Kata nasihat agama dan syair


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Jahil nya di bimbing alim nya membimbing

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Selagi kamu bernafas di muka bumi ini hadapilah kesusahan sepertimana kamu hadapi kesenangan

#ShukurSokMo


Tak perlu aibkan sesiapa, burukkan sesiapa, untuk buat orang suka kita. Biar mereka suka kerana kebaikan yang ada dalam diri kita. Walau tidak disayangi ramai, tapi sedikit yang ikhlas, itu benar jelas


Kematian bertanya kepada kehidupan ,

Kenapakah manusia terlalu mencintaimu dan membenciku ?

Jawab kehidupan ,

Kerana aku adalah kepalsuan yang manis dan engkau adalah kebenaran yang pahit .


Saat hati telah menjadi singgasanaNya,
Jiwanya akan terpenuhi dengan rahasia-rahasia Ilahi,
Camkanlah!

ibarat tubuh bagiku, tak lebih dari sebuah lilin.

Jangan hitung seberapa luas singgasanaNya.

~ Maulana Rumi ~

Manusia mampu menjadi wadah Ilahi sehingga rahasia-rahasia Ilahi turun padanya yakni diamanahkan padanya. Wadah itu adalah hati yang suci.

Peranan tubuh adalah berkhidmat kepada keinginan ruh, dan dalam hal ini, Rumi mengibaratkan tubuh tak lebih seperti lilin yang akan mengorbankan dirinya demi mewujudkan kesempurnaan ruh.

Sebab puncak kebahagian adalah makrifat yakni memahami rahasia-rahasia Ilahi. Dan pada saat itu, manusia akan mengalami keluasan eksistensi diri sehingga mampu mengarungi alam-alam batin.


" Perbanyakanlah istighfar di Bulan Rejab. Kerana di bulan tersebut setiap saat Allah سبحانه وتعالى mengeluarkan orang dari neraka dan sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى memiliki kota-kota dalam syuga yang tidak akan di masuki kecuali oleh orang-orang yang berpuasa di Bulan rajab.

(Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA)

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان


Kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan abadi di akhirat, dunia dan segala isinya diciptakan untuk manusia, dan manusia diciptakan untuk Allah agar beruntung di akhirat. Alangkah ruginya orang yang mengedepankan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat, Allah s.w.t berfirman: “Tetapi kamu lebih mementingkan kehidupan dunia, sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal” (QS:Al-Ala:16 dan 17).

Alangkah ruginya mereka yg melihat kemewahan dunia lalu memandang hina kepada mereka yang leka dengan Allah s.w.t. Dan alangkah beruntungnya mereka yang buta selain Allah s.w.t. Setiap perbuatannya semata-mata kerana Allah s.w.t.


TAMAKNYA MANUSIA DALAM MENCARI HARTA DUNIA

Akan berlaku di akhir zaman nanti manusia begitu tamak di dalam mencari harta dunia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika akhir zaman manusia semakin tamak terhadap harta dunia dan semakin jauh daripada mengingati Allah SWT" (Terjemahan Hadis Riwayat: Tabrani).

Jika kita perhatikan fenomena tamaknya manusia terhadap harta dunia ini berlaku di mana-mana sahaja. Lihatlah di sekeliling kita. Orang sudah tidak pernah berasa puas terhadap harta dunia. Tidak pernah merasa kecukupan terhadap kekayaan dunia sehingga mereka bekerja siang dan malam.

Orang tamak seumpama orang kehausan meminum air sejuk. Tidak akan berasa puas dan terus meminum dan meminumnya lagi. Sehingga perut menjadi buncit dan sesak nafas akibat banyaknya minum kerana tidak berasa puas. Begitu juga perangai orang tamak terhadap harta dunia.

Mereka tidak pernah berasa puas dan kecukupan. Makin banyak harta yang sudah dimilik dan dikumpul, semakin banyak pula yang mereka ingin cari. Makin kedukut dan kikir pula sifat peribadi. Mereka sudah tidak memikirkan bagaimana dan di mana mereka perolehi harta kekayaan dunia.

Harta kekayaan dunia semakin banyak yang kita kumpul semakin terasa kurangnya. Akhirnya kita bertungkus lumus siang dan malam hanya untuk mencari harta kekayaan dunia. Soal halal haram sudah tidak dipedulikan. Akhirnya mereka lalai untuk mencari harta buat bekalan akhirat.

Allah SWT memberikan peringatan yang bermaksud: "Kamu dilalaikan oleh memperbanyakkan kekayaan dunia sehingga kamu masuk ke liang lahad (lubang kubur)". (Terjemahan Surah al-Takatsur. Ayat 1-2). Orang yang tamak kepada harta dunia akan lupa juga terhadap ahli keluarga.

Seperti yang disebutkan di dalam hadis bahawa semakin tamak manusia mencari harta dunia maka semakin jauh daripada mengingatai Allah SWT. Maksud jauh daripada meningati Allah SWT ialah manusia semakin sibuk mencari harta dunia hingga tidak punya masa untuk beribadah kepada Allah SWT.

