HIJRAH SI GADIS🌻🌻


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


berubah demi Allah dan Rasul yang tercinta🦋🦋

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Selamat malam semua🌹

Mohon maaf atas kata-kata ku yang ada tersinggung dan kecil hati...... Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa, tidak perfect dan tidak terlepas dari buat kesilapan..... Ku harapkan semoga lenamu dilindungi Allah dan ditemani mimpi-mimpi indah🌹

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Aku tegur kau bukan sebab aku benci

Tapi sebab aku sayang kau

Aku tegur kau bersebab lagi

Sebab apa?

Sebab aku tak nak kau hidup dalam kekotoran yang aku pernah alami. That's why aku cegah awal-awal

#hijrahsigadis05 ❤️💜


'Wahhh, cuba kau tengok lelaki tu, hensem weyh. Dahlah putih"

"Hensem tu memang, semua hensem dan cantik, cuma kita kena kawal lah diri daripada tengok ajnabi"

"Tapi dia hensem sangat, takleh nak kawal lah"......

"Hmmm macam ni lah, contohnya kan, kau nak diet, pastu kau cuba kawal nafsu daripada makan makanan berlemak kan?"

"Haah"

"Samalah macam kau kena kawal nafsu daripada tengok ajnabi. Kau kena kawal nafsu kau tu daripada tengok dia, kalau kau betul-betul sayang, cinta, suka, minat dia, doalah supaya kau dan dia dijodohkan bersama, kalau kau terus tengok macam sekarang ,ia boleh menyebabkan dosa. Zina mata"

-tarbiah hidup✨

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Pertolongan ALLAH mungkin datang tidak terlalu cepat dan mungkin tidak pula terlalu lambat tetapi ianya selalu datang disaat Yang tepat.😊

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Репост из: #tehFatihah 🕊️
Jangan terlalu kejar minat sehingga kita tinggalkan akhirat✨

-Ustaz Wadi Anuar


Saya nak tanya yang selalu buat Tik Tok ni tak malu ke?

Yelakan, takkanlah tak rasa sedikit pun malu sebab biasanya yang buat Tik Tok ni, pakai baju ketat ii, freehair tapi Islam, yang pakai tudung pulak pakai tudung atas dada, tak pakai handsock, gelek sana gelek sini.

Saya bukannya nak kecam, tapi saya hanya mempersoalkan.

Kalau yang suka buat Tik Tok tu tak salah nak berhibur. Yelah dalam hidup nie kena ada juga hiburan sikit enn?

Kalau nak buat sangat, buatlah tapi jangan share kat kawan ii, mana tahu kan, contohnya lah kan, awak buat Tik Tok pastu awak share kat kawan baik awak. Pastu kawan baik awak share kat kawan lelaki dia sebab katanya awak "pro gila" buat Tik Tok. Pastu kawan lelaki dia tu share kat kawan ii lelaki dia yang lain. Tak ke nanya?

Berfikirlah dahulu sebelum buat apa ii. Takut buat sesuatu tanpa berfikir, takut tersalah jalan. Kita ingatkan betul. Bila orang tegur or apa ii, barulah menyesal.

Tulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak sesuatu benda takleh nak undur dah sebab apa?

Sebab manusia ni cepat, contohnya bila dapat gosip hangat, terus rasa nak sebar kat seluruh Malaysia ni. Sebab tulah kena hati ii.

Okay? So sama ii lah berubah. Kalau saya ada tersalah nasihat atau apa, tegurlah. Semua orang ada buat salah. Tak perfect. :)

-tarbiah hidup✨

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Di antara akhlak seorang mukmin adalah baik dalam berbicara,tekun bila mendengarkan,berwajah ceria,dan menepati janji.

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Sebelum tidur, maafkan semua orang yang pernah menyakiti kita✨

Hati ini layak untuk tenang bukannya dendam✨

Selamat malam sahabat😊

#hijrahsigadis05 ❤️💜


YA ALLAH YA TUHANKU

Berilah petunjuk dan hidayah kepadaku, berilah kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi setiap ujian darimu❤️

Sentuhlah hati hambamu ini dengan cahaya kasih sayangmu
Peluklah hatiku di saat aku jauh darimu, agar tidak mencintai yang lain lebih dari mencintaimu❤️

AAMIIN YA RABBAL ALAMIN🤲

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian,tetapi dia melihat hati dan amal kalian😊

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua😁

Aamiin🤲

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam semua😊✨

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Assalamualaikum n selamat malam semua😌🌙

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka.

