˗ˏˋ💌 ➵ υηιqυє_ησνєℓ ˎˊ˗ °SPM STUDENT°


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


★☆ • 🎁 road to 160 subs !
• motto : writing is not about grammar, it's about imagination
★☆ bot : @lovelyminiartig_bot
• status : 1 complete novel , 2 on-going novel
★☆ since : 26 / 11 / 21

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций




Takde yang nak ke


╓───────────────────╖
🌪 THUNDERSTORMS ASP ⚡️
╙───────────────────╜

(っ.❛ ᴗ ❛.)っ let's join this exciting channel !

🌪 ↝ @dunianovels
❝ spend time with readings ❞

⚡️ ↝ @seramstoryzz
❝ pastikan jiwa kental ❞

🌪 ↝ @themessunshine
❝ cutie themes at here ❞

⚡️ ↝ @ficseanlenur
❝ horror and psycho stories here ❞

🌪 ↝ @magical_novels
❝ any gender the best novels ❞

⚡️ ↝ @unique_novel
❝ my hotel serve unique novel ❞

🌪 ↝ @ElianaElizaNovel
❝ self written novel by me ❞

⚡️ ↝ @selflower
❝ quotes , health care , music and etc ❞

🌪 ↝ @EverythingByPandaCafe
❝ wall , mentahan , request and more ❞

⚡️ ↝ @storyaboutyouself
❝ desc all about you ❞

🌪 ↝ @fairygalaxies
❝ aesthetic self growth ❞

⚡️ ↝ @xamesoeurx
❝ your soulmate material , mon amour ❞

>
ⓘ AUTO DELETE ASP
>

🔖「 LIST ALREADY FULL 」🔖

꒰ 💫 ꒱ random channel ♡
✻ info channel : @aspbynature
✻ do join ? : @aspbynaturebot

👑 THE KING TODAY 👑
https://t.me/themessunshine


HIRING NEW ADMIN

Syarat :
✅ Kreatif dalam penulisan

✅ Berumur 14-16 tahun.

✅ Boleh bertolenrasi dengan admin lain.

🎈IF YOU'RE INTERESTED PLEASE PM
@lovelyminiartig_bot

🎈P/s : more condi
tion to come.


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram




Hakim meletakkan kad perniagaan Luina di atas meja. Kening dinaikkan sebelah. Perlahan-lahan tangan Zian mengambil kad itu.

Maklumat yang tertera dibaca di dalam hati. Diamatinya setiap satu tulisan yang tertera pada kad itu.

Luina Maisarah Binti Farhi Anshar

"Cantiknya nama dia," puji Zian perlahan tetapi cukup besar bagi telinga Hakim.

"She's a bussiness woman." Hakim menekankan perkataannya. Zian tidak memberi respon.

"Who cares about that if i'm going to marry her?" soal Zian semula membuatkan Hakim terdiam, terpaku, terbisu. Aaa, semualah!

"Are you crazy? Kau nak perkara sama berulang ke?" tanya Hakim bengang. Dahlah stranger, ahli perniagaan pula tu.

"I won't let the same thing happen again. And..." Ayatnya itu tidak dihabiskan. Matanya memandang Hakim tajam.

"...I won't let her go ever again." Keputusannya sudah muktamad. Tiada siapa yang boleh mengubahnya. Dia tidak akan lepaskan Luina seperti perbuatannya yang lalu.

Hakim mengangguk perlahan.

"Jangan jumpa dia lagi tanpa sepengetahuan aku. Kalau tak..." Sekali lagi ayat Zian tergantung. Tangannya dibawa ke leher lalu perlahan-lahan membuat isyarat 'mati' yang selalu dilakukan di dalam filem triller.

Hakim meneguk air liurnya sambil matanya tertumpu pada Zian.


➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷


》CLAIM C02《

Luina menunggu kedatangan seseorang yang telah mendailnya beberapa kali semalam. Dahlah dia banyak kerja tapi demi bakal suami tercinta, dia gagahkan juga untuk jumpa sahabat Zian.

