ѕтιcĸynoтeѕ.


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Bumi mana tak ditimpa hujan 🌧 mesti ada kala lebat ada kala renyai
Manusia mana tak ditimpa ujian 😔 mesti ada kala berat ada kala ringan
Motivation ditemani Quotes
Or Notes? Random, sure.
join us @thmmfrs 📄
4 May 2K18 📆

Связанные каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Baguslah kalau semua dah boleh beri semangat kat diri sendiri hidup ini tak selamanya kena bergantung dekat orang lain

Terima kasihlah dekat diri sendiri sebab dah bertahan sejauh ini


PAGE 363/365 OF 2023
LAST JUMAAT FOR 2023
and yes, it's been
83 DAYS since .. I'm not gonna say it. You knew it already.

Congratulations for those who are still do your part in boycotting.

For those who are proudly leave your steps in Starbucks outlet, McDonalds outlet and so on ..
Where is your IMAN? (for muslims)
Where is your HUMANITY?
What a shame. Be a human without being humanity.

I DEMAND TO END THE GENOCIDE.
83 DAYS my dear.
How come you guys could dare to eat our brothers' and sisters' bloods?
Ohh, i get it. Their bloods are delicious and so yummy isn't it?

83 days.
HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIIL !!

PALESTINE WILL BE FREE 🍉🇵🇸


24 Nov 2023 | Jumaat

masih kira hari ke berapa sudah?
khabar mengatakan akan diberi hanya 4 hari gencatan senjata,
tetapi semua hanya dusta belaka.
hantarkan doa-doamu wahai manusia,
saudara di sana masih memerlukan kebenaran ini berleluasa.

HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIIL !!

FREE 🍉


00:00
17 Nov 2023 | Friday

it's been 41 days.
how many Fridays have by passed?
let's back to our normal life.

sanggup?
jujur, aku dah lama tak dengar lagu since berapa Oktober haritu.
sungguh, tragedi Oktober betul bukan?

guys, P4L€$T¡N£ is still bleeding!
jangan berhenti.
jangan mengalah.
darah yang mengalir itu, darah saudara kita.
sama-sama, okii?
ingat, HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIIL.
have faith in Allah, insya-Allah.

FREE 🍉


Masih mengira hari ini sudah Jumaat ke berapa?

Makin lama makin suram.
Kenapa?
Adakah kalian sudah bosan?
Jangan.

Perjuangan perlu diteruskan.
Benar, tiada apa yang mampu untuk kita lakukan.
Tapi adakah kalian lupa?
Usaha dan doa itu perlu seiring?

Doa.
Mereka perlukan kita.
Doa.
Biar negara dijajah,
jangan hati dan akal kita.
Doa.
Kerana itu senjata mustajab kita.


buat je yg mana termampu.
sebab tak dapat dinafikan, Malaysia banyak gunakan produk dari Israhell lama dah, sampai kita semua sebati. bukan makanan je.
Unilever pun ada anak anak dia, Nestle pun ada anak anak dia.
yg mana mampu.
tak mampu boikot? tak mampu tolong secara fizikal? it is okay.
there's a lot of things yg kau masih mampu buat.
all the best. 🍉


3 November 2023

Genap 28 hari sudah.
Esok lusa, genap sebulan sudah.
Teruskan perjuangan di sosial media kita wahai sahabat.
Benar, ia bukan mudah.
Benar, ia menoreh luka.
Benar, ia tidak lumayan.
Benar, suara kita tidak didengar.
Benar, solidarity kita tiada kesan.
28 hari, masih di sini, menyaksikannya.

Jangan pernah berasa jemu!
Jangan pernah kau rasa ia sia-sia!
Jangan pernah kau berfikir untuk berputus asa!
You have that freedom!
We all have that freedom!

Freedom to do the posting!
Freedom to spread awareness!
Freedom to boycott!
Freedom to speak the truth!
Freedom to repost!
Freedom to share!
Freedom to do solidarity!
Speak up!
Kebebasan yang kita lakukan sekarang ini juga adalah suatu bentuk tindakan.


Biarkan mereka yang tak mahu!
Biarkan mereka yang tak ingin!
Biarkan mereka yang katakan 'taknak'!
Biarkan mereka kata 'bermusim je tu.'

Let it be.

Hiraukan mereka yang kata 'kesiannya orang kita' , 'kena kesiankan orang kita dulu'.
Bullsh*t.
Kau dengan kawan² kau pun kau akan pentingkan diri kau dulu, kau akan lepaskan diri kau dulu.
Don't you dare tell me that i am wrong.

Adakah mata yang kau butakan, atau hati yang kau matikan?

FREE 🍉


Ini hari. Genap 3 Jumaat kali ini.
Kita masih di sini. Berharap dan berdoa tidak henti.

