JIWA TARBAWi 403
Iman dan ukhuwwah membawa ke syurga ...
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم
رواه مسلم
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, berkata ia: Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggahlah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu.
HR Muslim
Justeru, wahai saudaraku...
kalaulah sahabatmu berbeza pandangan denganmu,
..berbaik sangkalah padanya,
...janganlah didahulukan buruk sangka dan prejudis padanya,
...mungkin ilmunya, rujukan ilmunya, cara berfikirnya, jiwa dan perasaannya berbeza dari mu,
..dan latar belakang hidupnya berbeza daripada mu,
...buruk sangka dan prejudis hanya akan menyebabkan dadamu sempit terhadapnya,
...sedangkan martabat ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada terhadap saudaramu,
...walau pun berbeza dia tetap sahabatmu,
..dia tetap akhukum fillah, ...ukhtukum fillah,
...dia bukan musuhmu untuk dimusuhi,
...kasihilah ia, maafkanlah ia...
Belajarlah daripada akhlaq Rasul Allah sallallahu 'alaihi wa sallam,
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖفَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ﴿١٥٩﴾
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka , dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. '
( Ali 'Imran : 159 )
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا
Dan tidaklah Allah menambah seorang hamba dengan kemudahan untuk memaafkan kecuali Allah akan memberinya izzah (kemuliaan).
HR Muslim no. 6535
... demi iman dan ukhuwwah ke syurga
ABi