"Bakal isteri Zian?" Seorang lelaki dalam lingkungan tinggi 5'11 menyapa Luina. Mak oi, cutenya. Patutlah Zian terfall in love. Hakim memuji kecomelan Luina.

Luina mengangguk.

"Luina Maisarah. Ni kad i." Luina menghulurkan kad bussines nya.

"Hakim Adrian." Hakim mengambil kad yang berada di tangan Luina tanpa melihat isi kad tersebut.

Luina sudah tahu tujuan kedatangan Hakim. Dia dahlah stranger dengan Zian, tiba-tiba je ajak Zian tu kahwin.

"Kenapa you nak kahwin dengan Zian?" Hakim memulakan pertanyaan tanpa basa basi.

"Because i like him." Jawapan yang sama diberikan ketika Zian bertanya tempoh hari. Hakim menggelengkan kepala. Dah tak betul agaknya dua orang manusia ni.

Satu melamar stranger. Satu lagi terima lamaran daripada stranger. Boleh meletup kepala dibuatnya.

"I tak puas hati dengan jawapan you." Hakim membantah. Tak mungkin cinta pandang pertama itu wujud. Lagipula, takkanlah jatuh cinta terus ajak kahwin.

Luina mengeluh kecil. Dahlah dia ada meeting sebentar lagi. Hakim dipandang lagi. "Sebab i suka dia. I dah jatuh cinta dengan your bestfriend tu," jelas Luina.

Perbincangan mereka agak tegang sampaikan oran yang lalu-lalang pun tidak berani mendekati mereka. Jelas pula tu suara Luina.

Dah macam Luina dengan Hakim ni bercinta tapi Luina yang curang dengan bestfriend Hakim aka Zian. Luina ke yang jadi antagonist kat sini?

"I betul-betul nak halalkan kawan you tu. Serius. Eh, nanti kita borak lagi. I ada meeting ni. Bye." Selesai meyakinkan Hakim, Luina hilang daripada pandangan.

Hakim mengeluarkan keluhan kecil. Perempuan itu nampak serius. Walaupun sibuk, Luina tetap luangkan masa dengannya sebab nak dapat restu kahwin dengan Zian.

Hakim melihat kad yang diberi oleh Luina sebaik saja bayangan perempuan itu hilang daripada pandangan matanya. Alangkah terkejutnya dia ketika dia membaca isi kad tersebut. Ringkas tetapi bahaya.

Luina Maisarah Binti Farhi Anshar.  Chief Operating Officer of MQ Founder.

Perempuan itu seorang bussines woman. Dan sahabatnya itu sangat benci dengan ahli perniagaan. Hakim mencari cara untuk memberitahu hal sebenar kepada Zian. Tentunya Zian tidak akan suka bila lelaki itu dengar dirinya bertemu dengan bakal isteri sahabatnya itu.

Nak tak nak, dia kena bagitau juga. Aplikasi whatsapp dibuka lalu nama Zian ditekan.

Me:
Jumpa aku kat tempat biasa

Zian bluetick. Langkahnya dipercepatkan menuju ke restoran tepi jalan yang selalu menjadi tempat lepak mereka berdua.

IIOTF ? 🏷

Zian sudah tiba beberapa minit lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Tangannya  ligat bermain telefon berjenama iphone 12 pro max itu.  Orang kayalah kan.

Tidak lama kemudian, mata dipusatkan pada satu susuk tubuh yang baru menjejakkan kaki ke dalam kedai mamak tepi jalan itu.

Hakim menelan air liurnya yang tidak basah. Sudah tentu Zian akan bengang dengan dirinya yang berjumpa Luina tanpa sepengetahuan Zian. Tetapi sahabatnya itu perlu siapa Luina Maisarah yang sebenarnya.

Dia tidak mahu Luina mengulangi kisah yang sama. Hakim menarik kerusi berhadapan dengan tempat duduk Zian.

"Apahal?" tanya Zian.

