AhmadHarisChannel


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


? Pelbagai Tips
? lmu Tajwid Al-Qur'an
? Kata² & Kisah Motivasi
✊ Tazkirah Al-Qur'an & Hadis
? Lagu² Islamik (Video, mp3 & lirik)
? Bacaan Al-Qur'an dari Qari Pilihan
~Hati Tenang Dgn Islam~
Sebarang pertanyaan atau komen sila pm @AhmadHaris

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Assalamu'alaikum

Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk Seri, Dato', Datuk, Tuan dan Saudara sekalian.

Perkara : JEMPUTAN KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT

Adalah dgn ini dimaklumkan pada hari ini pada waktu zohor (berbeza mengikut kawasan) akan diadakan solat Jumaat di masjid2 berdekatan.

Sehubungan itu tuan2 adalah dijemput untuk menghadiri masjid seterusnya berjemaah menunaikan solat jumaat.

Kehadiran adalah diwajibkan jika tiada keuzuran syar'ie.

Sekian terima kasih.

Yang mengingatkan.

p/s - mohon sebarkan jemputan

=====================

Telegram : @ahmadhariachannel
Twitter : @ahmad_haariss


SILA BACA KISAH INI DENGAN TELITI !

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua meniarap di lantai dan jangan melawan! Duit ini tanggungjawab bank tapi nyawa anda tanggungjawab anda !!"

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.


*Ini dipanggil "BERFIKIR DI LUAR KOTAK." -berfikir lain daripada yang lain!*


Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong sopan! Ini rompakan, bukan cubaan menganiaya awak secara seksual !"


*Ini dipanggil sebagai "PROFESIONAL." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk dilakukan!*


Apabila perompak balik ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):

"Taiko, jom kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua berkata: "Kau ni bodoh! Banyak sangat duit ni, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita tengok berita kt tv, mesti kita tahu jumlah rompakan dari berita tu."


*Ini dipanggil "PENGALAMAN." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!*


Lepas perompak lesap, pengurus bank itu arahkan penyelia bank cepat panggil polis. Tapi penyelia berkata kepadanya: "Jangan, elok kita ambik 10juta skg dan tambah kpd 70juta yg kita dah songlap!".


*Ini dipanggil "INOVATIF." - Tukar keadaan tak menguntungkan utk keuntungan anda!*


Penyelia berkata:

"Bagus jugak kalau rompakan jadi setiap bulan. Dapat juga kita songlap duit."


*Ini dipanggil "BERPANDANGAN JAUH." -merancang masa depan selangkah lebih awal!*


Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali sampai muntah.. tapi mereka hanya dapat 20 juta je..

Perompak sangat marah dan menjerit : "Cilaka! Kita bertaruh nyawa dapat 20 juta tapi Pengurus bank pulak ambil 80 juta dengan hanya petik jari, nampaknya lagi baik jadi orang bijak daripada jadi pencuri."


*Ini dipanggil "PENGETAHUAN." -pengetahuan kunci kejayaan hidup!*


Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.


*Ini dipanggil "SAMBIL MENYELAM MINUM AIR." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!*


Soalan :

"Siapa Perompak sebenar dalam cerita ni?"

hehehe 😂


======================
Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss


MASA DEPAN KITA TERLETAK DITANGAN WANITA HARI INI

الأُمُّ مَـدْرَسَــةٌ
إِذَا أَعْـدَدْتَـهَـا أَعْـدَدْتَ شَعْبـاً
طَيِّـبَ الأَعْـرَاقِ
Ibu ialah umpama sekolah pertama (bagi anak)

Jika engkau mempersiapkannya
maka engkau umpama mempersiapkan masyarakat,

Yang baik generasi keturunan bangsanya.

========================
*bukan Wanita Hari Ini TV3 tu 😂


Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss


JOM FAHAMI DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

1⃣ ROBBIGHFIRLI
2⃣ WARHAMNI
3⃣ WAJBURNI
4⃣ WARFA’NI
5⃣ WARZUQNI
6⃣ WAHDINI
7⃣ WA’AAFINI
8⃣ WA’FUANNI

Ketika orang ditanya..

