paranormal `


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


“ fafa , a person who loves to write ”
✧ kisah seram siri asrama .
✧ hati hati , ada benda yang memerhati .
— 🌒 [ @seketulbot ]
collab on @studytipsandnotes

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


jangan tidur awal . 945 malam saya post cerita 😚


━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
👒 𝐇𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐏 👒
BY @BETTERFEELINGS
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

✧ :: 𝐣𝐨𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞𝐬𝐞 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐛𝐞𝐥𝐨𝐰 :: ✧

👒 ༉ @seramasrama
༄ seram tak seram

👒 ༉ @tarbiahhatikeranaIlahi
༄ tarbiah hati kerana ilahi

👒 ༉ @sfondowallpapers
༄ aesthetic and random wallpaper

👒 ༉ @psyychomafiaa
༄ mafia vibes

👒 ༉ @InaCafe
༄ your warm aesthetic cafe

👒 ༉ @cheapestkpopshop
༄ kpop official & unofficial stuffs

👒 ༉ @WallpaperYours
༄ random wallpaper here

👒 ༉ @TopupFactory
༄ safe and quick topup here

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌
L I S T M U S T S T A Y 5 H O U R .

➪ unlimited subscribers .
➪ gpromo @promoteheree .
➪ contact @fieaspbot .

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌

💚 ; 🅂🄿🄴🄲🄸🄰🄻 🅂🄴🄰🅃 ; 💚
t.me/cheapestkpopshop


#akubebel

dah siap schedule . serius gambar tu seram . terkelip kelip mata aku sebab taknak tengok lama lama . aku ni bukannya berani sangat pun 😭 .

@seramasrama


[ Tandas Surau ]

pengalaman tinggal di asrama memberi pelbagai memori berharga termasuklah kisah kisah pelik dan seram yang sering dikaitkan dengan asrama . ramai orang kata , kalau tinggal di asrama , kejadian histeria selalu berlaku . itu belum lagi terdengar bunyi perkara pelik di bilik kosong ketika banyak pelajar balik rumah .

ia seolah-olah sudah menjadi satu perkara biasa untuk berhadapan dengan situasi seram di asrama sehingga timbul pelbagai kisah dan kejadian yang boleh dikatakan pelik tetapi benar .

ini kisah aku . waktu ni tahun 2020 , aku tingkatan 1 . masa tu pelajar yang tinggal di kawasan zon merah tak boleh balik rumah . aku duduk selangor . so , memang tak balik . dorm aku tinggal 3 orang je termasuk aku .

hari sabtu , aku dengar warden kejut subuh dekat dataran asrama . memandangkan Ain dan Azwar , member dorm aku yang dua tu uzur ( haid ) , aku pergi la surau sorang sorang . masa aku tengah ambil wuduk dekat bilik wuduk , aku dengar pintu berkeriut memandakan ada orang masuk . aku rasa seram sejuk . cepat cepat aku toleh ke belakang , tak ada orang .

aku dah rasa lain macam dah waktu tu . aku cepat cepat pakai telekung dan berlari masuk ke dalam surau . lepas dah habis solat subuh berjemaah , aku pergi tandas surau . dah habis membuang apa semua tu , aku keluar la , nampak Azwar berdiri betul betul depan tandas aku .

aku terkejut tengok dia , “ weh terkejut aku . pikir hantu mana lah tadi ”
Azwar hanya ketawa simpul dan cakap , “ lama nye kau dalam tu ” .
aku tersengih . “ sakit perut ” jawabku .

Azwar masuk dalam tandas . aku sarung telekung dan terus pulang ke asrama .

bila aku masuk je dalam dorm , aku tengok , Azwar tengah bersiap pakai tudung labuh ( tudung hitam asrama ) .

aku cuak , “ bukan kau pergi tandas musolla ke tadi , Azwar ? ”

Azwar hairan , “ bila masa , aku baru lepas mandi . on the way nak pergi dm ( dewan makan ) . nak ikut tak ? ”

aku tak hiraukan pertanyaan Azwar . angin seram sejuk lalu . serta merta meremang bulu roma ku .

