Tentang Sebuah "HATI"
Aku lebih suka diriku ketika sedang berduka
kerana tika itu aku akan sentiasa sedar bahawa
Tiada apa yang dapat aku raih melainkan dengan rahmatNya
Dan hakikat sebenar yang aku akan rasa ketika
itu adalah bahagia dalam sederhana..
Berbanding ketika aku memperlihatkan diriku
seperti dalam keadaan gembira
walhal sebenarnya di waktu itulah,
Aku hakikatnya sedang begitu memendam rasa
Yang tidak ada satupun manusia dapat mengetahuinya melainkan diriku,dan juga Dia.
Mereka akan hanya melihatkan kegembiraanku,
Tanpa mengetahui bahawa di sebaliknya itu
berbeza dengan yang dirasa itu,
Dan ketika melihat aku banyak menangis,.
difikirnya aku lemah dan berduka,
Sedangkan sebaliknya jugalah apa yang aku rasa
Sulitkan???
Tapi itulah hakikat,tentang sebuah "hati"milik aku.
Lalu salahkah aku?
Ingin selalu membantu dan membuat orang sekelilingku gembira,
Tapi dalam masa yang sama jiwa dan hati sebenarnya sedang berduka dan memendam rasa??
Adilkah untuk jiwa?
Layakkah pengorbanan itu dirasa??
Wahai diriku,
Maafkan aku.
Izinkan aku terus bergerak seperti itu,
Kerana sesuai itu fitrahku
Dan kerna itu, adalah kekuatanku.🍃💕
😔
#bingkisanhikmah
@singgahsbntr