"Kau nak berhenti dimana?"
Tanya pakcik uber pada saya.
"Depan sikit, Insha-Allah."
Jawab saya sambil menunjuk kearah tempat itu.
"Insha-Allah. Masha-Allah aku kagum dengan kau gunakan Insha-Allah dalan percakapan."
Saya terdiam dan tertanya-tanya.
"Kenapa kau cakap begitu?"
Pakcik itu tersenyum mendengar soalan saya.
"Insha-Allah itu menunjukkan kita serahkan segala urusan kita pada Allah selepas kita berusaha.
Contohnya, tanpa izin Allah. Kau tak akan sampai ditempat ini, kan? Mungkin tiba-tiba kemalangan, kereta rosak dan sebagainya.
Selayaknya kita sentiasa serahkan segala urusan kita pada Allah selepas kita merancang dan berusaha. Disitu banyak berkatnya."
Saya angguk dan tersenyum.
Antara adab rakyat Mesir adalah sentiasa menyebut Insha-Allah walaupun perkara itu nampak biasa.
Contohnya, nak beri baki duit. Mesti akan diikuti dengan kalimah Insha-Allah.
Masha-Allah, satu akhlak yang kita boleh ambil dan amalkan dalam kehidupan kita.
Terkadang kagum dengan akhlak mereka yang sentiasa bergantung harap pada Allah.
Begitulah,
Carilah sesuatu dari setiap orang dan jadilah contoh teladan buat orang lain walaupun sekecil-kecil perkara. Kita tidak tahu amalan mana yang diterima disisi Allah, bukan?
Iwana Aisyah Ab Halim
Bukan sekadar ucapan
Join https://t.me/aisyahiwana untuk baca lebih banyak ibrah kehidupan dan tentang al-Quran.
#NotaKehidupanIwanaAisyah