InspirasiSahabat?


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Sebarkan ibrah? Tanggungjawab bersama??
Support Penghijrahan✌
Create : 29July2016
Jangan tunggu esok lusa utk berubah sedangkan hari ini kau masih hidup .
Bisakah kau tahu bila kematianmu?
@pendosategar
Any problem pm
Tq

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


, jagalah hati, jagalah pandangan, jagalah perasaan. Mungkin niat kita baik, tapi ianya menyebabkan kekecewaan pada orang yg mendengarnya. Menegur itu boleh, tapi biarlah selaras dengan hati yg menerimanya. Janganlah menegur di hadapan orang lain kerana itu akan menjatuhkan airmuka orang yg ditegur.

Ketahuilah bahawa Allah dah rancang segala yg terbaik utk setiap hambaNya.

Bersedekah jangan sampai jatuhkan maruah org.. Sebuah cerita yg sangat menyentuh & inspiring !!

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' _Mahu cari apa pakcik_?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' _saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi...._'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' _Tapi kenapa pakcik_?''

Lelaki tua: '' _Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' _Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai_.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''
_adakah kamu tersilap? Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?_'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa membuat orang lain berasa rendah diri.

.....share kan lah ia, andai bermanafaat......

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼


*♥JANGAN CAKAP.*

*👉🏼Menjaga lisan itu adalah menjaga hati kita.*

Bila lawat kenalan sakit, jangan dok ulang byk kali bahawa sakit itu penghapus dosa kerana ayat penyata itu sebenarnya adalah peringatan utk diri sendiri bukan utk org lain. Kena ingat, org yg sedang sakit, emosinya tak stabil. Berikan kata² yg menyenangkan hatinya, katakan sakit itu ujian Allah, itu tandanya Allah sayang dia dan doakan agar dia cepat sembuh.

Bila lawat kenalan ditimpa bencana, jangan cakap itu semua kifarah di atas dosa dia yg lepas, seolah kita yg tak ditimpa bencana takde dosa. Katakan semua tu ujian Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.

Bila jumpa pasangan yg dah lama berkahwin tapi tak punya cahayamata, jangan tanya bila nak dapat anak, jangan tanya merancang ke, sebab kita tak tahu betapa mereka mahukan anak tapi belum diizinkan Tuhan. Katakan bahawa Allah nak berikan yg terbaik untuk mereka.

Bila nampak orang yg dibenci ditimpa kesusahan, jangan kata padan muka sbb dulu buat aku, sebab mungkin dia dah sedar lama akan kesilapannya.

Jika nampak orang berlaku kejam, jangan kata tunggulah karma, apa kau buat hari ni, akan dibalas satu hari nanti sebab kita tak tahu apa punca dia berlaku sedemikian. Doakan agar dia berubah.

Jika mendengar cerita dari sebelah pihak, janganlah terus menghukum pihak yg satu lagi sebab kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Kpd para suami, jangan bergurau tentang kahwin lain, bini muda dan serupa dengannya dgn isteri, apalagi di hadapan orang lain. Isteri akan senyum kerana menjaga airmuka suami tapi siapa tahu hatinya tersentak, terguris.

Kepada para isteri, jangan kata boleh hidup tanpa suami kerana ada pendapatan sendiri kerana suamilah yg memegang restu ke atas isterinya.

Bila berjumpa dengan kenalan yg masih belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut, janganlah berkata mahupun sekadar gurauan tentang kelewatan perkahwinannya, seolah dia tak mahu berkahwin. Kita tak tahu bahawa dia menangis setiap kali melihat kawan sebaya sudah bahagia bersama keluarga sendiri dan anak2 sedangkan dia masih menyendiri. Ingatlah bahawa, jodoh pertemuan adalah kuasa Allah.

Bila nampak orang kaya tapi tak mahu bersedeqah, jangan kata dia kedekut sebab kita tak tahu mungkin dia bersedeqah lebih dari kita tapi dia lebih suka membuatnya dalam keadaan yg orang tak nampak.

Bila nampak orang yg bekerja keras tapi duit tak pernah cukup, jangan kata rezekinya tak berkat kerana kita tak tahu betapa dia menjaga keberkatan rezki dan pekerjaannya. Ingatlah, hanya Allah yg tahu rahsia segala rezeki dan keberkatan setiap hambaNya.

Bila nampak orang gemuk, janganlah bertanya samada dia tak diet ke, tak jaga makan ke, tak pandai jaga badan ke sebab dia mungkin tak berkesempatan utk menjaga dirinya sendiri kerana sibuk menjaga keluarganya. Takde orang yg tak mahukan badan yg cantik. Katakan padanya jaga diri elok2, tak mengapa bertubuh besar asalkan dia sihat tanpa penyakit dan biarlah dia gembira tanpa susahkan orang lain.

