Allah buka pintu taubatnya setiap masa.

-lia-
#pemburutarbiah #pemburusyahid #catatandaie

@thedakwahsharing


Forward from: The Dakwah Sharing
Video is unavailable for watching
Show in Telegram
@thedakwahsharing


Audio Surah Al-Kahfi Full

- Syeikh Mishary Rashid Alafasy

#surahalkahfi
#alkahfifull
#audioalkahfi

@coretanhafizah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
SURAH AL-KAHFI (FULL)

- Ismail Annuri

#surahalkahfi
#alkahfifull
#videoalkahfi

@coretanhafizah


Kalau kau rasa tiada siapa-siapa pun dalam hidup kau harini . Ingat, Allah sentiasa ada bersama .

Jangan mengeluh .
Takut-takut kufur nikmat .
Selalu cari hikmah ok !

- Naufal Isa

@coretanhafizah


Segala masalah yang kita hadapi, tujuannya adalah untuk memperbaiki diri.
Allah telah menyusun atur kehidupan kita dengan penuh kasih sayang.

♥️🍃

- DakwahSentapOfficial

@coretanhafizah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Masa ibarat air sungai yang mengalir.

Kita tak mampu sentuh air yang sama berulang kali. Sekali terlepas, selamanya terlepas.

Begitulah masa, kita tak akan jumpa semula masa yang sudah terlepas.

- KembaliDamai

@coretanhafizah


• Jangan bicara tentang hartamu di hadapan orang miskin.
• Jangan bicara kesihatanmu di hadapan orang sakit.
• Jangan bicara tentang orang tuamu di hadapan anak-anak yatim.

Kerana mereka sudah cukup terluka dengan ujiannya.

❤️☕️

- hunteroffaith

@coretanhafizah


Tersentap aku membaca luahan seorang Lelaki...

Allahhu... 😭😔

""Aku paling menyampah.

Dengan status perempuan yang malu malu.

Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.

Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah.

Berada dalam landasan fikrah beragama.

Dari sekolah agama.

Belajar di institusi agama.

Tahu pasal agama.

Weyh perempuan!

Kalau kau kena mengorat.

Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat.

Garanglah sikit!

Bukan sekadar sombong je tapi garang!

Garang tahu tak?

Bukannya melemah lembutkan suara.

Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan.

Konon hendak menjaga hati.

Tapi menimbulkan masalah hati pula.

Bagaimana tu?

Menjaga apa namanya?

Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?

Bukannya mengada-ngada,

Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir.

Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair.

Malu-malu tak kena tempat.

Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat.

Main mesej tanpa urusan muammalat.

Kemudian kau salahkan lelaki?

Bagi aku lah kan.

Kau yang tak tegas.

Terlalu berlemah lembut tak kena tempat.

Bajet ayu untuk memikat.

Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian.

Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang.

Konon-konon kitalah muslimah solehah.

Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah.

Katanya :

"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"

Alasan yang dah basi.

Itu semua poyo!

Wahai perempuan,

Jaga diri boleh tak?

Tegas dan garang!

Walaupun kau tu muslimah,

Jadilah tegas dan garang!

Tak payah nak berlembut sangat.

Biar lelaki benci!

Jangan lelaki jatuh hati!

Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau, kau bangga ke?

Daripada dia berkopiah langsung tak berambut.

Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik.

Hilang sudah seorang pejuang agama.

Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar.

Bagi aku seorang muslimah solehah.

Dia mesti tegas!

Sebab dia tahu maruah diri dia di mana.

Dia tidak boleh berlembut sesuka hati.

Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai.

Lihat Zainab Al Ghazali.

Ummu Salamah.

Saidatina Aisyah.

Asiah.

Kerana agama mereka dibenci.

Kerana lantang bersuara mereka dicaci.

Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama.

Tak pernah pun lelaki mengorat mereka.

Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama.

Jika ada yang mahu menyunting.

Mereka mendapatkan secara terhormat.

Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah.

Yang ada fikrah agama.

Jika ada yang mahu mengorat anda!

Sila salahkan diri sendiri.

Refresh diri.

Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?

Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?

Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?

Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut.

Ayu dan terlalu memikat.

