AstroMet Malaysia


Гео и язык канала: не указан, Английский
Категория: Образование


Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, Английский
Категория
Образование
Статистика
Фильтр публикаций


Update :-
Telah terjadi letusan Gunung Ruang pada hari Sabtu, 20 April 2024, jam 01:09 AM. Tinggi kolum letusan yang diperhatikan ± 1200 m di atas puncak (± 1925 m di atas permukaan laut). Kolum abu berwarna kelabu hingga hitam dengan keamatan yang tebal ke arah selatan.

- MAGMA -


Ketumpatan berbanding ketinggian sebaran sulfur dioksida (SO2) di rantau negara kita yang dikesan satelit Sentinel-5P dan Metop-B


Status cuaca panas Malaysia pada 19 April 2024.


1) Imej menunjukkan detik-detik terjadinya letusan gunung berapi Ruang yang terletak di Sitaro, Sulawesi Utara.

Gunung berapi jenis Strato yang berketinggian 725 m dari paras laut itu telah mula meletus sejak 16 April 2024 dan aktivitinya masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Kali terakhir gunung berapi Ruang meletus pada tahun 2002.

Pada masa ini, Indonesia telah mempertingkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (AWAS) dan menjangkakan Ruang akan terus aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

2) Kesan letusan gunung berapi Ruang telah menjejaskan penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan unjuran model Hysplit daripada National Oceanic and Atmospheric Administration
(NOAA) yang bermula daripada 02:00 AM, 18 April 2024, haluan debu gunung berapi dijangka boleh memberikan kesan signifikan terhadap ruang udara di Malaysia terutama di Sabah. Keadaan ini dijangka boleh berterusan sehingga 21 April 2024.

Walaubagaimanapun unjuran masih tertakluk dengan sebarang perubahan.


Status cuaca panas Malaysia pada 17 April 2024.


Status cuaca panas Malaysia pada 16 April 2024.




Status cuaca panas Malaysia pada 15 April 2024.


Cerapan mata kasar vs imej satelit dan gema radar


HILAL, HARI RAYA DAN MAQASID SYARIAH TAAT ULIL-AMRI (PEMIMPIN)

1. Ijtihad dalam agama kekal wujud dan tiada sesiapa yang berhak menutupnya, kerana luas dan anjalnya hukum Syarak dalam mendepani pelbagai perkembangan zaman yang terus berubah.

2. Salah satu contoh ijtihad dalam agama yang perlu difahami dan dihormati adalah perbezaan dalam menentukan awal bulan Islam (hijriah) menggunakan kaedah rukyat (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan astronomi).

3. Kedua-dua kaedah ini merujuk kepada dalil/nas Syarak yang penafsirannya diperakukan ulama muktabar dan diterimapakai dalam amalan Ibadat oleh seluruh umat Islam.

4. Kaedah rukyat dikuatkan dengan dalil dan zahir nas daripada Al-Quran dan Hadis, manakala kaedah hisab juga merujuk kepada sumber hukum Syarak muktabar menerusi penafsiran ayat Al-Quran dan juga dalil serta kaedah usul fiqh yang diterima.

5. Walaupun tidak dinafikan kesatuan umat adalah perkara penting yang menjadi harapan umat Islam, namun waqi' nya, perbezaan pandangan dalam isu furu’ (cabangan) dalam agama wujud. Ia tidak menjadi punca perpecahan yang memudaratkan jika masyarakat saling memahami dan menghormati satu dengan yang lainnya.

6. Justeru, perbezaan yang berlaku sehingga ke hari ini berkaitan isu memulakan Ibadat pada 3 bulan suci Islam (Ramadan, Syawal dan Zulhijah) di pelbagai negara Islam, tidak perlu dipertikaikan.

7. Keputusan muktamad setiap negara perlu ditaati, kerana ia berdasarkan kaedah muktamad dan hasil kajian mendalam yang dilakukan oleh pihak-pihak berautoriti dalam negara tersebut.

8. Masing-masing negara mempunyai kedaulatan undang-undangnya tersendiri. Mereka mempunyai keupayaan bidang keilmuan yang terdiri daripada pemimpin agama dan para pakar dalam bidangnya yang tidak diragui. Keputusan yang dibuat oleh pemerintah menjadi pemutus perselisihan yang dapat memecah-belah umat. (حكم الحاكم يرفع الخلاف)*

9. Apa yang diamalkan di Malaysia (sebagai contoh) dalam urusan dan pentadbiran agama di kalangan masyarakat Islam, dilihat menepati kehendak Syarak dalam upaya menjaga lima (5) prinsip utama dalam agama (Maqasid syariah) khasnya dalam menjaga persatuan di kalangan masyarakat.

10. Tiada sesiapapun dibenarkan melanggar ketetapan ketua agama atau mengamalkan amalan yang bertentangan dengan keputusan muktamad pemerintah yang telah disepakati.

11. Masyarakat awam perlu merujuk pihak-pihak yang berautoriti jika mempunyai sebarang kemusykilan dalam isu agama dan boleh menggunapakai keputusan pemerintah tanpa ragu-ragu, seperti pesan dalam Al-Qur’an: “Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulallah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” (QS An-Nisa’:59).** Wallahu a'lam

DrMMS


Kredit :- Mualimin M. Sahid
( https://www.facebook.com/share/p/rYDY4EaP5yFiEtE8/?mibextid=oFDknk )






- Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
- Jakim ; garis Panduan/Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan.
-  Jurnal fiqh no. 11 ( 2014 )  ; PENGGUNAAN TELESKOP: KESAN
TERHADAP HUKUM ITHBAT KENAMPAKAN
ANAK BULAN DI MALAYSIA

Kredit imej :- Persatuan Astronomi Negeri Kelantan.

