harapnya awak dalam keadaan yang baik , ya , ini untuk awak ikhlas dari saya , hidup ni tak semudah yang disangka kadang-kadang , setiap hari boleh jadi macam-macam , apabila bahagia , rasakan sepuas-puasnya sebab bahagia merupakan anugerah terindah buat manusia . jika awak tengah rasa yang sebaliknya , tak apa , percayalah saya sendiri masih mencari bahagia , bahkan rata-rata manusia masih mencari bahagia . bersedih itu tidak apa , asalkan awak tidak lemas dalam kesedihan , bersedih sepuas-puasnya harini , sebab apa ? sebab esok awak dah taknak rasa semua ni kan ? jadi tak mengapa , usaha untuk selesaikan masalah . jika awak rasa mengalah , cuba cari kebahagiaan dalam kesulitan , setiap kesedihan manusia sebenarnya Tuhan selitkan kebahagiaan , untuk kita sendiri cari , kenapa Tuhan uji kita ? setiap ujian mesti ada ganjaran . saya percaya itu dan saya percayakan awak , jadi sekarang saya minta awak percayakan diri sendiri . jadi manusia ni bukan watak yang mudah , jadi saya ucapkan tahniah, awak sememangnya seorang yang kuat .
@Awinaidil