MuslimahOnHijrah 🌹


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: Religion


Hijrah is not a crime. It just a way to make you tough in life.
Anything to share
@MuslimahOnHijrah_bot
Auto Swap Promote
@MslmhOnHjrh_bot
Follow us on 👇
Instagram | Twitter | Telegram

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
Religion
Statistics
Posts filter


Para pentafsir ada kongsi, ada 4 jenis wanita dalam kehidupan.

✅Wanita yang baik dengan wali yang baik. Ini seperti Maryam yang dijaga oleh Nabi Zakariya a.s.
✅Wanita yang baik dengan wali yang teruk. Ini seperti Asiyah, isteri kepada Firaun.
✅Wanita yang teruk tapi dengan wali yang baik. Ini seperti isteri kepada Nabi Nuh a.s. dan isteri kepada Nabi Luth a.s.
✅Yang paling teruk adalah wanita yang teruk dan tinggal dengan wali yang juga teruk. Inilah peringkat Umm Jamil ini

Cuba tanya diri sendiri.

Kita di peringkat yg mana?

Jika di peringkat pertama, alhamdulillah. Tahniah. Kekalkan.
Jika di peringkat kedua, alhamdulillah. Banyakkan doa untuk mendapat wali yg sama mcm kita juga ok?

Elakkan untuk menjadi peringkat ketiga dan keempat 😨.

Jom semua!
Usaha sehabis baik untuk ke peringkat satu ;)

Selamat Hari Wanita 🫰🏻

#MuslimahOnHijrah


Kadang kita rasa usaha kita dah cukup banyak. Kita rasa kita dah buat segala apa yang kita mampu tapi still Allah tak bagi apa yang kita nak.

Dan kita mempersoalkan apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang aku tak buat?

Tapi kita lupa satu perkara,
"Boleh jadi kamu bencikan sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ia tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
-Al Baqarah ayat 216-

Satu lagi nak pesan yakinlah dengan takdir Allah. Boleh jadi sekarang bukan masa yang sesuai untuk Allah bagi apa yang kita nak. Jadi sabarlah, Insyaallah cepat atau lambat Allah pasti beri ataupun mungkin Allah akan gantikan dengan perkara yg lebih baik.

Jangan lupa selawat!

#MuslimahOnHijrah


Cantik itu subjektif. Semua ciptaan Allah cantik. Cumanya kita manusia yang letak kayu ukuran tentang maksud sebenar kecantikan. Jadi jangan insecure sahabat sekalian. Kita mungkin tak cantik di mata manusia tapi kita tetap cantik di sisi Allah.

Don't forget to selawat!

#MuslimahOnHijrah


I still love the colors of sunsets but lately I've lost the passion. So this was the end of my journey as an opacarophile?

#MuslimahOnHijrah


Sahabat,

Bilamana kita ada mendengar berita seseorang mahu berubah kepada kebaikan, bersyukurlah!

Raikanlah perubahan dia..
Sambutlah perubahan dia dengan gembira..
Berikan sokongan dan semangat kepada dia..
Berilah kata kata positif pada dia..

Mengapa?

Agar dia rasa perubahan dia itu dihargai.
Agar dia rasa dirinya tidak keseorangan.
Agar dia rasa dirinya tidak kesunyian.

Jika tidak mampu raikan, usahlah bercakap yg negatif kepada dia..
Jika tidak mampu menggembirakan, usahlah membuatkan dirinya jatuh kembali..

#MuslimahOnHijrah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Tiktok: c.bunnyshop

#MuslimahOnHijrah


Apa jua status kita, jadilah yang beriman...
Jadilah hamba Allah yg beriman..
Jadilah ahli keluarga yg beriman..
Jadilah sahabat yang beriman..
Jadilah pelajar yg beriman..
Jadilah ibubapa yg beriman...
Jadilah pasangan yg beriman...