" he he he he he " ketawa makhluk itu kedengaran berbisik di telingaku .

— tamat —

@seramasrama


[ Midnight Study ]

spm dah nak dekat . jadi , aku pun mula berjaga untuk study tengah malam dalam pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi .

pada suatu hari , aku study macam biasa . waktu tu semua orang dalam dorm tengah tidur . tiba tiba , ada satu suara berbunyi . " yana , yana . belum tidur lagi ke ? ". aku pun terus jawab tanpa mencari siapa yang bertanya,
" belum lagi , kenapa ? ". suara tersebut sudah tidak didengari selepas soalan tersebut .

aku baru teringat yang ahli dorm aku semua sudah tidur . jadi siapa yang bercakap tadi ? aku terus menoleh . terlihat sesuatu yang berambut panjang sedang bertenggek di atas meja study . aku terus membaca ayat kursi dengan menggeletar . dia pula sempat membetulkan bacaan aku . aku pun terus mencapai selimut dan tertidur .

keesokan harinya , aku masih ketakutan dan trauma dengan kejadian tersebut . aku menceritakan hal tersebut kepada kawan kawan dan ahli dorm aku . sejak dari itu , aku tak berani study tengah malam tanpa peneman . kau pun kena hati hati study sorang sorang tengah malam , takut dia datang menemani kau .

— tamat —

@lyanadhirah thanks

@seramasrama




[ Ziarah Kubur ]

ok waktu ni aku tak berapa nak ingat hari jumaat or sabtu sebab nak balik kampung kan cuti biasa lah , kami satu keluarga nak lawat kubur arwah atok la kan but that time dah senja beb . waktu kecik , biasalah excited gila gila kan , bukan selalu ziarah kubur . waktu dalam perjalanan , mak aku dah cakap tau jangan singgah nak dekat senja dah ni risau apa apa jadi , lebih kurang macam tu tapi aku nak pi jugak .

weh getar tangan aku sia nak menulis ni .

lepas sampai , kami jalan lah pergi kubur macam biasa kan baca doa macam biasa . eh wait , mak aku tak turun tau , mak aku dalam kereta jaga adik aku .

lepas baca doa , satu family aku dengar suara perempuan meracau mintak tolong sia ok aku ingat lagi ayat dia macam mana , “ tolong , panass . tolonggg saya ” that time aku pergi usha keliling tau cari benda apa la tu aku pikir dekat belakang pokok suara tu . and then kami dengar suara dia dekat gila dengan telinga kami dalam macam bawah kubur macam tu siaaa ok sat aku ada contoh sound .

ok that time ada bunyi cengkerik tau and this is the example sound dia minta tolong ayat dia sejibik weh , tapi ni macam lawak pulak suara , suara yang haritu suara perempuan tengah menangis weh meraung minta tolong tapi nada sama cuma kena tambah part nangis je .

that time aku ni otak geliga sangat kau tak aku balas apa ? aku cakap " ha tolong , taknak taknak " tak silap aku aku cakap camtu , biasa la budak budak .

lepastu bunyi tu hilang tau tiba tiba je , nampak tak pokok kat tepi kubur tu ha tu contoh pokok nya . pokok ni selalunya ada kat sebelah batu nisan tau , tiba tiba pokok tu tumbang menghala ke arah batu nisan .

aku bila pikir balik benda tu tengah ada kat atas pokok . yela kau expect apa gi kubur waktu camtu memang ye lah makan pengajaran setepek , ok jadi pengajaran nya jangan gi kubur waktu senja , alhamdulillah benda tu tak follow kami maybe dia nak main kot cuma aku je la slh ckp . k babai tu je . saya tak mampu , meremang saya .

— tamat —

@amdnyy_ on twitter

@seramasrama






here contoh kubur and sound .

