Nota Parenting Taufiq Razif


Channel's geo and language: World, English
Category: not specified


Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
World, English
Category
not specified
Statistics
Posts filter


🧠 Nak otak anak hebat tak? 🧠

Kalau nak otak anak hebat kena jauhi 5 perkara yang boleh rosakkan otak anak :

1. Lack of Physical Activities - jangan bagi anak main gajet je setiap masa. Suruh diorang main & bergasak juga ⛹️

2. High Sugar & Unprocessed Food - jangan penuhkan peti ais dengan makanan manis² dan makanan yang tak real!

3. Excessive Screen Time - jangan bagi anak tengok hp,laptop dan TV tu seharian. Bagi paling lama sejam dua je cukup. Tu pun dah kira lama dah sebenarnya 😅

4. Chronic Stress - hati hati bila selalu bagi anak stress. Takut stress-hormone cortisol tu tinggi dalam masa yang lama dalam badan anak kita 😭

5. Lack of Mental Stimulation - jangan bagi anak mengadap skrin je setiap masa. Kadang tu ajak anak main teka teki, buat latihan latih tubi dan main benda-benda yang boleh latih otak dia juga

Mak mak dah nampak kan apa nak buat lepasni? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif


🥴 Anak malas belajar? 🥴

Anak kadang boleh jadi malas belajar bila dia :

🙅 Tak dapat nak release emotions & energy dia 🙅

Anak anak ni kebanyakannya kinesthetic learner di awal usia mereka (ingat tak yang saya pernah ajar yang kinesthetic, visual & auditory learning style ni semuanya adalah spektrum dan boleh berubah?)

Sebab tu untuk mereka fokus belajar, mereka kena buat beberapa perkara dulu :

🗣️ berdiri dulu
🗣️ lompat² dulu
🗣️ berlari² dulu
🗣️ bergasak dulu
🗣️ bergoyang sana sini dulu

insyaAllah lepastu anak akan lebih senang fokus belajar

Belajar sesuatu tak?

#notaparentingTaufiqRazif


🙋 Nak anak hebat dalam pelajaran tak? 🙋

Tak ramai mak ayah tahu bahawa Repetition adalah formula yang hebat untuk anak berjaya dalam akademiknya

Salah satu teknik Repetition yang sangat berkesan adalah Latih Tubi

Dalam otak anak kita ni ada neuron yang saling berhubung setiap kali anak kita belajar 🧠

Makin banyak latih tubi dibuat, makin kuat sambungan dan ikatan antara neuron otak anak kita tersebut

Ni contoh soalan latih tubi matematik yang mak ayah semua boleh guna untuk anak masing masing jadi hebat dalam subjek matematik 👇

https://borang.onpay.my/order/form/gm01/LatihTubiAnak

Belajar sesuatu? ❤️

#notaparentingTaufiqRazif


🫠 Cair jiwa bila tengok anak-anak makin soleh solehah kan? 🫠

Ok nak anak makin soleh solehah ajar anak 2 ilmu ini tentang puasa

Bagitahu anak PUASA ni ada 2 jenis IBADAH iaitu :

PERTAMA QIYAM ( mendirikan )

- dirikan solat wajib
- dirikan solat terawih
- baca Al-Quran
- sedekah
- dan lain²

KEDUA SIYAM ( menahan diri )

- tahan diri dari marah
- tahan diri dari mengumpat
- tahan mata dari tengok aurat dan cerita tak elok
- tahan telinga dari dengar benda yang melalaikan
- tahan tangan & kaki dari pukul adik beradik

Nampak tak betapa indahnya kalau anak kita faham bahawa PUASA ni bukan sekadar tahan lapar & dahaga je? 🥰

#notaparentingTaufiqRazif


😭 Masalah apa yang mak mak semua nak sangat dapat solusi tapi TAK JUMPA JALAN KELUAR 😭
Poll
  •   Anak panas baran
  •   Anak malas
  •   Anak suka bergaduh adik beradik
  •   Anak macam jauh hati
  •   Anak remaja memberontak
  •   Anak jadi pendiam
  •   Anak malas belajar
  •   Anak tak perform dalam akademik
  •   Anak degil tak dengar cakap
  •   Anak tak boleh ditegur
1826 votes


🙋 Nak anak tak bosan belajar? 🙋

Antara penyebab utama anak generasi sekarang jadi mudah bosan belajar & baca buku² sekolah ni sebab :

👉 Mereka dah terbiasa dapat Dopamine Rush melalui gajet (hp,tv, laptop,ipad)

Dopamine Rush ni lah yang buat anak jadi seronok & ketagih dengan gajet

Cuma kesan sampingan yang ramai tak tahu adalah anak jadi SENANG BOSAN dengan perkara yang tak bagi Dopamine Rush sangat pada mereka 😤

Tu yang anak anak jadi mudah cakap ayat ni :

"Saya bosan la Mama"

Nak taknak kena slowly detox. Belajar sesuatu? 😘

#notaparentingTaufiqRazif


🤨 Nak anak hebat dalam akademik dia tak? 🤨

Okay pertama kita ajar anak kita untuk belajar mengikut Learning Style dia

🔥 Kinesthetic
🔥 Auditory
🔥 Visual
🔥 dan lain²

Benda ni semua spektrum tau. Maksudnya dalam diri anak kita ada semua Learning Style ni

Cuma kita nak tahu yang mana dominan dalam diri dia je

Dan jangan terkejut learning style anak kadang berubah ikut usia & perkembangan dia

Nanti kita belajar lebih mendalam lagi cara nak bagi anak cemerlang dalam akademik dia ya

Klik ❤️ kalau mak mak semua nak belajar lebih mendalam lagi

#notaparentingTaufiqRazif


😮‍💨Anak remaja jadi tak makan saman?😓

Kadang ada kes yang mana anak remaja ni tak jadi apa dah kalau nasihat pun

😓 Dia dah ada prinsip dia sendiri
😓 Dia dah ada fikiran dia sendiri

( Bukan semua ya. Ni kes kes tertentu sahaja yang mana anak "keras hati" sangat dah)

Bila dia dah jadi macam ni, kena buat 3 perkara ni :

🤲 Banyakkan doa untuk dia
🤫 Kurang bebel, banyakkan mendengar
🤩 Tukar circle & environment dia

Nak parenting anak remaja ni perlukan seni & kesabaran yang tinggi.

Setuju tak mak mak semua? 😅

#notaparentingTaufiqRazif


🧟 Selalu rasa SUNYI? 🧟

Bila rasa sunyi sangat walaupun dikelilingi anak-anak & suami, kena periksa beberapa perkara :

1. Tahap burnout kita ♨️
- kadang burnout teruk sangat sampai ke tahap depression, itu yang kita kena periksa

2. Self-care kita 🥰
- Kadang kita fokus sangat jaga anak sampai lupa nak tunaikan hak pada diri kita

3. Life project kita 🏂
- Memang lah jadi ibu ni kena banyak urus suami dan anak tapi jangan sampai lupakan terus passion, hobi dan minat kita sendiri

4. Makanan rohani kita 🤲
- Bila sibuk sangat urus suami & anak ni kadang kita lupa hubungan kita dengan Pencipta. Sunyi tu sebab roh kita craving nak dekat dengan Penciptanya

Jadi mak mak semua dah tahu apa nak buat kan? ❤️

#notaparentingTaufiqRazif


🤢 Rasa muak dah jadi mak? 🤢

Jangan begitu mak mak semua. Kadang rasa muak dan tepu ni datang bila kita tak buat satu benda penting ni

Benda apa tu?

