Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM


Channel's geo and language: Malaysia, Malay


Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Statistics
Posts filter


Baca label pada produk makanan dan pilih produk yang kurang gula.

Lebihkan minum air kosong setiap hari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Jaga kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

Jika anda ada masalah kesihatan mental. MyMinda boleh bantu. MyMinda boleh diakses melalui aplikasi MySejahtera.

Jom sama-sama kita akses MyMinda hari ini. It's ok to ask for help ❤️❤️

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐃𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭 !!!

Kajian menunjukkan bahawa penjagaan gigi yang baik boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM


Ulser peptik ialah hakisan di lapisan perut yang boleh menyebabkan keradangan dan tahap cecair penghadaman asid yang semakin tinggi dan menyebabkan berlakunya ulser.

Kes-kes kronik boleh berlaku apabila Ulser Peptik tidak dirawat. Komplikasi ini melibatkan perdarahan dalam perut dan perforasi (koyak) pada dinding perut.

👉🏻 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti yang dikongsikan. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Kawalan stres dengan bijak, kunci kehidupan seimbang.

Jom, Aliana kongsi tips untuk urus stres dengan penuh gaya!

Amalkan Take 5

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡! PENGUMUMAN TERAKHIR BAGI 10TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (10TH INTRACOM) TELAH DISIARKAN! DAFTAR SEKARANG!

For more info, visit:
https://intracom2024.moh.gov.my
linktr.ee/10th_INTRACOM_2024

https://www.facebook.com/tncmkkm/posts/pfbid02sFT8L1aejLfnYzQRUZkb5ANjtFCrPxT8sFSdeADrPRRS1qmeYhfkkr4J4f2jeNtl


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shaharudeen bin Kamaludeen, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

#MalaysiaSihat


🦷🪥 Tingkatkan pengetahuan mengenai karies gigi awal kanak-kanak dan penyebabnya bagi mengelakkan komplikasi ke atas kesihatan mulut anak anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


Tahukah anda? Satu aplikasi yang bernama NPRA PRODUCT STATUS telah dijana untuk memudahkan orang ramai membuat semakan status pendaftaran produk atau ubat dengan KKM.

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah kita sama-sama muat turun aplikasi ini untuk memudahkan kita membuat semakan sebelum membeli apa-apa ubat di pasaran.

Ingat ya semua, TOLAK UBAT TIDAK SAH!

#TOBaTS

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esokpada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shaharudeen bin Kamaludeen, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

#MalaysiaSihat


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Akta 852 mengawal semua produk rokok seperti rokok biasa, vape, cerut dan tembakau.

Yang bawah umur 18 tahun, jangan cuba-cuba nak guna dan nak beli.

Jangan cuba-cuba produk merokok!
Ingat, kita nak generasi Malaysia yang sihat, happy dan yak yak yeay!

#MalaysiaSihat #Akta852

Sumber: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Ikuti cara pencegahan penyakit pneumonia seperti yang dikongskan sebagai peringatan bersama bagi menjamin kesihatan di tahap optimum.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


Pernah atau tidak anda melihat label keselamatan hologram KKM atau dikenali juga sebagai Hologram Farmatag?

Untuk pengetahuan anda, label keselamatan hologram KKM ini adalah salah satu ciri ubat tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu, jom kita tengok apakah ciri-ciri Label Keselamatan Hologram Farmatag yang tulen.

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, obesiti merupakan salah satu faktor utama penyebab masalah jantung dan juga strok.

Kanak-kanak yang obes cenderung membesar menjadi dewasa yang obes. Langkah untuk mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bermula dari amalan pemakanan sihat di rumah.

Sumber: Nutritionist KKM


Simptom pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai 'septic shock' dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan simptom sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari pneumonia.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Membuang sampah bukan ditempatnya bukan budaya kita.

Sampah yang tidak terurus mengundang penyakit.

Amalkan etika buang sampah yang betul.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


👶✨ Retinopathy of Prematurity (ROP) adalah masalah mata serius yang boleh berlaku pada bayi pramatang. Ketika bayi lahir terlalu awal, saluran darah di retina belum matang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan pertumbuhan saluran darah yang tidak normal, yang boleh membawa kepada masalah penglihatan atau bahkan buta jika tidak dirawat.

🍼💡 Dengan pemeriksaan awal dan rawatan yang tepat, banyak kes boleh dicegah dari menjadi lebih buruk. Ibu bapa bayi pramatang, pastikan bayi anda menjalani pemeriksaan mata awal untuk mengelakkan komplikasi ini!

Jaga kesihatan mata bayi pramatang anda, cegah buta sejak awal! 👁💙

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik.

Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah.

Sayangi jantung anda, makan secara sihat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani


1 daripada 6 dewasa di Malaysia menghidap kencing manis.

Kawal pengambilan gula harian anda.
1 sudu cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

20 last posts shown.