Ramadhan –
Hadirnya mengubat dunia yang sedang berduka,
Asbab makhluk kecil yang semakin berleluasa.
Menyedarkan sang manusia yang tidak punya kuasa,
Waima makhluk itu sendiri bakal binasa.
Kelam, suram.
Kini bertukar sinar.
Suara adzan mula kedengaran,
Lantunan selawat bersahutan,
Ayat-ayat suci al-Quran dilantunkan.
Inilah Ramadhan yang dinantikan,
Ramadhan bulan pengampunan,
Pengampunan segala dosa dan kekhilafan.
Mungkin, suasana berbeza tidak seperti selalunya,
Ramadhan tiba saat pertiwi sedang lara,
Insan menghindari medan akibat si kecil bala tentera.
Tetapi itu bukanlah alasan,
Untuk kami tidak menyantuni Ramadhan penuh sopan.
Kerana kami tahu, hadirnya membawa berkah,
Menurunkan rahmat agar diri terus gah.
Tak tumbang jatuh dek mehnah,
Menghulur kebaikan buat ummah.
Menanti datangnya malam Seribu Bulan,
Setiap satu nilai amal ibadahnya dilipat gandakan.
Hebatnya tidak terkira,
Kerana hanya Engkau Dzat Penguasa seluruh dunia.
160520 ; 0033
__
https://t.me/thehijrahcinta