Dulu masa sekolah aku selalu ingt orang pandai straight A akan berjaya.
Masa tu aku tak faham apa erti "berjaya" yang dimaksudkan tu.
Dulu aku ingt kalau mak ayah dia berserban dan kopiah , anaknya akan terkene tempias yg sama.Solat tak tinggal anaknya mesti tudung labuh(expectation killer).
Tapi aku terlupa sesuatu bahawa iman tak boleh diwarisi..
Aku terlalu menilai masa tu sampai aku sendiri terjatuh dalam perangkap yg aku cipta . Perangkap expectation aku sendiri.
Yaa Aku yg cipta perangkap tu sampai aku sendiri termasuk dlm tu .
Bodoh kan aku ?
Kini aku sedar hidup ini adalah satu perjalanan.
Perjalanan yg kau perlu cipta kemana kau harus tuju..
Berjaya bukan kerana straight A semata-semata..
Berjaya bukan kerana kau harus kaya..
Berjaya bukan kerana pandang dia ada harta..
Berjaya adalah bila kau dapat capai ketenangan dunia . Berjaya juga adalah bila kau dapat kejar syurga yg sangat jauh merentasi alam nyata ..
@MarquezAhmad