Diary Seorang Lelaki


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Apa ingat lelaki takde diary?

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Aku takut perasaan sakit ini akan membuatkan hati yang pernah hancur ini berhenti berjuang.

🦔

@mansdiary


Apakah erti pergaduhan,
Jika hanya menimbulkan kesedihan,

Apa pula erti percintaan,
Jika tiada bibit kesetiaan,

Apa yang dimaksudkan sayang,
Jika hanya mengejar bayang,

Apakah erti kehidupan,
Jika tiada pengajaran.

🐆

@mansdiary


Ada terasa juga. Entah.
Kalau dah macam tu gayanya aku tak nampak macam just a work friend.
Maybe aku je kot yang nampak paranoid.
Tapi kalau aku bentangkan memang obvious.

But tonight, my heart break a lil.


Nostalgia mengusik akal,
Tidak tahu yang disangkal,
Kelam hati tiada kesal,
Susuk tubuh getar tiada berpangkal.

🐆

@mansdiary


Aku perhatikan, dalam dunia di mana semua berlumba untuk menyempurnakan fisik untuk tontonan semua; dunia di mana yang indah rupa dan mewah hidupnya dipandang kagum; dunia di mana segalanya adalah tentang duit; dan dunia dimana aku sedang berdiri.

Aku adalah insan terasing yang tidak pernah setuju dengan apa yang dipeluk majoriti. Mungkin kamu takkan faham. Mungkin kamu akan mempersoalkan. Tapi entahlah. Aku tidak peduli.

Minoriti mungkin takkan mati.
Cuma nafasku sudah mula memendek. Jika aku ditamatkan, harap perubahan bisa dimulakan.




-
June 2020
Somewhere

@mansdiary


Репост из: Diary Seorang Lelaki
Jika manisnya gula bisa menyakitkan kita,
Mengapa tidak pahitnya ubat menyembuhkan?

Jika manisnya percintaan bisa memeritkan jiwa,
Mengapa tidak pahitnya realiti mengubatkan?


🐝


- Bee.
August 2019,
Puteri Harbour.


Репост из: Diary Seorang Lelaki
Entah sampai bila aku harus kaku dihentam pilu.
Dihenyak rindu yang kian meramu.
Dibantai persoalan yang menyelinap di setiap sel mindaku.

Akhirnya aku hanya terpaku dimakan waktu.
Memulihkan jiwa yang kian kematu.


🐢

@mansdiary


Penulisan sia sia menutup noktah kata, tersadai hanyut meraung derita, jiwa kelam dunia gelita, mencari dimana ada pelita.

🐆
@mansdiary




Репост из: Diary Seorang Lelaki
Udara yang semakin tercemar aku hirup dalam dalam.
Definisi kehidupan yang semakin kelam,
Nekad aku kentalkan pandangan dan hati, aku selam.

Jauh ke dasar aku pergi,
Harapan ke permukaan hilang; tiada lagi.
Mati?
Entah. Tak pasti.


🐝

@mansdiary


Репост из: Diary Seorang Lelaki
Aku rindukan suara merdumu menyanyi menenangkanku, selalu. Dan bebelan panjangmu sampai pejam mataku.

Jika waktu boleh diputar semula, aku ingin kembali menikmati masa itu; bersamamu.


💫
@Mansdiary


Ritma atas puisi ku tak sehebat kamu,
Sebab aku tahu kalau salah sebut, aku malu,
Kalau setakat satu dua lagu yang memang perlu,
Aku hidangkan untuk semua sampai korang jemu.


- Bee 🐝
July 2019,
Johor bharu.

@Mansdiary


Cinta kadang menyakitkan, hati merentan keperitan, abstrak hidup menghantui siuman, terkadang terfikir fasal kewujudan, murung disudut gelutan, antara dua jiwa yang penuh kenafsuan.

🐆

@mansdiary


Репост из: Diary Seorang Lelaki
`Walau jiwa dinoda kata, tidak berganjak ke penjuru dusta.
Walau hidup sukar dijangka, tempuhi penuh segala cereka.

🐆

@mansdiary


Cintakan seseorang bukan bermaksud kita memiliki dia.

Tapi sampai bila nak simpan harapan?😌


December 2017,
@Mansdiary


Gaduh dengan perempuan ni memang 'payah' sikit. Kalau kau salah, kau kalah. Kalau kau betul pun kau tetap salah juga.

Complicated.

@Mansdiary


Репост из: Diary Seorang Lelaki
Definisi bahagia yang aku faham sangat berbeza dengan yang aku dapat.

Definisi cinta dan kehidupan yang aku harapkan adalah hanya sekadar untuk penulisan di masa lapang.

Jika benar wujud semua itu, berilah aku secebis harapan.
Jika tidak, jauhkanlah aku dari segala kesenangan agar aku fahami apa tujuan nyawa ini dipinjamkan.

Derita atau sekadar boneka.

🦖

@mansdiary


Репост из: Diary Seorang Lelaki
Untuk kamu perempuan perempuan yang mempunyai pasangan tak berkemampuan atau miskin ni, aku sebagai lelaki yang juga tak punyai apa apa nak wakilkan maaf sedalam dalamnya.

Cuma nak korang tahu yang takde siapa yang nak pasangan dia rasa ketinggalan dan serba kekurangan. Lagi lagi pada zaman yang semua boleh dibeli dengan duit ni.

Even a hug.

So just sending a deepest sorry for you girls out there.
Kalau kamu semua rasa terbeban, tak mengapa.
Kami faham kesakitan yang kalian alami.
Senyumlah dengan mereka yang mampu membelinya. Walau perit, demi cinta kami rela berkorban. Kalau itu sahaja caranya untuk mengembalikan senyuman seperti awal perkenalan.

Salam Malam.


🦖

@mansdiary


Masa tengah kerja tadi, aku hantarlah gambar baby kat awek aku.

Aku niat nak tunjuk baby tu. Last last mak baby yang dia pandang. Tanya tu mak dia ke kakak dia. Then hilang kisah pasal baby.

Moral of the story, kalau nak ambil gambar baby, ambil gambar baby je. Mak dia tak payah. Nanti kena soal siasat macam baby tu anak kau 😌😭😂

-- Shadow.

@Mansdiary


Kadang kan...

Kita tak tahu apa dah jadi dengan kita.
Keadaan diri kita sendiri. Pun kita tak tahu.

Betul tak?

Orang boleh nampak.
Kita masih meraba-raba mencari jalan.
Tapi bagi kita, kita dah jumpa jalan.
Cuma perlu teruskan perjalanan.

Haih manusiawi.
Pening kepala aku memerhati.
Baik jadi sawi.
Tak susah hidup atau mati.


🐝

- Bee
June 2020,
Keliru .

@Mansdiary

Показано 20 последних публикаций.

464

подписчиков
Статистика канала