𝓑𝓲𝓬𝓪𝓻𝓪𝓑𝓾𝓵𝓪𝓷𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵•❤️✨


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Цитаты


𝐓𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐨𝐧 𝐫𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐬 𝐦𝐞 𝐨𝐟 𝐲𝐨𝐮, 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐡𝐢𝐧𝐞 𝐬𝐨 𝐛𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭𝐥𝐲 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐬𝐭𝐮𝐜𝐤 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐚𝐫𝐤𝐧𝐞𝐬𝐬♥️✨
𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐛𝐨𝐭: @talkwithAisyaa_bot

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Цитаты
Статистика
Фильтр публикаций


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini ya♥️

𝑱𝑶𝑰𝑵 •ᥫ᭡• @BicaraBulanOfficial


Dalam hidup ini tak perlu asyik merendahkan kekurangan orang lain. Kerana kita sendiri juga penuh dengan kekurangan yang kita belum dapat baiki.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Nampak macam tenang padahal separuh mati pujuk diri sendiri yang semuanya akan baik baik je. Penat tipu diri sendiri , tak okay tapi pura pura everything gonna be okay. Jaga hati org salah , tak jaga pun salah. Ya Allah , tetaplah bertahan sampai semua puas hati.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Ada waktu kita tak punya pilihan lain, selain menerima takdir dan berdamai dengan keadaan.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Allah mengujimu dengan tiga cara ;

"Pertama, Allah memberi apa yang kau mahu. Untuk menguji rasa syukurmu. Kedua, Allah tunda memberikannya. Untuk menguji kesabaranmu. Dan yang terakhir, Allah tidak memberikan apa yang kau mahu. Untuk menguji keyakinanmu pada-Nya."

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Allah nampak kita jatuh.
Allah nampak kita terluka.
Allah tahu kita sedang berusaha memperbaiki hidup kita. Tak perlu
membuktikan apa apa kepada dunia. Cukup Allah yang atur hidup kita.

Kalau taknak kecewa just follow the flow je. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Belajarlah terbiasa untuk tidak diajak, tidak diundang, ditinggalkan, diabaikan, dikhianati atau tidak dipertimbangkan sama sekali oleh orang lain. Damaikan diri sendiri tanpa bergantung pada kepedulian orang lain.

Dah dewasa ni terpaksa untuk tidak bergantung pada sapa sapa.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Belajarlah menjauh disaat kita sadar telah diabaikan.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Jangan putus asa dengan ujian.
Ada orang lebih berat diuji, malah ujian datang bertimpa-timpa. Kuatkan hati dan sabar menghadapi hidup.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Di akhirat nanti, kita akan sangat mengharapkan al-Quran menjadi teman untuk kita.

Di alam kubur lagi kita akan sangat tenang kalau al-Quran ada sebagai peneman.

Cuma, persoalan yang timbul sekarang;

Bagaimana agaknya al-Quran akan jadi teman kita kalau sekarang kita susah nak bersama dengan al-Quran? 😭

Bacalah al-Quran, walau cuma 1 muka surat sehari.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Hati yang bersih, maksudnya hati yang kurang melakukan dosa. Atau ada dosa tapi segera bertaubat.

Mempunyai hati ini akan membuatkan kita menilai sesuatu dengan nilaian yang berbeza. Melihat kemusnahan yang Allah izinkan ke atas manusia, gerun rasa. Melihat musibah yang melanda kecut perut dibuatnya.

Sentiasa berdoa minta Allah terus berikan hidayah dan minta dijauhkan.

Kawan-kawan, usahalah miliki hati yang ada rasa. Yang sensitif atas semua hal yang terkait dengan Allah.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Ajar diri sendiri jangan cepat sangat mengeluh. Tak ada benda yang senang. Semua benda kena usaha. You have to believe in yourself.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Bila Allah takdirkan sesuatu yang kita tak suka, jangan marah Allah. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak ajar kita dalam kehidupan. Perancangan Allah sangat halus, carilah hikmah di sebalik kejadian.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Kalau ditunda, bererti akan disempurnakan. Kalau diambil, bererti akan diganti yang lebih baik.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Setiap daripada kita ada fail peribadi yang tercatit segala yang kita lakukan. Di akhirat nanti fail itulah yang dibacakan di hadapan kita. Tiada yang dapat kita sembunyikan, tiada yang mampu berdalih.

Setiap hari, bertaubatlah sungguh-sungguh. Moga Allah padamkan catitan amalan kejahatan kita sebelum kita kembali ke alam barzakh sana.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Kadang kita merasakan diri sudah mendapat hidayah hingga kita lupa untuk menjaganya agar tidak hilang. Kita mula mengumpul segala penyakit hati bermula dengan merasa diri baik.

Akhirnya kita melihat orang lain banyak sahaja salahnya. Kita sahaja yang betul dan kurang salah.

Hati-hati.

Hidayah itu hadiah buat kita. Jaga sungguh-sungguh ya. Dia boleh hilang tanpa kita duga.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Sesekali kita kena fikirkan tentang ini;

“Nanti setelah aku tiada, sebagai apa kalian akan mengenangkan aku?”

Begitulah sekali sekala kita memulakan hari. Jadi kita terus fikir apa yang kita nak buat hari ini, supaya nanti kita dikenang sebagai orang yang baik-baik. InsyaAllah.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Usah mudah mengeluh dengan setiap ujian yang datang.

Cubalah untuk diam dan renungkan baik-baik. Apa yang Tuhan nak kita faham sebalik ujian itu. Kerana Allah hadirkan sesuatu bukan tanpa alasan.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Kadang yang berlaku tak berjalan sesuai apa yang kita rencanakan. Cuma perlu yakin dengan satu perkara bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau bukan dia yang ditakdirkan, mungkin ada seseorang yang lebih baik yang akan dia akan hadirkan.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial


Belajarlah merahsiakan kehidupan peribadi. Tetaplah rendah diri, tidak semua orang perlu tahu segalanya tentang kita. Semakin sedikit orang tahu tentang kita, semakin sedikit orang akan bercakap tentang kita. Jagalah kehidupan peribadi kita sebaiknya.

•ᥫ᭡• @bicarabulanofficial

Показано 20 последних публикаций.