Paling lama darah para Syahadah menitis di tanah sana.
Paling lama kita melihat raungan mendengar tangisan.
Sakitnya kita, sehingga menusuk kalbu, menikam jiwa.
Sehingga ke hari ini juga, kita masih menggunakan jari untuk berlawan.

Wahai saudaraku di sana, aku cemburu dengan keteguhan imanmu.
Benarlah, iman tidak dapat dijual beli, tidak juga dapat diwarisi.
Wahai bangsa z¡0n¡$t, dengarkan aku.
Mungkin kau masih mampu berdiri teguh dengan senjatamu, tapi ketahuilah pada akhirnya celakalah kau semua nanti.

Ya, hari kau pasti akan tiba. Satu hari nanti, kau akan bermandikan darah-darah mereka.

FREE 🇵🇸


Bila orang cakap,
"communication is the key."
Termenung sejenak.

Communication is not the key. Comprehension is.

Kenapa?

Kau cakap lah macam mana sekalipun, kau terangkan, kau huraikan, kau berhujah, kau pum-pang pum-pang pum-pang lah cara apa sekalipun, if that person tak faham apa yang you hujahkan, tak faham apa yang you luahkan, tak faham apa yang you tak puas, tak nak terima apa yang you bahaskan,
maka memang susah untuk dia terima segala yang telah kau komunikasikan kepadanya.

Bagai mencurah air ke daun keladi.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

There's no such a thing "communication is the key."
Once again, it is not. But comprehension is. Bila mana kau faham intipati from the communication itself, then the communication is working. Tapi bila mana kau tak faham. It is no use untuk kau berkomunikasi dengan manusia sebegitu.

That is the BIG WHY orang tak nak berkomunikasi dengan kau.
Sebab bila mulut berhujah, kau tak nak faham, tak dengar, tak nak terima.

Jadi adakah berbaloi if the communication is the key?
Maaf, tapi dah tak valid lagi. Lapuk. Basi.


Cuba Share Macam Mana You Guys Handle Orang yang Ego?
Опрос
  •   Dengar & Hormati Pendapat Mereka
  •   Stand Up For Yourself
  •   Tak Perlu Bahas, Mereka Tetap Akan Rasa Diri Sendiri Selalu Betul.
  •   Anything Else? Drop yours 🤍
24 голосов


Ternyata benar. Tiada guna untuk kita berbahas dengan orang yang egonya mendahului pemikirannya.

Kerana setiap bait bicara yang kau lemparkan, dia akan mengangguk seolah faham, tapi tak tersemat pun di hati. Bagai mencurah air ke daun keladi.

Pembaziran air liur 'detected'. 👀


Kadang-kadang menerima pendapat orang lain pun suatu kemestian dalam kelangsungan hidup. Sebab dalam dunia ni, ada kau, ada aku, ada dia, ada kita. Bukan kau seorang sahaja.


26 Ramadan.

Masih tertanya macam mana nak hilangkan rindu pada yang sudah tiada.

Semoga kita semua dapat berjumpa di Syurga atas sana.


Ego.

Terkadang aku terfikir, apa antara perkara sukar yang kita lalui sebagai manusia. Ternyata ego.

Kenapa? Kerana setiap manusia, bukan semua pemikirannya sama.

Kita ego untuk pertahankan apa yang kita rasa betul. Kita juga ego untuk berkata tidak sebab takut dintindas, dipulaukan.

Tapi sedarkah kita .. ego pemusnah hubungan? Sama ada kita yang terlalu ego, atau pihak sana sendiri yang tak dapat membendung egonya.

Jadi, bagaimana? Aku sendiri pun masih bingung.


unfortunately, some people receive more hatred from their kindness


Perasaan itu merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang. Ia akan hadir dan ia adalah lumrah, fitrah manusia.
Tapi, kita kena faham, ada perkara yang kita suka tapi tak semestinya kita akan memiliki. Kadang melepaskan adalah yang terbaik untuk kedua-duanya tidak perit tersakiti.


Bagi mereka yang belum ke dunia gelap, kau patut bersyukur kerana belum meneroka sepenuhnya. Kepada mereka yang berjaya lari menuju ke dunia bercahaya, rasakan kebebasan menjadi manusia .. tanpa menyakiti sesama manusia lain.

Kerana menjadi manusia, ternyata memang hidup bernafas di bumi yang sama, tapi menjalani liku kehidupan yang berbeza.

Selamat malam dunia fana dan seisinya.


there a painful goodbye and also a sincere warm welcome can be seen


"Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."

al-Baqarah ; ayat 186


no matter what happens you can always look on the bright side because every challenges make you more stronger and there is always something to be learned

Показано 20 последних публикаций.

798

подписчиков
Статистика канала