"Bakal isteri kau." Perkataan 'bakal isteri' itu mengundang kemarahan Zian. Tangan Zian mencengkam kolar putih milik Hakim. Pelanggan yang berada di situ sudah panik melihat pergaduhan antara dua sahabat itu.

"Dengar dulu," jelas Hakim. Cuba meyakinkan Zian. Zian melepaskan pegangannya pada kolar Hakim. Hakim pula sudah melepaskan nafas lega kerana berjaya membuatkan Zian 'tenang'.

Seram dia dibuatnya. Silap-silap hari ni juga dia ditakdirkan menjadi mayat.


➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷




Aku mula rasa sebak. Walaupun Mikail seorang budak samseng tapi ternyata Mikail orang yang baik. Aku patut bersyukur sebab Allah temukan aku dengan orang yang baik. Satu persatu kertas yang digantung diturunkan. Gambar juga aku simpan dalam sampul surat besar.

"Luna, dah ke belum? Penerbangan ke Malaysia tinggal lima jam. Takut terlepas pula," Liza yang menunggu di luar bilik misteri bertanya.

"Dah..." Aku keluar dan tutup pintu. Kunci bilik disimpan rapi supaya aku boleh masuk bilik ni lagi. Kalau aku hilangkan kunci ni mungkin aku akan hilang waras. Ish, nauzubillah.

"So, semua jawapan yang kau cari dah jumpa?" Semasa dal perjalanan ke lapangan terbang Lisa sempat bertanya.

"Dah. Betul kata dia, kita terlalu fokus mencari jawapan yang jauh dan abaikan jawapan yang dekat. Rupanya jawapan yang aku cari ada kat sebelah bilik tidur aku je. Punyalah aku pergi sampai Pulau Jeju tapi rupanya kena tipu," tersengih aku dibuatnya.

"Siapa yang menyebabkan kematian Mikail?" Liza bertanya soalan yang menjadi sebab utama aku melakukan misi ini.

"Tiada siapa. Dia sendiri rela dermakan organ dia pada Ji-hoon. Walaupun dia budak samseng tapi dia pandai dan baik. Dari mula aku jumpa dia sampai ke hari ini, banyak kebaikan yang dia tunjuk dekat aku," sekali lagi aku sebak.

"Ji-hoon? Yang culik aku kat rumah kau ke?" aku tak tahulah Liza cuba buat lawak atau apa.

"Tak, yang seorang lagi."

"Aik, bukan nama dia Woobin?"

"Seriously, aku pun keliru."

"Kenapa macam tu?"

"Do Hyon kata masa Mikail cuba ingat Ji-hoon dan Woobin dia asyik tersasul. Dia ingatkan Ji-hoon tu Woobin dan Woobin tu Ji-hoon. Walaupum berkali-kali dibetulkan dia tetap salah jadi diorang pasrah dan mula tukar nama," aku mengulangi ayat Do Hyon.

"Siapa Do Hyon?"

Aku menepuk dahi. Perlu ke aku ceritakan semuanya dari A ke Z? Kalau aku cerita rasanya tak dapatlah aku menikmati tidur aku dalam kapal terbang nanti. Disebabkan Liza terus mendesak aku pun ceritalah dari mula.

➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel
⌎ — — — —


Genggaman aku pada surat dan telefon Mikail diperketatkan. Takkanlah aku nak biarkan Woobin pergi begitu saja sedangkan Mikail dah berusaha selamatkan Woobin. Woobin dipandang lama, sejak dia bangun aku tak pernah nampak dia membuka mata. Biarlah, nanti aku nampaklah.

🎁 🎁 🎁 🎁 🎁 🎁 🎁 🎁 🎁

KLIK! KLAK!

Akhirnya, pintu bilik misteri dapat juga dibuka berkat idea Mikail meletakkan kepercayaaan 100% pada Doktor Lee. Dalam surat tu dia kata dia ada sediakan kunci pintu bilik ni disebalik casing phone-nya dan ternyata betul. Selain itu, dia juga ada suruh aku ceritakan semua benda pada keluarga dia selepas masuk bilik ni.

Pintu bilik misteri dikuak luas sehingga semua isi bilik kelihatan. Banyak gambar digantung sana sini termasuklah kertas yang penuh dengan tulisan. Aku memasuki bilik itu untuk melihat lebih jelas.

'Aku, Ji-hoon, Woobin dan Do Hyon.'

'Korang ingat tak masa mula-mula kita jumpa? Garang betul Ji-hoon.'

'Aku dah kata jangan cari gaduh. Kang dah kena.'

'Siapa kata aku tak sayang Luna? Sampai mati aku sayang dia.'

'Mak, Mika dekat Korea ni sihat je. Sayang Mak.'

Tulisan di bawah setiap gambar dibaca satu persatu. Aku amat terkesan bila Mikail kata dia sayang aku sebab selama ni sekali pun dia tak pernah luahkan. Ternyata, sampai akhir hayat dia pun masih ingatkan aku.

Kertas yang digantung pula aku baca. Mikail banyak menceritakan perihal penyakit Dia dan keputusan dia untuk dermakan organ. Aku terkejut bila dia kata dia tak menyesal.

"Hati ni milik mutlak Allah dan kita hanya meminjam. Kenapa aku nak ragu-ragu tentang pembendahan ni sedangkan Allah ada dengan kita? Kalau ditakdirkan aku untuk mati selepas pembedahan aku reda tapi Ya Allah kau datangkanlah seorang lelaki yang baik untuk Luna dan kau jagalah keluargaku dengan baik. Mulai saat ini, aku tak akan menyesal serta reda dengan takdir-Mu Ya Allah."

"Semoga pembedahan berjalan lancar dan tiada gangguan yang akan berlaku. Aku juga berharap Ji-hoon akan kembali sihat kepada asal dan dia dapat jaga Luna seperti yang aku harapkan. Ya Allah, kau timbulkanlah rasa cinta dalam hati Ji-hoon dan Luna untuk aku supaya aku tahu mereka akan bersama. Kau jagalah mereka untukku juga."

⬇️ ➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel❜ ↷


►  G I F T 1 9 ;; 🎁
⌌ — — — ☁
"Doktor, macam mana dengan keadaan Woobin?" Tak sempat menarik nafas aku bertanya pada Doktor Choi.

"Dia dah mula sedarkan diri. Jangan risau," sedikit sebanyak ayat Doktor Choi membuatkan aku lega.

"Ini ke gadis yang menjaga Kim Ji-hoon?" Seorang Doktor mendekati aku.

"Ya, betul. Luna, ini doktor yang pernah melakukan pembedahan organ terhadap Ji-hoon dan Mikail enam tahun lepas. Dia datang ke sini untuk membantu kami memulihkan Ji-hoon," Doktor Choi memperkenalkan Doktor Lee pada aku.

"Aku nak bercakap dengan dia. Kau keluar dulu," Doktor Lee memberi arahan. Doktor Choi mengangguk dan berlalu pergi.

"Sebelum kita berbincang tentang Ji-hoon, saya nak tanya. Awak Luna Errika Alisya ke?" Doktor Lee terus bertanya setelah pintu ditutup.

"Ya, macam mana doktor tahu?"

"Hahaha, akhirnya saya jumpa juga awak," Doktor Lee tertawa kecil.

Aku mendiamkan diri. Aku cuak kerana biasanya kalau doktor gelak mesti doktor tu jahat. Maaflah, pengaruh drama dekat tv.

"Mikail, tunang awak ada suruh saya bagi sesuatu pada awak." Doktor Lee menghulurkan sepucuk surat dan telefon pintar. "Katanya dia nak awak tahu perkara sebenar melalui saya. Dia tak tahu kalau suatu hari nanti awak ditipu jadi dia bersiap sedia dengan amanahkan saya cari awak dan bagi benda ni. Sekarang saya dah jumpa awak. Ambillah."

Aku mengambilnya. Tak sangka Mikail memang ada sediakan sesuatu untuk aku malahan lebih mudah daripada rancangan Ji-hoon dan Woobin. Hanya sepucuk surat dan telefon pintar.

