Setelah ditenangkan oleh atlet-atlet senior kami, kawan kami yang ternampak benda itu pun tertidur. Kami sengaja tak memberitahunya kepada jurulatih kami kerana jurulatih kami masa itu sangat tegas, takut didenda..hahaha. Saya sendiri pun tak memberitahu sesiapa apa yang saya nampak malam itu. Setelah selesai sukan dan kami sudah balik dari sana baru saya ceritakannya pada kawan-kawan saya. Mereka sangat terkejut terutama kawan saya yang ternampak itu juga .