CHAPTER 09
Sinaran cahaya lampu menyilatkannya. Perlahan kelopak mata yang terkatup dibukanya. Kepalanya memusing ke sebelahnya. Kosong.
Mana Dhia?
Adam menegakkan tubuhnya. Matanya yang masih bersisa ngantuk ditonyoh dengan sebelah tangan.
Jam yang melekat di dinding dikerlingnya. Sudah pukul 6:00 pagi. Adam mengeliatkan tubuhnya yang lenguh.
Keriuk-keriuk punya tulangnya. Aihh tanda-tanda sudah tua ke apa ini?
"Abang dah bangun?" Dhia menegur. Isterinya itu baru sahaja masuk ke ruang bilik dengan sehelai kemeja lengan panjang yang digantung pada hanger.
"sayang.." balas Adam.
"Abang, Dhia tak tahu abang nak pakai kemeja mana, jadi Dhia iron mana yang Dhia suka. Abang tak kisahkan pakai yang ini?" Soal Dhia.
Kemeja cotton berwarna biru muda bercorak kosong itu di tunjuk pada Adam. Adam memandang dengan sebelah matanya yang tertutup.
Kepalanya diangguk. Dhia sudah menghela nafas lega. Kemeja disangkut ke tepi almari. Seluar slack hitam yang sudah digosok juga diletak ke tepi almari.
"Abang mandi lah dulu. Nanti kita solat subuh sama-sama."ujar Dhia
Adam yang masih mamai hanya menurut. Tuala yang dihulurkan oleh Dhia diambilnya dan dia mula bergerak masuk ke dalam bilik air.
Dhia hanya memandang pergerakan Adam dengan sengihan. Teruk betul mamainya itu.
**
Setelah doa diaminkan, Adam memusingkan ke belakang. Dhia sudah menadahkan tangannya ingin bersalam dengan Adam. Adam menyambutnya
Dhia mencium kekura tapak tangan Adam. Wajahnya dinaikkan dan bibirnya mencium pipi Adam kedua belah. Kemudian pucuk hidung, kemudian dahi, akhir sekali dagu. Bibir tak disentuh.
"Amboi semua muka abang nak diciumnya" sengih Adam.
"Bibir tak sentuh pula. Abang tunggu je nak dapat morning kiss daripada Dhia". usik Adam
Kopiah ditanggalkan daripada kepala. Wajah Dhia yang bertelekung dipandang Adam. Sentiasa sahaja wajah putih melepak itu kemerahan. Apa memang Dhia malu dengannya setiap masa kee?
"Nak ke?" soal Dhia polos.
Dhia sudah bangun membuka kain telekungnya. Adam sudah merapat pada Dhia buatkan Dhia mengetap bibir malu.
"Cepatlah, abang tunggu ni..." Adam menadah wajahnya.
Sekilas Dhia mengucup bibir Adam. Namun tak sempat nak lepas, Adam menahan belakang kepala Dhia. Bibir itu bertemu lama.
Wajah Dhia semakin memerah.
Adam melepaskan tautan bibir mereka. Dhia sudah menunduk malu-malu.
"Terima kasih". ujar Adam. Bibir merah delima Dhia diusap dengan ibu jarinya.
"Hmm..." mengecil sahaja suara Dhia.
Adam mengucup kedua belah pipi Dhia berkali-kali . Mungkin berasa rimas, Dhia menolak wajah Adam.
"Dhia nak siapkan sarapan kejap, bye!!"
Pantas tubuh kecil itu meninggalkan bilik setelah melipat telekung. Boleh pecah dadanya berlama-lama dengan Adam. Aduhai encik suami....
π₯βοΈ : @CerpenByMe