Kalam Ulama'


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم
جزكم الله خيرا كثيرا ...

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций








BUKU YANG PERLU DIMILIKI PARA PENCINTA JALAN KETUHANAN @ MAKRIFAT IHSAN!

Khazanah Lestari adalah kompilasi karya-karya WALID AL-MALIK yang ditulis lebih 10 tahun lalu. Karya-karya ini dipersembahkan dalam bentuk asalnya; dari segi istilah dan syarahnya, sebagai suatu dokumentasi dan khazanah ilmu berharga buat pedoman para pencinta Jalan Ketuhanan @ Makrifat Ihsan.

Jilid 1 ini menghimpunkan 11 tajuk karya beliau iaitu :

1. Bicara dari Gunung
2. Meneroka Rahsia Diri
3. Inkisyaful Qalbi
4. Jalan Mencapai Makrifat
5. Tipu Daya Jalan Ketuhanan
6. Cahaya Rabbani
7. Liku-Liku Jalan Ketuhanan
8. Ku Temui Cahaya
9. Manaqib Tok Pulau Manis
10. Insan Khalifah
11. Mujahid Sufi

Mengandungi 512 muka surat, tidak termasuk kulit (hard cover).

Harga serendah RM 150 sahaja.

TEMPAHAN AWAL (pre-order) SEHINGGA 24 MAC akan diberikan DISKAUN 30%!!! (RM105 sahaja)

Manakala TEMPAHAN pada 25-31 MAC akan diberi diskaun 20%!!! (RM120 sahaja)

Untuk TEMPAHAN SEGERA, sila whatsapp : 013 7443637

Klik Disini:
www.wasap.my/0137443637

#KhazanahLestari


" Perbanyakanlah istighfar di Bulan Rejab. Kerana di bulan tersebut setiap saat Allah سبحانه وتعالى mengeluarkan orang dari neraka dan sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى memiliki kota-kota dalam syuga yang tidak akan di masuki kecuali oleh orang-orang yang berpuasa di Bulan rajab.

(Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA)

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان

📍Telegram.me/KalamParaUlama




Didalam bulan rejab yang berkat ini jadilah kamu insan yang sentiasa bermuhasabah diri dan insan yang rabbani.

Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abiddin Bin Abu Bakar Al-Hamid ~

Kredit : Khairul Azhar Idris


Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.

Abu Muhammad Imam Ja’afar Al-Sadiq ~




Seorang ulama pernah berkata: Ada yang bertanya,

“Apakah kenikmatan yang paling besar di dunia ini?”

Beliau menjawab:

“Cinta kepada Allah, berasa tenang ketika mendekatkan diri kepadaNya, rindu untuk bertemu denganNya, serta berasa bahagia ketika berzikir dan mengamalkan ketaatan kepadaNya.”


WASIAT ABAH GURU SEKUMPUL.

1. Menghormati ulama.
2. Murah diri, murah hati, manis muka.
3. Memaafkan segala kesalahan orang lain.
4. Jangan bersifat tamak dan memakan riba.
5. Jangan menyakiti orang lain.
6. Berpegang kepada Allah segala hajat yang dikehendaki.
7. Jangan merasa baik dari orang lain.
8. Baik sangka terhadap muslim.
9. Banyak-banyak bersabar apabila mendapat musibah, banyak-banyak syukur atas nikmat.
10. Tiap-tiap orang yang iri hati, dengki, jangan dilayani, serahkan segala sesuatu kepada Allah (tawakkal).


*Doa Istighfar Bulan Rejab*
_susunan :_
Al-Habib Abdullah Al-Habsyi
( Muar, Johor Malaysia )
Di baca setiap hari sepanjang bulan Rejab.


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

"Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan."

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memperbanyakkan Doa ini apabila telah sampai di bulan Rejab.

Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Dengan memperbanyakkan Doa ini juga dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan Ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barakah ini dengan izin ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~


Selama-mana kamu bergantung harap kepada seseorang, Allah menimpakanmu kepahitan pergantungan tersebut.

