JAKIM


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Религия


Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Религия
Статистика
Фильтр публикаций


KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU LELAKI BERPAKAIAN MENYERUPAI WANITA SEMASA SEBUAH ACARA PERTANDINGAN HIBURAN


KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGANJURAN MAJLIS JALINAN MUHIBBAH MADANI SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025


SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

▶️ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Butiran seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

▶️Muslimin dan Muslimat adalah diundang ke masjid/surau berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat hajat seterusnya mendoakan KDYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.


Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2025

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun bertujuan bagi memperingati hari pengisytiharan gabungan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, makmur, dan diberkati. Bersama kita jayakan Malaysia Madani!

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

#HariWilayahPersekutuan2025 #WilayahPersekutuan #MalaysiaMadani #JAKIM


JEMPUTAN ISTIMEWA KE PROGRAM ZIKIR AKBAR MADANI

Esok adalah harinya! Jom kita bersama khususnya warga Wilayah Persekutuan hadir ke Program Zikir Akbar Madani sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 pada :

📅 31 Januari 2025 (Jumaat)
🕕 6.00 petang – 10.30 malam
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Program akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah seterusnya solat Hajat, Bacaan Yasin & Doa Selamat yang akan dipimpin oleh YBrs. Ustaz Dr. Amru Al Haz bin Adnan, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bagi memohon keberkatan dan keselamatan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan

Tausiyah Khas Istimewa oleh :
💠 SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
💠 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)

Jangan lepaskan peluang! Datang, rasai ketenangan & sebarkan kebaikan!


Selamat Menghayati Peristiwa Israk Mikraj 1446H / 2025M

Peristiwa agung Israk dan Mikraj bukan sekadar perjalanan Rasulullah SAW, tetapi sebuah pengajaran yang penuh hikmah. Ia mengingatkan kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah SWT, kerana azab-Nya amat pedih bagi mereka yang ingkar.

Melalui peristiwa ini, Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sebanyak lima waktu.

Marilah kita hayati ibrah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ini. Jadikan ia pedoman untuk memperbaiki akhlak, memperkukuhkan iman, serta meninggalkan kemungkaran demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM


5 HARI LAGI!

Ayuh kita bersatu hati dan jiwa di Program Zikir Akbar Madani sempena Hari Wilayah Persekutuan pada :

🗓️ 31 Januari 2025 | 1 Syaaban 1446H
⏰ 6.00 petang - 10.30 malam
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Hidupkan malam 1 Syaaban dengan zikir dan bermunajat kepada Allah SWT, memohon keberkatan dan keampunan.

Bawa bersama keluarga, sahabat, dan insan tersayang untuk menikmati ketenangan jiwa dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan.

Jangan lepaskan saat indah ini!

#ZikirAkbarMadani #hariwilayah2025
#malaysiamadani
#madaniisworking
#pelantransformasialfalah


6 HARI LAGI!

Ayuh kita bersatu hati dan jiwa di Program Zikir Akbar Madani sempena Hari Wilayah Persekutuan pada :

🗓️ 31 Januari 2025 | 1 Syaaban 1446H
⏰ 6.00 petang - 10.30 malam
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Hidupkan malam 1 Syaaban dengan zikir dan bermunajat kepada Allah SWT, memohon keberkatan dan keampunan.

Bawa bersama keluarga, sahabat, dan insan tersayang untuk menikmati ketenangan jiwa dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan.

Jangan lepaskan saat indah ini!

#ZikirAkbarMadani #hariwilayah2025
#malaysiamadani
#madaniisworking
#pelantransformasialfalah


Program Zikir Akbar Madani Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025

Ayuh! Warga Wilayah Persekutuan!!

Mari kita bersama-sama merapatkan saf dan mensyukuri nikmat perpaduan, keamanan, dan kesejahteraan yang kita kecapi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sokongan 13 agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) serta rakan strategik, dengan penuh rasa kesyukuran akan menganjurkan Program Zikir Akbar Madani sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 pada :

🗓️Tarikh: 31 Januari 2025 (Jumaat)
🕰️ Masa: 6.00 petang hingga 10.30 malam
📍 Lokasi: Masjid Tuanku Mizan, Zainal Abidin, W.P Putrajaya

Pengisian Utama

📜Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat
📜Selawat
📜Tausiyah Madani menyentuh nilai perpaduan dan kesejahteraan
📜 Amanat yang akan disampaikan oleh YB Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Kehadiran anda amat dialu-alukan untuk memeriahkan sambutan ini.