"Tentang Ji-hoon..." Doktor Lee menarik nafas. "Dia perlu melakukan pemindahan hati sekali lagi."

"Apa?" aku terkejut.

"Ji-hoon berkemungkinan besar tidak menjaga pantang yang membuatkan hatinya kembali rosak. Pantangnya mudah saja iaitu menjaga makan, tidur yang mencukupi, tidak tertekan dan selau bersenam. Bila ditanya, memang betul dia ada melanggarnya," terang Doktor Lee.

"Ada jumpa penderma organ?"

"Ada tapi organnya tak sesuai untuk Ji-hoon. Pembedahan perlu dilakukan dalam tempoh seminggu atau keadaan dia semakin melarat."

⬇️ ➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel❜ ↷




"Ergh," aku terkeluarkan suara.

"Siapa suruh kau bersuara?" Lelaki itu menengking senjata setinggi yang mungkin dan menghayun senjata itu.

Air mata jantan mula jatuh. Malam ni pasti aku tak boleh tidur. Sama macam minggu lepas.

"Taiko," seorang lelaki memanggil lelaki yang menyebat aku.

"Mikail!" Serta-merta lelaki itu melepaskan senjata dan memeluk lelaki itu. "Kenapa kau datang sini? Ada hajat untuk kau katakan pada aku?" Ramah Taiko bertanya.

"Aku datang sini untuk menjenguk kau. Adik kau apa khabar?" Mikail memandang sekeliling.

"Semakin baik. Doktor kata dia boleh keluar beberapa hari lagi. Lega aku," Taiko meletakkan tangan pada dada.

Walaupun mereka sedang berbual, sebatan pada aku, Ji-hoon dan Woobin tak berhenti. Mendengar perbualan mereka sedikit sebanyak membuatkan aku terlupa tentang kesakitan aku. Sekali-sekala Woobin akan bersuara menahan kesakitan.

"Taiko, kenapa mereka disebat?" Lembut Mikail bertanya.

"Itu hal aku. Lebih baik kau jangan masuk campur," tegas Taiko berkata.

Mikail terdiam seketika. "Aku nak budak kau. Tiga-tiga yang disebat tu." Aku, Ji-hoon dan Woobin berbalas pandangan. Biar betul?

"Betul kau nak? Tiga-tiga tu tak berguna," Taiko meminta kepastian.

Mikail dan Taiko terus berbincang. Aku tak berapa dengar sebab orang yang menyebat aku ditukar jadi tenaga semakin bertambah. Tahu-tahu je aku, Ji-hoon dan Woobin dibebaskan sebelum diarahkan mengikuti Mikail.

"Hai, aku Mikail. Mulai hari ini aku nak korang kawan dengan aku," Mikail memperkenalkan diri. Kereta yang dinaiki perlahan-lahan mula bergerak.

"Kau dengan Taiko ada apa-apa hubungan ke? Macam mana Taiko senang-senang je lepaskan kitorang kat kau?" Ji-hoon tidak membalas sapaan sebaliknya menyoal.

"Akulah yang selamatkan adik dia hari itu. Dia kata dia akan lunaskan satu hajat jadi aku lepaskan korang. Well, tak lepas mana pun tapi aku nak korang kawan dengan aku. Sudi?"

"Aku sudi."

"Boleh je"

"Aku sedia berkhidmat untuk kau," aku memberi janji.

➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel❜ ↷
⌎ — — —


"Mereka tersilap langkah. Beberapa hari selepas kematian Mikail, mereka rancang untuk rahsiakan hal pembedahan dan penyakit Mikail daripada keluarga Mikail. Mereka palsukan beberapa hal termasuklah tentang telefon pintar Mikail.

"Bagi mereka telefon pintar tu dapat alihkan perhatian orang yang mencari maklumat tentang Mikail. Mereka nak orang yang tahu tentang Mikail jauh tersasar. Telefon tu bukanlah telefon sebenar Mikail dan diorang sendiri tak tahu mana telefon Mikail." Do Hyon berhenti seketika.