Apa jua pekerjaan yang kita pilih, jadilah yg beriman..
Jika bomba, jadilah yg beriman..
Jika doktor, jadilah yang beriman.
Jika pendidik, jadilah yang beriman.
Jika polis, jadilah yg beriman..
Jika tutor, jadilah yg beriman..

Sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri, dalam masa yang lain...
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain untuk kembali kepada fitrah..
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain mentaati perintah Allah..
Sentiasa berusaha mengajak diri sendiri dan yang lain buat kebaikan dan cegah kemungkaran..

Hugs

#MuslimahOnHijrah


Tahun ni nak planner Ramadhan lagi ke ? 🫣
Poll
  •   Nakk
  •   Pakai tahun lepas je Min
  •   Eh xpe susah-susah je
127 votes


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Tiktok; zalfanaaz
#MuslimahOnHijrah




Reem adalah lambang keberanian dan kekuatan muslimah Palestin.

Suaminya, Ziyad Awwad berkata:

"Reem individu yang sangat luar biasa."

Ziyad sendirilah yang menghantar Reem untuk pergi berjuang buat kali terakhirnya sebelum syahid.

Reem seorang yang taat pada suaminya dan memohon keizinan daripada Ziyad untuk berjuang dan diizinkannya.

Cita-citanya untuk beroleh syahid bermula sejak dari bangku sekolah lagi apabila mata kepalanya sendiri menyaksikan kematian demi kematian rakyat Palestin dan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan Zionis.

Tekadnya itu berterusan sehingga berjaya menganggotai Al Qassam.

Jalan perjuangannya sangat indah dan tidak semua orang sanggup melakukannya. Hanya mereka yang benar-benar tinggi keimanannya dan besar cita-cita syahidnya sahaja yang mampu melakukan.

Reem memilih untuk menyertai Operasi Amaliyah Istisyhadiah.

Tugas itu kali pertama dan mungkin yang terakhir dilakukan oleh pejuang wanita Al-Qassam.

Reem menawarkan dirinya sendiri untuk posisi itu. Walaupun pada awalnya ditolak, Reem berkali-kali mendesak supaya diterima sehinggalah berjaya ditempatkan di posisi itu.

Tanggal 14 Januari 2004, syahidlah beliau. Aksi itu mengejutkan dunia dan memberi tamparan hebat kepada semua pihak.

Antara wasiatnya:

"Aku dambakan untuk bertemu Allah sebagai syahidah dan kedua anak yang aku sayangi ini aku serahkan kepada Allah untuk menjaganya."

Kata Syeikh Yusuf Al Qaradhawi:

"Penyertaan wanita dalam perjuangan di Palestin selepas yahudi menjajah tanah suci ini adalah tuntutan yang sangat besar. Kematian wanita dalam perjuangan juga adalah kemuliaan sebaris mujahidin. Syahid mereka juga diberkati Allah."

#IsraelCuak
#TaufanalAqsa
#infosemasa

Credit : Info Semasa Channel

#MuslimahOnHijrah


Satu-satunya insan yang akan terus mendokong, meskipun semua orang meninggalkan dirimu, itulah dia IBUMU. ❤️❤️❤️

Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy

0301

#MuslimahOnHijrah


Credit: Waktu Solat Malaysia

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah


Hakikatnya ramai yang nak berhijrah tapi mereka takut, sebab apa?
dengan pandangan masyarakat sekarang yang x habis habis nak menghentam dan mengungkit 😔..
dengan pulauan orang sekeliling, dengan ejekan yang diberikan..
Mcm mcm lagi lah kan?

Meh Kak Ad bagitahu kat hampa semua, apa orang nak kata, tolak tepi, toksah amek hal sangat hihi.. nanti depa depa jugak yang terasa dan sakit hati kan? huhu..

