??????????????


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Aku bersama puisi, hanya sekadar luahan hati, untuk memberi inspirasi, bukan ingin mendapat pujian dari manusia ini. Official bot: @PerempuanPemuisi

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Forward from: ??????????????
La Adri; Aku Tidak Tahu.
22 Mac 2018

Setiap persoalan,
Yang berkaitan keagamaan,
Aku sendiri tidak ketahuan,
Kerana kurang ilmu pengetahuan.

Aku mahu kamu ketahui,
Diri ini hanya mampu berpuisi,
Semuanya sekadar luahan hati,
Berkongsi dan memberi inspirasi.

La adri; aku tidak tahu,
Untuk menjawab soalan itu,
Akhirnya aku mengaku,
Bahawa aku tidak tahu.

Tidak mahu jawab sembarangan,
Tanpa ada ilmu pengetahuan,
Jika punya kesalahan,
Aku sendiri akan dipersalahkan.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Jangan Dirimu Rapuh.
21 Mac 2018

Berhentilah seketika langkah,
Jika diri sendiri mulai lelah,
Kembali semula kepada Allah,
Agar luka hati tidak bernanah.

Biar berjuta tidak sudi,
Untuk terus setia menemani,
Namun ingatlah kepada Ilahi,
Yang memberi kehidupan ini.

Berlapang dada,
Bertasbih kepada Maha Esa,
Ia adalah penawar untuk jiwa,
Kerana kita sentiasa alpa.

Berhenti saja,
Menagih kasih manusia,
Mereka cuma insan biasa,
Yang tidak punya apa apa.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Sakit, Allah Ada Menemani.
20 Mac 2018

Jika jiwa merasa sakit,
Jangan biarkan ia makin perit,
Bangkitlah dan terus bangkit,
Kau akan kuat; sikit demi sikit.

Berceritalah kepada Ilahi,
Hanya Dia dapat mengerti,
Luka yang parah dari hati,
Jangan biarkan diri lemah begini.

Luahkan saja pada makhlukNya,
Mereka lebih suci dari manusia,
Selalu bertasbih kepadaNya,
Yakin mereka dengar luahan kita.

Pujuklah hati ini,
Allah sentiasa ada menemani,
Biarpun kita sering lupa diri,
Sering ingkar perintah Ilahi.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Tidak Pernah Mungkiri.
19 Mac 2018

Janji Ilahi,
Tidak pernah mungkiri,
Sentiasa tepati,
Walau kita sering menderhakai.

Kita sering mahukan,
Janji dari seorang insan,
Yang sentiasa kita harapkan,
Tapi akhirnya mengecewakan.

Kenapa kita perlu setia,
Kepada manusia,
Yang mengecewakan jiwa,
Pergi berlalu meninggalkan kita?

Kita sering lupa,
Tuhan sentiasa ada bersama,
Menepati janjiNya,
Yang kita meminta kepadaNya.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Seorang Pecundang.
15 Mac 2018

Insan lain bersusah payah,
Menulis dengan hati yang parah,
Untuk bangkit dari kefuturan,
Tapi ada mengambil kesempatan.

Usah sangka mereka memuji,
Kau boleh bangga diri,
Hakikatnya penulis yang asli,
Selalu dapat menulis lagi dan lagi.

Ketahuilah duhai plagiat karya,
Kau mungkin sedang bersuka ria,
Mengambil penulisan mereka,
Tanpa mengekalkan namanya.

Kaulah seorang pecundang,
Mampu jadi bayang bayang,
Oleh penulis asli itu sendiri,
Sering mendapat ilham dari Ilahi.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Kalaulah Itu Aku.
08 Mac 2018

Aku tidak pernah jemu,
Membaca tulisan dari kamu,
Yang kau ciptakan buat mereka,
Lahir dari perasaan dan jiwa.

Melihat kau bahagia,
Menulis kisah tentang dia,
Hati aku kembali rasa cemburu,
Yang kau sendiri tidak tahu.

Kalaulah itu aku,
Ia pasti bahagia di kalbu,
Seolah olah kau menghargai,
Kehadiran diri ini.

Namun aku sedar diri,
Semua itu tak mungkin terjadi,
Kau hanya lihat kewujudannya,
Satu-satunya yang kau puja.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Beratus Ratus Puisi.
07 Mac 2018

Aku tidak pernah berhenti,
Untuk menulis puisi ini,
Biarpun sekadar luahan hati,
Moga ia memberi inspirasi.

