5 Petanda Sakit Gout.
Gout juga ada sejenis sakit sendi arthritis.
Anda mungkin di serang gout jika anda mengalami salah satu daripada 5 simptom di bawah
1. SAKIT SENDI
Gout biasanya akan berlaku di bahagian sendi paling besar di jari kaki anda. Namun begitu gout juga berpotensi menyerang kaki, buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Sakit yang teruk ini biasanya akan hilang dalam masa 4 – 12 jam selepas ia bermula.
2. DENYUT SELEPAS SERANGAN GOUT
Selepas sakit gout mula hilang, sendi-sendi akan rasa tidak selesa selama berhari-hari. Kadangkala ia mengambil masa berminggu-minggu untuk hilang. Semakin kerap gout menyerang, serangan seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, dan kebiasaannya akan berlaku di lebih banyak kawasan sendi.
3. RADANG
Sendi yang diserang akan menjadi bengkak, merah dan sangat lembut. Kalau orang lain tersentuh sedikit pun, pesakit gout akan rasa pedih sangat.
4.PERGERAKAN YANG TERHAD
Semasa gout, pergerakan kaki akan jadi terhad sakit tersebut akan memaksa pesakit gout berehat dan duduk supaya sakit cepat hilang. Kadangkala pesakit terpaksa bertongkat untuk bergerak.
5. PENGHASILAN TOPHI (Benjolan)
Selepas beberapa siri serangan gout, kadangkala benjolan lembut akan muncul. Benjol ini dikenali sebagai tophi. Ianya merupakan pengumpulan kristal asid urik.
@KedaiOnlineKami@GayaSihatCantik