#KisahSeram


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Zon Membaca, Menonton Video Seram Dan Mendengar

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


namun dalam masa yang sama dia juga mempunyai perasaan takut untuk mendekati ibunya itu. Huzaini memeluk anak sulungnya itu dan diusap kepala Aira perlahan.

“Ayah janji akan siasat dan cari penawar untuk ibu. Ayah nak kakak dan adik dekati ibu macam biasa ya, jangan biarkan ibu keseorangan, boleh kakak?”. Huzaini memandang tepat kearah anak mata Aira.

“Boleh ayah tapi janji ya sembuhkan ibu. Aira nak ibu yang dahulu.”

“Ayah janji.”

**********************************

“20 April…..

Aku suarakan keinginanku untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan Laila kepada Mawar. Puas juga aku terangkan segalanya kepada Mawar kenapa aku tekad bertindak sedemikian rupa namun Mawar enggan menerima. Katanya ini bukan masanya lagi dan Mawar juga belum bersedia. Aku mahu berikan Mawar masa namun setiap saat yang berdetik menyebabkan aku memikirkan keadaan Laila yang sepi tanpa khabar.”

“23 April…..

Sejak aku suarakan kehendakku untuk pulang menemui Laila, Mawar ku lihat sering termenung, adakala dia menangis. Ya! semua ini terjadi kerana nafsu dan salahku sendiri. Mawar juga mangsa keadaan. Mungkin benar kata Mawar, sekarang bukanlah masa yang sesuai.”

“27 April ……

Mawar tiba-tiba datang memohon maaf kepadaku dan bersetuju untuk pulang kekampung untuk berjumpa dengan Laila. Tidak! aku yang sepatutnya melutut dan meminta maaf kepada dua insan ini, Laila dan Mawar. Aku yang bersalah.”

“30 April…..

Hatiku berdebar-debar menunggu tibanya hari esok. Esok, aku dan Mawar akan berjumpa dengan Laila. Mawar berkata kepadaku bahawa dia rela jika Laila bertindak mengherdik, memaki dan memukulnya. Dia pasrah jika itu yang boleh lembutkan hati Laila dan menerimanya. Salah aku berkahwin tanpa pengetahuan dan persetujuan Laila. Salah aku juga kerana merahsiakan status perkahwinanku kepada Mawar. Kedua-duanya tidak bersalah. Aku yang kejam! Kejam kepada kedua-dua insan yang amat aku cintai. Aku harap semua ini akan berakhir dengan satu kemenangan.”

Huzaini melipat hujung helaian buku catatan itu dimuka surat bernombor 13. Ditatap gambar wanita pada sekeping gambar yang terselit dihelaian buku catatan itu. Dia pasti gambar wanita tersebut adalah gambar Mawar kerana walaupun jarang berjumpa dengan Daud dan Laila setelah masing-masing bertukar tempat bertugas namun dia masih mengingati wajah Laila. Laila dan Mawar sama-sama memiliki kecantikan yang tersendiri, tidak mustahil mengapa Daud boleh jatuh cinta kepada kedua-duanya. Buku catatan itu dimasukkan kedalam beg bimbitnya. Huzaini pasrah jika dia terpaksa melanggar arahan Ustaz Anuar, dia perlu selamatkan keluarganya kerana dia tahu ‘dia’ bukan menganggunya kerana Huzaini mengambil buku catatan milik Daud itu tetapi kerana ‘dia’ ingin memiliki jasad isterinya dan mengawal sepenuhnya isterinya, Ija.

Aku dah tulis penuh perkataan disetiap part cerita tetapi telah di ** oleh admin. Memandai jer mekome mempitenoh teman yang tak berdosa ini. Mungkin procedure admin begitu untuk elakkan cerita ini dari di banned. Kot jelah, aku pakai teka je.hahaha


awar. Dia mengalihkan topik dengan berbicara mengenai anak-anak Ustaz Anuar. Mereka berkongsi cerita mengenai keluarga masing-masing. Biarlah! Untuk seketika, dia tidak mahu memikirkan mengenai kes misteri sahabat baiknya itu.

