Permata Islam


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Permata Islam

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter




KATA-KATA NASIHAT 🌱

" Terkadang orang yang menasihati bukan kerana dirinya baik, apatah lagi sempurna. Dia menasihati kerana dia pernah melalui dan tidak mahu kita semua mengalami penyesalan yang sama dengan dirinya."

@aemanakimz




Catatan Dhuha

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang meninggalkan Islam. Kemuliaan mereka di sisi makhluk hanya lakonan yang ditunjuk oleh pengikut di hadapan mereka.

Dihormati bukan kerana kemuliaan tetapi kerana ketakutan. Ia tidak kekal lama.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
28 Jamadil Akhir 1439/
17 Mac 2018
Sabtu.


Catatan Dhuha

Bukan semua yang kita hajat akan kita perolehi, dan bukan semua yang kita tidak suka, tetap juga hadir di dalam hidup kita.

Terimalah, itu ketentuan Allah SWT.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
29-Jamadil Akhir 1439/
18 Mac 2018
Ahad.


MUSIBAH PETANDA PENAWARAN MAQAMAT BAGIMU...

"Janganlah engkau mencela musibah kerana dengan musibah itulah engkau mendapat kedudukan yang tinggi disisi Tuhanmu."

Ibn Athoillah As-Sakandari رحمه الله تعالى


Mata kalian adalah amanat yang Allah titipkan pada kalian, kelak akan kembali kepada Dzat memberikannya seraya menanyai :

"Apa yang kamu perbuat dengan mata itu?"

Jika kamu kotori matamu dengan memandang aurat, gambar-gambar yang haram untuk dilihat, memandang pada dunia dengan pandangan pengagungan dan memandang orang-orang mukmin dengan pandangan penghinaan berarti kamu telah berkhianat akan amanat mata itu maka celakalah kamu...

Allah memberimu mata yang bersih, baik dan suci maka kembalikan pada-Nya dalam keadaan yang baik juga...

Jika kamu datang kepada Allah dengan membawa mata yang baik, maka Allah akan membuatmu dapat memandang orang-orang yang baik, memandang paling baiknya hamba Allah dan orang pilihan-Nya Al-Amin Muhammad Shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, memandang syurga kemudian memandang Allah Dzat Yang Maha Mulia.

Petikan kalam Guru Muliah Al-Habib Umar bin Hafidz hafizahullah

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Jaga hati. Jaga aurat. Jaga kemaluan."

@aemanakimz


https://www.instagram.com/p/BgVgMv0BENL/

Bismillah. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah.
.
Pernah tak?
.
Kita sedar yang diri masih hanyut dek godaan syaitan dan hasutan nafsu. Namun, dalam keaadan sebegitu, Allah masih tidak melupakan kita. Di saat kita asyik mandi dosa, Allah masih memberi kebaikan kepada kita.
.
Bagi orang yang berfikir dengan akal yang baik, maka sedarlah dia bahawa kebaikan yang Allah beri disaat dia tidak mengingati Allah adalah bukan semata-mata nikmat.
.
Sebaliknya, nikmat yang Allah beri itu adalah sebagai peringatan kepada kita. Peringatan agar kita bersyukur. Agar kita mengingatinya.
.
Seolah-olah Allah berkata kepada kita, "Wahai hambaKu, aku pemberian aku untukmu adalah kerana Aku rindu kepadamu. Aku rindu dengan tangisanmu. Wahai hambaku, begini layanan engkau kepadaKu dan Aku telah beri banyak nikmat yang engkau tidak pinta. Bagaimana jika engkau taat dan mencintai Aku? Semestinya akan ku tambahkan lagi nimatKu kepada engkau."
.
Sayang seribu sayang, hanya sedikit yang berfikir begitu.
.
Masih ramai yang bersedih dengan keputusan #SPM dan masih ramai yang tidak bersyukur dengan keputusan yang diperoleh.
.
Kenapa engkau harus bersedih kerana sehelai kertas? Kenapa engkau harus bersedih kerana tittle 'A' ?
.
Bukankah rezki semuanya datang dari Allah? Bukankah masa depanmu terletak pada tangan (kekuasaan) Allah?
.
Perhatikanlah hubunganmu dengan Allah dan berfikirlah sejenak.
.
Semoga Allah merahmati kamu dan keluargamu. Semoga syurga buat kita.
.
Daripada: Muhammad Aiman Hakimi Bin Zakaria

@aemanakimz

https://www.instagram.com/p/BgVgMv0BENL/


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Cekalkan hati. Jangan biarkan keadaan mengawal dirimu. Hanya kamu dan Tuhan yang berhak atas dirimu. Jangan biarkan sesuatu yang lain buat kau kecewa dan lemah. Keep strong!"

