Di dalam kitab sahih Bukhari, ada satu hadith yang menceritakan tentang keutamaan Abu Bakr as-Siddiq radhiyallahu ‘anh:
“Ketika mendengar Rasulullah ﷺ mengabarkan tentang pintu-pintu syurga, Abu Bakar radhiyallahu ‘anh pun menanggapi, ‘Wahai Rasulullah, tidaklah sulit bagi seseorang untuk dipanggil dari satu pintu itu. Adakah orang yang dipanggil dari semua pintu itu?’
Nabi ﷺ menjawab, ‘Ada. Dan aku berharap engkau termasuk dari mereka wahai Abu Bakar.’” (HR. Bukhari, No. 3666).
Hadith ini mengajar kita sedemikian banyak ibrah dan hikmah. Antaranya:
1) Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sekiranya kita mentadabbur al-Quran dan menghayati banyak hadith-hadith yang sahih, kita akan mendapati Allah SWT sangat mengasihi hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Antaranya hadith ini; Allah tidak menjanjikan SATU pintu syurga, tetapi BANYAK pintu syurga kepada para hamba-Nya yang layak memasukinya.
Dengan kata lain, ada banyak cara untuk masuk syurga! (Syurga mempunyai banyak pintu dan pintu-pintu ini dikhususkan untuk amalan-amalan tertentu, contohnya berpuasa dan sedekah)
2) Standard Abu Bakr RA yang begitu tinggi. Pertanyaan Abu Bakr RA kepada baginda ﷺ bukanlah kerana beliau riya’ atau mahu menunjuk-nunjuk, tetapi sudah sememangnya amalan hariannya membuktikan bahawa tidak sukar baginya untuk memasuki salah satu dari pintu syurga yang disebut baginda ﷺ.
Tidak hairanlah Abu Bakr RA merupakan sahabat teragung dan yang terutama di sisi Rasulullah ﷺ.
3) Meletakkan tummuhaat (impian) setinggi langit dalam mencari keredhaan-Nya. Abu Bakr RA tidak berpuas hati dengan hanya sekadar dipanggil oleh satu pintu syurga, tetapi beliau mahu dipanggil oleh semua pintu syurga! MashaAllah.
Meskipun kita tidak mungkin menjadi sehebat Abu Bakr RA, tetapi sewajarnya kita mencontohi semangat beliau dalam bersungguh-sungguh mengejar redha-Nya dan mahu mempersembah amalan yang terbaik kepada-Nya.
Moga Allah SWT memilih kita semua untuk memasuki salah satu daripad pintu-pintu syurga-Nya yang mulia! Amiin!
https://telegram.me/muassis