Репост из: Hanani98??
Hospital Paling Berhantu Di Lembah Klang
Artikel ini adalah hasil dari perbualan seorang wartawan akhbar Utusan, Zulkarnain Zakaria dengan seorang sifu qiqong. Kisahnya, kira-kira sepuluh tahun yang lalu saya (Zulkarnain Zakaria) berbual mengenai kisah-kisah misteri dengan seorang sifu qigong bernama Master Wee.
Menurut Master Wee, dia mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan hantu serta roh orang mati. Sebagai wartawan, saya bertanya kepada Master Wee, di manakah tempat paling berhantu di Lembah Klang? Lalu disebutkannya satu persatu, antaranya sebuah hospital yang besar dan terkenal.
Master Wee turut mendakwa dirinya boleh nampak roh-roh yang mundar-mandir di tepi jalan di hadapan hospital itu. Adakalanya roh itu mengganggu kenderaan yang lalu-lalang hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
“Biasalah, hospitalkan tempat orang mati. Roh mereka ini ada yang tidak aman. Ia berkeliaran di situ,” begitulah cerita dan pendapat Master Wee dalam konteks kepercayaan bangsanya. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Hospital mana, maaflah ya. Namanya terpaksa dirahsiakan. Bimbang nanti ada yang takut pula.
Sebuah lagi hospital yang dikatakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.
Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.
Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat hospital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.
Sejak penutupan hospital tersebut, banyak bertebaran cerita kisah misteri yang berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya ialah jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.
Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti memburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan ianya seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh yang berjaya mereka kesan.
Sumber: Utusan Online