#the_gadisjannah#


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Welcome to #the_gadisjannah#
.
Hijrah bagi Muslimah itu indah namun penuh dgn lika-liku ujian 🌼
Hanya manusia biasa sedang memperbaiki diri hari ke hari untuk menjadi yang lebih baik sama seperti kalian.💙
Ig@the_gadisjannah
t.me/the_gadisjannah

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Al-Kahfi❤️🌸


Cuba lihat kelemahan diri sendiri dan ubah kepada kekuatan . Itulah titik kejayaan❤️
Selamat pagi kesayangan sis semua ,sis doakan semoga korang selalu dalam keadaan sihat dan diberikan ketetapan hidayah Allah SWT selalu... aamiinn.....dah dhuha Kerr tuu😁?kalau belum solat.....solat lah dulu yerr buat walaupun 2 rakaat sehari sbb amalan yang sedikit tapi berterusan itulah yang paling baik🥰dan jangan lupa mengaji ingat psn sis jangan tinggalkan AL quran walaupun sehari☺️😇


🌸🌸🌸


Bila mana kita berada di akhir zaman ini, semua perkara yang baik akan nampak tidak baik. Akan nampak jahat, akan nampak janggal. Perkara yang tidak baik itulah yang nampak baik, nampak banyak, nampak sempurna.

Habib Ali Zaenal Abidin


Jangan lupa baca surah Al-Kahfi dan perbanyakkan selawat kepada junjungan kita nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam❤️🌸


Salam jumaat kesayangan Allah❤️
.
."Barang siapa membaca AL -kahfi pada malam Jumaat , nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka'bah) ."(riwayat ad-darimi)☺️
.
."Daripada ibnu Umar Radhiallahu Anhuma berkata ,berkata: Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,"siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jum'at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit,akan meneranginya kelak pada hari Qiamat,dan diampuni dosanya antara dua jum'at ."(HR.ABU BAKR BIN MARDAWAIH)❤️


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
🌸اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌸


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Muflis

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (Musnad Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia.

2. Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang lain.

3. Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan.

4. Muflis juga disebabkan pahala yang ada terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.

5. Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.
Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

19hb Jun 2020
27hb Syawal 1441H


🍃Pepatah Arab ada menyebutkan:

الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ

“Dunia ini adalah ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat”.

🍃Dunia adalah tempat persinggahan bagi manusia dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke negeri akhirat iaitu tempat yang kekal abadi🌸


Jgn lupa doakan sis sekali🌸❤️


Hajat😊


Taubat


Korang jagn lupa bangun tahajjud😊


Ramai manusia yang berpusu pusu untuk kelihatan mempersonakan.

Sanggup,
Melambatkan solat kerana tidak mahu tanggalkan "make up".

Produk kecantikan menjadi perbualan terhangat masyarakat.

Terlalu ghairah,
Dengan barangan dunia yang berbayar mahal.

Namun,
Jarang sekali...
Kehebatan air whudu' menjadi perbualan.

Tidak salah menjaga kecantikan diri,
Tetapi jangan melupakan kehebatan air whudu' juga.

Muhasabah bersama😔🌸


Nak tahu cinta Allah bagaimana ?

"Saat kita jatuh dalam dosa , Allah ketuk pintu hati kita untuk berubah dengan pelbagai cara . Cuma kita yang akan menentukan samada kita mahu berubah ataupun tidak ."❤️


Allah sebaik-baik perancang dan tuhan sekalian alam. Setiap kali hujan pasti setelah itu timbulnya matahari. Setiap kali ada kesedihan pasti Allah akan hadirkan kegembiraan setelah itu.
.
Ambil lah sedikit waktu untuk ubati rasa sakit hati tu. Sakit memang sakit tapi mungkin Allah lebih tahu yang dia tidak baik untuk kita.
.
Allah hadirkan seseorang mungkin sebagai jodoh dan mungkin juga sebagai ujian untuk terus jadi lebih kuat.
.
Kita umat islam, kita ada panduan wahyu iaitu beriman kepada qadha dan qadar Allah. Apa yang sudah ditetapkan oleh Allah akan tetap berlaku walaupun kita tidak suka itu.
.
Apabila diberikan nikmat kita bersyukur dan apabila kita diberikan ujian, kita bersabar.
.
Ambil lah masa untuk ubati hati yang terluka dengan buat perkara yang boleh melupakan si dia.
.
@ketabahanilmu




Assalamuaalaikum semua, selamat malam, hehe jgn lupa mcm biasa ehh, almulk before sleep. Doa, maafkan kesalahan yg lain, hehe.
Sis minta maaf andai ada salah silap dgn korg, sis pun manusia tk terlepas dri melakukan kesalahaan, ambil iktibar and keep muhasabah diri ehh,
Hehehee.
Apa ii pun selamat maju jaya semua.
Semoga diredhai allah selalu❤️
Jangan sedih ii semua kesayangan sis ❤️
Allah sayangkan korang sbb tu dia timpakan ujian🌸😊
So stay strong
Stay safe ya🌸
Kalau lemah ingat sis eh bukan ii sis lawak jer okay?
Kalau sedih pergi duduk satu tempat and then muhasabah diri apa salah kita dan jangan lupa doa dan tawakkal dkt allah❤️sbb dia selalu ada dgn kita🌸


🌸🌸🌸❤️
Jangan salahkan takdir bila pertemuan kita dengan seseorang akhirnya berpisah😊
Mungkin dia bukan yang terbaik...
Mungkin jugak seseorang itu hadir untuk ajar kita erti kuat dan tabah......
Mungkin jugak untuk perbaiki diri kita.....
Mungkin jugak untuk bimbing kita ke jalan yang lebih baik....
Kan tadi sis dah psn jangan letakkan harapan pada manusia sbb ianya akan sakit ....
Tapi kembalilah kepada-Nya yang selalu ada setiap jatuh dan bangun diri kita❤️
Sentiasa ingat kita ni hanyalah seorang hamba🌸❤️


Imam Al-Ghazali pernah ditanya :

"Bagaimana keadaanku ketika mulutku sedang berzikir akan tetapi hatiku masih lalai ?"

Jawab Imam Al-Ghazali :

"Teruskanlah berzikir walaupun hatimu lalai, sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia."

20 last posts shown.

162

subscribers
Channel statistics