Репост из: Mamat
a merah terbeliak merenung Ustaz Fahim.
“Diam! Diam bodoh! Aku kata diam!”bentak Badrul dengan suara garau yang mengguntur.
Ustaz Fahim meneruskan dengan bacaan Ruqyah. Tidak semena-mena bingitan tercetus dengan bunyi seakan batu-batuan jatuh menimpa bumbung. Masing-masing yang berada di dalam rumah terdongak-dongak. Ketakutan merasuk jiwa. Ustaz Fahim tidak mempedulikannya. Bacaan dilafaz seperti biasa.
Bunyi batuan menghempap bumbung lenyap. Tiba-tiba satu persatu tingkap papan terkuak. Seakan-akan sesuatu dari luar menerjah masuk ke dalam. Masing-masing terperanjat. Ada yang berkira-kira mahu berlari keluar dari rumah. Ada yang masih betah bertahan biarpun gerun mengusik jiwa.
Badrul menyeringai dengan mata terbeliak memandang Ustaz Fahim. Dia meratib dalam bahasa yang langsung tidak difahami. Sejenak dia ketawa mengekeh dengan suara yang garau. Ustaz Fahim masih meneruskan bacaan Ruqyah. Pergantungannya kala ini hanya kepada ALLAH. Tidak langsung tergugah dengan permainan syaitan yang menghuni tubuh Badrul kala itu.
Tidak semena-mena tubuh Badrul bergolek dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri. Seorang dua mula melangkah keluar dari rumah. Sungguh mereka gerun pertama kali melihat kejadian seumpama itu. Dua orang lelaki itu cuba membantu tetapi lekas ditegah Ustaz Fahim.
“Keluar kau dari badan lelaki ini jika kau tak mahu terus terseksa.”ucap Ustaz Fahim.
“Tidak! Aku telah memilih dia sebagai pewaris ku!”bentak Badrul dengan suara yang parau.
Dia berhenti dari bergolek. Badrul duduk melunjur menghadap Ustaz Fahim. Matanya berurat kemerahan merenung Ustaz Fahim.
Surah ar-Rahman ayat 33 hingga 36 dibacakannya sebelum diteruskan dengan membaca surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24. Tatkala itu Badrul membantingkan kuat belakang tubuhnya di atas lantai papan berulang kali. Berdentum dentam bunyinya. Ustaz Fahim segera mengarahkan kedua-dua lelaki itu memegang Badrul. Bimbang kecederaan fizikal jika lelaki itu berterusan membantingnya tubuhnya.
Sebaik lelaki pertama memegang tubuh Badrul, satu terjangan hinggap di dada. Lelaki itu tertiarap ke belakang. Dia menyeringai menahan kesakitan. Lelaki kedua segera menerpa merangkul tubuh Badrul. Serta merta satu libasan hinggap di muka. Lelaki kedua terlentang di lantai mengerang kesakitan. Kekuatan Badrul tidak dapat ditandingi mereka berdua!
Sebaik surah al-Jin dibacakan, tubuh Badrul terseret ke belakang. Seakan-akan sepasang tangan ghaib telah mengheret tubuhnya sehingga terhentak ke dinding papan. Dia menggelepar dan meraung kesakitan. Matanya terbeliak berurat kemerahan. Liur pekat menjelejeh keluar dari mulut.
“Bodoh! Bahalul! Manusia celaka!”makian dan cercaan tidak putus-putus bermain di bibir Badrul.
Kian tamat bacaan Ruqyah, Badrul kian menggelepar hebat. Tubuhnya terasa hangat seperti disimbah dengan bara api. Sehingga pada satu tahap, dada Badrul terjungkit ke hadapan. Kepalanya terdongak. Matanya terbeliak memandang bumbung. Jari jemari tangannya mengerekot. Tubuhnya mengeras dalam posisi itu. Terkedang kaku!
Ustaz Fahim merapati Badrul. Ubun-ubun lelaki itu dicengkam. Dia membacakan al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas lalu dihembus ke arah ubun-ubun Badrul. Perlahan-lahan tubuh Badrul mengendur. Tidak lagi meronta-ronta seperti tadi.
Tatkala itu, lelaki yang diarahkan oleh Ustaz Fahim supaya mengambil segenggam tanah dari kubur arwah Pak Hamid tiba. Tanah yang diletak di dalam plastik itu diserahkan kepada Ustaz Fahim. Ustaz Fahim menyeluk. Dia menggenggam tanah itu sekadar mengambil debunya. Lalu Ustaz Fahim membacakan al-Fatihah dan doa penggerak.
“Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai'un fil ardhi wa laa fissamaa'i, wa huwas samii’ul ‘aliim.”
Tamat bacaannya, telapak tangan yang menggenggam tanah itu tadi diraup ke wajah Badrul. Tubuh Badrul longlai sama sekali. Ustaz Fahim mengampu kepala Badrul dan merebahkan lelaki itu di atas lantai. Potongan selawat dibacakan ke telinganya:
اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْ