thehijrahcinta 🌸


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Bukanlah orang yang hebat,
Cuma-- aksara ini sekadar berkongsi secebis nukilan hijrah untuk dijadikan ibrah sepanjang perjalanan.
-nukilan hijrah si gadis pena 🌸
'akan selalu ada hadiah terbaik buat mereka yang selalu berusaha'
@thehajarrrrr

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Jalan yang dulunya penuh duri kamu mampu redah. Jatuh terduduk itu biasa.

Terbentang tikar dengan taburan kaca mencucuk. Darah mengalir deras tak di hirau lagi.

Yang kamu tahu, ingin angan itu menjadi nyata. Iya, itu dulu.

Kenapa sekarang tidak ? Kenapa sekarang mudah mengeluh ?

Kenapa ? Jawapan itu pada diri kamu.

020620 ; 1126
__

https://t.me/thehijrahcinta


Pernah jatuh dek lelahnya di uji. Pernah juga membiarkan air mata bercucuran mengalir membasahi pipi.

Iya – aku juga pernah. Berperang dengan badai yang makin hari makin mengganas.

Mahu saja berundur dari medan. Kerana penat lelah tidak lagi tertahan.

Tapi yakinlah, detik itu tidak lama. Mana mungkin Allah membiarkan hamba-Nya terus menerus jatuh tanpa bangkit.

Dihulur-Nya solusi dari pelbagai sudut. Cuma kita saja yang seringkali terlepas pandang.

Sangka baik okey?

310520 ; 1851
__

https://t.me/thehijrahcinta


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Bahagia itu pilihan. Kamu berhak memilih.

Karna – syarat untuk bahagia itu bukan pada melimpahnya harta. Bukan juga kepada tingginya pangkat.

Bahagia itu terletak pada hati. Iya, hati yang mengenal Rabbi.

Hati yang mengerti apa itu taqwa. Hati yang seringkali berdamai tatkala diutusnya ujian.

Jaga ia baik-baik, bahagia menanti.

Sabtu | 30 Mei

https://t.me/thehijrahcinta


Ada dua sosok yang sudah puluhan tahun dalam perjuangan.

Mengharuskan sampai pada waktunya melepas lelah, melepas diri dari beratnya pikulan beban kehidupan.

Tulang-tulang yang dulu padat terisi, kini rapuh tergerus beban perjuangan.

Sampai hari paling menghancurkan hati harus tiba, perginya tidak kembali lagi.

Suka atau tidak.

Detiknya bakal tiba, tidak pernah terlambat walau sesaat.

Sedar akan hakikat itu. Segera ku ajari diri agar tidak terus hanyut dalam nestapa.

Benar – sebuah pertemuan sangatlah mustahil tuk tetap abadi.

Begitulah sebaliknya.

Khamis | 28 Mei

https://t.me/thehijrahcinta


Akhirnya, dia memilih untuk pergi tanpa jejak. Mengharapkan agar tiada siapa mampu mengagak.

Peluang yang dulunya kamu persiakan. Walhal adanya dia tanpa rungutan.

Momen indah yang dicipta bersama sudah lama berkecai. Lalu tiada apa yang harus disimpan lagi.

Dia juga punya hati yang harus di jaga sama. Kamu pula menorehnya tanpa ada belas dalam jiwa.

Adilkah ? Biar putar ganti waktu menjadi saksi, Allah itu Maha Adil.

260520 ; 0003
__

https://t.me/thehijrahcinta


Kau punya pilihan, mahu disini ataupun terus berganjak pergi.

Aku bukan sesiapa untuk menghalang. Aku sedar hakikat sebuah pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.

Cumanya, aku tidak tahu bagaimana ia bermula dan berakhir.

Tapi tidak mengapa, sudah lama ku ajari diri agar merelakan setiap kepahitan itu.

Walau ianya tidaklah semudah dibicara mulut. Setidaknya aku bersedia dengan luka pahit.

Benar, ia bakal meninggalkan luka. Namun itulah kehidupan duniawi yang harus aku belajar.