Satu persatu,
Aku membaca puisi dulu,
Kerana hati ini sudah rindu,
Lalu ku simpan dalam buku.

Beratus ratus puisi,
Yang pernah aku kongsi,
Nama pena bertukar ganti,
Namun tulisan masih sama lagi.

Terima kasih Tuhan,
Kerana memberi pinjaman,
Segala ilham dan inspirasi,
Untuk diri ini terus menulis puisi.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Tidak Pernah Sendiri.
27 Februari 2018

Mungkin kita sangka,
Tidak punya sesiapa di dunia,
Namun yakin dan percaya,
Allah tetap ada bersama.

Dengar sini temanku,
Ingin aku kongsi sesuatu,
Yang perlu engkau tahu,
Agar ia dapat hadam selalu.

Allah sentiasa ada,
Kita sering mudah lupa,
Mengharap perhatian manusia,
Hingga hati selalu kecewa.

Mari kita senyum selalu,
Meraih cinta Tuhan yang Satu,
Moga hati ini sabar dan tabah,
Harungi ujian dari Allah.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Bangkit Sendiri Lagi.
25 Februari 2018

Aku masih berusaha,
Untuk bangkit semula,
Tanpa mengharap sesiapa,
Kerana aku ada Maha Esa.

Biarpun aku akan jatuh lagi,
Tersungkur dengan teruk sekali,
Namun ku tetap berusaha sendiri,
Segala kudrat ku bangkit kembali.

Segala harapan,
Aku sandarkan pada Tuhan,
Hanya Dia memberi kekuatan,
Untuk ku meneruskan kehidupan.

Keizinan Tuhan,
Ku perolehi kekuatan,
Menghadapi segala ujian,
Bersama rasa kesabaran.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Perempuan Pemuisi.
22 Februari 2018

Aku sukakan puisi,
Kerana ia lahir dari hati,
Walau sukar untuk difahami,
Namun dapat memberi inspirasi.

Ada beberapa insan berkata,
Semua puisiku tercipta,
Menjadi madah madah cinta,
Tapi ianya sekadar luahan jiwa.

Satu persatu ku kongsikan,
Moga ia memberi satu kebaikan,
Walau hanya satu perkataan,
Yang telah aku coretkan.

Aku bukan insan plagiat,
Hanya ingin mengasah bakat,
Menulis dari hati yang sakit,
Berusaha untuk bangkit.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Aku antara keliru.

Mengapa dan kenapa
Setiap kata cuma berkisar soal cinta.

Cinta-suka-dan-si-dia-pujaan-jiwa.

Hingga ada yang tertanya
Adakah Islam tidak perlu remaja?

Yang kuat jiwanya
Dan nanti menjadi asbab kemenangan agama?

Atau, mungkinkah mereka lupa?
Boleh jadi juga tertipu.

Tertipu dan menjadi buta.
Dengan sesuatu.
--
Atas nama Dunia.

Entah,
Aku tak tahu.

NAA | 2018
@PerempuanPemuisi


Forward from: ??????????????
Pergi Menghadap Ilahi.
30 Januari 2018

Kita; manusia,
Ciptaan dari Maha Esa,
Hidup di dunia,
Cuma sementara saja.

Satu saat nanti,
Kita akan kembali pada Ilahi,
Mati; bila bila masa saja,
Dunia; persinggahan sementara.

Amalan apa yang kita bawa,
Saat berada di akhirat sana?
Untuk di bawa menghadap Ilahi,
Masih cukupkah; selama ini?

Janji Tuhan; tidak mungkiri,
Kita akan tetap kembali,
Ke pangkuanNya,
Bersama amalan kita; di sana.

PerempuanPuisi
@PerempuanPemuisi


C L O S E P R O M O T E


Jadilah pendakwah, bukan penghukum. Berusahalah membetulkan orang, bukan menyalahkan orang.


Random quotes and lawak bodo sometimes sebab admin kat sini mereng sikit😂
Tenang is good 🍁🍁


Channel ini akan post pelbagai koleksi wallpaper untuk fon anda dan pelbagai jenis quote..

WALLPAPERS"E:)
😄Menarik
😄Cantik
😄Positif


Segalanya akan ku cerita disini , cuma masih ada yang aku simpan rapi ♡


Pelbagai jenis quotes disediakan disini 🍃

Cinta, sahabat, keluarga, dakwah dan sebagainya 😍


new channel here


Jurang kehidupan semakin dalam saat diri aku hampir dihanyut kesepian.

20 last posts shown.

2 625

subscribers
Channel statistics