The Zikrullah


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: Quotes


‎﷽
Channel ini menghimpunkan kata² & video tazkirah
بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Ra'd :28]
Dizinkan 'copy/paste'
Sebarkan!
Moga bermanfaat😊
#ShareDakwah #TheZikrullah

Related channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
Quotes
Statistics
Posts filter


Berbahagialah pemimpin kami, As-Syahid Yahya Sinwar.. Syurga buatmu..

P4L3STIN akan BEBAS!!


Ada lelaki hidupnya duduk di kerusi layan Netflix main game sampailah dia mati,

Ada lelaki tinggalkan anak-isteri melekat di kerusi mamak dengan kawan sampai pagi,

Ada lelaki empuk di kerusi berhawa dingin tunggu gaji demi duniawi,

Ada lelaki bila sakit bersandar di kerusi berhari-hari pabila sudah kuat habis ditinggalkan isteri yang berbakti,

Ada lelaki masanya mengejar kerusi kosong kapal terbang untuk melancong cari-cari makan bersama anak dan bini,

Ada lelaki narsistik gilakan kerusi kuasa dan semuanya ‘about me’,

Dan ada seorang lelaki ini maha berani mati parah bersandar rehat di kerusi, sudah habis terjual dagangan jasad dan dunianya,

Seolah-olah Ilahi di depannya sedang membayarnya dengan syurga,

Dan aku hanya mampu mengalirkan air mata terasa malang lelaki bagaimanakah aku nanti mati di atas kerusi yang mana?

~ Hanif Yaacob


UJI INGATAN PADA RASULULLAH (04) Perkara-perkara luarbiasa yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda menerima wahyu dikenali sebagai?
Poll
  •   Mukjizat
  •   Irhash
  •   Karamah
  •   Ma'unah
44 votes


HAMZAH BIN ABDUL MUTTALIB
(Singa Allah Penghulu Syuhada)

Sudah tentu ramai mengenali sosok tubuh ini. Beliau terkenal sebagai Asadullah bermakna singa Allah. Hal ini kerana kepahlawanan dan keberaniannya terhadap musuh, yang membuatkan umat Islam menumpang bangga dengannya. Beliau adalah antara pembesar Quraisy. Seorang yang gagah perkasa, berbadan sasa dan tidak takutkan sesiapa.

Walaupun Hamzah merupakan bapa saudara kepada Nabi SAW, umur mereka boleh dikatakan sebaya. Mereka membesar bersama dan menyusu dari ibu susuan yang sama. Nabi SAW amat kasih kepada teman sepermainannya itu sejak kecil lagi.

Walaubagaimanapun, Hamzah tidak menerima dakwah Nabi SAW daripada awal. Bukan kerana benci, tetapi tidak mahu mempedulikan hal-hal rumit sedemikian. Beliau lebih suka menghabiskan masa dengan minatnya memburu. Walaupun tahu apa yang berlaku, beliau langsung tidak mengendahkan seruan Nabi untuk beriman dan bersama Islam.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika beliau pulang dari memburu, datang seorang lelaki mengadu tentang apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal terhadap anak saudaranya Muhammad SAW. Hamzah bertanya adakah ada lagi orang lain melakukan perkara sama? Jawab lelaki itu, ya, bahkan ramai.

Hamzah menjadi marah tiba-tiba. Beliau terus meluru ke Safa, tempat biasa Abu Jahal berkumpul bersama konco-konconya. Tanpa apa-apa mukaddimah, beliau terus menerpa ke arah Abu Jahal dan menghentak kepala Abu Jahal dengan busur yang ada di tangannya, menyebabkan kepala Abu Jahal koyak dan berdarah.

Hamzah kemudian melaungkan:
“Hari ini aku umumkan bahawa aku telah memeluk Islam! Kalau ada sesiapa berani membuat aku kembali berpaling dari Islam, cubalah!”

Namun tiada siapapun yang berani menyentuh Hamzah.

Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar. Bagi mereka, tiadalah hari-hari yang lebih menggembirakan ketika di Mekah melainkan dua hari; hari Islamnya Umar al-Khattab dan hari Islamnya Hamzah bin Abdul Muttalib.

Kedua mereka juga begitu teruja selepas memeluk Islam. Pernah mereka menyuarakan hasrat kepada Rasulullah SAW untuk keluar ke hadapan Kaabah secara terang-terangan bersama Rasulullah, dan solat di hadapan Baitullah disaksikan oleh semua penduduk Mekah.

Nabi SAW bersetuju lalu keluarlah mereka bertiga ke Baitullah. Baginda berjalan penuh haibah bersama dua orang pengawalnya. Seorang di hadapan baginda dan seorang di belakang.

Sampai di hadapan Kaabah, mereka menunaikan solat Zohor dengan tenang tanpa diganggu sesiapa. Setelah selesai mereka berjalan pulang ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Mata para musyrikin memerhatikan setiap tindak-tanduk mereka, dengan hati yang panas membara dan penuh dendam, tetapi tidak berani berbuat apa-apa.


UJI INGATAN PADA RASULULLAH (03) Siapakah diantara nama-nama berikut merupakan adik-beradik susuan Baginda Nabi Muhammad ﷺ?
Poll
  •   Abbas Bin Abdul Mutallib (Pakcik Baginda)
  •   Abu Talib (Pakcik Baginda)
  •   Ja'far Bin Abi Talib (Anak Saudara Baginda)
  •   Hamzah Bin Abdul Muttalib (Pakcik Baginda)
32 votes


UJI INGATAN PADA RASULULLAH (02) Siapakah Wanita Pertama Yang menyusukan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم selepas daripada Ibu Baginda?
Poll
  •   Thuwaibah Al-Islamiah
  •   Ummu Aiman
  •   Halimah As-Sa'diyyah
  •   Ummu Salamah
34 votes


Sollu alan Nabiy💚

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#CintaNabi #Selawat #Jumaat


UJI INGATAN PADA RASULULLAH (01) Siapakah yang dikenali sebagai حاضنة (Penjaga) Nabi Muhammad ﷺ?
Poll
  •   As-Syifaa
  •   Ummu Aiman
  •   Thuwaibah
  •   Halimah As-Sa'diyyah
43 votes


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-67🇲🇾

Kemerdekaan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda.

Menyedari apalah erti kemerdekaan bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromikan.

Merdeka pada jasad,
Merdeka pada akal.

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi.

أَقَامُوا الصَّلَاة

Mereka yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengukuhkan hubungan mereka dengan-Nya

وَآتَوُا الزَّكَاةَ

Mereka yang menunaikan kewajipan harta, mengatasi tabiat bakhil, membersihkan diri mereka dari tamak haloba dan menumpaskan bisikan-bisikan syaitan

وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ

Mereka yang menyeru dan mendorong manusia ke arah kebaikan

وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ

Dan mereka yang menentang kejahatan dan kerosakan.

#Merdeka #TanahMelayu #Malaysia


Salam Ramadan Al-Mubarak 1445H 🌙

Moga Ramadan tahun ini menjadikan diri kita yang terbaik pada pandangan Allah SWT...
Allahumma Aamiin..

Maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri ini 👏🏻

#Ramadan #Islam #Muslim
#FreePalestine #Gaza #PrayForGaza #MerdekaPalestin #Malaysia


Forward from: Buku Haraki 📗
Pemuda Islam Yang Dijanjikan - Dr Yusuf al-Qaradhawi.pdf
53.4Mb
Pemuda Islam Yang Dijanjikan - Yusuf al-Qaradhawi

Keruntuhan Khilafah Uthmaniah tlh menyebabkan dunia Islam difaraidkan oleh kuffar & mendung hitam mengarak pantas ke seluruh tanah air Umat Islam. Kuffar menyerbu dgn perang pemikiran, Umat Islam diratah & terduduk, mulut terkunci, pucat tak bermaya mnghadapi serangan barat dgn agenda kristianisasi

Meninggalkan ajaran Islam sikit demi sedikit, walaupun tak keluar drpd Islam. Lihatlah anak muda Malaysia hari ini, ramai yg anggap hiburan bercampur maksiat itu perkara biasa. Ramai yg meninggalkan Solat tanpa rasa apa2. Ramai yg dedah aurat tanpa rasa malu.
Nauzubillah

Anak muda adalah golongan yg menghancurkan kezaliman. Madinah menyaksikan kepahlawan anak muda yg sentiasa mnjadi pendokong kpd Nabi SAW. Peluh anak2 muda pemberani yg berilmu mnjadi pemain utama di peperangan Badar, Uhud, Tabuk & puluhan perang tlh bersimbah darah wangi syuhada dlm menegakkan Islam

Roh umat adalah ISLAM. Jika tak dijadikan panduan. Maka, kembalilah dlm kejahilan

#IslamMemimpin


Sedarlah Umat Islam💔

Konsert yang bercampur MAKSIAT itu BESAR mudharatnya kepada Umat Islam...

TERBATAL IMANNYA dengan percakapannya sedemikian yang menghina & memperlekeh Nabi Muhammad SAW...

Sebab tu ada MUFTI yang MENGHARAMkan Coldplay ni dari buat konsert di Malaysia...
Dan Kerajaan Malaysia sepatutnya mendengar teguran Mufti bukan mencari dalil untuk membenarkannya..

#Coldplay #Islam #Iman #Ihsan #Taqwa #Allah #Rasulullah #Dakwah #Malaysia


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Moga Allah jauhkan bala daripada kita semua..Allahumma Aamiin😭

BALA bila pemimpin terdiri daripada golongan Lliberal yang mengendahkan & memperlekeh pandangan serta teguran Ulama' & Mufti 🍁

Hiburan melampau dan bercampur MAKSIAT serta artisnya aktivis LGBTQ..