Bila ada anak teman kita yg mendapat keputusan yg kurang elok, janganlah ditanya tak tuisyen ke, tak studi ke, tak pantau anak kat rumah ke, sebab kita tak tahu suasana keluarganya. Takde ibu bapa yg nak lihat anaknya gagal. Katakan padanya tak pandai belajar tak semestinya tak pandai dalam kehidupan. Ingatkan padanya bahawa ramai orang yg terkenal dan berjaya hari ini adalah orang yg dulunya seringkali gagal dalam pelajaran.

Bila nampak orang tua yg diabaikan anak2, jangan kata dia tak didik anak2 nya dgn baik sebab kita tak tahu apa yg dah berlaku sebenarnya.

Bila nampak anak yg meninggalkan ibubapanya di rumah org tua, janganlah kata itu anak yg derhaka sebab kita tak tahu mungkin itu adalah yg terbaik supaya ibubapa tidak terabai tatkala anak pergi bekerja.

Semua kata2 itu adalah untuk peringatan diri kita sendiri, bukan untuk dilemparkan kepada insan lain. Jangan sesekali samakan diri kita dgn org lain dan begitu juga sebaliknya. Jangan mengeji kerana kita tak duduk di tempat orang yg dikeji. Tak ada insan yg tak mahu hidupnya sempurna. Segalanya dengan izin Allah.

Jagalah lidah






Forward from: Suka & Duka ?
Lelaki minat motor dengan kereta...🤦‍♀perempuan minat ape?? Perempuan minat televisyen😂kalau x caya ha cuba tanya kat perempuan drama ape yang keluar kat tv baru ii ni? Confirm dia tahu😆 siap nama pelakon plus nama samaran sekali dia tahu😂
#sukadanduka


"Kehilangan seorang sahabat lagi sakit berbanding kehilangan seorang makwe/pakwe"✨
@anspirasisahabat


"Sahabat sejati, even gaduh besar macam mana PON, tetap bersama:) gaduh mereka tak lama, kalau lama tu dinamakan ego😊pujuk lah sahabat anda jika benar meraka sahabat sejati anda, jangan biarkan mereka keseorangan☺️"
@anspirasisahabat


"Sahabat dunia akhirat adalah sahabat yang apabila kita bersamanya mengingatkan kita pada Allah"
@anspirasiSahabat


Forward from: ?Travelog of The Pemerhati Ummah
• • • • •

Pernah tak suatu ketika, berlaku selisih faham antara sahabat kita?

Dan, masing-masing diam kecewa, membawa hati yang lara. Mungkin hanya perlukan masa.

Jom, kita baca dulu kisah Rasullullah dalam melayani para sahabat baginda.

Pernah suatu ketika, Amru bin Asr merasakan dirinya istimewa di sisi Nabi SAW. Hal itu tampak dari sikap, kata-kata dan perlakuan Nabi padanya.Hari itu dia merasakan Sang Rasul mencintainya melebihi siapa pun.

Terasa sekali.
Lalu dia memberanikan diri meminta penegasan,

Ya Rasullullah, siapakah yg paling kau cintai?

Nabi tersenyum, "Aisyah," katanya

"Maksudku, Dari kalangan laki-laki?"kata Amru.

"Ayah Aisyah" jawab nabi.

"Lalu siapa lagi?" Tanya Amru

"Umar"

"Lagi?"

"Uthman" Dan beliau terus tersenyum.

Lalu Amru berkisah di kemudian hari " Aku menghentikan tanyaku, bimbang namaku disebut paling akhir"

Kisah ini cukup jelas menggambarkan, bahawa inilah akhlak mulia Rasulullah.

Baginda melayani sahabat dengan penuh kasih sayang. Sehingga membuatkan setiap jiwa yang mengenalinya, terus jatuh cinta dan sentiasa rasa dihargai olehnya. Tidaklah layanan itu bersikap pura-pura.

Nah, sikap inilah yang harus ada pada kita. Terus berlapang dada, menerima sahabat kita seadanya. Layanilah mereka dengan penuh kasih sayang, tanpa membezakan.

Hakikatnya semua berbalik pada IMAN,
Kerana MUKMIN sahaja yg mampu bersaudara dengan ukhwah sejati.

Iman itu adalah pembenaran dlm hati, ikrar dgn lisan dan amal dgn perbuatan.

Lalu bagaimanakah kiranya,
hati itu sifatnya tersembunyi,
Lisan itu bisa berdusta,
Amal juga bisa dipura pura ?

Maka Allah dan RasulNya meletakkan ukhuwah sbgai kayu ukur iman dalam hubungan kita sesama manusia.

