Aku tak tahu korang patut baca ke tak apa aku nak cakap ni.
Pagi ni aku bangun, dan tiba-tiba terlintas sesuatu dalam fikiran aku.
Kadang-kadang kita rasa bila Allah bagi kita kesusahan dan kesedihan, kita ingatkan Allah nak uji keimanan kita.
Bila Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah beri pula apa yang kita tak minta, kita fikirkan Allah tak nak kabulkan doa kita.
Tapi apa yang kita tak tahu, mungkin Allah buat semua tu sebab nak beri sesuatu yang lebih baik. Allah nak "redirect" kita ke arah yang lebih memberikan kebaikan kepada kita. Cuma kita tak tahu semua tu.
Ingat, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Selamat hari Isnin semua.
@kutipan_rindu