Ustaz Adnin


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Berkongsi tulisan, tazkirah, video, quote, lagu dan pengalaman, untuk manfaat bersama☺️

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Salam semua. InsyaAllah, jam 5 ni saya akan teruskan sesi USRAH ONLINE di instagram saya.

Dan, sepanjang sesi usrah online ni, korang boleh dapatkan KESEMUA koleksi buku Tarbiah Sentap dengan harga DISKAUN😍

Dan untuk 10 pembeli terawal, boleh gunakan KOD KUPON "adnin23" untuk dapat diskaun lebih❤️

Cuma, saya nak tanya korang, korang nak saya ulas topik apa?




Assalamualaikum.

Siapa yang dah bangun, jom luang masa beristighfar sebelum masuk waktu subuh ni.

Kerana, Allah ada nyatakan, ciri-ciri para penghuni syurga adalah orang yang sering beristighfar di waktu sahur(sebelum subuh).

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita, memberi kita kekuatan untuk meninggalkan semua
maksiat yang pernah kita lakukan atau yang masih kita belum mampu tinggalkan, dan beri kita kemanisan dalam beribadah🤲

Jangan lupa juga untuk berdoa, memohon iman, taqwa, hidayah, keampunan, rahmat, berkat, dan mintalah apa sahaja hajat untuk dunia dan akhirat, serta jangan lupa doakan juga mak ayah kita, adik beradik, saudara mara, guru-guru, kawan-kawan.

Juga, doakan keampunan utk seluruh umat islam samada yang masih hidup atau yang telah meninggalk dunia, serta hidayah buat seluruh umat seluruh alam sampai hari kiamat🤲

Saya doakan moga kalian semua insyaAllah.

Uhibbukum fillah. Saya mencintai kalian kerana Allah☺️




Assalamualaikum. Lepas solat maghrib tadi, keluarga saya buat bacaan ta'lim, memperdengarkan hadith-hadith nabi SAW.

Saya nak kongsikan antara hadith yang kami baca tadi.

Moga ada manfaat❤️




Kalau korang jenis susah nak menghafal, saya nak HADIAHKAN KORANG doa versi lagu Acapella ni, bagi memudahkan korang untuk hafal.

Jom, dengar DOACAPELLA dari kumpulan Rabithah, artis bawah naungan Tarbiah Sentap, iaitu DOA MEMOHON SYURGA🤲☺️❤️🌹

Hayati!


Terima kasih semua yang join live tadi. Moga bermanfaat. By the way, insyaAllah, petang-petang ni, saya nak kongsikan 1 doa untuk semua, iaitu doa untuk mendapat syurga.

Nabi SAW ajar kita satu doa yang cukup hebat masyaAllah.


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

"Ya Allah, kurniakan aku redhaMu dan syurgaMu, dan jauhkan aku dari azab api neraka".

Kalau boleh, hafallah doa ini, dan baca setiap hari🤲☺️

Moga Allah masukkan kita semua dalam syurgaNya❤️


Sebelum tidur, jom lapangkan masa. Hari ni je. Kalau esok nak buat, lagi bagus. Tapi hari ni, siapa yang baca ni, saya nak ajak, sebelum tidur:

1) Istighfar 100x.
2) Selawat 100x.
3) Baca Alquran sekurang-kurangnya 1 muka surat.
4) Maafkan semua salah orang pada kita.

Allah sayang kita. Allah cinta kita. Jom kita balas cinta Allah dengan membaca kalamNya, memuji kekasihNya dan meminta ampun dariNya❤️🤲

Uhibbukum fillah. Saya cinta kalian semua kerana Allah☺️




ANIQ MUHAI - VAASTE VERSI DAKWAH

Lirik: Ustaz Adnin, Aniq Muhai, Irwan Fariz.
Lagu asal: Dhvani Bhanushali dan Nikhil D'Souza
TARBIAH SENTAP RECORDS
***

Bila ku terjatuh
Hanya Kau yang ku butuh,
Menangis bukan tanda
ku lemah..

Pabila ku merintih
Hanya Kau memahami
Jannah Kau ku buru
tuhanku..

Perjalanan hidup ini
Ujian datang tak henti
Bila Kau ada dihati
Bahgia❤️

Kau maha Pengasih
Tak pernah pilih kasih
Nikmat dariMu ku bersyukur..

Kau maha Penyayang,
SayangMu tak terbilang
MengingatiMu ku kan tenang..

اللهم اجعل في قلبي نورا وفي لساني نورا
اللهم اجعل في سمعي نورا وفي بصري نورا

(Ya Allah, kurniakan cahaya dihatiku, lisanku, pendengaranku, dan penglihatanku)

Berikanlah cahayaMu,
dihatiku dan jiwaku..

Perjalanan hidup ini
Ujian datang tak henti
Bila Kau ada dihati
Bahgia..

Bila ku mengeluh
Akhirnya Kau memujuk
Kalam cintaMu penemanku

Pabila ku menjauh
Kau sering sedarkanku
Kau ujiku agarku kembali..

Kaulah yang maha tahu
Tanpa diberitahu
Engkau tahu zahir ku
Engkau tahu batinku

Engkau maha mengerti
Segala isi hati
Ku menagih simpatiMu
di akhirat nanti..

فاغفرلي يا غفار
وارحمني يا رحمان
(Ampuniku wahai yang maha Pengampun,
Rahmatiku wahai yang maha Penyayang)

Terima kasih ku bersyukur❤️


Lirik lagu ni, saya nak ajak semua pendengar untuk merasai bahawa Allah maha Penyayang, Allah maha Pengasih, Allah maha memahami, dan sentiasa ada untuk kita, Allah sangat cintakan kita, dan Allah sentiasa beri kita peluang walau kita berkali-kali buat salah.

Moga lirik lagu ni membuatkan hati saya dan korang tersentuh, dan menjadikan kita orang yang lebih dekat dengan Allah🌹❤️🤲🤲

Terimalah, lagu dari ANIQ MUHAI ini☺️


Okay, alhamdulillah, kita dapat cecah 5,500 subscribers. Moga semua yang join channel saya ni dapat manfaat😍☺️🌹❤️

Okay, sebagai hadiah, saya nak kongsikan satu lagu yang liriknya saya buat.


Dan, kalau sebelum jam 9:30pm ini, subsribers telegram saya cecah 5500, saya akan hadiahkan satu lagu, khas untuk korang insyaAllah☺️🌹


Selamat malam semua! Saya nak kongsikan satu video tentang TANDA KITA MUNAFIQ.

Jom tengok, hayati, fahami, dan sama-sama kita jauhkan diri dari sifat munafiq insyaAllah🤲🤲😭

Moga bermanfaat!


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Malam ni nak saya kongsi apa?
Poll
  •   Video tazkirah
  •   Lagu dakwah
  •   Tulisan perkongsian pengalaman
  •   Quotes
2269 votes


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Moga sentiasa dalam rahmat Allah..

Nak tanya ni, malam ni korang nak saya hadiah dan kongsikan apa?




Kalau korang susah nak hafal doa memohon 4 kebaikan ini, saya nak hadiahkan korang versi "DOA ACAPELLA" dari kumpulan RABITHAH supaya korang mudah nak hafal doa ini.

Jom, dengarkan dan hafalkan doa MEMOHON 4 KEBAIKAN.

Saya share pada korang salah satu doa dalam ALBUM DOACAPELLA dari Rabithah🌹🌹☺️😍

Hayati, khas untuk korang☺️❤️

20 last posts shown.

7 296

subscribers
Channel statistics