@aemanakimz


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Usah mengeluh jika nasihat kita tidak diterima kerana nasihat Allah setebal 604 muka surat pun masih ramai yang tidak terima. Nasihat Rasulullah berpuluh-puluh jilid pun masih ramai yang menolak. Teruskan menasihati sampai ada yang menerima."

@aemanakimz






Cinta itu memerlukan kepercayaan dan kejujuran. Tidak dinamakan cinta jika tidak jujur dan percaya pada yang dicintai.

Bagaimana?

Kata Mawlana Shaykh Nazim,

"Bangkitlah pada malam hari, berintiman bersama Tuhanmu. Jujur padaNya dengan mengakui segala dosa dan kelemahan, dan percaya padaNya dengan menyerahkan segala urusan kehidupan dan kematian kepadaNya."


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Semua yang kita lihat itu hanya pandangan zahir. Kita tidak tahu hakikat yang sebenar. Jika kita lihat orang melakukan keburukan, benci dan jauhilah keburukan tersebut. Jangan membenci pelakunya kerana kita tidak tahu bagaimana hubungannya dengan Allah. Mungkin dia lebih baik daripada kita."

@aemanakimz


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Jangan terlalu cepat menghukum seseorang. Sebaliknya, cuba untuk bersangka baik terlebih dahulu. Kadang-kadang, apa yang kita lihat tidak semuanya betul. Boleh jadi syaitan telah lemparkan puing-puing hasutan supaya apa yang kita lihat itu nampak buruk. Jadi, apabila berlaku sesuatu yang tidak jelas, siasat terlebih dahulu agar tidak berlaku perbalahan dan fitnah."

@aemanakimz


KATA-KATA NASIHAT 🌱

"Bila hati rasa tak tenang, cuba baca Al Quran sampai rasa tenang. Seperti ubat, bukan ditelan terus sihat. Sebaliknya, ia mengambil masa untuk berkesan. Sama seperti Al-Quran, bukan dibaca terus tenang, namun ia perlukan masa untuk meresap dalam jiwa. Jadi lepas ini, baca Al Quran sampai rasa tenang. Selagi tak tenang, jangan stop."

@aemanakimz


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


CARA MENCEGAH ONANI
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
👇👇👇👇👇👇👇👇👇


AKU DAN MAKSIAT
Oleh: Ibn Zakaria @aemanakimz
Sedih…. Duka… Lara….
Rimas… bagai ditindas…
Dunia seolah tidak memahami….
Aku memilih untuk menyendiri…
Memendam perasaan yang terbungkam….

Ditemani Qorin celaka…
Rasa bagai ahli neraka…
Di saat aku mempunyai pilihan…
Kenapa aku pilih selain tuhan?

Perasaan berbelah bagi…
Kanan mahukan kebaikan…
Kiri mahukan kepuasaan…
Aku tersungkur lagi….

Hidup dalam kemaksiatan…
Sedangkan aku tahu….
Tindakanku dilaknat tuhan…
Namun tetap tidak aku hiraukan.

Kini aku sedar…
Aku telah jauh dari landasan…
Landasan yang benar…
Aku tekad untuk bertaubat…

Aku bertaubat…
Terasa diri bagai ahli syurga…
Sedangkan taubatku belum tentu diterima…
Aku terleka….

Sekali lagi aku tersasar…
Dihasut syaitan durjana…
Dengan nafsu tak guna…
Aku kembali berfoya-foya…

Taubat dan terus taubat…
Akhirnya ulang kesilapan yang sama…

Aku lelah…….. lelah….
Jatuh ke dalam lubang yang sama.

Alangkah celakanya aku…
Tumbang kerana nafsu…

Terkadang aku terfikir….
Adakah hanya aku?
Diuji dengan nafsu….
Aku buntu….

Aku tekad untuk berubah!
Ku hamparkan sejadah…
Dahi aku rapatkan ke tanah…
Memohon ampun segala salah..

Alangkah tenangnya jiwa…
Bebas dari cengkaman dosa…
Kini hanya aku dan Dia…
Tanpa hasutan sesiapa…

Arghhhh!!!! Apa salahku?
Kenapa ini harus berlaku?
Aku di sini…

Sekali lagi…
Dalam lubang yang sama…
Sungguh celaka…
Sekali lagi aku diselubungi dosa……

FOLLOW:
https://www.instagram.com/aemanakimz.shop/
https://www.instagram.com/aemanakimz/
https://www.instagram.com/sniperdakwah/

20 last posts shown.

2 251

subscribers
Channel statistics