Huzaini meminta diri untuk pulang. Sudah lama mereka berborak sehinggakan jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.

Ustaz Anuar : Uz! Ingat pesan abang, jangan kamu ambil kembali apa yang sudah kamu pulangkan. Semua itu bisikan syaitan, gusar nanti jika tiada kekuatan iman kamu akan terpesong.

Tapak kaki Huzaini terhenti dari mengaturkan langkah. Dia tergumam lantas dia menoleh ke arah Ustaz Anuar. Ustaz Anuar mengukir senyuman kecil, segera dia menghampiri Huzaini dan menepuk lembut bahunya.

Ustaz Anuar : Abang tahu apa yang kamu gusarkan walaupun kamu tidak mahu ceritakan pada abang tetapi percayalah itu bukan jalan yang terbaik malah mungkin mengundang kecelakaan dikemudian hari. Kamu kena kuat melawan keinginan kamu. Biarkan yang pergi itu pergi, kita yang masih hidup ini kena teruskan kehidupan.

Huzaini terdiam seribu bahasa. Tiada tutur kata melainkan hanya anggukan sahaja. Dia akui itulah jalan yang terbaik.

***************************

“shhhhhhhhh…….&*#^/@@^#$%€÷&&##”
“shhhhhhhhhhh…….”

Suara-suara itu rancak berbual. Tidak diketahui butir bicaranya namun cukup binggit. Huzaini terjaga, dilihat isterinya sedang mencangkung dipenjuru bilik.

“shhhhhh….. @$%×*&_£×”
“Hihihihihi………….”

Suara itu berbunyi lagi diikuti dengan hilaian ketawa yang halus. Huzaini mengusap matanya dan memandang ke arah isterinya yang masih mencangkung dihujung penjuru bilik mereka. Dia yakin suara berbual dan ketawa itu datang dari arah isterinya.

“Sayang buat apa disitu?”. Huzaini bertanya seperti orang bodoh lantas dia turun dari katilnya dan berjalan menuju ke arah isterinya itu.

Suara yang rancak berbual itu terhenti. Ija menoleh ke arah Huzaini dengan muka yang bengis seolah-olah geram apabila perbualannya diganggu. Ija merangkak laju menghampiri Huzaini sambil mengekek ketawa.

“Dia dah jadi milik aku. Kau tak akan boleh pisahkan aku dengan dia. DIA MILIK AKU!!!”. Ija menjerit seperti orang gila sambil mencakar badan Huzaini dengan kukunya yang panjang.

Pedih dan bisa menyerang tubuh Huzaini. Dengan hanya satu cakaran namun cukup membolehkan dia meraung kesakitan.

“ALLAHU AKHBAR!”

Huzaini terjaga dari tidurnya. Peluh menitik dari dahinya meskipun biliknya sejuk dengan aircond yang bersuhu 16 darjah celcius. Dipandang Ija yang lena diulit mimpi disebelahnya.

“Astagfirullahal azim…. aku mengigau rupanya.”

Dia memandang ke arah jam didinding yang menunjukkan tepat pukul 11 malam.

**************************

Aira : Ayah, can we talk?

Huzaini mengangguk sambil kakinya melangkah mengikuti Aira, anak sulungnya.

Aira : Hurmmm… Kakak serba salah sebenarnya tapi risau juga jika dibiarkan. Ayah tak rasa pelik ke dengan kelakuan Ibu sejak akhir-akhir ni?

Huzaini : Pelik? Apa yang peliknya pada ibu kamu tu? Ayah tengok elok saja.

Aira : Ayah jangan marah ya. Aira cuma nak beritahu ayah yang sejak kebelakangan ni, Aira selalu tengok dan dengar ibu berbual seorang diri. Mula-mula adik yang perasan jadi adik cerita pada Kakak dan memang bila diperhatikan ibu sering berbual dengan seseorang tetapi tiada sesiapa pun waktu tu selain ibu.