240520 ; 2111
__

https://t.me/thehijrahcinta


Selamat hari raya kalian.

Tiba saat hari kemenangan, di rai penuh kegembiraan.

Jangan ditinggalkan apa yang patut di jaga, jangan sampai menjadi asbab Allah murka.

Salam sayang. ❤️


Ramadhan 2020
Poll
  •   Ramadhan terindah
  •   Ramadhan paling bersejarah
  •   Ramadhan paling bermakna
  •   Ramadhan yang tidak akan dilupakan 🙃
95 votes


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Tarikh keramat yang tidak dilupa sesiapa, buat insan yang sangat tinggi darjatnya.

Berjuang menyebar kebaikan buat ummah, membentuk peribadi insani menjadi gah.

Jangan ketepikan mereka, kerana keberkatan hidup juga ada padanya.

Siapa lagi kalau bukan mereka yang bergelar guru.

16 Mei 2020
__

https://t.me/thehijrahcinta


Ramadhan –
Hadirnya mengubat dunia yang sedang berduka,
Asbab makhluk kecil yang semakin berleluasa.

Menyedarkan sang manusia yang tidak punya kuasa,
Waima makhluk itu sendiri bakal binasa.

Kelam, suram.

Kini bertukar sinar.

Suara adzan mula kedengaran,
Lantunan selawat bersahutan,
Ayat-ayat suci al-Quran dilantunkan.

Inilah Ramadhan yang dinantikan,
Ramadhan bulan pengampunan,
Pengampunan segala dosa dan kekhilafan.

Mungkin, suasana berbeza tidak seperti selalunya,
Ramadhan tiba saat pertiwi sedang lara,
Insan menghindari medan akibat si kecil bala tentera.

Tetapi itu bukanlah alasan,
Untuk kami tidak menyantuni Ramadhan penuh sopan.

Kerana kami tahu, hadirnya membawa berkah,
Menurunkan rahmat agar diri terus gah.

Tak tumbang jatuh dek mehnah,
Menghulur kebaikan buat ummah.

Menanti datangnya malam Seribu Bulan,
Setiap satu nilai amal ibadahnya dilipat gandakan.

Hebatnya tidak terkira,
Kerana hanya Engkau Dzat Penguasa seluruh dunia.

160520 ; 0033
__

https://t.me/thehijrahcinta


Maaf, tampak mudah dilafaz bibir namun tidak mudah diterima hati.

Ia bukanlah bererti kelemahan. Bukan juga kekalahan.

Tapi asbab diri mahu mencari ketenangan abadi. Mengajar diri meleraikan amarah yang semakin membebani.

Dengan harapan, luka yang dulunya pernah beraja di jiwa beransur pulih.

050520 ; 0040
__

https://t.me/thehijrahcinta


Gah bagaimanapun kamu di atas, ada masa tersungkur jua.

Menangis terduduk di hadapan Allah. Serasa tidak mahu bangkit lagi.

Seolah-olah dunia ini tiada ruang untuk berbahagia.

Itulah putar ganti kehidupan. Karna dunia ini cuma pondok persinggahan.

Syurga itu perkampungan kita. Tidak sabarkah kalian mahu pulang ?

Tempat yang menjanji semuanya indah belaka. Tiada sedikit pun lelah mahupun tangis.

030520 ; 2010
__

https://t.me/thehijrahcinta


Insan yang kamu gelar kawan itu bisa bertukar jadi lawan.

Yang dulunya takut kamu hilang, kini hadirnya bagai bayang-bayang.

Lalu, kamu tertanya-tanya. Kenapa ia berlaku sepantas itu.

Perginya tanpa permisi. Mengundur tanpa pamit.

Akhirnya tinggal kamu dengan sisa-sisa kenangan yang dia tinggalkan. Sudahlah.

Biarkan dia pergi. Lepaskan, karna itulah putaran hidup yang harus kamu terima.

Hadirnya tanpa diundang, perginya juga tidak pernah kita harapkan.

290420 ; 1659
__

https://t.me/thehijrahcinta


Hati yang dulunya pernah terpaut rapat. Kini sudah pun luka berkarat.

