D@kWaH kEcIl kU


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Ilmu Itu Ibarat Haiwan Liar, Dan Tali Pengikatnya Ialah Catatan
Channel created on 27.04.2016

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Bila marah yang mengawal kita adalah nafsu bukan akal,

Ubat bagi marah adalah Istighfar..

Memohon keampunan kepada Allah diatas keterlanjuran kata disaat sedang marah...


Lelaki wajib ada SIFAT ni

1. Tak sombong pada manusia.
2. Tak takut semua makhluk.
3. Tak berkira duit dgn orang.

Wanita wajib ada SIFAT ni.

1. Sombong dgn bukan mahram.
2. Takut pada semua makhluk.
3. Kedekut duit ketika membeli.


Belajar untuk kawal emosi sendiri bila tengah badmood or stress ☺

Jangan biarkan emosi tu akan sakitkan hati orang lain tanpa kita sedar.

Biarlah lemparkan senyuman palsu atau gelak tawa tidak ikhlas sekalipun

Tapi jangan biarkan emosi tu kuasai diri bila dengan orang lain.

Kalau rasa tak mampu nak kawal,

Jauhkan diri dengan manusia buat seketika dan dekatkan diri dengan Allah selamanya. 💪🏻☝🏻💕




Ya Allah, Sembuhkanlah mereka yang sedang sakit dan luka hatinya di hari ini. Hentikanlah air matanya. Hilangkan segala sedih, derita dan kecewanya.
Aamiin




Nak tenang dan sabar yang tinggi? Baikilah tingkah laku anda. Sabar dan tenang itu kekuatan dalaman. Untuk meraih dalaman yang kuat, sikap luaran perlu dibaiki dulu. Kata ahli adab,

من غرس شجرة الحلم اجتنى ثمرة السلم
Siapa menanam pohon kebaikan dia akan menuai buah ketenangan.


Ramai salah faham penggunaan Subhanallah dan MasyaAllah. Subhanallah digunakan bila rasa terkejut atau hairan dengan sesuatu yang buruk/kurang elok. MasyaAllah pula bila lihat atau dapat sesuatu yang menggembirakan, yang cantik, indah etc. (Mausu'ah Fiqh al-Islami 1/725)

Adapun penggunaan Subhanallah ketika bertasbih kepada Allah merujuk kepada penafian terhadap keburukan, kekurangan atau kelemahan Allah terhadap sesuatu. Pujian diberikan kepada Allah kerana Maha Suci Allah daripada segala kelemahan.

Wallahua'lam.


📌Tazkirah Ringkas

📑GUNAKAN AL QURAN SEBAGAI PANDUAN KERANA PADANYA BANYAK HIKMAH DAN KEBENARAN

Firman Allah SWT :
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
[Surat Luqman 2]
‎Terjemahan :
"Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh"


Bila dah jumpa seseorang yg baik
Jagalah dgn sempurna
Allah bg kita sekali je peluang utk bertemu dgn yg baik
Jika kita abaikan memang rugi


sedih 😢

tengok wanita zaman sekarang, ramai yang hanyut dengan

🚨arus *"budaya barat"* pakaian yang *mencolok mata* seolah-olah tidak ada apa-apa.

🚨baju ketat dan sendat,tipis. ditayang begitu saja pada ajnabi.

mana letaknya *harga diri seorang wanita ?* namun kita sedar,

mengajak seseorang untuk berhijrah adalah sukar.

🎀 kalau di tegur wanita2 yang tidak menutup aurat ada saja alasannya,

 🎀 Kadangkala kita yang dimarahinya.

🎀kita ambil pendekatan lain yang lebih mudah untuk mereka semua ikut.


Ketahuilah, kemuliaan kita, keagungan kita, kehormatan kita, adalah dengan mengikuti ilmu Nabi Muhammad ﷺ, dengan berpegang teguh akan ajaran Nabi Muhammad ﷺ, dengan mengikut teladan Baginda Rasulullah ﷺ, dengan mengikuti jejak yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ, dan kecintaan yang mendalam kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ

-Al-Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Al-Hafidz-




Репост из: Tausiyahku❤?
HATI TIDAK BAHAGIA KERANA 9 SIFAT MAZMUMAH:

1.Pemarah
2.Pendendam
3.Hasad dengki
4.Bakhil
5.Tamak
6.Tidak sabar
7.Ego
8.Riak
9.Cinta dunia

@Quoteslife0


Allah tidak berjanji tiap-tiap yang berkahwin itu akan dikurniakan anak .

Sayyiditina Aishah berkahwin dengan Baginda Nabi Muhammad SAW pun tidak dikurniakan anak .

Maka , apa yang peliknya ?

Tidak pelik kalau berkahwin tidak mempunyai anak . Yang peliknya belum berkahwin tetapi sudah mempunyai anak .




❤️Jadikan Waktu Bersama Anak Lebih Bernilai Tinggi❤️

- sesekali tatap wajah anak dengan penuh perasaan

- sesekali hadirkan getaran syukur dalam hati atas kebahagiaan dan kesihatan yang diberikan pada anak kita

- sesekali tutup TV dan segala gadget supaya tumpuan kita pada anak menjadi lebih terfokus

#notaparentingTaufiqRazif
Jom belajar ilmu parenting lagi di Telegram. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif


Muslimah, Hargailah Usaha Rasulullah Memperjuangkan Maruahmu

“Aurat seorang muslimah dengan lelaki ajnabi dan orang bukan Islam (tidak kira lelaki atau perempuan) adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.”