@seramasrama


[ List Pencerita Kisah Seram ]
________________________________

🦇 Qamarina Hassim

🦇 Camimi Hadrii

🦇 Ashhrapp Channel

🦇 Neyna Story

🦇 Keknan Judge

🦇 Kerul Series

🦇 Santai Chill

🦇 Azfar Heri

🦇 Ikmal Hanif

🦇 Kek Dest

________________________________

@seramasrama


— ` Jadual 👣

» Isnin , Rabu , Ahad
- 9 : 45 malam

» Selasa
- 9 : 30 malam

» Khamis , Sabtu
- sembang

» Jumaat
- 10 : 00 malam

stay tuned and thank you ⛓


⪧ Disclaimers 👣

cerita ini berdasarkan :
— pengalaman aku as student asrama
— kisah benar dari orang lain
— kisah benar dari google
— imaginasi aku

tidak digalakkan membaca jika anda :
— lemah semangat
— mempunyai masalah jantung
— mempunyai fobia yang melampau


@seramasrama


[ Makhluk Suruhan Warden ]

kejadian yang menimpa Fitri masih mampu membuatkan bulu roma meremang setiap kali terkenangkan kejadian misteri di asrama .

Fitri memberitahu , kisah seram mula menyelubungi dirinya apabila dia bertukar ke sebuah sekolah di sebuah kawasan luar bandar di Kedah .

pada awalnya kata Fitri semuanya berjalan seperti biasa malah dia beruntung kerana mendapat rakan-rakan seasrama yang sekepala .

kisah seram menimpa dirinya bermula apabila rakan-rakan sebiliknya meminta dia berpindah katil .

enggan membantah arahan diberikan , Fitri terus memindahkan barangnya ke katil bahagian atas dan sempat bertanya sebab dia tidak boleh menggunakan katil itu .

bulu romanya terus menegak apabila salah seorang penghuni dorm iaitu Am memberitahu katil itu mengeluarkan bunyi bising memandangkan terdapat loceng yang diikat pada tiang katil . katanya lagi, warden asrama yang mengikat loceng itu dengan alasan untuk memberitahu bila mereka seharusnya perlu masuk tidur .

Fitri mula berasa pelik , bagaimana warden akan membunyikan loceng itu ? tapi dia cuba buat tak tahu sahaja dan mengganggap itu hanyalah gurauan .

sangkaan Fitri meleset apabila pada hari sama selepas solat Maghrib dia mula menerima gangguan selepas enggan mengikut rakan-rakanya ke dewan makan selepas pulang dari surau kerana ingin menukar kain pelikat dipakainya .

sebaik sahaja sampai ke bilik , Fitri memberitahu dia terdengar bunyi tapak kaki kanak-kanak sedang berlari di luar koridor namun sangkanya ia anak kepada warden .

dalam waktu Fitri cuba positifkan diri tiba-tiba ada satu bau sangat pelik dan dia tertanya-tanya dari mana datangnya bau tersebut .

lepas tukar seluar , dia terus keluar dari lari ke dewan makan sebelum rakan-rakan lain menegur wajah saya nampak pucat . Fitri terus menceritakan apa yang berlaku kepada mereka .

reaksi rakan-rakanya kata Fitri terus berubah dan salah seorang daripada mereka iaitu Syafiq tiba-tiba mengatakan "dia dah tahu ada orang baru !" dan meminta mereka semua untuk tidur berlonggok di atas lantai pada malam itu .

menyedari ada sesuatu yang tidak kena , Fitri memberi cadangan agar memaklumkan perkara itu kepada warden namun mereka memberitahu ia perkara sia-sia dan hanya menitipkan pesan berbunyi 'baik kelakuan maka baiklah segalanya' .

malam itu memang mereka tidur beramai-ramai dan Syafiq meminta Fitri tidur di tengah-tengah . buat kan Fitri bertambah seram apabila Syafiq turut menghulurkan buku surah Yasin .

jam sudah menunjukkan pukul 12.40 malam namun loceng itu masih belum mengeluarkan bunyi dan pertanyaannya mengenai loceng itu tidak dijawab rakan-rakannya .