"Mereka sengaja letakkan kod-kod palsu tapi buat pengetahuan kau semua tempat yang mereka letakkan kod adalah tempat kegemaran Mikail." Do Hyon senyum.

"Selepas bertahun-tahun, mereka anggap tiada yang mencari maklumat tentang Mikail sebab tiada yang bertindak tapi mereka sentiasa berjaga-jaga terutamanya kau. Bila kau bertindak barulah mereka rasa bersalah sebab mereka diamanahkan untuk cerita semua benda pada kau"

"Jadi sebab tulah diorang hantar kau? Untuk elak aku keliru dengan cerita sebenar dan jangan buang masa?" aku yang mula faham bersuara.

"Betul," Do Hyon memeluk tubuh.

"Kenapa diorang tak suruh aku berhenti dari awal?" Aku tak tahu kenapa aku tanya si Do Hyon walaupun dia bukan Woobin atau Ji-hoon.

"Sebab diorang tak tahu apa yang kau buat dari awal. Tahu-tahu je kau dah sampai Pulau Jeju. Ji-hoon pula terlupa pasal benda ni. Katanya dia cuba bagitahu kau tapi kau tak nak dengar penjelasan dia," Do Hyon menjawab.

Lah, salah aku pula. Aku tersengih bila teringat aku sendiri tak nak buka pintu masa dekat hotel. Kan senang kalau Woobin cakap je.

"Kau terangkan kat aku tak tersekat-sekat pun. Diorang cerita semua benda kat kau ke?"
Do Hyon diam tapi tersenyum. Do Hyon membuat aku ambil masa yang lama untuk berfikir.

"Jangan cakap..."

"Ya. Aku, Ji-hoon, Woobin dan Mikail berkawan."

DO HYON POV

PAK! PAK! PAK!

Sakit! Itulah yang aku rasakan ketika ini. Ji-hoon dan Woobin yang turut disebat pasti merasakan apa yang aku rasakan sekarang. Kami menahan kesakitan kerana tidak mahu kena akibat yang lebih teruk.

"Aku suruh kau buat kerja yang mudah!" Lelaki yang duduk di atas kerusi mewah menengking.

"Seorang aku suruh kutip hutang," dia bangun dari tempat duduk. "Seorang aku suruh cari budak," dia mengambil senjata dari anak buahnya. "Seorang lagi aku suruh jejak musuh. Tu pun tak boleh?" Serentak itu dia menyebat aku, Ji-hoon dan Woobin.

⬇️ ➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel❜ ↷


►  G I F T 1 8;; 🎁
⌌ — — — ☁
"Hoi," aku memanggil lelaki yang pernah cuba membunuh aku.

"Lu... Luna..." terkejut si lelaki dibuatnya.

Sekarang aku ada di sebuah restoren yang paling seram bagi aku. Restoren Seafood yang 'menghadiahkan' 10 jenis origami pada aku. Aku terpaksa kuatkan hati ke sini untuk mencari jawapan.

"Nama kau siapa?" aku menyoal.

"Do Hyon. Kang Do Hyon."

"Umur kau berapa?" sekali lagi aku bertanya. Sebenarnya aku cuba untuk menghilangkan rasa gugup dalam diri.

"30 tahun."

"Anak dengan isteri kau macam mana?" tempat duduk yang disediakan menjadi tempat melabuhkan punggung.

"Semakin baik."

Aku harap Do Hyon menjawab lebih panjang supaya aku ada cukup masa untuk berfikir soalan seterusnya. Berjela ditanya, sepatah dua dijawab. Boleh botak kepala aku kalau macam ni.

"Biar aku teka, kau datang sini sebab kau nak tanya kenapa JW suruh aku halang kau buat misi kau. Betul?" Do Hyon mengagak.

Aku mengangguk.

"Hmm," Do Hyon duduk bertentangan dengan aku. "Kau ingat lagi aku pernah cakap 'Jangan buang masa' dan 'Sia-sia' ?" Do Hyon mengingatkan aku.

