TheLotus?


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Kalau rasa tak tahu nak cakap apa, tulis.

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Arjuna milik beta terkatup rapi dalam ayahanda dan bonda punya peti berkunci.


Setiap detik aku cuba lakukan yang terbaik untuk membahagiakanmu. Menjadi permata solehah bagimu. Maaf untuk segala cela. Dan kealpaan.


Apa yang kau telah lakukan, buatkan semua gula dijilat laku. Dulu berperisa strawberi, kini tinggal mimpi. Manis hilang gula, tawar menjadi perisa.


Belantara Manusia Parah

Gantung angan bertali-tali,
Di reranting kering kian merapuh,
Lagut dengan fana dunia,
Sedang di satu jokir darat,
Bergempita seisinya menderita.

Atom-atom nuklear menujah belantara manusia,
Nafsu serakah rakus membaham,
Berkaok mereka kesakitan,
Melolong jiwa menahan pedih,
Dihunus belati tajam menusuk usus,
Maruah gadis diragut kejam,
Dibakar pula kujuran kaku anak kecil,
Hingga belulang menjadi abu,
Bersaksilah langit merah,
Dataran ini melaut darah,
Maka, berdoalah jagatraya.


aininsfiya // julai2018


Forward from: Ayatkata.
Badan besar orang mengata, badan kurus pun orang mengata

Syukur ada badan , klau takda badan, orang cakap hantu penanggal pulak 😑😒


Forward from: Shared by
Aku kuat.

Selalu.


Perjuangan belum tiba di penamat,
Maruah rakyat diperjuangkan,
Akan ku persembahkan kejuaraan,
Buatmu permata sekalian,
Elemen harapan memainkan peranan,
Takkan aku persiakan walau seinci,
Redhailah hempas pulas ini.

Tuhan,
Segalanya ku serahkan padaMu.

01072018


Telah ku semai bunga keyakinan,
Dalam pasu pertiwi pengharapan,
Telah ku lebur rantaian ketakutan,
Di malam melimpah kesaktian,
Telah ku hancurkan halangan,
Rintangan durjana kesakitan.

Madah dihimpun, ilmu dikumpul,
Dihambur setiap satunya,
Kefasihan laman pertuturan,
Penuh kefahaman dan penghayatan,
Serlahan kelopak keyakinan,
Gemerlap bintang kematangan,
Kotak hati disinari ketenangan,
Mendepanglah lorong kebaikan,
Bimasakti ingin ku tawan,
Permudahkanlah, Tuhan.

Tembok pertahanan,
Selamanya, aku pertahankan!

PERKENANKANLAH;
aininsfiya // 30062018


Kisah semalam beku,
Mematung kaku,
Maaf dipinta,
Jika tak beri penghargaan pada kamu,
Jika dalam diam aku menyakitimu.

Maafkan aku,
Untuk setiap perkara sehayatku,
Nukilkanlah namaku, aku merayu,
Di pintu langit Tuhan,
Dalam khusyuk penuh pengharapan,
Perihal hikayat ini aku simpan,
Kelak dirujuk kembali kisah pelayaran kita,
Pelayaran bahagia duka bersama.

aininsfiya // 26062018


Mengapa perlu bermaafan jika perbezaan darjat buat kau rasa lebih hebat.

Tak semua darjat yang kau dapat betul-betul layak untuk kau perolehi. Fikirkan.

@dmiabhira
@thelotus


Buat manusia yang hilang,
Moga jumpa jalan pulang.

Buat manusia yang tenggelam,
Timbullah bersama sejuta mutiara kalam.

Secebis kekuatan,
Yang aku cuba hulurkan.

29062018.


With every memory, comes a lesson.

-Janxreid-


Macam betul je, eh memang betul pun😂


Forward from:
Me: *nampak makcik tengah keluarkan duit raya daripada handbag*

Also me: *buat buat busy*

Makcik: nah duit raya

Me: "eh" *buat2 terkejut*

@nakfakta


Ego tinggi.

Ha ha ha!
Perli diri sendiri.


Jalan-jalan kat taman dengan kawan.
Sambil tu, tangan asyik dengan phone. Jalan pun dah nak terlanggar orang lain.

A : kau layak jadi duta iklan la wei.
B : ha? iklan apa? (sambil mata masih lagi di phone)
A : iklan "telefon pintar memang pintar, tapi pintarkah anda?"

cepat-cepat tutup phone sambil meninggalkan kawan dia di belakang.


Pahit pilu cukup kau saja tahu. Tak perlu menepuk air di dulang, kelak percikannya kan pedihkan mata.

@thelotus


Kalau dia hebat,
Kau apa kurangnya?
Hei,
Bangkitlah!
Tunjukkan taring tajam,
Keluarkan kuku sakti,
Yang kau sembunyi selama ini.

HARIMAU;
aininsfiya // 23062018


Orang kata dia hebat,
Mana tahu,
Hakikatnya hanya kelibat.


Jangan biarkan keyakinan diri kau tergugat hanya kerana mendengar bahawa dia lebih hebat.
Itu semua propaganda semata.

20 last posts shown.

147

subscribers
Channel statistics