Am menutup semua tingkap di dalam bilik mereka kecuali yang terletak di katilnya dibiarkan terbuka namun loceng yang berikat di katil itu masih belum mengeluarkan bunyi .

tiba-tiba loceng berkenaan berbunyi nyaring dan Am meminta saya pejamkan mata sekiranya ternampak sebarang kelibat .

Fitri rasa seperti ada sesuatu yang merenungnya dan bila saya melihat hujung penjuru dorm seperti ada bayang-bayang seekor monyet berbulu hitam , sumpah ia memang menakutkan .

Fitri bertanya tentang benda yang dia nampak semalam dan terkejut dengan jawapan diberikan ,

Am memberitahu benda dilihat itulah yang dilepas oleh warden untuk mengawasi pelajar di asrama .

rakan-rakannya bimbang akan dirinya dan bertanya sama ada dia berada dalam keadaan baik. ini kerana kata Am , sebelum ini belum pernah berlaku makhluk itu memunculkan diri tapi apa yang berlaku pada malam itu agak pelik apabila ia seperti mencari sesuatu .

sehingga ke hari ini , Fitri masih tertanya-tanya . walaupun perstiwa itu telah lama berlaku ia masih segar dalam ingatan .

— tamat —

@mstaronlineofficial google

@seramasrama




[ Solat Dalam Dorm ]

tahun lepas , bulan 9 macam tu , masa tu tak ramai orang sebab diorang balik rumah ( balik pilihan ) . aku tak balik . dalam batch kitorang ( perempuan ) , dalam 8/65 orang je yang tinggal .

aku dengan Aleeya ponteng solat zuhur berjemaah dekat surau , kita dua orang solat dalam dorm je . yela dah hujung bulan , so buat perangai sikit . masatu Aleeya tengah lipat baju and aku tengah siap siap nak solat .

masa aku baru nak start takbir , ada budak lalu depan aku . aku terpandang then budak tu lari tuju ke aku . aku toleh sekeliling then tak nampak apa apa pun . Aleeya ni dah pelik dah tengok aku .

aku angkat takbir . tiba tiba rasa angin sejuk lalu . sekilas . meremang aku . aku dengar suara budak bisik dekat telinga aku , “solat berjemaah dekat musolla lagi banyak pahala” .

lepas je dia cakap , dengar bunyi hilaian tawa budak budak . maybe dia jin islam . dia tegur aku . sejak dari tu , aku dah tak berani nak ponteng jemaah .

ni kisah benar aku tau korang . masa 2020 , aku form 1 . tahun ni memang full jemaah , kalau waktu azan tu aku tidur , mesti ada je suara budak tu “kak, bangun solat” . and then aku terus bangun , capai telekung , pakai stokin , terus keluar asrama , pergi musolla ( surau ) .

ada la jugak , setiap kali ada saf tak sempurna , budak tu tegur . dia bisik kat telinga aku . and aku pun tegur la orang tu . sama jugak dengan kebersihan musolla , ada kala tu kotor sangat , budak tu marah . dia kacau aku . main main belakang langsir . main bola dalam dorm aku malam malam , sampailah aku kemas bersih bersih musolla tu .

ouh ha . aku nampak dia tapi tak pernah nampak muka . dia selalu membelakangkan diri dia . satu je aku nak cakap kat dia , "terima kasih dik . selalu ingatkan aku , manusia yang lalai"

— tamat —

@seramasrama


[ Toyol Aspura ]

kita selalu dengar , aspuri ada hantu , banyak histeria , kotor . tapi aspura pun ada kisahnya yang tersendiri juga . ni cerita dari classmate aku , Fathi , Tuan dan Farish ( bukan nama sebenar ) . benda ni jadi waktu tahun lepas . kami form1 .

selepas habis waktu prep , Fathi dan kawan dia tu pergi dm ( dewan makan ) untuk menikmati supper yang pada waktu itu menyediakan roti cicah bersama kuah kari .