Ramai muslimah hari ini tahu tentang batasan aurat mereka. Namun seramai mana pula yang benar-benar memelihara aurat mereka dengan sebaiknya?

Sayang sekali kerana masih ramai wanita yang belum melaksanakan perintah ALLAH ini dengan sempurna.
Muslimah hari ini, ramai yang bertudung tetapi bertudung yang belum memenuhi syarat sebagaimana yang dituntut di dalam agama.

Firman ALLAH swt di dalam Al Qur’an:

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (Surah An-Nur: 31)

Menerusi ayat ini, jelas bahawa Allah memerintahkan kepada wanita supaya menutup dada-dada mereka. Tapi jika dilihat oleh muslimah pada hari ini ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Duhai muslimah,

Labuhkan tudungmu,
Longgarkan pakaianmu,
Perhiasilah dirimu dengan akhlak mulia,

Sungguh jangan kau ingkari perintah Tuhan.

Muslimah itu lembut,
Muslimah itu sopan,
Muslimah itu begitu dihormati,

Hargailah usaha Rasulullah memperjuangkan maruah dan martabat dirimu,

Bayangkan jika Rasulullah tidak meningkatkan martabatmu. Pasti hari ini muslimah akan dilayan laksana perempuan pada zaman Arab jahiliah.

Wanita dilayan laksana hamba yang hina.
Muslimah, mengapa harus kau rendahkan martabatmu? Mengapa mesti kau biarkan maruahmu diinjak.

Wanita pada zaman jahiliah itu begitu buruk kehidupannya, dipukul dan dihenyak sesuka hati, dilayan mengikut nafsu semata.

Muslimah sepatutnya dihormati dan disayangi!
Muslimah, tidakkah kau merasa simpati akan nasib ayah, abang dan adik lelakimu?
Kerana merekalah yang bakal dilampiaskan dengan azab pedih atas perbuatanmu.

Kejamnya dirimu muslimah membiar ahli keluargamu menangguh pedih derita akibat daripada perbuatan burukmu,
Bangkitlah muslimah, peliharalah akhlakmu, peliharalah pakaianmu, peliharalah hatimu.

Moga syurga buatmu juga ahli keluargamu.
Salam cinta buat seluruh muslimah.


3 JENIS MANUSIA YANG KITA AKAN JUMPA
====================================

Kat mana mana kita pergi
Kita akan jumpa 3 jenis manusia.
Hadam molek jenis jenis ni, baru senang nak classify dan posisikan mereka..hehe.

Kalau boleh buat kita hilang stres atau berkurang stres, itu dah satu nikmat yang sangat besar. Sangat.

Geng A
Ni orang yang jenis ANGIN. Siket siket nak melenting. Siket siket nak rasa dia sorang betul. Siket siket rasa hanya hati dia je layak dihormati dan dijaga.

Okey. Unfortunately, dalam dunia ni ramai (majority)termasuk dalam golongan ni. Depend cara dia dibesarkan. Depend pada ilmu dan iman dia masa tu.

Kat Facebook ( terutama di komen isu politik) kita akan jumpa banyak geng ni.

Geng B.

Hmm. Geng ni better lah bebanding geng A. Geng ni geng BAIK. Kalau tak ada apa apa event yang boleh buat dia sakit hati, dia just neutral dan baik.

Tapi, sekali ada event tak baik, dia terus akan menjadi geng A, geng Angin. Terus negatif sangat.

Hmm. Unfortunately, saya masih dalam golongan ni.
Masih responsif.
Tak best sebenarnya jika masih dalam geng ni. Masih negatif lagi.

Geng ke 3 ni geng TERBAIK. Geng C = Cemerlang.

Geng C ni adalah geng geng positif. Dia tak akan terfluence dengan apa orang kata. Dia tabah dan ada inner strenght.

Orang baik, dia buat baik.
Orang buat jahat, dia still buat baik.
Sangat sedikit orang dalam golongan ni, seciput je yang positif didunia ni. Golongan minoriti orang kata.

..

Okey, setiap ceruk mana pun awak pergi, awak akan juma 3 geng ni. Kat mana mana pun pasti ada.
Tak kisah profesion apa pun

Cikgu ke.
Student ke.
Doktor ke.
Specialist ke.
Engineer ke.
Tukang masak ke.
Admin ke.
Pesakit ke.
Pelawat pesakit ke.
Medical student ke.

Serius. Saya dah banyak kali jumpa.

.
.

Satu je nak pesan.
Setiap kali jumpa geng Angin, cakap dalam hati

" Kesian dia, diuji dengan negatif"

Setiap kali jumpa geng Cemerlang, cakap dalam hati

" Nak juga jadi macam dia suatu hari nanti"

Dr Amalina_Nudin


MOHON DOA KALIAN UNTUK SIS.. AGAR DIBERI KESEMBUHAN DAN KEMUDAHAN UNTUK BERIBADAT.. AAMIIN..
Terima kasih..
Moga ianya berbalik buatmu jua..

Показано 20 последних публикаций.

351

подписчиков
Статистика канала