GELAP-GELITA
Aku memilih hitam
berbanding warna terang
mungkin sesetengah orang berpendapat
hitam menggambarkan dosa
menceritakan perihal kejahatan
tapi hitam menenggelamkan kemasyhuran.
Biarlah hitam umpama arang
sungguhpun tak dipandang
tapi amat-amat diperlukan
biarkan segala warna terang
bergentayang tanpa aturan
berselingkuhan tak mengenal waktu
menjadi pameran serta sanjungan
yang sampai masa mengundang jemu
menangis tidak berlagu.
Hitam itu menawan
keindahannya disembunyikan
tidak mengidam untuk menaiki takhta
hitam menyedarkan bahawa manusia
tak punya apa-apa
takkan pernah punya apa-apa
kerana setiap zarah kepunyaan Dia.
@CatatanSenjaa
Aku memilih hitam
berbanding warna terang
mungkin sesetengah orang berpendapat
hitam menggambarkan dosa
menceritakan perihal kejahatan
tapi hitam menenggelamkan kemasyhuran.
Biarlah hitam umpama arang
sungguhpun tak dipandang
tapi amat-amat diperlukan
biarkan segala warna terang
bergentayang tanpa aturan
berselingkuhan tak mengenal waktu
menjadi pameran serta sanjungan
yang sampai masa mengundang jemu
menangis tidak berlagu.
Hitam itu menawan
keindahannya disembunyikan
tidak mengidam untuk menaiki takhta
hitam menyedarkan bahawa manusia
tak punya apa-apa
takkan pernah punya apa-apa
kerana setiap zarah kepunyaan Dia.
@CatatanSenjaa