AMAR FARISH 14
Fara meminta diri untuk ke tandas bila dia sendiri sudah naik rimas mendengar Zahra merapu meraban tanpa diketahui apa yang cuba disampaikannya. Dia ke majlis makan malam ini atas arahan pihak atasan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tengku Kamal akan turut menghadiri majlis makan malam ini kerana dia adalah salah seorang pemegang saham walaupun baru membeli saham seminggu lalu.
" Di sini Inspektor Fara, setakat ini saya belum nampak Tengku Kamal tapi saya akan terus mengawasi keadaan sekeliling. ", ujar Fara perlahan kepada cip yang sudah terpasang di badannya itu.
" Baiklah, laporkan kepada kami dari semasa ke semasa. ", respons satu suara dari cip tersebut. Fara mengangguk, walaupun tahu petugas yang mengarahkannya melalui cip tersebut tidak dapat melihat anggukannya. Nasib baik tidak ada orang dalam tandas, kalau tidak mesti orang ingat otak Fara masuk air pula.
" Acara apa sekarang ? ", Fara menyapa Zahra sebaik keluar dari tandas.
" Tu, rumpai laut nak bagi ucapan atas pentas. ", jawab Zahra selamba. Fara angkat kening. Dia memandang Farish yang baru naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan perasmian majlis.
" Rumpai laut ? Kenapa you panggil dia macam tu ? "
" Suatu hari nanti awak akan tahu. ", Zahra tersengih.
Fara terdiam. Ketika dia khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Farish, matanya tetap liar mencari kelibat Tengku Kamal. Dia tidak tahu sama ada cuma dia atau orang juga perasan, wajah Tengku Kamal hampir seiras dengan Farish. Adakah itu cuma satu kebetulan ?
Zahra pun sudah bosan tahap lima kuasa dua eksponen lima puluh enam. Daripada dia mendengar ucapan syok sendiri Farish, lebih baik dia keluar ambil angin di tepi kolam renang.
" Hai pretty, sorang je ? "
Satu suara menyapa Zahra. Zahra menoleh. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak tersenyum kepadanya. Dia malas berbahasa dan turut tersenyum. Dengan gaya berpakaian Zahra sekarang pun, masih ada lelaki yang mahu mendekatinya. Walaupun tidak pandai bergaya tetapi Zahra tetap tidak dapat menyembunyikan kejelitaan yang dimilikinya. Dia mewarisi kecantikan ibunya. Kalau tidak masakan ibunya pernah menjadi antara gadis kegilaan teruna di kampung suatu ketika dahulu.
" By the way, I'm Adruce. Your name ? ", lelaki itu memperkenalkan dirinya.
" Panggil Ara je. ", sahut Zahra buat-buat ramah. I say man, mamat sesat mana pulak ni ? Punyalah banyak perempuan malam ni, aku jugak yang dia tegur.
" Okay... Ara, why did you dress up like this ? Bertudung bukan alasan tak boleh bergaya, tau tak ? ", Adruce sudah memulakan ceramah tidak berbayarnya.
" Saya wartawan je. ", beritahu Zahra terus terang. Yalah, bukan dia yang dapat perhatian pun malam ini. Lainlah kalau dia ini anak Dato' ke, Tan Sri ke. Setakat cucu kepada atuk tak de sape pandanglah...
" Owh... I'm sorry, kerja kat Media Art & Craft ke ? My dad cuma pemegang saham company tu. Malam ni I cuma temankan dia. ", Adruce mula membuka cerita. Zahra sekadar menjadi pendengar. Haish, macam mana nak lari ni ? Tak ada siapa berminat nak dengar cerita kaulah. Aku nak balik tidur ni. Sakit pankreas betul la...
...
Seusai menyudahkan ucapannya, Farish turun dari pentas. Ketika itu juga dia melangkah mendekati papanya yang ingin memperkenalkannya dengan beberapa orang kenamaan.
" Rich, kenalkan Tengku Kamal, antara pemegang saham company kita. Dia baru beli saham kita seminggu yang lepas. ", beritahu Dato' Sharif.
Ketika itu juga Kamal tergamam. Buat pertama kali dis melihat Farish dari dekat. Terlalu dekat. Anakku... rintihnya di dalam hati.
Farish tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Tengku Kamal namun Tengku Kamal diam tidak berkutik. Dia asyik merenung Farish hingga membuat Farish tidak selesa. Dato' Sharif berdeham, mengembalikan Kamal ke dunia nyata. Kamal tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish. Setelah berpuluh-puluh tahun, baru hari ini dia dapat menyentuh anaknya semula. Selama ini dia cuma memerhati dari jauh.
Menurut pembantunya, Farish telah menjawat jawatan tinggi di Media Art & Craft Berhad.