Kak Ad faham, bukan semua orang suka dengan penghijrahan kita.. Maklumlah, selama ni kita mcm dorang tup tup nak berubah plak kan?
So buat dunno jelah dengan orang mcm ni, bukan nya nak bagi galakan tapi bagi kata kata makian plak huhu

Setiap yang berhijrah tu ada dugaan kan?
hadapilah dengan tenang dan sabar k ;)
Kak Ad memang x hadapi apa yang kalian hadapi, tapi Kak Ad cuba bantu korang dengan bagi sokongan dari belakang ✌🏻

Andai kita antara yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk melalukan perubahan kebaikan, bersyukurlah dan teruskanlah dgn kebaikan.

Dicemuh? Dimaki? Dikeji? Dipulau? Diboikot?
Takpe, tetapkan dgn kebaikan.

ingat, dalam perjalanan hijrah kebaikan itu pasti ada masam, pahit, suram.. itu sememangnya lumrah kehidupan bg mereka yg berhijrah.... kerana itu adalah mahar untuk memperoleh syurga Allah yang indah..

usah jadikan kata kata negatif orang sebagai penghalang untok kita teruskan dgn kebaikan...

Teruskan penghijrahan korang k.
Kak Ad doakan yg terbaik buat korang 😍

_Kak Ad_
#MuslimahOnHijrah


Menurut Imam al-Ghazzali, ujian hidup merupakan cara Allah untuk meneguhkan hati. Kerana itu semua Nabi yang diutus, diuji dengan sangat berat agar mereka belajar bersabar sehingga melahirkan keteguhan hati sepenuhnya kepada Allah. Keteguhan hati adalah darjat para Nabi. [Ihya’ Ulumiddin 1/26]

Orang beriman biasanya akan diuji dengan ujian yang semakin berat sesuai dengan kadar imannya sebagaimana para Nabi melalui proses yang sama. Selain menjadi kafarah dosa, ujian tersebut adalah cara Tuhan menaikkan darjat mereka hingga semakin hampir dengan darjat Nabi-Nabi.

Maka orang yang mengaku beriman tanpa pernah melalui ujian berat sepatutnya bimbang dengan tahap keimanan dan pandangan Tuhan terhadap mereka kerana sunnatullah bagi orang beriman itu akan selalu diuji Tuhan untuk membuktikan keimanan dan keteguhan mereka.

Ad-Dien Abdul Kadir
14/12/2023

Credit Telegram: Ad-Dien Abdul Kadir
#MuslimahOnHijrah


Cc: waktu solat malaysia
@MuslimahOnHijrah
#MuslimahOnHijrah


Bilamana datang kepada kamu ajakan untuk melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan dari Allah SWT.

-Habib Ali Zaenal Abidin-
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
You’re such a great person Mahdi 🤍

#MuslimahOnHijrah


“Persahabatan manusia yang didapati sesudah menempuh sengsara adalah persahabatan yang lebih kekal daripada yang didapati waktu gembira” – HAMKA

📸 Seseorang yang sudah 11 tahun kehadirannya memberi kegembiraan buat diri ini 🤍

#MuslimahOnHijrah


Kak Ad nak share satu cara untuk kita lebih dekat dan memahami dengan ayat2 Allah.

Kita sediakan satu buku khas untuk satu surah yg kita baca.
Jika permulaan, boleh mula dengan surah terakhir dahulu.

Apa yg kita nak buat dengan buku tu?

Kita buat satu ayat, satu muka.
Tafsiran setiap perkataan.
Tadabbur setiap ayat.

Kalau boleh, kita dengar dari beberapa asatizah yg berbeza. Jangan fokus satu je.
Supaya ilmu yg kita dapat lagi luas dan menarik.

Kak Ad x ada contoh lagi, sebab Kak Ad baru nak mula ni ✌🏼

Nanti bila dah siap, Kak Ad share tau!

Jomlah buat sama sama ;)

#MuslimahOnHijrah

20 last posts shown.

6 623

subscribers
Channel statistics