Sebut pasal UBI KAYU, mesti korang akan terbayang moment tradisional, zaman Jepun, miskin, kampung, hina dan syukur.
Tumbuhan yang mudah ditanam dan menjadi makanan feveret bagi orang-orang 'lama'.
Masuk je musim hujan, hidangan ubi kayu rebus panas-panas, letak kelapa parut (nyior) yang dah digaul dengan garam-gula, tambah ikan kering, pekena kopi secawan, pergghhh!!!
Sebelum pergi cari sekejap lagi, elok baca sampai habis dahulu karangan SPM saya ni. Hahahaa
.
.
Perasan ke sangat perasan, mereka yang hidup zaman ubi kayu ni punyai jiwa yang kental?
Datanglah cabaran apa sekali pun, ketahanan mereka ni macam tunggul kayu.
Kuat, tak tercabut dek taufan.
Budak-budak yang suka makan ubi kayu pun memang macam tu perangai diorang.
.
.
Dulu orang bijak-pandai sudah berpesan ;
"Nak tengok macam seseorang tu akan datang, tengok makanan yang selalu dimakan."
Entah betul entah tidak, tapi nampak macam betul.
.
.
Ubi kayu ni ada falsafahnya tersendiri pada diri manusia.
Sangat berharga bila kita dapat tahu dan menghayatinya.
Ubi kayu sinonim dengan kekerasan ubi tu sendiri sebelum direbus empuk. Oleh kerana itu dipanggil ubi tu ubi kayu(kalau ada hikayat lain cerita kat ruang komen).
1. Makan ubi kayu ganti makanan utama beras dan sagu, maknanya hidup manusia kat mana-mana kena pandai survive, itu jadi prinsip orang Melayu.
Betul jugakkan, patutlah pergi New York dah tak ingat nasi, western je order. Boleh makan rileks pulak tu. Hahahaa
.
.
2. Walau dinama ubi kayu, dalamnya bukan jua kayu. Maknanya, kalau dah Melayu, pergi negara lain sekalipun, adat bangsa Melayu jangan dilupa.
Kalau dah Melayu, walau nama sekarang kacukan, Melayu tetap Melayu.
.
.
3. Kulitnya keriput, dalamnya putih bersih. Walau diri secara zahir tak cantik, hati mesti cantik.
Tengok sekilas, macam kulit orang pun ada juga kulit ubi kayu ni.
.
.
4. Dalam isi tertanam akar. Ubi kayu tak sama macam ubi lain, dalam isi tu sendiri ada macam akar tu, saya lupa pula orang panggil apa. Tolong tulis kat ruang komen ya.
Maknanya dalam kelembutan, perlu ada pegangan atau prinsip hidup. Ramai orang mentafsir dalam kelembutan ada ketegasan.
.
.
5. Ubi kayu tak duduk seorang. Pelik juga kenapa ubi kayu dipanggil orang. Rupanya satu pokok ubi kayu tu, kalau dicabut, ubi tu tak duduk satu. Mesti ada dua tiga ubi yang lain duduk sama.
Saling menguat dengan kekuatan atau potensi masing-masing.
.
.
6. Susunan manusia yang hebat.
Kulit luar - Wajah zahir
Nak lihat orang, jangan dilihat pada wajah zahirnya.
.
Kulit dalam (warna pink tu..) - Pakaian
Pakaian melambangkan identiti kita.
.
Isi - Hati
Hati kena bersih.
.
Akar dalam - Prinsip hidup
Disebalik kelembutan perlu ada ketegasan.
.
.
Lepas ni makan ubi kayu jangan lupa hayati setiap suapan ya.
Abi Saif Al-Anuar
Bini Mengidam Ubi Kayu
credit : Abi saif Al Anuar
@diarimusafirjalanan