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU KOMEN TULAR DI FACEBOOK -“HAM” DISAMAKAN DENGAN NABI MUHAMMAD SAW


Kunjungi Reruai JAKIM Sempena pameran Islam Mekar di Bumi Malaysia

Mencari aktiviti menarik sempena cuti sekolah? Jom meriahkan Pameran Islam Mekar Di Bumi Malaysia bertempat di Ruang Legar Masjid Putra, Putrajaya pada 23 - 24 Januari 2025 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan JAKIM disediakan untuk anda antaranya:

✅ Jualan Buku-Buku Agama Terbitan JAKIM
✅ Cabutan Pembeli Buku Bertuah & Anugerah Pembeli Buku Nilai Tertinggi
✅ Permainan “Roda Impian”
✅ Pameran & Sampel Analisis Halal
✅ Permainan “Halal Quest - Jelajah Dunia Halal”
✅ Cenderahati Istimewa!

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk hadir beramai-ramai ya. Jumpa anda di sana!


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKAITAN

LAPORAN PORTAL BERITA BERTAJUK "MALAYSIAN GOVERNMENT, JAKIM ALLEGEDLY COERCING STUDENTS TO CONVERT TO ISLAM"


.


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKAITAN

LAPORAN BERITA SIJIL HALAL BAHAN MENTAH PRODUK HAM AND CHEESE SANDWICH


Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah

DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku sempena Hari Keputeraan ke-77 pada 14 Januari 2025 Bersamaan 14 Rejab 1446H

Sembah Takzim Daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM


Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

🗓️ Tarikh : 6 - 9 Januari 2025 | 6 - 9 Rejab 1446H

Kepada semua calon UPKK 2024, bersiap sedialah dengan ilmu dan doa. Semoga anda semua diberi kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab soalan, serta kejayaan yang membanggakan.

Ingatlah, usaha yang bersungguh-sungguh diiringi doa pasti menghasilkan yang terbaik.

Ibu dan ayah jangan lupa berdoa serta ajarkan kepada anak-anak membaca doa ini :

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Selamat Berjaya!


Selamat Menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

Semoga anak-anak calon UPKK 2024 diberi ketenangan hati, kefahaman yang mendalam, dan kejayaan yang cemerlang dalam usaha dilakukan.

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mendoakan yang terbaik buat semua calon.

“Usaha, Doa, Tawakal, Insya-Allah Berjaya!”


SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025.

Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang, diberkati Allah SWT, dan menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan syiar Islam.

Daripada: Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM

#MalaysiaMADANI #JAWI #JAKIM


“Selamat Menyambut Tahun 2025 bersamaan 1 Rejab 1446 Hijri”

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kejayaan, dan kesejahteraan kepada kita semua.

Ayuh teruskan langkah dengan semangat Malaysia MADANI, membangun kekuatan rohani dan jati diri, membina masa depan yang lebih cemerlang bersama-sama.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja JAKIM

#SelamatTahunBaharu2025
#1Rejab1446H
#MalaysiaMADANI
#jakim


AYUH! Rakyat Malaysia...

Bahang kemeriahan Tahun Baharu semakin dirasai!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh tekad untuk mencapai objektif yang murni akan menganjurkan "GEMA SYUKUR 2025".

Sertai kami dalam menyemarakkan rasa syukur dan kebersamaan demi mengeratkan semangat persaudaraan menjelang tahun baharu 2025.

🗓️ Tarikh : 31 Disember 2024 (Selasa) hingga 1 Januari 2025 (Rabu)
🕒 Masa : 6.00 petang hingga 9.00 pagi
📍 Lokasi : Masjid Putra, W.P. Putrajaya

Pengunjung yang bertuah turut berpeluang menerima hadiah istimewa, termasuk Pakej Tajaan Umrah oleh TH Travel & Services Sdn Bhd, Syiling Emas yang ditaja khas oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan pelbagai hadiah lain yang menarik menarik menanti anda.

Показано 20 последних публикаций.