Aira menceritakan pada Huzaini yang Ija sering bersikap baran ketika Huzaini tiada dirumah. Jika dia dan adiknya berbunyi bising sedikit pasti ditempelak dan dimarahi mereka berdua berbeza dengan sifat ibunya itu yang dahulunya seorang lemah lembut.

Aira : Adik beritahu Kakak yang ibu sering menyebut nama Laila dan Mawar. Kadang-kala ibu marah, kadang-kala ibu menangis dan ada masa ibu ketawa mengilai. Sekarang adik jadi fobia mahu dekati ibu, puas kakak pujuk adik dan cuba tenangkan dia namun adik jadi takut sangat bila berhadapan dengan ibu. Adik juga beritahu kakak yang kadang-kala dia lihat seseorang yang bertubuh kurus kering, tulang tanpa isi dan mempunyai rambut yang kusut dan mengerbang mengikuti ibu. Kakak takutlah ayah.

Mata Aira berkaca. Dia kasihankan ibunya


“Reza, cari maklumat mengenai isteri mangsa, Laila. Dapatkan nombor telefonnya di dalam senarai kenalan telefon milik mangsa. Saya percaya, mesti disitu terdapat nombor telefon Laila dan saya mahukan senarai panggilan keluar dan masuk juga”.

“Maaf Tuan jika saya bertanya, kenapa tidak kita cari waris atau adik beradik mangsa dan juga isterinya, Laila. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terjadi. Disebabkan rumah mereka jauh dari orang kampung dan mereka juga tidak peramah, sulit untuk kami mencari dan mendapatkan keterangan saksi.”

“Kedua-dua mangsa dan isterinya, Laila adalah anak tunggal. Ibu bapa mereka pula sudah lama tiada. Kes ini dikira closed case tetapi saya yang mahu siasat apa sebenarnya terjadi. Ada apa-apa lagi soalan?.” Chief Inspektor Huzaini memandang wajah Sarjan Reza.

“Tiada, Tuan!.”

“Oh! Pulangkan semula buku catatan ini pada kotak bukti. Jangan bagi sesiapa pun buka dan baca isi didalamnya.”

“Tetapi kenapa Tuan? Mana tahu mungkin kita akan dapat petunjuk melalui buku catatan ini.” Sarjan Reza bersuara.

“Lakukanlah jika kamu atau sesiapa berani untuk dikacau oleh benda halus. Saya dan keluarga diganggu setiap hari sejak saya bawa pulang buku catatan itu. Kalau kamu mahu tanggung risiko, silakanlah.” Chief Inspektor Huzaini berkata dengan tenang.

Sarjan Reza terdiam. Dia tahu tidak mungkin Chief Inspektor Huzaini bergurau ketika ini. Dia mengambil buku catatan berwarna coklat tua itu dan meminta diri untuk keluar.

******************************

Ustaz Anuar : Macam mana keadaan kamu sekarang? Masih diganggu?

Huzaini : Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan. Saya tanya pada Ija, dia juga kata sudah tiada gangguan pada malam hari.

Ustaz Anuar mengangguk kecil. Dipandang tepat ke arah wajah Huzaini yang sunggul.

Ustaz Anuar : Habis tu, kenapa muka kamu muram saja? Ada masalah lainkah?

Huzaini hanya membisukan diri. Kepalanya menggeleng beberapa kali. Tidak mungkin dia bicarakan apa yang terbuku dihatinya kepada Ustaz Anuar, boleh jadi dia pula yang akan dimarahi kerana degil.

Semua hasil selidik dan bahan bukti menemui jalan buntu. Salah satu cara adalah dengan membuka dan membaca buku catatan milik Daud tetapi jika disuarakan perkara itu kepada Ustaz Anuar, pasti idea itu ditentang dan sejujurnya dia juga berasa gusar. Gusar gangguan itu akan berulang semula jika dia membuka kembali buku catatan itu. Terkenang dia pada perbualannya dengan Sarjan Reza dibiliknya semalam.

