Yellow zone tidak begitu terkawal
Akhir shift masih ada pt baru masuk
Aku ambil kertas triage,
"Alleged pcm ingestion. 40tablets"
Dlm hati wow.
40 biji telan.
Toleh tengok pesakit yg berkenaan
Seorang wanita, cantik, bertudung Sempurna auratnya walaupun sudah ditukar baju ke baju hospital
Aku mendekatinya, senyum.
Tak berbalas
Okay, takpe
Mula dapatkan history
Basically nak tengok simptom² yg dia develop after makan ubat ni, takut overdose
Wajahnya masih murung sepanjang aku bertanya.
Habis tanya simptom, aku tau aku belum tanya satu benda.
Iaitu; kenapa.
Aku menarik nafas, dalam
"Hmm akak. Sorry tanya. Kenapa akk telan 40 biji panadol ni?"
Dia senyap, pandangan yang menembusi lantai yang dilihatnya
"Ada masalah ape-ape ke?"
Tak lama lepas tu dia bersuara
"Boyfriend yg saya nak kahwin tu, saya baru tahu pagi ni dia ada perempuan lain"
"Oh.." aku angguk.
Jujur aku tak tahu mahu sambung apa.
Nak nasihat ke macam mana ni, nak mula dari mana.
Tiba-tiba dia tambah lagi,
"Saya baru convert islam 2 minggu lepas. Dah plan nak kawin dh dokter.. sy dh korbankan macam-macam utk dia"
Aku terkedu sekejap.
Baru perasan dia bukan muka melayu
"Yeke.. hmm akak convert ni family tahu tak?"
Sengaja aku bertanya, mahu tahu support dari family dia sendiri bagaimana
Dia geleng
"Mak ayah akak mcm mana?" -aku sambung
"Sebelum ni saya pernah cakap nk kawin dgn lelaki melayu, dan nak masuk islam, mak saya tak benarkan" -airmata sudah memenuhi kelopak matanya
Haih
Ni yang lemah ni
Huhu
Aku senyap beberapa saat
Cuba menyusun kata dari lidah yang tak begitu fasih bahasanya
"Akak hilang manusia. Tapi akak tak hilang Allah. Pegang betul-betul, Allah dah pilih akak masuk islam tau"
Mata aku sendiri rasa panas
What a test to her..
Dia nampak seperti seorang bayi
Yang masih tak mengerti apa-apa
Yang masih perlu dibimbing langkahnya
Yang masih perlu dikenalkan dengan Dia
Aku yakin Allah takkan pernah salah memilih seseorang untuk memeluk islam,
Walau apa pun reason mereka
Mungkin permulaannya adalah sebab manusia,
Namun insyaAllah, Dia lah yang akan meluruskan perjalanan di kemudiannya
Dan pada dua minggu keislamannya, dia telah diuji dengan perihal kesetiaan
Kesetiaan pada Tuhan yang telah dia mula ikrarkan
Mungkin terdetik untuk berpatah balik setelah perjalanan yang baru selangkah dua diuji sebab bertapaknya dia
Aku pulang dengan seribu satu persoalan di kepala
Allah tak pernah salah pilih sejak pertama kali hati kita dibuka.
Dan bila kita telah bermula,
Allah akan menapis dan menguji hingga sebab kita di perjalanan itu hanyalah Dia
Kerana hanya dengan Dia sebagai tujuan kita, Allah akan memberikan syurga
Despite all the storms and hardships,
To her and my dear self,
Please, fight to stay.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan bergembiralah dengan jannah (surga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (41: 30)
@rentetanperjalanan