"Macam mana aku nak lupa? Setiap kali kau nampak aku kau kata jangan buang masa. Sepatutnya, aku panggil kau jangan buang masa je," balas aku.

"Bagus. Ingat lagi tak masa kau tanya siapa hantar aku Dan kenapa mereka hantar aku? Aku kata JW yang hantar sebab nak hentikan kau daripada tahu cerita sebenar."

"Ingat."

"Bukan tu sebabnya..." tiga perkataan dikeluarkan dari mulutnya.

"Habistu?" tanpa aku sedar dahi aku dah berkerut seribu.

⬇️ ➻ [ ⎙ ; ❛
@unique_novel❜ ↷




Репост из: aisy
"Gila!" Dah macam kemaruk cinta je Zian ni. Bukan dia tak kenal perangai Zian yang mudah jatuh cinta. Dan bila Zian dah jatuh, lelaki itu buat apa sahaja untuk buatkan perempuan itu dekat dengannya.

Sifat obsessive lelaki itu buatkan ramai bekas kekasihnya turn off.  Salah satu faktor kenapa seorang Zian Arfiq selalu dikecewakan.

Tapi perempuan entah datang dari mana tiba-tiba ajak Zian kahwin! Dah gila ke apa?

"Aku rasa ada yang tak kenalah." Hakim membantah. Zian tidak memberikan respon. Sebaliknya, tangannya ralit menekan keyboard telefonnya.

Future wifey♡
Baju akad nikah saya dah tempah. Awak okey tak dengan tema biru?

Saksi apa semua saya dah atur.

Gambar yang Luina hantar kepadanya dibuka.

Me:
Cantik! Saya okey je.

Hakim bengang dengan sikap Zian. Betul-betul dah jatuh cinta mamat ni.

"Aku nak jumpa dia." Hakim mencadangkan.

"Siapa?"

"Bakal isteri kaulah! Kau tak pelik ke?"

"Tak. Boleh." Tajam mata Zian memandang Hakim. Hakim menelan air liurnya yang kering. Ah sudah, Zian dah aktif mode protective dia.

"Kalau kau nak jumpa, tunggulah akad nikah nanti." Selamba saja Zian bercakap. Langsung tak bagi chance dekat Hakim.

Sahabat Zian itu mengeluh perlahan. Nasib dialah dapat kawan terlebih otak betul. Wajah Zian dipandang. Biar betul mamat ni?

Rambutnya sengaja dirosakkan. Serabut! Dia kena jumpa juga manusia yang berani melamar Zian. "Aku nak pergi toilet jap." Zian bersuara.

Telefonnya ditinggalkan di atas meja. Hakim terus menyalin nombor Luina di telefonnya sebaik saja Zian hilang daripada pandangan.

"Ada orang call tak tadi?" tanya Zian sebaik saja dia duduk di tempatnya. Hakim menggeleng perlahan sambil melihat skrin telefonnya.

Mana tak takutnya. Silap-silap mayat dia kena jumpa esok tau. Seram dibuatnya.


➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷


Репост из: aisy
》CLAIM C01《

"Jom kahwin."

"Hah?" Zian berhenti seketika. Cuba memproses maksud perkataan wanita di hadapannya ketika ni. Luina masih lagi menunggu jawapan daripada jejaka itu.

Dahlah baru lima minit kenal, tup tup dah kena ajak kahwin.

"Ke-kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanya Zian gugup. Pertama kali ada wanita yang melamar dia. Lagi-lagi bila wanita secomel Luina yang lamar!

"Because i like you." Hanya sesimple itu saja pengakuan daripada seorang Luina Maisarah. Zian pula sudah berada di kayangan. Blushing teruk!

"Nak ke tak?" tanya Luina tak sabar. Zian mengangguk kepalanya perlahan.

Luina terdiam seketika sebelum bertanya,
"Minggu depan okey tak?" Zian mengangkat sebelah keningnya. Tangannya mencapai air gelas yang berada di hadapan lalu diteguk perlahan.

"Kita kahwin jumaat depan. Nak tak?"