Reza : Tuan! Ini senarai keluar dan masuk panggilan mangsa. Selain Laila, nombor telefon atas nama Mawar juga kerap dihubungi mangsa dalam tempoh tiga bulan sebelum mangsa ditemui m**i.

Huzaini : Mawar? Siapakah Mawar?

Huzaini cuba mengingati jika ada kenalan Daud yang bernama Mawar…. Arghhhh! Kenapa kes ini menjadi semakin rumit? Setiap persoalan tidak menemui sebarang jawapan, kini timbul pula persoalan yang lainnya.

Reza : Kami cuba mencari saksi dalam kalangan penduduk kampung disitu namun tiada yang mengenali mangsa dengan rapat dan mangsa juga dikatakan tidak bergaul dengan penduduk kampung.

Reza : Seminggu di awal perpindahan mangsa ke kampung tersebut, mangsa menghadiri solat berjemaah di masjid setiap hari untuk solat maghrib dan isyak namun selepas seminggu, mangsa tidak kelihatan lagi dimasjid tersebut.

Sarjan Reza meletakkan beberapa sampul surat dan bil dihadapan Chief Inspektor Huzaini.

Reza : Bil api dan air rumah mangsa tertunggak selama tiga bulan dan telah d******g. Surat-surat yang dikirimkan atas nama mangsa, Laila dan Mawar juga dipulangkan semula ke pejabat pos dan tiada tuntutan keatas surat itu diambil oleh mana-mana wakil.

Rumit! Memang rumit. Ia seumpama menyelesaikan kes roh tanpa jasad. Tiada saksi dan bahan bukti yang kukuh. Kehadiran mangsa juga samar-samar, kadang-kala dilihat dan kadang-kala tengelam tanpa berita.

Ustaz Anuar : Jauh kamu termenung. Jarang abang lihat kamu termenung. Jika ada masalah jangan dipendam, cuba bukakan hati untuk berkongsi masalah.

Huzaini : Tiada apalah abang. Biasalah masalah ditempat kerja kadang-kala terbawa juga balik ke rumah.

Huzaini tersenyum t


#kisahseram


ngambil tempat duduk dihadapan Huzaini. Satu senyuman terukir dibibirnya.

Huzaini : Tidaklah abang, bukan saya cari gaduh tetapi entahlah….. saya pun tidak faham kenapa dia ganggu saya dan keluarga.

Ustaz Anuar : Kamu tahu apa yang sedang ganggu kamu sekeluarga?

Huzaini : Perempuan rambut mengerbang dan mempunyai badan yang kurus kering, mungkin juga hanya tinggal tulang tanpa isi.

Ustaz Anuar mengangguk kecil, dihirup air kopi yang dihidangkan oleh isterinya.

Ustaz Anuar : Jerangkung. Benda yang ganggu kamu sekeluarga sebenarnya adalah jerangkung. Jerangkung ni sama macam saka. Ada tuannya sendiri. Dari cara dia ganggu kamu sekeluarga, nampak macam agresif mungkin tuannya ada berdendam dengan kamu.

Huzaini : Tak mungkin sebab Daud merupakan kawan baik saya, abang. Lagipun, dia sudah m**i.

Huzaini menghela nafas kasar. Dia menceritakan perkara sebenar yang terjadi pada Daud dan peristiwa pertama kali dia melihat kelibat tersebut.

Ustaz Anuar : Cuba hubungi isterinya Laila. Tanyakan apa sebenarnya yang berlaku. Setiap saka ada tuannya, jika tuannya m**i berkemungkinan dia mahu mencari tuan yang baru.

Setelah mendapatkan air penawar dan ayat pendinding, Huzaini meminta izin untuk pulang. Risau hatinya meninggalkan keluarganya ketika ini walaupun sebelum ini kerap kali dia outstation di luar namun kali ini, perasaannya lain.

