Nasihat Kewangan


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Религия


🍃"Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri" 🍃

Связанные каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Религия
Статистика
Фильтр публикаций


Hidup Ini Keras

1. Beberapa hari lalu saya menaiki Grab Car untuk pulang. Pemandunya wanita Cina muda. Dari belakang saya lihat kesulitan dan kesukaran beliau memandu dalam kesesakan yang ada. Jelas beliau menggigil. Saya tawarkan bantuan agar biar sahaja saya yang memandu. Beliau menolak. Dari katanya, beliau baru mendapat pekerjaan sebagai pemandu Grab. Beliau berkelulusan Ijazah dalam perakaunan. Tidak mendapat kerja selepas bergraduat. Akhirnya memilih jadi pemandu Grab. Serius saya lihat gigilnya bertambah bila dihimpit kenderaan lain. Saya mohon turun lebih awal dari tempat sepatutnya. Saya bagi alasan mahu berjalan sahaja ke rumah dengan harapan sedikit berpeluh.

2. Saya menggunakan perkhidmatan grab food menempah makanan dan minuman. Bila tiba masanya, loceng rumah berbunyi. Saya buka. Di depan saya seorang lelaki basah kuyup membawa tempahan. "Maaf bang, saya terjatuh tadi. Air tumpah". Baru saya perasan di lantai, air minuman menitis-nitis keluar. Lantai basah bersama air hujan. "Maaf bang." Suaranya terketar. Tak pasti terketar kerana kesejukan hujan atau takut. Benar, hampir semua air telah tumpah. Mungkin sekitar 1/3 air sahaja yang tinggal di setiap cawan. Beberapa kali beliau memohon maaf. Saya tahu permohonannya dari hati yang dalam. Saya kata tak usah bimbang. Tidak ada masalah pada saya. Saya salam beliau lama. Beliau berlalu sambil memandang saya berkali-kali dengan wajah yang berkata - maaf.

3. Sehari dua lalu, lewat malam. Ketika saya mahu menaiki lift, ada seorang perempuan penghantar makanan sama menunggu. Mungkin berumur 40an. Di dalam lift saya bertanya basa basi - kenapa masih menghantar makanan lewat malam. Entah bagaimana beliau mengalir air mata sambil menyatakan beliau hanya akan balik jika cukup target harian. Jika tak cukup, sukar untuk dia memberi makanan dan duit belanja anak-anaknya esok. Untuk hari ini, beliau masih memerlukan beberapa ringgit lagi. Saya segera menghulur duit bagi melengkapkan target hariannya. Saya minta usai menghantar makanan tersebut, beliau harus segera pulang. Beliau menyambut duit tersebut dengan air mata yang kian laju. Beliau keluar dahulu. Sebelum pintu lift tertutup, sambil mengesat air mata, dia tunduk memberi hormat. Lift tertutup dan saya pula menyambung tangisan.

Serius beb. Hidup ini keras!

Sumber : Syirfan Indra




*Selamat Hari Kesihatan kepada semua*

🄷🄰🄿🄿🅈 🄸🄽🅃🄴🅁🄽🄰🅃🄸🄾🄽🄰🄻
🄷🄴🄰🄻🅃🄷 🄳🄰🅈


Perkara penting yang perlu diingat:
1. BP: 120/80
2. Denyutan: 70 - 100
3. Suhu: 36.8 - 37
4. Nafas: 12-16
5. Hemoglobin: Lelaki -13.50-18
Perempuan - 11.50 - 16
6. Kolesterol: bawah 5.7
7. Kalium: 3.50 - 5
8. Natrium: 135 - 145
9. Trigliserida: 220
10. Jumlah darah dalam badan: PCV 30-40%
11. Paras gula: Untuk kanak-kanak (70-130) dewasa: 70 - 115
12. Zat besi: 8-15 mg
13. Sel darah putih WBC: 4000 - 11000
14. Platelet: 1,50,000 - 4,00,000
15. Sel darah merah RBC: 4.50 - 6 juta.
16. Kalsium: 8.6 -10.3 mg/dL
17. Vitamin D3: 20 - 50 ng/ml.
18. Vitamin B12: 200 - 900 pg/ml.

Petua khas untuk warga emas *40/50/60 tahun:*
*1- Cadangan pertama*
* minum air sepanjang masa walaupun tidak kehausan atau memerlukan, masalah kesihatan yang paling besar dan kebanyakannya berpunca daripada kekurangan air dalam badan. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

*2- Arahan kedua*
*lakukan sebanyak mungkin kerja dari badan, perlu ada pergerakan badan, seperti berjalan, berenang, atau apa-apa jenis sukan.

*3 - Arahan ketiga*
* Kurangkan makan... Lepaskan nafsu makan terlalu banyak... Kerana ia tidak pernah membawa kebaikan. Jangan menafikan diri sendiri, tetapi kurangkan kuantiti. Gunakan lebih banyak protein, makanan kaya karbohidrat.

*4- Arahan keempat*
*jangan gunakan kenderaan melainkan ia benar-benar perlu. Jika anda pergi ke mana-mana untuk mengambil barangan runcit, bertemu seseorang atau melakukan sesuatu kerja, cuba berjalan di atas kaki anda. Naiki tangga daripada menggunakan lif, eskalator.
*
*5- Arahan kelima*
* Berhenti marah, berhenti risau, cuba abaikan sesuatu. Jangan memanjakan diri anda dalam situasi yang menyusahkan, mereka merosakkan semua kesihatan dan menghilangkan kemuliaan jiwa. Bercakap dengan orang yang positif dan dengarkan mereka.

*6- Arahan Keenam*
*Pertama sekali, lepaskan keterikatan kepada wang
Berhubung dengan orang di sekeliling anda, ketawa dan bercakap! Wang dibuat untuk kelangsungan hidup, bukan hidup untuk wang.

*7- Arahan Ketujuh*
* Jangan merasa kasihan pada diri sendiri, atau tentang apa-apa yang anda tidak dapat capai, atau sesuatu yang anda tidak boleh lakukan.
Abaikan dan lupakan.

*8- Arahan Kelapan*
*Wang, kedudukan, prestij, kuasa, kecantikan, kasta dan pengaruh;
Semua perkara ini meningkatkan ego. Kerendahan hati membawa orang lebih dekat dengan cinta.

*9- Petua Kesembilan*
* Jika rambut anda putih, ia tidak bermakna akhir hayat. Ini adalah permulaan kehidupan yang baik. Jadilah optimis, hidup dengan ingatan, perjalanan, nikmati. Cipta kenangan!

*10- Arahan ke-10*
* Temui anak kecil anda dengan kasih sayang, simpati, dan kasih sayang! Jangan cakap sarkastik!

Letakkan senyuman di wajah anda!

Tidak kira betapa besar jawatan yang anda pernah pegang pada masa lalu, lupakan ia pada masa kini dan bergaul dengan semuanya!

*Selamat Hari Sihat SeDunia 2023*

#hidupSihat

Semoga berManfaat

InnSyaaALLAH


Репост из: Неизвестно


🔥SYUKUR ALHAMDULILLAH🔥

SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 telah bermupa…KEPADA ASATIZAH BARU POSTING ATAU KENA MENGAJAR TINGKATAN BARU JANGAN BIMBANG.. bahan mengajar telah tersedia…

MODUL PDPC MAHABBAH POWERPOINT :

💥PENDIDIKAN ISLAM  TINGKATAN 1,2,3,4,5 ✅
💥TASAWWUR TINGKATAN 4 & 5✅
💥PQS TINGKATAN 4 & 5✅

LENGKAP DAN TERKINI NOTA KSSM

Untuk pengetahuan semua bahan powerpoint yang dijual
Merupakan bahan pelbagai guna ..
Tak percaya ? tengok contoh video ini yang dihasilkan dari modul ini : 👇👇👇
PAI ting 5 PEL 12 unit 1 PERKAHWINAN
https://www.youtube.com/watch?v=-n_PqYMBySE

Tambahan kepada para  asatizah yg telah membeli bahan powerpoint tetapi masih belum membeli bank soalan .. Anda perlu dapatkan segera sebab selepas mengajar perlu berikan latihan bukan ..? Kami telah menyediakan bank soalan tingkatan 1 hingga 5 kssm serta PT3 ✅bagi membantu  para asatizah memberikan latihan selepas mengajar..

Bank soalan topikal .. bab by bab.. semua bab.. insyallah semoga bermanfaaat...


JUALAN SECARA GMAIL  atau  pendrive kini dibuka untuk MEMBANTU USTAZ/AH mendapatkan bahan dengan segera..BAYAR & TERUS TERIMA bahan..

🔥📲 Klik sini >> www.wasap.my/601113011030/sesi2022/2023


PERINGATAN !!!  Ingat ya.😰 Penyebaran “tanpa izin” adalah salah disisi undang undang dan ianya jelas satu perbuatan yang menhadirkan sumber yang “haram”


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Semoga bermanfaat


Репост из: Ceramah Ustaz dan Ustazah
Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Bila mati seseorang itu...


Bila kita beramal dgn سورة الشرح

Cerita Ust Hanafi Malik

Hari ni saya nak kongsi kisah seorang wanita. Bekerja sebagai guru KAFA dan ada lapan orang anak.

Satu hari, suaminya pinjam wang sebanyak RM 30, 000. Nak buat modal berniaga. Takdir Allah, Tak lama lepas tu si suami meninggal. Tinggalkan si isteri bersama anak-anak juga hutang Ah Long yang sangat banyak.

Wanita ni sangat tertekan. Sebab Ah Long tu tak putus-putus desak dia untuk cepat-cepat bayar hutang. Ada sekali tu, rumah tempat dia tinggal disimbah dengan cat merah.

Allahuakbar.

Berat ujian yang Allah bagi. Masa tu tak ada sanak-saudara yang datang membantu.
.
.
Guru KAFA ni datang jumpa saya. Minta nasihat apa yang perlu buat.

Saya ajarkan dia beramal dengan surah Al-Insyirah dari ayat pertama sampai habis.
.
.
Ada apa dengan surah Al-Insyirah ni tuan puan?

Surah Al-Insyirah ni adalah surah yang bercerita tentang kelapangan dada. Kandungan ayat-ayatnya juga bertujuan memberi kita motivasi untuk tenang dalam menghadapi ujian.

Bila jiwa tenang, hati jadi lapang. Fikiran kita akan berfungsi dengan lebih cemerlang. Allah juga akan lorongkan jalan-jalan rezeki yang tak disangka-sangka.
.
.
Berbalik kepada cerita wanita tadi.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Satu hari dia pinjam kereta kawan. Ketika isi minyak, dia mengisi borang cabutan. Maha Suci Allah, Allah rezekikan dia untuk menang pertandingan tu. Dapat hadiah kereta Honda CRV berharga lebih R M 100 ribu.

MasyaAllah.

Dia jual kereta hadiah cabutan bertuah ni. Dapatlah dia bayar hutang dan bakinya digunakan untuk belanja anak-anak.
.
.
Tuan puan,

Allah tak pernah benci kita. Allah tak pernah lupakan kita.

Kita sendiri yang kadang memilih jalan untuk menjauh dari Allah. Kita sendiri yang menempah kesengsaraan dalam hidup dengan meninggalkan perintah Allah jauh di belakang.
.
.
Tuan puan,
Saya kongsi sekali lagi tip berdepan dengan ujian.