selepas makan , mereka bertiga terus pulang ke asrama . Tepat pukul 1152 , diaorang tidur memandangkan esok ada prep pagi .

esok pagi semasa bersiap , Farish cakap ,
“ weh Fath . kau ni sebelom tido taknak gi tandas , malam ii buta pulak kejut aku . pastu tido bawah katil ”

Fathi hairan ,
“ bila masa bodo , aku tak kejut kau pon malam tadi . bila masa lak aku tido bawah katil , elok je ha atas katil ”

Farish ceritakan perkara yang dilalui nya malam tadi , dia bagitahu yang Fathi kejut dia , suruh teman pergi tandas . Farish ngantuk sangat waktu tu then dia pon abaikan ajakan Fathi . Beberapa minit kemudian , dia terjaga , dia nampak Fathi di bawah katil . yang pelik nya , satu susuk tubuh juga berada di atas . katil bahagian atas pula , terdapat Tuan yang sedang tidur nyenyak nya .

abang dorm mereka , Suhail form2 datang ke arah Fathi .
“ Fath , dia nak main dengan kau . toyol tu . malam tadi masa aku nak pi amik air dekat aras bawah , aku nampak kau main main dekat koridor bawah , susun selipar bagai , aku balik je dorm kau ade kat katil ”

Fathi tergamam . dan sejak dari tu , dia sering diganggu .

— tamat —

@seramasrama




[ Jangan Tegur ]

Humaira , budak form1 yang sering basuh baju pada waktu malam di asramanya .

member dia ada pesan , “ kalau kau dengar apa apa , jangan sahut , jangan tegur ”

Humaira langsung tidak kisah . dia rasa member dia sengaja nak takut takut kan dia .

pada suatu malam ,

suara lolongan anjing kedengaran bersahut-sahutan . sekejap terdengar jauh sayup-sayup . sekejap kemudian terdengar begitu dekat . membuat bulu roma sesiapa sahaja yang mendengar tegak meremang .

Humaira sedang membasuh baju . seorang . tidak ditemani sesiapa . sejak dari tadi , dia rasakan seperti ada yang memerhati . dia pun mempercepatkan basuhannya .

maira ~ ” sayup sayup humaira terdengar namanya memanggil . Humaira membiarkan . benda itu memanggil banyak kali .

“ iyeeee ! kau nak ape ! tak payah la takut kan aku ” Humaira marah . dia sangkakan member dia yang sengaja takutkan .

“ teman lah aku ” benda itu bersuara lagi .

“ aku ada ni ” Humaira menjawab . dia memberus baju sekolahnya .

pili air dibuka . kreeek kreek kreek . pintu tandas seakan ada yang sengaja membuka tutup .

Humaira tak sedap hati . dia menoleh . seorang perempuan sedang tersenyum memandangnya . di dalam mulut perempuan tersebut terdapat pad berdarah dan gumpalan rambut .

Humaira berlari ke dorm . meninggalkan baju .

sampai je dekat dorm , dia terus baring atas katil . membaca ayat ayat ruqyah yang dihafalnya . tunggang langgang .

panggg ! pintu dihempas kuat .

“ humaira ~~ teman aku ”

benda tu menarik selimut Humaira dan dekatkan wajah nye ke wajah Humaira . bau hanyir membuat Humaira loya .

— tamat —

@seramasrama


dah dah . jangan tenung lama lama .

@seramasrama


[ Melati ]

kalau nak tau , Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah . sebut sahaja Melati , rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati .

menurut senior-senior yang terdahulu , Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri . tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun . bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri . tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut .

selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam . dulu , pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C . tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali , semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D , E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C .

lepas tu , setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama . menurut mereka , ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas . setelah diperiksa berulang kali , mereka tidak menemui seorang perempuan pun . so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin . ( ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu )

ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil .

kreeek . ‘dia’ bermain almari .

— tamat —

@seramasrama

20 last posts shown.

220

subscribers
Channel statistics