Ustaz Anuar : Berpegang teguh pada pertolongan Allah. Yakin dengan Kuasa dan KudratNya.

Ustaz Anuar : Kalau boleh, kamu pulangkan buku catatan itu pada balai kamu atau pulangkan semula ke rumah arwah.

Huzaini hanya mengangguk.


aaf andai itu yang diminta Laila. Tidak mengapalah, esok aku akan cuba menghubunginya lagi.”

Huzaini memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Buku catatan itu ditutup dan disimpan didalam laici sebelah katilnya.

Laila berada dimana? Daud pula berada dimana? bukankah merasa tinggal bersama? atau mungkin catatan ini ditulis ketika Daud bekerja diluar kawasan?
Kebenaran apa yang diberitahu oleh Daud sehingga menimbulkan kemarahan Laila?

Huzaini memandang Ija yang sedang lena disebelahnya. Perasaan kasihan dan simpati timbul dihatinya pada isteri kesayangannya itu. Jam menunjukkan baru memasuki pukul sembilan namun isterinya sudah lena diulit mimpi, mungkin kepenatan menguruskan rumah setiap hari. Huzaini bercadang mahu menunggu sehingga pukul sebelas untuk mendengar sendiri bunyi cakaran ditingkap yang diadukan oleh isterinya itu namun matanya juga rasa keberatan lalu dia juga turut tertidur.

“Shrekkkkkkkkkkk! Shreekkkkkkkkkkkkkkk!”

Mata Ija terbeliak, bulu romanya meremang secara sendirinya. Dikejutkan badan suaminya yang tidur berdengkur disebelahnya namun suaminya ibarat tidur m**i, tidak bergerak sedikit pun.

“Abang! Bangunlah abang, sayang dengar lagi bunyi tu.” Ija memandang cemas ke arah suaminya dan dilihat jam dinding yang tergantung dibiliknya, tepat jam sebelas malam. Ya! bunyi cakaran itu kuat kedengaran dari arah tingkapnya. Ija tidak berani hendak menoleh ke arah tingkap tersebut. Tangannya menggoncang kasar tubuh badan suaminya namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang suaminya akan bangun.

“Shreekkkkkkkk! Shreeekkkkkkkkkkk! Sssshhhhhreekkkkkkkkkkkkkk!”

Ija menekupkan tangannya ketelinga. Bunyi cakaran itu begitu kuat sehingga terasa ngilu dipendengarannya. Didalam hati dia berdoa semoga suaminya itu cepat bangun dari lena.

“Haaa…..haaa…… haa” Bunyi nafas seperti tercungap-cungap itu kedengaran seperti berada disebelahnya. Perlahan namun cukup jelas.

Ija mula terkenang kata-kata atoknya bahawa jika benda itu berbunyi kuat dan nyaring maka ‘dia’ berada jauh dari kita tetapi jika bunyi itu perlahan dan jelas maka ‘dia’ berada dekat dengan kita. Air mata Ija mengalir laju.

“Allah! Allah! Allah!” Bibirnya menyebut Allah berulang kali.

“Abang, tolonglah bangun.” Ija cuba menggoncangkan badan suaminya sekali lagi.

Huzaini bangun dalam keadaan terpinga-pinga, tanpa banyak bicara Ija terus memeluk suaminya dan menangis teresak-esak seperti anak kecil. Huzaini membalas pelukan isterinya dan bibirnya mengalunkan ayat suci Al-Quran bagi menenangkan isterinya. Dilihat jam didinding menunjukkan sudah pukul 11.13 malam. Dia menyalahkan dirinya sendiri didalam hati kerana terlena sebelum pukul 11 malam. Esok dia tekad untuk berjumpa dengan Ustaz Anuar.

******************************************

“14 April…….