1. SANGKA BAIK PADA ALLAH
2. SABAR DAN TERIMA SETIAP UJIAN.
3. YAKIN DI SEBALIK KESUSAHAN PASTI ADA KEMUDAHAN
4. IKHTIAR DAN TERUSKAN BERUSAHA
5. TAWAKKAL HANYA KEPADA-NYA.

Tuan puan,

Allah uji sebab Dia sayang. Dengan ujian, kita sendiri akan kembali mendekat kepada Tuhan.

Wallahu a’lam.
.
.


Assalamualaikum semua.. semoga dapt dipanjangkan.. seorang ahli kami sedang berada di Sabah untuk misi Dakwah disana.. mereka sedang ketidakcukupan dana.. mohon semua sebarkan dan infaq bagi tujuan fisabillillah
Maybank 562106698504
Usaha Murni


Репост из: BAHAN MENGAJAR USTAZAH JIE
Perisai Muslim - Terjemahan Edisi 2022 .pdf
7.9Мб
Perisai Muslim telah di kemaskini oleh Ustaz Dato Dr Abu Anas Madani @ Abdul Basit Abdul Rahman
dalam bentuk Pdf untuk di sebarkan pada umum bukan untuk di jual.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02N3g9wEbjy24MUiFZZfnJHtSy2su9oEFBR4SySfhQDrVaq8ff45FnHwUsEBMzfoful&id=100044360352901


Репост из: Неизвестно
🌺 TADARUS RAMADHAN 2022 🌺

Ini link murottal Al Quran 30 juz tanpa harus download, tinggal play saja. Boleh play walaupun HP ditutup. semoga bermanfaat. 😉

Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO
Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ
Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF
Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3
Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3
Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs
Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC
Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o
Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu
Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH
Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y
Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby
Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ
Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA
Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM
Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG
Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz
Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc
Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95
Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc
Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO
Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP
Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm
Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5
Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf
Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2
Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno
Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai
Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF
Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc

Mohon disebar luaskan. Mudah-mudahan menjadi ladang amal jariyah bagi kita semua. Sebarkanlah kebaikan meskipun kebaikanmu sebesar zarah Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

Tolong kongsi² kan sesama kita yer. InshaAllah.






Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.
Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.
Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin.
.

Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa tu arwah masuk Juara Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah.

Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, "Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan".
.

Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.

Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, "Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda".
.

Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato' Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.

Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.
.

Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama.

1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.

2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.

3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.

4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.

5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.

6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati.

7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.

8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.

Hidup seketika biar beri makna.

Siti Suryani Yaakop
#kaknis




𝑾𝑨𝑲𝑻𝑼 𝑨𝑭𝑫𝑯𝑨𝑳 𝑩𝑬𝑹𝑫𝑶𝑨 𝑫𝑰 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯

Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun 2021 ini adalah seperti berikut:

*12.27 pm – 7.04 pm (Mekah)*
*5.27pm – 12.04 am (Malaysia)*

Timbul persoalan, perlu ke untuk kita samakan waktu kita berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah itu?

Jika diteliti hadith Nabi ﷺ,
Nabi ﷺ tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.

Jadi, bagaimanakah mentafsirkan hari Arafah?

Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.

Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.

Sabda Nabi ﷺ :

الحج عرفة
Maksudnya: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah.”

Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.

Oleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.

Manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.

Nabi ﷺ bersabda:

ثَلاثَةٌ لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ.

Maksudnya: ” Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.

#AsSyarif
#HariArafah
#DoaMustajab






NASIHAT² KEHIDUPAN:
TENTANG REZEKI

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang, ditipu kerana join bisnes itu ini, ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil, maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kadang-kadang kita lupa...

🔹Dapat mengerjakan solat adalah rezeki
🔹Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya...

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki...

Kekadang...

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

@quotephotovideo 💖💖💖

Показано 20 последних публикаций.

4 077

подписчиков
Статистика канала