Jangan pandang kebaikan sendiri macam kita pasti ke syurga.

#hijrahsigadis05 ❤️💜


kekecewaan adalah salah satu cara tuhan dalam berkata:

"Aku punya Sesuatu Yang Lebih Baik buat kamu".

Ya Allah sayangnya engkau terhadap hambamu ini,Sedangkan Kami sebagai hamba kadang-kadang terlupa Akan Kasih Sayang mu Ya Allah😔

Bagi pengajaran ayat diatas,Kita sebagai hambanya haruslah tetap percaya akan kekuasaannya dan redha dengan Segala ujian yang diberikan olehnya,Kerana ia adalah salah satu tanda Kasih Sayangnya terhadap kita.


#hijrahsigadis05 ❤️💜


🌷SAHABAT ALAM MAYA🌷

Perkenalan tanpa pertemuan
Namun cukup erat ikatan
Meyimpan sedalamnya kerinduan
Menanti waktu meluahkan

Detik ke saat
Saat ke minit
Minit ke jam
Semakin rapat
Semakin kukuh

Hubungan ini terlalu kuat
Ibarat ranting-ranting kayu
Yang awalnya tak pernah bertemu
Antara satu dengan yang lain
Lalu disatukan dengan ikatan
Yang tak mudah rapuh
Tak terlerai walau ditimpa angin taufan.

Ranting-ranting kayu itu, kita
Bertemu dengan takdir Tuhan
Lalu disatukan dalam ikatan keimanan
Bertunjangkan akidah yang sahih
Walau ditimpa ujian dan cubaan
Tak pernah terputus hubungan ini
Kerana keyakinan itu hebat
Ujian datang bersama hikmah
Musibah tiba dengan muhasabah

Tangan tak pernah berpegangan
Namun hati tetap bersama
Meski memori yang dicipta
Bukan di alam nyata
Bukan bersua muka
Tapi ia tetap dalam ingatan

Tiap masalah pasti ada jalan
Tiap tawa dikongsi cerita
Tiap duka alirkan kekuatan
Tiap apa pun jua
Tetap ada bersama

Persahabatan ini tak dilihat orang
Tak dinilai orang
Kerana Allah yang layak menilai
Setiap satu dari kita
Bersahabat keranaNya

Memori dan kenangan
Begitu banyak tak terkira
Kita ketawa, namun tak melihat
Kita menangis, tapi tak saling menyeka
Kerana jasad kita jauh
Yang kita mampu
Hanya doa
Meyalurkan sedikit semangat
Buat sahabat yang sedang bersedih
Hanya mampu membayangkan
Wajah manis dengan tawa

Kenanglah
Ingatlah
Jangan dilupakan
Ia sangat berharga
Kita bersahabat kerana Dia
Demi redhaNya

Sahabat,
Moga kita bertemu suatu hari nanti
Kalau tangan ini tak sempat berjabat di dunia
Moga berpaut erat bergerak ke syurgaNya.

Sekali kita BERSAHABAT
SYURGA adalah muaranya.

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Don't force yourself to be someone that you wouldn't be. Because it will not successful. Just be you and improve yourself day by day to make it better💜

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Wanita itu dimuliakan dengan akad, dibimbing dengan syariat, dididik dengan akhlak. Dan dia akan menjadi isteri yang taat.

📚ustazah syarifah aminah al attas

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد ❤️

#hijrahsigadis05 ❤️💜


Kitaorang couple islamik la.

Takde pun sentuh-sentuh apa semua tu.

For your information, satu je hubungan yang Allah halalkan.

Iaitu perkahwinan.

Takdenya couple islamik bagai.

Kau mampu ke nak kahwin?
Umur pun baru setahun jagung.

Kalau tak mampu, tak payah sibuk nak fikir pasal benda tu. Fokus dengan apa yang kau kena hadapi dalam hidup kau. Tu lagi penting.

tarbiah coklat🍫


#hijrahsigadis05 ❤️💜


Hati Akan selalu dalam kedamaian jika diisi dengan kejujuran

#hijrahsigadis05❤️💜

Показано 20 последних публикаций.

35

подписчиков
Статистика канала