SAMPAIKAN KEBAIKAN & INGATAN


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Sebar kebaikan.
Sampaikan ingatan.
Mencari Cinta Allah.
Biar permulaannya pahit, tapi pengakhirannya MANIS ?
Assalamualaikum bakal penghuni syurga Allah ??

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter




Forward from: Neuroquran.com
Sape nak topup free dari lazada boleh dm @nurainilahh




Forward from: DIARY OF ME
KalamKalbu♥
Orang yang baik SENTIASA BERSEDIA untuk mengubah arah tuju hati mereka

Muhasabah,Dakwah&Tarbiah Membimbing Hati Menuju Sang Rabb!
https://t.me/kalamkalbu


Forward from: DIARY OF ME
DIARY OF ME
Masalah? Tiada masalah untuk aku tempuhi segala masalah..💃

🎀Nasihat♥
🎀Tips (cinta,study or something)♥
🎀Anda tanya saya jawab♥
🎀 Username ig - quotes.naa♥
🎀 Promote only FRIDAY♥

Anything?? ♥
Just pm @Ainaazalikha 😉
https://t.me/diaryofainaa


Forward from: DIARY OF ME
💐Open promote 💐

🌷Every friday
🌷From 9.00 am till 6.00 pm
🌷After 12.00 am all be channel that promoted will be deleted
🌷thank you😉

Pm 👉 @Ainaazalikha


Forward from: DiariPendosa
⏳OPEN SWAP PROMOTE⏳

SETIAP JUMAAT SAHAJA
⌚️12AM - 12AM

📚Bagi salam/Hi
📚Send link terus
📚Promote back
📚Done

Channel sahaja🗣
❌No secret chat

💉Pm : @jarimenaip🤳🏻
Iklan akan dipadam selepas 24jam

https://t.me/diariipendosa


Forward from: 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚
🔊OPEN SWAP PROMOTE🔊

SETIAP JUMAAT SAHAJA
⌚️12AM - 12AM

💧Bagi salam/Hi
💧Send link terus
💧Promote back
💧Done

Channel sahaja🗣
❌No secret chat

📱Pm : @jarimenaip🤳🏻
Iklan akan dipadam selepas 24jam

https://t.me/hijrahpendosa




🌼🌼🌼
Betapa rapatnya kita dengan manusia, kita akan berpisah juga.

Tapi rapatnya kita dengan Al-Quran ia akan tetap kekal bersama kita sehingga di dalam kubur.
🌼🌼🌼
@SampaikanKebaikanUntukSemua


🌼🌼🌼
The most beautiful thing is that He knows what you are about to tell Him and yet
He still listens.
Allah is the most kind.

إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Indeed Allah, to the people, is kind & merciful [22:65] ♥️♥️
🌼🌼🌼

@SampaikanKebaikanUntukSemua


KEBAIKAN

Assalamualaikum 🌈,

Jika hati itu terdetik untuk melakukan kebaikan, meskipun sebesar biji sawi,

Teruskan..

Ketahuilah bahawa الله telah titipkan rasa itu kerana Dia sayangkan kita.

Rasa nak solat,
Rasa nak puasa,
Rasa nak pergi majlis ilmu,
Rasa nak pergi masjid,
Rasa nak menutup aurat dengan sempurna,
Rasa nak bangun malam,
Rasa nak bersedekah,
Rasa nak kurangkan amarah, lebihkan sabar,
Rasa nak buat baik..

Hidayah itu milik الله, tapi bukan semua memilikinya. Dan jika ada diantara kita yang punya rasa seperti diatas, bersyukurlah.. الله sayangkan kita.. Kita masih terdetik untuk semua itu meskipun kita belum ingin melakukannya.

Benda baik, teruskan. الله suka. Mula dgn niat, kemudian perbuatan..lama2 ia jadi amalan. Nak tinggal rasa ralat.. Tak buat rasa rugi..

Jom kita sama2 berbuat kebaikan 💪🏼


Assalamualaikum 🌈
Good Morning 🌼
Alhamdulillah, الله masih bagi pinjaman nyawa pada kita..
Gunakan ia dengan sebaiknya..
Kita punya tanggungjawab diatas muka bumi الله ini..


Seringkali daku bersyukur kerana الله tak lupa untuk tegur daku setiap kali daku ada buat salah, ada khilaf dalam perbuatan daku.
Itu yang daku pinta dalam setiap perbualanku denganNya.

Dan teguran itu didatangkan dari pelbagai cara, pelbagai kaedah.. Secara langsung mahupun tidak.

Terimalah teguran itu untuk mematangkan diri sendiri.. Untuk perbetul kesilapan.
Ambil sudut positif.
Sebenarnya, masih banyak hal yang kita tidak tahu meskipun kita merasa kita sudah cukup tahu..

Nota: kita ditegur bermakna kita disayangi ❤️
🌼🌼🌼
@SampaikanKebaikanUntukSemua


Bisikan syaitan itu bukanlah ditelinga kita, tapi di hati kita..

Sebab itu, hati kita sentiasa berbelah bagi apabila kita mahu lakukan kebaikan.. Apabila kita mahu mencegah kemungkaran..

Dan juga kerana itulah, kita selalu keliru sama ada itu kata hati sendiri atau bisikan syaitan yang direjam..

Hati kena kuat,
Iman kena teguh.
Lawan.

Nota: Dah zohor? Kalau belum, cakap pada diri sendiri.. Suka ke tengok syaitan tu menang? Jangan beri mereka ketawa gembira melihat kita yang kalah awal sebelum bertempur..


Checklist ✅


🌼🌼🌼
Saat orang lain kagum melihat kita tabah hadapi ujian,
Terus katakan ini pada diri sendiri..

"Aku bukanlah sekuat seperti yang kalian lihat..
Kadangkala aku juga mahu rebah dalam menghadapi ujian ini.. Aku juga mahu menangis meskipun aku cuba keras untuk menahannya.. Namun aku cuba untuk bertahan, cuba untuk kuat kerana aku mahu lihat sinar hikmah yang الله sediakan untukku disebalik ujian ini.."

Semoga aku kuat. الله bersamaku.
🌼🌼🌼

#postivevibes
@SampaikanKebaikanUntukSemua


ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ ﴿٢٨٦﴾

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

[Al-Baqarah 2:285-586]


🌼🌼🌼
Hadis riwayat Abu Masud Al-Badri r.a., dia berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah pada suatu malam, maka ayat itu akan menjadi pelindung dirinya."
(HR Muslim, 1340)
🌼🌼🌼

@SampaikanKebaikanUntukSemua
#hadith


Tepuk dada,
tanya iman..
Soal pada diri sendiri.. 🌸

20 last posts shown.

126

subscribers
Channel statistics