Sedarlah💔
Saudara Muslim kita di Palestin masih dibunuh oleh Israhell Laknatullah...

#coldplay #Maksiat #AkhirZaman #KamiBantah #Malaysia #KualaLumpur #Islam #Iman #Ihsan #Taqwa #Allah #Rasulullah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
"Jika diam saat AGAMAMU DIHINA, gantilah bajumu dengan kain kafan"

~ Buya HAMKA

Ketahuilah..
Orang² MUNAFIK itu dia lebih lunak dan menjaga hati KAFIR berbanding menjaga hati saudara Muslimnya sendiri🍁

#FreePalestine #Palestine #Islam #Muslim #Gaza #Aqsa #Malaysia #PrayforPalestine #Allah #Rasulullah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Allahuakbar!!

Satu-persatu bala tentera Allah turun membantu Bridget Al-Qassam, H4MAS..
Moga kemenangan buat Palestin🇵🇸.. Allahumma Aamiin..

Negara² Islam yang lain tiada alasan untuk berdiam diri sedang Negara Yaman yang tak kaya sudah turun berperang...

#Palestine #PrayforPalestine #FreePalestine #Yaman #Malaysia #MasjidilAqsa #Gaza #Islam #Muslim #Jihad


Forward from: Buku Haraki 📗
Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Hari ini aku menyaksikan..
Tika TG Haji Hadi mula memberikan ucapan..

Angin bertiup dengan kencangya..
Mengibarkan bendera Palestin keseluruhannya..

SubhanaAllah..
Walhal sebelum itu tiada angin bertiup pun di sini..

Allahuakbar!!

#FreePalestine #Palestin #Gaza #PrayforPalestine #Himpunan10k #Malaysia#KualaLumpur #Muslim #Mukmin


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Ada pandangan Ulama' bahawasannya Bridget Al-Qassam ni merupakan salah satu daripada 3 Batalion Tentera Imam Al-Mahdi kerana memenuhi ciri² dan kriterianya... Wallahu'alam..

Setiap 100 tahun akan bangkit Mujaddid yang menegakkan Islam di muka bumi.. 2024 genaplah ia..

Ayuh persiapkan diri dan keluarga kita..
perbaiki diri, dalami Ilmu Tauhid, Feqah & Tasawuf..
Perkemaskan Ibadah kita.. Hadiri majlis Ilmu..
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menegakkan Islam...

#Mujaddid #Islam #AlMahdi #Muslim #Mukmin #Palestin #FreePalestine #PrayForPalestine #Malaysia


Takbir adalah lafaz mengagungkan Allah sebagai yang Maha Besar.

5 waktu sehari semalam rakyat Malaysia tidak lekang dari mendengarkannya dari corong2 masjid dan surau.. Malah, majoritinya melafazkan dalam Solat..
Tiada isu rakyat Malaysia tergugat dan ketakutan..

Sedihnya Malaysia pada hari ini, ada orang yang melarang Umat Islam melaungkan takbir ketika perhimpunan solidariti bersama Palestin!

ISLAM adalah Agama persekutuan di Malaysia!!
TOLONG HORMAT HAK ORANG ISLAM.

Hanya musuh2 Allah yang gerun mendengarkan kalimah ini...

We stand with Palestine,
ALLAHUAKBAR!

#Palestine #Takbir #Allahuakbar #Islam #Malaysia


Banyak orang salah faham ketika mengenalpasti Masjid al-Aqsa. Mereka mendakwa musollah berkubah hijau tua itulah Masjid al-Aqsa yang sebenar dan bukan yang selainnya.

Salah faham ini kadangkala menjadi begitu negatif sehingga ada yang menuduh pihak yang sengaja menonjolkan imej kubah emas as-Sakhrah ketika membicarakan tentang Masjid al-Aqsa sebagai golongan yang terperdaya dengan propaganda Zionis Yahudi.

Sebenarnya musolla berkubah hijau tua dan musolla berkubah emas kedua-duanya BUKAN Masjid al-Aqsa! Kedua-duanya hanyalah sebahagian daripada musolla yang terdapat di dalam kompleks Masjid al-Aqsa yang lebih besar.

Masjid al-Aqsa adalah satu kompleks yang besar seluas 14.4 hektar yang mempunyai 15 pintu masuk, 7 musolla, 4 menara, 8 pintu gerbang, 43 masthabah (teras batu) dan pelbagai lagi seni bina bersejarah di dalamnya.

Kompleks yang luas ini juga dikenali sebagai Haram as-Syarif.

Kredit: Komik Hananimate

#Aqsa #MasjidilAqsa #Palestine #BaitulMaqdis #FreePalestine #PrayForGaza



20 last posts shown.