👉 Celebrate small wins

Kadang dah banyak dah perubahan & pencapaian kita dalam mendidik anak dan menjadi isteri yang lebih baik

Cuma kita lupa nak acknowledge & celebrate je 😮‍💨

Mulai hari ini :

🕺 Senaraikan small wins ataupun pencapaian kecil kita

🕺 Raikan ia dalam bentuk self-reward yang simple seperti pergi beli aiskrim ke, beli baju baru ke takpun upgrade dapur dan bilik tidur ke

🕺 Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Bagi juga dia peluang untuk menikmati hobi & kesukaan yang pernah dikecapi sebelum ini

Mak mak belajar sesuatu yang bernilai tak hari ni?

#notaparentingTaufiqRazif


🔥 Lama tak tanya soalan penting ni. Bila last sekali mak mak semua Self-Reward diri yang dah bertungkus lumus setiap hari? 🔥
Poll
  •   Alamak. Lama sangat dah tak self-reward! 😓
  •   Baru baru ni je baru lepas self-reward ❤️
  •   Beberapa lepas kot self reward
  •   entah lama sangat dah tak pedulikan diri sendiri 😰
  •   Rasa tak layak nak self-reward
  •   Rasa bersalah dengan anak bila nak self-reward
  •   Tak tahu pun apa tu Self Reward 😅
  •   Sibuk sangat dengan rutin harian sampai lupa dah nak Self-Reward 😮‍💨
78 votes


🤷 Risau dengan perangai anak remaja? 🤷

Ya, fasa remaja ni adalah fasa yang mencabar.

Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu :

- Body image
- Peer pressure
- Academic pressure
- Identity formation
- Visual Stimulation

Dan macam macam lagi. Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni walau apa pun terjadi pada anak remaja :

🙅 Elakkan communication breakdown 🙅

Walau apa pun terjadi jangan sampai :

🙅 tak bersembang dengan dia
🙅 tak bertegur sapa
🙅 buat hal masing-masing
🙅 anggap anak dah tak perlukan kita

Lepasni boleh ke cuba jadi kawan pada anak remaja masing-masing?

#notaparentingTaufiqRazif


🤗 Nak anak makin penyayang pada adik-adiknya? 🤗

Anak kadang jadi perenggus, baran & agresif bila :

🤬 Dia pendam sakit hati
🤬 Dia ada kemarahan terpendam
🤬 Dia ada iri hati
🤬 Dia punya tangki emosi kering
🤬 Dia dalam survival mode

Semua tu akan perlahan-lahan hilang bila :

✅ kita tahu Love Language dia
✅ kita jinakkan reptile brain dia
✅ kita penuhkan tangki emosi dia
✅ kita demonstrate cara nak tunjuk & express kasih sayang
✅ kita sayang dia tanpa syarat (unconditional love)

Belajar sesuatu yang berharga tak harini?

#notaparentingTaufiqRazif


😰 Makin hari makin taknak dengar cakap? 😰

Kadang kita mak ayah tak sedar kita bagi arahan pada anak sambil kita :

🤬 Nak lepas geram
🤬 Nak hukum anak
🤬 Anak legakan perasaan kita

Kadang tanpa sedar semua itu buat anak jadi makin geram & simpan kemarahan dan akhirnya bertukar "rebellious"

Sebab tu kalau boleh bila bagi arahan pada anak tu :

✅ Guna ayat simple
Direct to the point je
✅ Cakap terima kasih lepas dia buat arahan kita

Jangan disulam dengan bebelan lagi lagi makian & kritikan 🙅

Belajar sesuatu?


😮‍💨 Susahnya nak DETOX anak? 😮‍💨

Memang susah nak detox anak daripada gajet & hp kalau kita :

❌ Tak banyak ajak anak buat Physical Activities

Contohnya :

🕺 Ajak anak pergi padang
🕺 Main futsal dengan anak
🕺 Naik basikal dengan diorang
🕺 Ajak jogging bersama pagi pagi
🕺 Buat projek mengecat rumah
🕺 Buat projek mengemas laman rumah bersama-sama

Dan bermacam lagi Physical Activities yang kita boleh buat

Kata kuncinya adalah BUAT BERSAMA-SAMA dengan anak

Kadang tak bersembang pun takpe asalkan kita boleh duduk berdua bersama anak kita 😁