“Do’a apakah yang paling kerap dibaca oleh seorang muslim ?”

Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu kerapnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak rasa seperti berdo’a.

Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah *DO’A DIANTARA DUA SUJUD*, marilah kita fahami & renungi maknanya..

1⃣*_ROBBIGHFIRLI_*.
WAHAI TUHAN AMPUNILAH DOSAKU.
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju kepada redha اللّهُ. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

2⃣*_WARHAMNI_*.
SAYANGILAH DIRIKU. 
Kalau kita disayangi اللّهُ hidup kita akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ, nafsu kita akan terbimbing.

3⃣*_WAJBURNI_*.
TUTUPLAH SEGALA KEKURANGANKU. 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, susah menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

4⃣*_WARFA’NI_*.
TINGGIKANLAH DARJATKU. 
Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang dapat menghina kita.

5⃣*_WARZUQNI_*.
BERIKANLAH AKU REZEKI.
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki, اللّهُ mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak diduga dan tanpa perhitungan.

6⃣*_WAHDINI_*.
BERIKANLAH AKU PETUNJUK. 
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.

7⃣*_WA’AAFINII_*.
BERIKANLAH AKU KESIHATAN.
Apabila kita sihat, kita mampu menambah kebaikan dan manfaat, serta tidak menjadi beban kepada orang lain.

8⃣*_WA’FUANNI_*.
MAAFKANLAH AKU.

Dari do'a tersebut diawali do’a dengan mohon ampun, dan kita akhiri dengan permohonan maaf utk menghapus dosa & kesalahan kita. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.

ALLAH SWT memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita.

*_TERKADANG YG JADI PERSOALAN DI MANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?_*

*_DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MEMAHAMI MAKNANYA_*.

Padahal dahsyat doa tersebut, dan masih banyak orang, entah dia imam atau pun makmum..., sering tergesa-gesa membacanya. Sepatutnya toma'ninah dgn menghayati, dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.




Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss


CUBA BAYANGKAN..

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 1000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada RM1 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw atau Milo ais tabur bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.

Kita melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

***

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.
Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

#muhasabahdiri
#mengingatidirisendiri

Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss


APPLY NOW=> https://t.co/L1ndkGFMcP

Yayasan TM 2018 is now open to all applicants with the following qualifications:

+ SPM 2017
+ STPM
+ Diploma
+ Matriculation

Deadline : Mar 31, 2018






APPLY NOW=> https://t.co/wzmCDBFUIo

OPEN NOW!!! Yayasan Tenaga Nasional (YTN) invites qualified Malaysians to apply for scholarships to pursue study programmes

CLOSE DATE : 22 MARCH 2018




Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


The FAITH-Jauhilah(Shape Of You Cover)

Lirik: Ustaz Adnin.
Lagu asal: Ed Sheeran.
Tarbiah Sentap Records.

***
VERSE(ANIQ)
Tenggelam hanyut terlena,
Terbenam mabuk lalai jatuh dan leka,
Kisah ini adalah tentang aku,
Yang di goda dengan cinta..

Jika kau mahu tahu,
Kisah silam ku ini,
Ku pilih tuk bercerita oh,
Agar setiap kali kau melaluinya,
Kau mampu bertahan,
Dan kau mampu menang!

PRE CHORUS(FIRDAUS)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS(FAHIMI)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!

VERSE 2(AMIR)
Tipulah ku tak terumbang-ambing,
Dengan godaanmu itu,
Sungguh hatiku ini,
Berdebar tuk memilih,
Antara nafsu dan wahyu..

Ku terus ulang dan ulang,
Pesanan tuhan untukku,
Agar jauhi zina tercela,
Dan terkadang aku sangsi,
Namun ku sedari,
Dosa takkan buat ku bahgia,
Lalu ku bertahan..