Bukan ukhuwah yang cela,
Tapi pada hakikatnya,
Iman kita yang tempang.
🍃

-Syfqhndh
#SharingbyThePU
@_thepemerhatiummah
T.me/thepemerhatiummah


Mutiara Kata Renungan Bersama

Tanda-Tanda Orang Yang Ikhlas Dia tidak akan pernah berubah sikapnya disaat dia berbuat sesuatu kebaikan.

Ada atau tidak ada yang memuji dan menilainya, bahkan sampai dihina pun hatinya tetap tenang.

Karena ia yakin bahwa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian dari manusia melainkan dinilai oleh-Nya

@InspirasiSahabat


Kenapa perlu lebihkn dan beri sepenuh perhatian kepada boyfriend/girlfriend yg belum halal dan belum tentu jodoh kita daripada seorang sahabat? Adakah sahabat kita tidak punya hati dan perasaan? Mengapa perlu agung ii kan dia sedangkan baru beberapa jam/hari/bulan berkawan dengan dia.. Sedangkan seorang sahabat itu telah kau kenal dari kecik... Kenapa??
@inspirasiSahabat


' Jika sahabatmu berlaku buruk terhadapmu, catat keburukkannya di atas pasir, agar angin boleh menghapuskannya.

Bila ia berlaku baik terhadapmu, catat kebaikkannya di atas batu, agar angin tidak dapat menghapuskannya.'

Wallahua'alam

#uKiranHati


Kalau tak mampu jadi batu permata, jangan jadi batu api. Ingatlah sikit dekat batu nisan tu
@inspirasisahabat




Profil picture tak letak gambar sendiri, bukanlah bermaksud seseorang tu tak cantik, tak comel, tak lawa, tak berseri-seri, atau tak manis.
Kadang sebabnya orang tak minat nak upload gambar.
Kedua sebab dia rasa benda tu penting.
Ketiga sebab dia jenis yang suka merahsiakan identiti sendiri.
Keempat sebab kita fikir jelah yang positif. 😌😀


@inspirasisahabat


Gaji kita mungkin kecil,
Namun, mungkin Allah lebihkan rezeki kita dalam perkara lain.

Ingat,
Rezeki bukan sekadar duit.

@inspirasisahabat


Lebih baik aku kehilangan sesuatu karna Allah, drpd aku kehilangan Allah karna sesuatu 😢😭

@inspirasisahabat


Kita asyik fikir apa yang kita nak, sampai kita lupa apa yang Allah nak.

@inspirasisahabat


Kita punya mata yang sama
Tapi cara pandangan kita berbeza
Kita punya pangkat berbeza
Tapi Allah pandang kita semua sama.

@inspirasisahabat


Dimanakah dirimu?
Apakah kau hanya mnjadi penonton di balik langsir kehinaan?
Jalan ini adalah jalan yang melelahkan Adam dan membuat Nuh mengeluh.
Di jalan ini Sang Kekasih Allah dicampakkan ke kobaran api, Isma’il dibaringkan untuk disembelih,
Yusuf dijual dengan harga murah dan terperangkap dalam penjara selama beberapa waktu.
Di jalan ini Zakaria digergaji hingga terbelah, Yahya disembelih, Ayyub tertimpa penyakit, Dawud menangis terus menerus, Isa terpaksa hidup dengan binatang buas,
dan Muhammad tertimpa kemiskinan dan segala macam gangguan.

Sedangkan engkau malah bergelimang senda gurau dan permainan?

Allah menguji makhluk dengan sesamanya. Dia menguji mukmin dengan kafir, sebagaimana juga menguji kafir dengan mukmin. Semua makhluk mendapat ujian semacam ini.

“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. alMulk: 1-2).

Muslim meriwayatkan dari Nabi mengenai yang diriwayatkannya dari Rabbnya,
“Hanyasanya Aku mengutusmu untuk mengujimu dan menguji denganmu.”

Yang kita ketahui dari al-Quran dan Sunnah bahwa diantara para nabi ada yang disiksa dan dibunuh oleh musuh-musuhnya seperti Yahya.
Ada juga yang kaumnya berkehendak membunuhnya sehingga terpaksalah ia lari menyelamatkan dirinya seperti Ibrahim yang berhijrah ke Syam
dan Isa yang diangkat ke langit.

Diantara orang-orang mukmin juga ada yang tertimpa ujian berat. Ada yang dicampakkan ke parit yang menyala-nyala (ashabul ukhdud)
ada yang menjadi syahid,
ada yang sengsara lagi terancam hidupnya.

Maka dimanakah janji Allah akan kemenangan kepada mereka di dunia padahal mereka terusir, terbunuh, atau disiksa?

20 last posts shown.

3 500

subscribers
Channel statistics