💜💙💚 Pena Hijau 💚💙💜


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Tulislah perkara-perkara yang baik.
Menulislah kerana Allah.
InsyaAllah, dapat pahala.
Boleh hubungi saya pada:
@HijauHijau_Bot

Связанные каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Dari Dungun, nak ke Kuala Terengganu ada 2 jalan:

1. Jalan highway
2. Jalan bukan highway

Nak solat jamak qasar, kena pastikan jalan berkenaan melebihi 2 marhalah. Masa saya belajar berkenaan daurah solat jamak dan qasar, ustaz ada sebutkan berkenaan jalan yang selamat tetapi jalan highway dengan jalan bukan highway ni, kedua-duanya selamat.

Hari ni, dapat ilmu baru. Jika kita sengaja memilih perjalanan jauh sebab:

1. Nak bawa laju untuk percepatkan perjalanan, dibolehkan.

2. Tak nak lalu jalan tersebut sebab banyak lampu isyarat, dibolehkan.

Wallahu a'lam.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Pahala sabar tu banyak. Boleh jadi kita ni tak banyak buat ibadah sunat tapi asbab kita sabar, kita dapat banyak pahala.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Ada kisah seorang suami yang sabar apabila dapat isteri yang nusyuz. Asbab suaminya sabar, dia dapat menjinakkan singa. Kemudian, isteri dia meninggal. Dia kahwin dengan perempuan yang solehah.

Asbab sabar, banyak kelebihannya. Hadirnya seseorang dalam hidup kita dengan pelbagai karenah sebab Allah nak suruh kita sabar. Syurga itu indah dan sabar itu mahal.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Di pasaraya, tengok orang lelaki tak menunaikan solat Jumaat. Dia pergi dengan isteri. Saya melihat perkara berkenaan, saya rasa takut.

Menunaikan solat Jumaat ni wajib. Kalau musafir, pun tetap kena tunaikan solat Jumaat melainkan kalau sebelum Subuh dah bermusafir.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Di pasaraya, tengok orang lelaki tak menunaikan solat Jumaat. Dia pergi dengan isteri. Saya melihat perkara berkenaan, sy rasa takut.

Menunaikan solat Jumaat ni wajib. Kalau musafir, pun tetap kena tunaikan solat Jumaat melainkan kalau sebelum Subuh dah bermusafir.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Tip komunikasi:

Kena guna perkataan "boleh ke?"

Elakkan guna perkataan "tolong, minta". Sebab ni ayat seorang ketua tapi apabila kita bekerja pun, seorang ketua yang baik tidak bercakap perkara sedemikian.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Antara tip komunikasi apabila kita tahu seseorang mengambil barang kita:

1. Jangan kita terus tuduh dia mengambil barang kita. Boleh jadi ada orang sengaja meletakkan barang kita di dalam beg dia ataupun kita sendiri yang meletakkan barang kita di dalam beg dia sebab beg kita dgn dia, design sama.

2. Boleh jadi juga dia yang mengambil barang kita sebab design yang sama.

3. Apabila bertanya pada dia, jangan tanya soalan macam ni. "Awak ambil barang saya ke?"

4. Kena tanya soalan macam ni pada dia. "Awak ada nampak tak barang saya?"

Kesimpulannya, jangan kita terus menuduh orang. Kita kena tabayyun terlebih dahulu dan apabila tabayyun, kita dapat pahala.

Kita juga sentiasalah belajar tip komunikasi supaya tidak menyakitkan hati orang agar kita sentiasa mendapat pahala.

Wallahu a'lam.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Orang buat jahat kepada kita, sunat untuk tidak membalas. Adakalanya, kita tidak membalas, dia rasa malu. Adakalanya, kita boleh balas untuk menyedarkan orang.

Boleh balas dengan seumpamanya tapi sabar lagi baik. Balas dengan kebaikan, lebih baik. Jangan balas berlebihan, berdosa.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Melakukan ibadah yang sunat. Jangan cerita dekat orang. Ni sabar yang wajib sebab untuk mempertahankan keikhlasan. Ikhlas ni wajib.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Puasa sunat, kemudian lapar. Dia berbuka puasa. Jika dia meneruskan puasa, dia dapat pahala. Sabar yang sunat. Jika dia berbuka puasa, dia tidak berdosa tapi rugi.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Menunaikan solat fardhu, dapat pahala. Sabar mengerjakan solat fardhu, dapat pahala. Ikhlas mengerjakan solat fardhu, dapat pahala.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Belajar ilmu fardhu ain kena sabar. Nak kahwin, kena sabar. Kena belajar ilmu fardhu ain. Tidak faham belajar ilmu fardhu ain, kena sabar. Kewajipan kita untuk belajar.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Sabar yang sunat:
1. Sabar mengerjakan ibadah sunat.
2. Sabar meningglkan perkara yang harus dan makruh.
3. Sabar atas membalas orang yang menyakiti kamu.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Sabar ni ada 2 hukum. Hukum wajib dan sunat.

Sabar yang wajib:
1. Sabar mengerjakan amalan wajib.
2. Sabar meninggalkan maksiat.
3. Sabar atas bala dan ujian.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Apabila berdakwah, kena berdakwah dengan mengimbangi targhib (galakan) dan tarhib (ancaman).

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Orang yang mengata "ini bersangka buruk" sebenarnya orang ni telah bersangka buruk dengan orang.

Kita belajar berkenaan bersangka buruk sebab tak nak bersangka buruk dengan orang. Kita belajar bukanlah untuk menghukum orang, "ini bersangka buruk." Sentiasalah bersangka baik dengan orang.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Jika seorang isteri ada buat silap dengan suami, minta maaf. Usah membuka aib suami. Jika suami melakukan dosa, kita tetap kena melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Pernah je terfikir nak melancong tapi tak pergi pun melancong. Sebabnya, sebaik-baik perempuan, tempatnya di rumah. Perempuan tak elok kalau duduk dekat ramai orang.

Kalau kita ada masa untuk melancong, maksudnya kita ada masa untuk belajar ilmu fardhu ain tapi kita boleh belajar ilmu fardhu ain masa travel. Sebab adanya kuliah secara dalam talian.

Saya pujuk hati, di dunia ni tidak mengapa kita tak dapat apa yang kita nak, di akhirat, kita boleh dapat apa saja yang kita nak. Kita nak melancong, kita boleh pergi mana-mana. Kita semua pejuang untuk menunduk hawa nafsu.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Tidak boleh bersangka baik pada perkara maksiat, namun tidak bermaksud kena bersangka buruk. Berdoa supaya dia berubah.

@PenaHijauDakwah


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Apabila orang bertanya, inilah peluang kita untuk murajaah. Ingat apa yang dipelajari.

Apabila orang bertanya, inilah peluang kita untuk bermuzakarah. Boleh jadi orang yang bertanya pada kita juga org berilmu tapi dia tak nak tunjuk dia berilmu.

@PenaHijauDakwah

Показано 20 последних публикаций.

2 569

подписчиков
Статистика канала