Hampir tersembur air dibuatnya. Zian memandang Luina tidak percaya. Seriously? Rasa ragu-ragu bersarang di hati tapi wanita yang ada kat depan dia ni terlalu cute!

"Okey," kata Zian cuba untuk bertenang.

"Ini nombor telefon i. Apa-apa call tau!" Luina meninggalkan nombor telefonnya lalu berlalu pergi dari situ. Kelihatan tergesa-gesa pun ada.

Kertas kecil yang Luina bagi dipandang. "Aku mimpi ke ni?" tanya Zian tidak percaya. Sesaat, senyuman muncul di bibir mengingatkan betapa comelnya Luina.

Petang bertukar malam, Luina sibuk menyiapkan kerjanya yang harus dia siapkan untuk mesyuarat esok hari. Sedang ralit dia menaip papan kekunci laptop miliknya itu, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello?" Luina menjawab tanpa melihat nombor yang ada pada skrin. Beberapa saat berlalu, tiada jawapan daripada si pemanggil.

"Salah nombor ke?" tanya Luina.

"Assalammualaikum, saya ni lelaki tadi petang." Lembut suara Zian bercakap. Jari Luina berhenti seketika. Nombor pada skrin telefonnya itu dipandang.

"Waalaikumussalam, ye. Ada apa-apa awak nak tanya ke?" Sungguh straightforward betul Luina Maisarah ni. Takde basa basi langsung!

"Berkenaan majlis kahwin tu..."

"Kita akad nikah dulu, majlis boleh buat hari lain. Okey tak?" Tanpa membiarkan Zian menghabiskan ayatnya, Luina terus memotong. Langsung tak biarkan Zian bercakap.

"Okey." Zian cuba tenangkan hati. Sebenarnya, dia tak kisah pun kalau takde majlis tapi ini majlis kahwin dengan wanita yang lamar dia. Mana tak gugupnya. Cute pula tu.

"Saya letak dulu ya? Nanti saya call kalau ada apa-apa nak bincang."

"Okey." Entah berapa kali okey dia nak cakap hari ni. Semua berlaku begitu pantas. Sekelip mata! Zian bergolek atas katil.

Luina pula menyambung semula aktiviti menekan papan kekunci.

Satu saat...

Dua saat...

Luina berhenti. Nombor yang mendail dia tadi dipandang. Terus teringat wajah kacak lelaki itu.

"Apa aku buat ni..." Wajahnya ditekup dengan bantal. Lelaki itu langsung tidak ada bantahan dengan syarat yang dia berikan.

IIOTF ? 🏷

"Kahwin?" Hampir saja air sirap yang dia minum itu tersembur. Pernyataan daripada sahabatnya itu membuatkan dia terkejut.

"Bukan kau baru break ke?" tanya Hakim musykil. Zian mengangguk.

"Dan tiba-tiba je minah entah dari mana ajak kau kahwin?" Zian mengangguk lagi.

"Dan kau setuju?" Buat ketiga kalinya dia mengangguk. Zian mengambil telefonnya lalu menunjukkan nombor Luina yang ada di dalam contactnya.


➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷


𓍊𓋼𓍊𓋼𓍊 SINOPSIS 🏷

Wanita entah dari mana datang melamar seorang Zian Arfiq! Dan entah kenapa Zian setuju dengan lamaran Luina.

Perkahwinan tanpa rancangan ini membuahkan cinta di hati Zian sejak kali pertama bertentang mata dengan Luina. Semakin hari, Zian dapat kenal dengan sisi baru Luina.

"Jom kahwin."

"Ha?"

Tetapi...

Zian yang pemalu ni mempunyai rahsia yang tersendiri. Dia sangat obses dengan orang yang dia sayang.

Akibat terlalu obses, dia banyak kali dikecewakan oleh ramai wanita. Namun tidak bagi Luina. Luina nampak apa yang lelaki itu tidak nampak dan faham apa yang Zian rasakan.

"I'm falling even harder. Is it okay to fall?"

➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷

Показано 20 последних публикаций.

169

подписчиков
Статистика канала