Agar kamu mengetahui bahawa Allah cemburu kepada hati yg menaruh pergantungan kepada yg lain daripadaNya,
Lalu ia palingkanmu agar kembali kepada Nya.

Ya Allah jangan letakkan pergantungan hati kami kecuali padamu.

IMAM AS SYAFIE.


AJARAN RIDHA RABI’AH ADAWIYAH

Seorang ulama salaf mengatakan, “Sungguh, apabila Allah telah membuat ketentuan di langit, maka Dia ingin agar penduduk bumi ridha dengan ketentuan-Nya tersebut.” Abu Darda juga menuturkan, “Titik puncak sebuah iman adalah sabar menghadapi apa yang Dia tetapkan dan ridha menerima takdir yang Dia tentukan.”

Sahabat Umar Bin Khattab r.a. mengatakan,”Aku nggak mau pusing dengan keadaanku di waktu pagi dan sore! Aku tak peduli, susah atau bahagia.”

Alkisah. Suatu hari Sofyan As-Tsawri berkata di dekat Rabi’ah Adawiyah, “Ya Allah, berikanlah ridha-Mu kepadaku!” Lalu, tiba-tiba Rabi’ah menegurnya, “Apa engkau tidak malu kepada Allah untuk meminta ridha-Nya, padahal engkau sendiri tidak ridha kepada-Nya.”

Maka, secara spontan, Sofyan As-Tsawri langsung menyebut, “Astagfirullah...” Melihat kejadian ini, Ja’far Ibn Sulaiman Ad-Dhibi bertanya kepada Rabi’ah Adawiyah, “Kapan seorang hamba dikatakan ridha kepada-Nya?” Rabi’ah menjawab, “Ketika kebahagiaannya saat ditimpa musibah sama dengan kebahagiaannya saat diberi nikmat.”

( Dikutip dari Kitab Mahabbah karya Imam Al-Ghazali )


DOA DAN DOSA.

Bezanya cuma hanya satu huruf. Tapi bezanya bagai langit dengan bumi.

Jadilah manusia yang banyak berdoa. Sesungguhnya ia membuka jalan kemudahan, melapangkan rezeki dan mendatangkan pertolongan Allah SWT.

Jangan jadi manusia yang banyak berdosa. Yang sifatnya mendatangkan kesulitan hidup, menyempitkan rezeki dan mengundang murka Allah SWT.


Tiada yang membezakan seseorang wali itu dengan manusia yang lain dari segi amalannya kecuali ia memiliki kekuatan jiwa yang besar dan hebat dalam menghadapi musibah. Dan bagi wali itu karamah yang paling besar ialah istiqamah dengan Tuhannya, redha dan patuh pada qada' dan qadarNya.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani قدس الله سره ~


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

"Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan."

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memperbanyakkan Doa ini apabila telah sampai di bulan Rejab.

Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Dengan memperbanyakkan Doa ini juga dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan Ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barakah ini dengan izin ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

Kredit : Khairul Azhar Idris


شتم رجل أحد الصالحين.. فالتفت الصالح إلى الرجل وقال له: هي صحيفتك فاملأها بما شئت

Seorang mencaci maki orang sholeh
Maka orang sholeh tersebut menoleh seraya berkata

“Semua ucapanmu tertulis didalam lembaran amal perbuatanmu
Maka penuhi isinya sesuai yang engkau kehendaki”


Allah SWT menyembunyikan tiga perkara di dalam tiga tempat:

Pertama: Diletakkan keredhaan-Nya di dalam ketaatan-Nya, oleh itu janganlah kamu memandang hina/meremehkan ketaatan.

Kedua: Diletakkan kemurkaan-Nya di dalam maksiat, oleh itu janganlah kamu memandang mudah/memandang ringan terhadap maksiat.

Ketiga: Diletakkan (disembunyikan) wilayah (kewalian) di dalam hati hamba (pilihan-Nya), oleh itu janganlah kamu menghina seseorang daripada mereka

Показано 20 последних публикаций.

6 402

подписчиков
Статистика канала