#notaparentingTaufiqRazif


🙋 Mak mak nak BAIKI BONDING dengan anak tak? 🙋

Kalau serius nak baiki bonding dengan anak mulai hari ni :

👉 Kena belajar untuk buat Reflective Listening bila bersembang dengan anak

Mudah je caranya :

👂Dengar dengan fokus
👂 Jangan banyak menyampuk bila anak bercakap
👂Ulang balik perkataan yang anak guna ketika meluah/bersembang

Contoh :

Anak : Saya sedih ni Mama
Mama : Adik sedih ya? cuba cerita kat Mama apa yang terjadi

Nampak tak si ibu ni ulang balik perkataan SEDIH yang anaknya luahkan? 🥰

Ni lah salah satu element penting dalam Reflective Listening 👂

Senang kan nak buat? 🥰

#notaparentingTaufiqRazif


🫤 Anakku Pleasure-Seeker, apa nak buat? 🫤

Yang paling pertama kena buat adalah :

👉 Cari sumber pleasure utama dia
👉 Perlahan-lahan DETOX dia daripada sumber pleasure utama dia seperti smartphone, gaming dan sebagainya

Banyak lagi kena buat tapi fokus buat yang ni dulu

insyaAllah akan nampak perubahan yang sangat baik pada anak 😍

Sepanjang proses detox tu kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar

Deal? 🤝

#notaparentingTaufiqRazif


🫤7 Tanda Anak Pleasure-Seeking🫤

Di zaman yang penuh dengan gajet smartphone, gaming dan bermacam bentuk lagi hiburan memang ramai anak jadi anak yang Pleasure-Seeking 🤤

Ni 7 Tanda Anak Pleasure-Seeking yang mak ayah kena tahu :

1. Dia tak boleh menunggu, dia jadi resah kalau terpaksa menunggu!

2. Mudah bosan dan kadang jadi tantrum bila tak dapat hp & TV

3. Nak buat sesuatu kalau ada ganjaran je

4. Susah betul nak kawal diri

5. Cepat putus asa kalau buat sesuatu (low frustration tolerance)

6. Susah empati pada orang lain & kurang bersyukur

7. Dia susah untuk fokus belajar

Anak mak mak semua ada tanda² ni tak? Kalau ada cuba bagi tanda "😱" sikit

Jangan risau, ada cara untuk handle anak pleasure-seeking ni. Stay tuned di sini ya supaya tak terlepas ilmu ilmu penting 🤗

#notaparentingTaufiqRazif


🫤 Anak mesti nak handphone? 🫤

Anak yang Pleasure-seeking ni kan memang cepat bosan

Sebab apa? 😱

Sebab yang hanya boleh isi hati dia adalah keseronokan semata (Pleasure)

Bila tak ada Pleasure, mulalah dia :

- mengamuk
- menguap
- kebosanan
- mudah baran
- moody
- bermasam muka

Ni semua 👆 yang biasanya terjadi bila anak tak dapat pleasure yang dia selalu dapat contohnya handphone, perasan tak mak ayah semua?

Nanti kita belajar pula apa tanda-tanda anak Pleasure-Seeking, nak tahu tak?

Stay tuned lagi di sini ya 🫰

#notaparentingTaufiqRazif


😓 Takut anak bosan? 😓

Antara kesilapan terbesar kita sebagai mak ayah adalah :

👉 Tak sampai hati tengok anak bosan

Sebab tu kita sogokkan anak kita dengan :

❌ Game
❌ TikTok
❌ PSP
❌ Netflix

dan sebagainya

Padahal itu semua buatkan anak kita jadi anak yang Pleasure-Seeking semata‼️

Nak tahu tak apa itu anak Pleasure-seeking?

Nak tahu tak tanda-tanda anak Pleasure-Seeking?

Stay tuned di telegram kita ni ya. Nanti saya kongsi di sini ilmunya 👌

#notaparentingTaufiqRazif

20 last posts shown.