PRE CHORUS(AMIR)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS 2(FAHIMI)
Teman jangan dikau hanyut,
Dengan cinta buta mengarut,
Pasti amalmu serabut,
Aku harap kau jauhi..
Dan waspada ikhtilatmu,
Agar hatimu tak terganggu,
Andai nikah kau masih lagi tak manpu,
Aku harap kau jauhi(3 kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu..

BRIDGE(ANIQ)
Jagalah dirimu teman(8 kali)

CHORUS(FIRDAUS)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu,
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!

https://youtu.be/Ln0ZVTbkQj0

=====================
Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss
=====================
The Faith - Jauhilah (Shape Of You Cover)
SHAPE OF YOU VERSI DAKWAH! Jom bantu kami sebarkan lagu ni seluas-luasnya! 1) Alhamdulillah, atas permintaan ramai, kami dapat juga cover lagu ni. Lirik Usta...




Harris J - Save Me From Myself

LYRICS :

I want it all
I want it now
Forget about the consequences
I know that it’s bad,
It’s better to wait
But sometimes I can be selfish
And the only sound I hear is right now
And all my patience gets locked out
I know that it’s wrong
And I want to change
I need You here with me

Chorus:

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

Big lights pull me in every time
And it’s so hard to break a pattern
But I see it clear, what’s deep inside
Is the only thing that really matters
So tell me how, how to turn it around
Before my senses hit the ground
‘Coz I know that’s it’s wrong
And I want to change
I need You here with me

Chorus:

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

Save me from myself
‘Coz I tripped and fell
And there is nothing, nothing
that I won’t do
Oh, save me from myself
‘Coz I need Your help
And now I’m running, running Back to You

Chorus:

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Save me from myself

========================
Writers:
Maher Zain, Paddy Dalton, Moh Denebi, Bara Kherigi

=======================
Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @Ahmad_Haariss




Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Jom memanah 😄


RESULT SPM

Apa pun result yakinlah itu yg terbaik.

Spm baru permulaan..
Bukan akhir kisah hidup..
Sebab jauh lagi perjalanan..

Ada student result spm dia score straight A, happy sgt..kt matrik/asasi prestasi dia mula drop..

Ada student result spm dia biasa je, kt ipt prestasi dia mula naik dpt anugerah dekan..

Ada student result spm dia tak seberapa, dia kerja..berniaga akhirnya jd usahawan berjaya.

Betul result spm yg cemerlang boleh membanggakan ibubapa, tp itu sementara saja.. Di akhir nanti, ibubapa hanya membanggakan & mengharapkan anak yg soleh menjaga & mengurus mereka di penghujung usia..tanpa mengira anak itu bergelar jurutera atau peniaga.

Dan yg paling penting ibubapa lebih membanggakan & mengharapkan anaknya menjadi anak yg soleh yg menarik tangan mereka ke syurga.

#spm2017 just a beginning
#nukilankhasSPM

Telegram @ahmadharischannel
Twitter @ahmad_haariss


KITA SEMUA DI ZON MASA MASING-MASING

Semua manusia bergerak dalam zon masa masing-masing..

Ada yang hari ni masih single.
Ada yang dah kawin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kawin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.

Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.

Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.

Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.

Obama retires at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih..kuatkan semangat!

Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.
You are just on time. 😊

Jangan stress..
Percaya bahawa perancangan Tuhan jauh lebih baik & diluar jangkaan kita..




Telegram @ahmadharischannel
Twitter @ahmad_haariss


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Sentuh saja mana2 surah yg mahu dibaca, surah berkenaan akan terus dipaparkan. Ribuan t/ksh kepada yg mencipta PDF ini.. idea yg sgt manfaat.. semoga beliau sentiasa mendapat rahmat drpd Allah Azza Wajalla.. Aamiin

Показано 20 последних публикаций.

1 706

подписчиков
Статистика канала