CAHAYA UMMAH


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Allah adalah harapan dalam perjuangan hidup manusia

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Buat sahabat marilah kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah s.w.t di Ramadhan yang terakhir mengutuskan doa buat sahabat di GAZA 🇵🇸

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله وصحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
.
Tepuk dada tanya jiwa
- NUR - 🌈


https://www.astroawani.com/berita-dunia/operasi-di-gaza-akan-diteruskan-netanyahu-297677
.
Buat sahabat kami di Palestine maafkan kami kerana tidak mampu membantu tetapi akan kami usahakan doa kepada Allah s.w.t agar pengorbanan kamu diangkat di sisi Allah s.w.t ke tempat yang tertinggi.
.
#prayforgaza
#prayforislam


 Ya Allah... Kau kurniakan diriku ini kefahaman dalam agama, kemanisan dalam beragama, keindahan akhlak, keseronokan dalam jihad ilmu. Kau peliharalah, Kau lindungilah diriku ini dari sebarang keburukan... Amin
.
- NUR - 🌸


Ibn Abbas r.a. berkata , Rasulullah s.a.w bersabda " Ya Allah , nyalakan dalam hatiku satu cahaya, pada pandanganku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya, dan limpahkanlah cahaya kepadaku. "
(Riwayat Muslim 1274)
.
Jqngan lupa amalkan doa ini ketika berbuka puasa di Ramadhan terakhir kita untuk tahun ini.
.
- NUR - 🌸


Doa Agar Didirikan Rumah Di Syurga...
.
وَضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوا امْرَاَتَ فِرْعَوْنَۘ اِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِيْ عِنْدَكَ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ وَنَجِّنِيْ مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهٖ وَنَجِّنِيْ مِنَ الْقَوْمِ الظّٰلِمِيْنَۙ
.
And Allah sets forth an example for the believers: the wife of Pharaoh, who prayed, “My Lord! Build me a house in Paradise near You, deliver me from Pharaoh and his ˹evil˺ doing, and save me from the wrongdoing people.”
Surah At-Tahrim verse 11
.
Tepuk dada tanya jiwa
- NUR - 🌸


Dari Abu Ayyub Al Anshori yang pernah mendengar sabda Nabi Muhammad SAW.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh." ( Riwayat Muslim )
.
Tepuk dada tanya jiwa
.
- NUR - 🌸


Daripada Abu Hurairah r.a. , bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Sungguh ada seorang hamba yang mengucapkan satu kata (buruk) sehingga ia terjerumus ke dalam neraka lebih dalam dari jarqk antara timur dan barat"
.
Maka elakkan berkata yang sia-sia kerana azab Allah s.a.w itu pedih yang tidak terkira.
.
- NUR - 🌸


RAMADHAN may be almost over, but did it transform you?
.
Tepuk dada tanya jiwa
-NUR-


KELEBIHAN # AYAT TERAKHIR SURAH AL-HASYR
.
70 ribu Malaikat mendoakan

1) Riwayat daripada Muwatil bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa saja yang membaca أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan diikuti dengan membaca tiga ayat terakhr dari surah Al-Hasyr pada waktu pagi sebanyak tiga kali, Allah akan mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Malaikat itu akan mendoakannya sehingga ke waktu petang. Jika ia meninggal dunia pada hari itu, maka dia mati sebagai syahid. Dan barang siapa yang membacanya pada waktu petang, ia juga akan mendapat balasan yang sama” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Dikurniakan masuk syurga Allah Taala

2) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Meninggal dalam keadaan mati syahid

3) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah Taala mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
.
Tepuk dada tanya jiwa
-NUR-


Sekiranya RAMADHAN itu mampu untuk berkata-kata nescaya ia akan berkata :
.
Wahai manusia kamu tahu aku datang sekali setahun...
.
Kamu tahu bahawa aku mempunyai malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
.
Tapi apa yang sudah kamu lakukan untuk memanfaatkan aku secukupnya?
.
Wahai hamba Allah kamu tidak akan tahu adakah pada tahun depan kita akan bertemu kembali...
.
Sebelum kamu menyesal di kemudian hari manfaatkanlah diriku walaupun aku masih berbaki 2 hari lagi...
.
Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui...
.
Tepuk dada tanya jiwa
-NUR-


Репост из: Liqo' Asya'irah
1 Hari 1 Hadis

[Pintu Ar-Rayyan Buat Orang Yang Berpuasa]

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ

Daripada Sahal R.A dari Nabi SAW bersabda, " Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut dengan nama Ar-Rayyan, yang mana pada hari Kiamat kelak tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melalui pintu itu melainkan orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorang pun yang akan melalui pintu tersebut melainkan mereka.

Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Saum, No.1896

-Liqo' Asya'irah-


Ramadhan Kareem💫
Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini, ingat ! Yang penting bukan kuantiti tetapi kualiti


Cadangan syafi, cari satu amalan yang senang kita buat berterusan setiap hari , dan istiqomah dalam mengamalkannya, dan tinggalkan maksiat, insyaAllah dengan cara ni hati kita akan sentiasa mengingati Allah, dan insyaAllah dngn cara ni kita boleh termasuk dalam golongan yang keluar dari ramadhan bersama sama dengan ampunan Allah, tapi ingt cuba maksimumkan amal ibadah kita semampunya dalam bulan ni sebab, kita tak tahu kalau kalau tahun ni tahun terakhir ramadhan kita


Untuk yg tiada perancangan, takperlu pening kepala fikir nak buat "semua" ibadah yg ada, bak kata orang, "tak boleh buat semua jangan tinggal semua"
Mudah ja untuk dapat redho dan ampunan dari Allah tapi susah untuk kita buat. Amalan yang paling Allah suka bukan lah amalan yang banyak hanya pada satu satu masa, tetapi amalan yang sangat disukai Allah adalah amalan yg walaupun sedikit, ianya beterusan.


RAMADHAN 3 HARI LAGI ! masih ada yang tiada perancangan? Ketahuilah ada ancaman dan kerugian yang besar buat orang yg kluar dari bulan ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan dari Allah, muhasabah sama sama


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

 

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]


Realiti manusia hari ini...😌
.
Orang yang pakai jubah masuk shopping mall dipandang pelik🤔
.
Seorang CEO apabila ditanya apakah resepi kejayaan, jawapannya tidak mengambil duit kopi, dikatakan mustahil🤷🏻
.
Islam itu kelihatan sangat asing diawalnya & pada akhir zaman islam akan kembali kelihatan asing. Maka beruntunglah hamba² yg kelihatan asing. Sesungguhnya kamu di jalan yg lurus✨
.
Tepuk dada tanya jiwa
-NUR-💫


RAMADHAN ! Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut ramadhan, dah sedia? Dah ada azam sendiri untuk ramadhan kalini? Makesure tahun ni ramadhan kita lebih baik dari sblum ni❤ insyaAllah


Dah Taubat? Tapi diterima ka taubat kita? Jom check sama ada kita berada di dalam golongan yang taubatnya diterima atau tidak
.
TERJADINYA MAKSIAT ITU KERANA "DUA"
.
1. Kealpaan dan kelemahan kita sebagai seorang hamba yang tidak lari daripada dosa. Jika ini adalah punca kepada seseorang itu melakukan maksiat, insyaAllah dia merupakan seorang yang sentiasa ikhlas dan bersungguh sungguh dalam bertaubat kpada Allah. Dan insyaAllah taubatnya diterima
.
2. Memperkecilkan dan memandang remeh terhadap maksiat/dosa. Orang yang melakukan maksiat berpunca daripada memandang remeh akan maksiat kepada Allah , selalunya sblum melakukan maksiat dia sedar akan perbuatannya tapi dia meneruskan maksiat dengan sebb apa?
"Ohh , Allah itu Maha Pengampun, jadi takpalah kalau aku melakukan hal sekian sekian, kemudian taubat ku akn diterima, dan jika aku lakukan lagi taubat ku seterusnya akan diterima jugak".
Orang seperti ini taubatnya tidak diterima. Dan sikapnya itu Lebih buruk berbanding maksiat yang dilakukan. Orang yang merancang taubat , taubatnya tidak diterima. Kerana syarat taubat itu tidak dipenuhinya. Taubat yang diterima adalah taubat yang bersungguh sungguh tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan disertai dengan penyesalan sesesal sesalnya, jadi kalau sudah merancang maksiat selepas bertaubat, adakah dia betul betul menyesal? Tidak.
.
Semoga Allah menjauhi kita daripada menjadi golongan nombor 2 diatas.
.
Semoga bermanfaat
.
-Syafi-


Memaafkan adalah benda yang paling indah bila kita memaafkan dengan sepenuh hati.
.
Tepuk dada tanya jiwa
-NUR-

Показано 20 последних публикаций.

248

подписчиков
Статистика канала