Namun sangat pengecut untuk bertegas.

Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya.

Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?

Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?

Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?

Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?

Maafkan aku jika berkasar.

Aku sudah muak + menyampah.

Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat!

Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat.

Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat.

Biar lelaki benci!

Jangan sampai mereka jatuh hati!

Aku penatlah.

Penat melayan semua ini.

Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?

Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi!

Serius!

Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu.

Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu""

Apa lagi alasan kita wahai Hawa 😭😭

#sisHenshin

🥀🥀🥀🥀🥀

@coretanhafizah


Perasan atau tidak, apabila menjelangnya waktu subuh, kepala kita akan terasa berat.
.
Mata pula bagaikan ‘digam-gam’ seolah-olah sukar hendak celik.
.
Badan pula terasa malas hendak bangun dan meninggalkan bantal dan selimut.
.
Barangkali situasi itu pernah berlaku pada diri kita.
.
Ya, itulah ‘ikatan’ syaitan yang cuba menghasut manusia supaya tidak bangun awal pagi dan solat Subuh.
.
Namun, kita sebagai hamba-NYA perlu melawan segala belenggu itu untuk menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta.
.
Mereka yang berjaya berbuat demikian layak digelar sebagai ‘pejuang subuh’.
.
Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita.
.
Malah ia dituntut dalam agama Islam.
.
Rahmat Allah SWT dan keberkatan pagi akan turun buat hamba-NYA yang bangun awal pagi.
.
Jadi, kalau nak kan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah tunaikan lah hak hak Allah dahulu 😊
.
InshaaAllah jika kita utamakan hak hak Allah, Allah akan beri lebih dari yang kita sangka kan.
.
Semoga bermanfaat buat semua!

[ Jentik Hati ]

@coretanhafizah




🌻 Zikir Hari Selasa🌻:


۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ۞

Maksudnya :

🕊Ya Allah, rahmatilah ke atas hamba-Mu, Rasul-Mu dan Nabi-Mu yang benar dan kesejahteraan ke atas ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Fadhilatnya :

🕊Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

@coretanhafizah


🌻Jom selawat!🌻

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

@coretanhafizah


Kenapa kita susah untuk menerima teguran? Kenapa kita susah untuk membaiki diri kita? Kenapa kita susah untuk meninggalkan maksiat?
.
Kenapa?
.
Sebab mungkin hati kita dah hitam. Dah terlalu sangat buat perkara negatif. Lupa untuk berzikir. Lupa untuk bersedekah. Lupa untuk buat amal. Kan?
.
Habis, macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Hati yang kotor?
.
Oh senang je. Mintak keampunan dari Allah. Slow2 menjauhi perkara2 maksiat, perkara2 yang dilarang oleh Allah. Selalu berzikir. Selalu ingat pada Allah. Solat diawal waktu. Terus istiqamah dalam membuat sesuatu perkara yang baik.
.
Susahhh nyeeee. Kan?
.
Takpe, slow slow. Allah akan tolong. Kalau kau nak, kau berusaha, Doa, Istiqamah dan Tawakal. InsyaAllah. Kau dapat.
.
Hidayah itu milik Allah. Bukan milik manusia.
.
Ingat 😊

[ Jentik Hati ]

@coretanhafizah




Tips terbaik untuk orang lain sangka baik dengan kita adalah, kita sendiri yang mula bersangka baik dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain TAK MENGUNGKIT dengan kita adalah, kita sendiri yang mula tak mengungkit dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain hormat kita adalah, kita sendiri mula untuk hormat orang lain.

Tips terbaik untuk Allah tutup aib kita adalah, kita sendiri kena tutup aib diri sendiri dan orang lain.

Jangan asyik menuding jari dengan mempersoalkan,

Kenapa dia tak hormat aku?
Kenapa dia asyik mengungkit?
Kenapa dia asyik sangka buruk dengan aku?
Kenapa orang asyik buka aib aku je?

Muhasabah kita malam ini. Fikir diri sendiri dulu sebelum tuding jari pada orang.

Point paling penting ialah, what goes around, comes around.

[ Tarbiah Sentap ]

@coretanhafizah

20 last posts shown.

17

subscribers
Channel statistics