Orang yang tidak memikirkan soal halal haram dan keberkatan dalam mencari harta dunia tidak akan merasa penting untuk mengingati Allah SWT. Yang penting bagi mereka ialah mencari sebanyak mungkin harta dunia sementara kudrat masih ada. Semakin banyak harta terkumpul semakin menjadi-jadi sifat tamaknya.

Tn. Hj. Darus Awang
nota_tasawwuf🌸


TALI SAKTI

Jangan lepaskan tali sakti ditanganmu
Kerana terpesona dengan renda bayangan
Rajut dan simpulkan erat belitannya
Supaya dikau tak hanyut di arus ujian
Jika kau tanya apakah tali itu
Maka jawabku: "Tali Allah"...
Jangan kamu bercerai berai dari ikatannya
Mencari temali yang lain buat berpegang
Bergantung harap kepada kemahluk-kan
Milik siapa perbendaharaan kurnia?
Milik siapa kanvas alam cipta?
Jika dikau masih lalai dan enggan mencari makna-makna. Apa harapanmu memperoleh sejahtera, saat kembali memikul beban tanya kebingungan?.

Dari tinta lidah kebenaran
Amir Debu Alam
23 Mac 2018.


Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.

Abu Muhammad Imam Ja’afar Al-Sadiq.


Sedikitkan Ketawa, Perbanyak Menangis

Ketawa itu perkara yang harus, tapi bila banyaknya ketawa akan menyebabkan kerasnya hati.

Banyak ketawa dapat mematikan atau mengeraskan hati.

Sedikitkanlah ketawa dan banyaklah kamu menangis.

Menangis kerana akhirat itu yang dituntut dalam agama kita.

Ada suatu kisah, seorang Sahabat Nabi yang menangis kerana kehilangan untanya.
Maka berita itu diketahui Rasulullah SAW, lalu Nabi bertanya.

Maka dijawab, kerana Untanya hilang.

Lalu Nabi mengatakan,
"Saya menyangka kamu menangis kerana terlepas takbiratul ihram bersama imam"

Kata sahabat itu, "Ya Rasulullah, adakah takbiratul ihram itu lebih baik dari unta aku?"

Jawab Nabi "ia lebih baik dari apa yang ada di muka bumi ini walaupun dipenuhi dengan unta kamu."

Rasulullah SAW mendidik para sahabat, supaya tidak merasa selesa/puas dengan kedudukan yang ada, supaya sentiasa mencari maqam yang tinggi disisi Allah.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid


*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*

*Jom perbanyakkan selawat setiaphari*

❤ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹


*Rasa syukur* membuat hidup kita menjadi indah

*Rasa syukur* membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah

*Rasa syukur* mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga

*Rasa syukur* mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai

*Rasa syukur* mengubah hidangan sederhana terasa menjadi istimewa

*Rasa syukur* mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman

*Rasa syukur* mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga

*Rasa syukur* mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan

*Rasa syukur* mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan

*Rasa syukur* mengubah penolakan menjadi penerimaan

*Rasa syukur* mengubah kebencian dihati menjadi kasih sayang

*Rasa syukur* menciptakan kedamaian dan ketenangan hati

*Rasa syukur* menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis

*Rasa syukur* menjadikan masa sekarang keindahan dan kesenangan

*Rasa syukur* menjadikan hari esok penuh harapan

*Bila hatimu dipenuhi rasa syukur... Hidup menjadi selalu indah dan damai.. Iman makin meningkat..Alhamdulillah..*


BISMILLAH

KEBESARAN ALLAH

Di tengah berlumurnya dosa
Di tengah setumpuk masalah
dalam hidup
Di tengah gersang hatiku
Di tengah perbuatan dosa
yang ku lakukan

Ku tersedar akan khilaf ku
Ku memohon ampunan Mu
Atas dosa-dosa yang telah
ku perbuat
Yang membuat gelisah hatiku

Kau telah tunjukkan
jalan lurus Mu
Kau telah memberiku
jalan menuju syurga Mu
Kau berikan rahmat dan
kasih sayang Mu
Itu semua kerana
kebesaran Mu

Entah bila ajal akan
menjemputku
Hanya engkah yang
Maha Tahu
Dari segala yang akan
terjadi pada hamba Mu
Di sisa hidup ku,
terimalah do'a ku

Aku memang orang
yang hina
Aku orang yang tak
layak memohon doa
pada Mu
Tapi, hanya pada Mu
tempat meminta
Memohon ampunan
atas segala dosa

Aku juga orang yang
tak layak menghuni syurga
Tapi aku takut pada Neraka
Kerana itu aku berdoa
Meminta kebesaran Mu
agar menghapus dosa

Duhai Tuhanku.....
Ampunilah segala dosa ku
Hapuskanlah dosa ku
Berikan kasih sayang
atas kebesaran MU

M. K.


Photo from *sS*


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Video is unavailable for watching
Show in Telegram

20 last posts shown.

3 125

subscribers
Channel statistics