* Anak Bulan atau Hilal Syawal 1445 H yang kelihatan pada 9 April 2024.


Anak Bulan ;
Mata kasar vs Bantuan optik.

Bukan tiada para ulama yang mengharuskan menggunakan alat bantu optik untuk mencerap anak Bulan.

Sedangkan terdapat fatwa dari negeri Selangor yang mengharuskannya.
Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2021 yang bersidang pada 25 Rejab 1442H bersamaan 18 Mei 2021 memutuskan bahawa ;

- Hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah harus.

- Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui garis Panduan/Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan.

Merujuk JAKIM ;

* PELARASAN YANG DIBENARKAN ;

✅Menajam dan menjelaskan Imej Tanpa menokok tambah dari imej asal.
✅Imbangan putih (White Balance).
✅Kontras (Contrast).
✅Kecerahan (Brightness).
✅Dedahan (Exposure).
✅Lengkung Laras (Level And Curve).
✅Teknik lelarasan imej yang setara dengannya.
✅Proses meningkatkan imej yang dipertingkatkan (Image Enhancement) hanya diterima dalam tempoh cerapan dan proses tersebut perlulah disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa Rukyah.
✅Kesemua proses pengambilan dan penganalisaan imej anak Bulan hendaklah dilakukan dalam tempoh selepas Matahari terbenam dan sebelum bulan terbenam.

❌ Teknik penindanan imej (Stacking) tidak diterima kerana menggunakan beberapa Imej (Multiple Frames) yang ditindan dan mengubah keamatan (Intensity) anak Bulan.

* PENGGUNAAN KAMERA DIGITAL
DITERIMA SEKIRANYA :

- Julat cahaya tampak = julat cahaya mata manusia.
- Dilakukan secara langsung (real time) sewaktu cerapan.
- Kamera digital yang dimodifikasikan tidak diterima pakai.
- Pengimejan astronomi terhad kepada julat cahaya tampak (400-700 nm) serta
(ambient temperature)
..

Menggunakan mata kasar sahaja atau dengan alat bantu optik seperti teleskop, binokular, teodolit dan sebagainya tetap matlamatnya satu iaitu untuk menyaksikan anak Bulan. Guna alat bantu optik tingkat keyakinan lagi tinggi jika dibandingkan hanya dengan menggunakan mata kasar yang boleh terdedah dengan kesilapan terutama orang awam yang tiada pengetahuan rupa anak Bulan itu bagaimana.

Alat bantu optik hanya memudahkan kenampakan objek. Ia bukan menambah-nambah objek di langit daripada tiada objek menjadi ada.

Yang menafikan kenampakan anak Bulan menggunakan alat bantu optik kononnya tidak mengikut sunnah itu pun menggunakan telefon bimbit untuk mencari kedudukan Bulan di langit. Adakah Nabi menggunakan alat bantuan untuk mencari kedudukan Bulan di langit ? Tidak. Kamu juga tidak mengikut Sunnah jika begitu. Adakah kamu tidak yakin dengan mata kepala kamu sendiri untuk mencari Bulan di langit sehingga memerlukan bantuan teknologi ?

Menurut ‘Abd al-Karim Zaydan, kewajipan pelaksanaan ibadah puasa adalah berdasarkan kepada kenampakan anak Bulan. Syarat wajib berpuasa ini kemudianya diperkuatkan lagi dengan
melihat anak Bulan menggunakan penglihatan mata. Akan tetapi, ianya bukanlah suatu larangan untuk melihat anak bulan dengan menggunakan alat bantu optik seperti teleskop dan kamera.
Lantaran itu, beliau menambah lagi suatu tuntutan syarak menjadi batas kepada sesuatu sekiranya ada suatu penyelesaian yang sudah pasti.

Manakala al-Muti‘i pula menyatakan pengaplikasian penggunaan teleskop sebagai perantara bantuan bagi mata pencerap boleh diterima dari sudut syariah. Penggunaan ini masih mengekalkan prinsip rukyah tanpa mengetepikan penggunaan mata kasar. Tambahan lagi, teleskop mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu mata kasar mengfokuskan hanya untuk melihat anak Bulan bukan objek lain. Perbuatan ini dikenali sebagai ‘ayn al-hilāl.

Sementara itu, ‘Abd al-Hamid al-Syarwani
pula memberikan pandangan secara lebih eksplisit dengan mengemukakan kelebihan penggunaan alatan ketika mencerap anak Bulan. Penggunaan alatan ini diharuskan kerana penggunaan ini tetap mengekalkan pengaplikasian rukyah. Apabila pencerap melihat anak Bulan menggunakan teleskop, perbuatan ini tidak lari daripada menggunakan mata ketika melihat menggunakan teleskop.

Sekian.

Rujukan :-




Hujan dari pagi tadi di selatan.


Status cuac panas Malaysia pada 10 April 2024


Penutup info raya :-

Di kesempatan kali ini, Saya Muhammad Syafiq selaku admin AstroMet ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya sama ada di dunia nyata atau di media sosial atas segala salah dan silap saya yang mengguris hati kalian semua.

Selamat hari raya, Maaf Zahir dan batin.




Anak Bulan Syawal di negeri Sembilan

Показано 20 последних публикаций.