Kerana itu dia membeli sebahagian saham syarikat tersebut agar dia dapat menemui anaknya dalam majlis-majlis begini, walaupun tidak selalu. Farish benar-benar tidak selesa. Dia cuba menarik tangannya daripada pegangan Tengku Kamal tetapi Tengku Kamal menggenggam tangannya seolah-olah ini kali terakhir dia dapat menggenggam tangan lelaki itu.
" Err... Tengku, I have to go now. ", ujar Farish menggoyangkan sedikit tangannya, berharap Tengku Kamal mengerti.
Cepat-cepat Tengku Kamal melepaskan pegangan tangannya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia memegang tangan Farish. Farish mengangguk sopan tanda pamitan dan terus berlalu. Isy, pelik betul la orang tua tu. Takkanlah tua-tua nak jadi gay lagi kut, getus Farish geli. Dia melangkah mendekati Rudy yang sedang makan kek cokkat sambil berdiri. Tak senonoh betul la.
" Woi ! "
" Isy, kau ni. Dah la datang tak bagi salam. Aku cucuk lubang hidung kau dengan sudu ni kang ! ", Rudy menghalakan sudu di tangannya ke muka Farish. Cepat Farish menepis.
" Perempuan tu mana ? "
" Perempuan mana pulak ?
" Bila aku sebut ' perempuan tu ' sepatutnya kau tahu perempuan mana yang aku maksudkan. "
" Ye la... kau kenal ramai perempuan, tak sempat aku nak hafal satu-satu. ", balas Rudy sambil mengesat mulut dengan belakang tapak tangan.
" Zahratul Jannah la, ngek ! ", Farish ketap gigi. Pengotor betul la budak ni. Makan macam budak lima tahun.
" Oh, dia kat kolam renang rasanya. Tengah sembang dengan Adruce. ", beritahu Rudy selamba. Kalau setakat Adruce, rasanya dia belum rasa tergugat. Adruce tidak adalah handsome sangat, perangai macam buaya tembaga pula tu. Dia tahu Zahra bukan jenis melayan semua orang. Farish meneguk liur. Darahnya dirasakan menyerbu ke muka.
" Ada jugak ke lelaki nak ajak dia sembang ? "
" Why not ? Ara tu comel jugak. ", Rudy tersenyum sambil menayangkan giginya yang sudah comot dengan coklat. Dia tahu dia menyatakan yang sebenarnya. Farish tersenyum sinis.
" Comel ? Teruknya tahap penglihatan kau ! "
" Pandangan aku, suka hati akulah nak kata apa. Alah, setakat si Adruce tu apalah sangat. Kaki betina. Kalau boleh gadis penjual burger pun dia nak sapu. Kau try ar usha, aku nak makan ni. Dah, blah... blah ! "
Farish mendengus. Tak pasal-pasal kena halau pulak. Dia melangkah keluar dari dewan untuk ke kolam renang. Huh, teruknya cita rasa Adruce. Kalau ya pun nak jadi buaya, flirt la yang ada kelas sikit. Ini reporter !
Selama ini Farish tidak pernah rasa tergugat dengan Adruce. Siapa tidak kenal Adruce Dato' Hashim ? Lelaki yang malas bekerja, hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa. Tetapi kenapa pula dia perlu ambil peduli si buaya itu mendekati Zahra ? Bukankah dia sendiri merasa tidak tergugat ?
" Zahra. ", Farish menyapa.
Zahra dan Adruce menoleh hampir serentak.
" Well... well... well... Encik Farish, tak duduk kat dalam layan tetamu-tetamu you ? ", Adruce berlagak ramah.
" Tak apalah, nak ambik angin kat luar. Duduk lama-lama dalam ruang aircond tu rasa nak terkencing pulak. ", Farish tersenyum walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa menyampahnya dia pada Adruce saat ini. Nak ber " I-you " dengan aku konon ! Sekolah pun tak habis.
" Owh... okeylah Encik Farish. I pun tak nak ganggu you. Mungkin you nak berbual-bual dengan reporter you yang cantik jelita ni. I pergi dulu. ", Adruce meminta diri.
Sebaik Adruce menoleh, Farish buat mimik muka mengejek di belakang Adruce. Buat suara menggoda, konon berlagak gentleman. Di hadapan perempuan bolehlah.
Zahra simpan rasa ingin tergelak di dalam hati. Betapa hodohnya muka Farish bila dia buat macam tu. Memang eksklusif, laris kalau jual sebagai cover majalah.
" Wei Zahra, kau tau tak... "
" Tauhu kat kedai. ", potong Zahra selamba.
" Haha haha... lawaknya ! Dengar sini perempuan kampung, aku nak kau tulis lagi sekali artikel tentang kucing tu. Fakta, bukan karangan budak darjah satu ! ", suara Farish bertukar tegas.
" Kalau aku tak nak buat, kau nak buat apa ? "
Farish ketap bibir.