Dulunya rindu bila menjauh. Kini tidak lagi mahu berubah arah.

Masih dengan ego semalam. Mempertahankan jiwa yang makin hari makin suram.

Sudahlah, dendam kesumat itu tidak akan habis. Selagimana hatimu tetap teguh dengan egois.

Lepaskan ia pergi dengan deruan angin pagi. Sesudah itu, perubahan demi perubahan bakal kamu rasai.

Sungguh – dendam itu bisa membunuh hati. Jika tidak dirawat dan dibimbing penuh hati-hati.

270420 ; 0652
__

https://t.me/thehijrahcinta


Kadang hati memberontak inginkan kebahagiaan, tapi duka pula yang diutus-Nya.

Tidak mengapa, pujuk hati agar bersetuju dengan perancangan Allah.

Dia sedang merancang sesuatu yang jauh lebih indah dari kamu yang sangkakan.

Walaupun pada awalnya kamu harus melalui fasa parah terluka.

Namun, momen itulah yang bakal menjadi hal terindah dalam hidupmu.

Mengajarmu lebih utuh tak tumbang dilambung badai.

Okay ?

260420 ; 1125
__

https://t.me/thehijrahcinta


Sedarkah kita semua, beberapa hari lagi Ramadhan bakal hadir.

Hadirnya sebagai tetamu indah. Bakal menyinari hari-hari kita.

Namun ada hal yang menyentuh hati tatkala Ramadhan kali ini tidak seperti yang kita rancang.

Ramadhan kali ini mengajarkan kita sesuatu. Jika dahulu hadirnya, kita bisa berjemaah teraweh di surau mahupun masjid.

Namun kini tidak lagi. Hanya dibolehkan di rumah sahaja.

Kalau dulu kita culas dengan teraweh. Berbagai alasan kita lontarkan.

Sekarang masih mahu sebegitu lagi ?

Kamu sendiri punya jawapan.

Benarlah kata orang, manusia tidak akan menghargai selagimana mereka tidak pernah merasai kehilangan.

200420 ; 1101
__

https://t.me/thehijrahcinta


Hati-hati berbicara soal hati. Kerana tak semua bisa mengerti.

Hari ini begini, boleh jadi esoknya berubah lagi.

Tak semudah bicara jika mahu menjaga. Sifatnya berbolak-balik sesuai aturan-Nya.

Jaga ia sebaiknya, jangan sampai tersalut noda.

Kelak bakal memusnahkan diri sendiri. Hati-hati dengan hati.

040420 ; 1553
__

https://t.me/thehijrahcinta


Aku yakin setiap orang pasti punya tekad masing-masing untuk berusaha menjadi lebih baik.

Tapi jalan itu tidak selalunya terbentang indah. Kadang, menuntut sebuah perjuangan hebat.

Untuk tetapkan hati dan langkah dalam jalan hijrah itu tidaklah semudah ukiran kata yang dilafaz bibir.

Istiqamah juga tidak kurang payahnya. Malah perjuangannya menuntut hak sepanjang hayat. Bukan untuk sehari dua.

Tapi yakinlah, kesudahannya sangat indah. Pengakhirannya begitu hebat tak terfikir dek akal.

Jangan mengalah ya. ')

310320 ; 2353
__

https://t.me/thehijrahcinta


Siang malam silih berganti. Perginya tanpa pamit.

Luka hari ini pastinya mengajarkan kau sesuatu. Biarkan hari terus berganti.

Teruslah teroka hari-hari mendatang. Ada sesuatu yang indah yang bakal dipertemukan.

Jangan terlalu menyeksa diri dalam daerah duka itu. Cukuplah sekadar kau kenang ia sebagai kenangan yang mengajarmu erti sebuah kehidupan.

Teruskan melangkah, jangan sesekali menyerah, kerana di setiap langkah yang payah itu. Allah selitkan sebuah kebahagiaan yang kau dambakan.

Selamat jalan sayang.

290320 ; 2036
__

https://t.me/thehijrahcinta

20 last posts shown.

990

subscribers
Channel statistics