Hari ini aku berjaya menelefon Laila namun hampa, panggilan telefonku dapat disambungkan tetapi tiada satu pun perkataan yang dituturkan Laila. Beberapa kali namanya ku panggil dan aku cuba berborak dengannya namun dia hanya membisu. 5 minit keadaan itu berlalu sepi dengan suaraku sendiri dan talian diputuskan.

Maafkan abang, Laila. Abang akan cuba betulkan keadaan. Abang sayang Laila.”

-Rumah Ustaz Anuar-

Buku catatan itu ditutup apabila Huzaini menyedari kehadiran Ustaz Anuar. Ustaz Anuar merupakan senior sekolahnya dan mereka sudah berkenal rapat hampir 20 tahun. Hubungannya dengan Ustaz Anuar lebih dari seorang abang dan adik. Apa-apa masalah mesti dikongsikan dengan Ustaz Anuar untuk dapatkan nasihat dan dorongan selain Huzaini turut menyertai kelas agama dengan Ustaz Anuar.

Selepas kejadian malam semalam, dia segera menghubungi Ustaz Anuar dan dia diminta untuk kerumah Ustaz Anuar pada hari ini selepas zohor namun setibanya dia dirumah Ustaz Anuar, dia dimaklumkan bahawa ada kes pelajar universiti dirasuk dirumah pelajar terbabit tidak jauh dari situ. Huzaini tidak mahu masuk kedalam rumah walaupun sudah dipelawa oleh anak lelaki Ustaz Anuar, dia lebih selesa untuk membicarakan hal itu dimeja diluar rumah sahaja.

Ustaz Anuar : Kamu cari gaduh dengan siapa pula kali ini?

Ustaz Anuar me


JERANGKUNG RUMAH LAMA PART 2


Tajuk : Jerangkung Rumah Lama (II)
Pencerita : Pakngah Bakri
Tahun : Anggaran Tahun 1990 – 2000.

Ouchhh!

D***h pekat mengalir dari jari hantu Ija. Segera dia mendapatkan tisu dan mengelap d***h yang masih mengalir itu. Huzaini yang sedang membaca surat khabar bangkit dari sofa dan menuju ke kotak pertolongan cemas didalam almari. Dia menghampiri isteri kesayangannya itu dan jari yang terluka itu dirawat menggunakan first aids yang diambilnya tadi.

“Sayang berangan apa sampai p****g buah pun boleh terluka?.” Huzaini bertanya lembut kepada isterinya.

Satu keluhan berat kedengaran dilepaskan dari nafas isterinya. Ija menatap raut wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang.

“Entahlah abang. Beberapa hari ni sayang rasa tak sedap hati.” Ija mengadu.

“Kenapa? anak-anak ada buat masalah ke?”. Huzaini bertanya dengan nada serius. Jarang anak-anak mereka menimbulkan masalah dari segi akhlak, kalau ada pun disebabkan keputusan sedikit merosot dalam peperiksaan. Bagi Huzaini biasalah perkara itu, dia mahu anak-anaknya jadi terpelajar tetapi jika mereka tidak mampu, anak-anaknya kena usaha tetapi dia tidak mahu menekan sehingga menjadi bebanan kepada anak-anaknya.

“Anak-anak Alhamdulillah, okay saja abang tetapi sayang sendiri pun tak tahu kenapa rasa berat dan gusar saja hati ini. Serba serbi rasa tidak kena.”

“Macam semalam, sayang nak buat kek marble, sayang rasa baru je tinggal sekejap tapi dah rentung. Bukan hangus tau abang, rentung terus macam bontot kuali tu.”

Huzaini ketawa kecil, diusapkan lembut kepala isterinya itu. Ija sudah menjuih bibir, dirasakan suaminya itu tidak mengambil berat apa yang diluahkan.

“Kalau sayang rasa tak sedap hati, banyakkan berzikir dan dengar ayat Al-Quran. Lazimkan diri baca surah ‘Alam Nasrah Laka Sodraq’ dan surah ‘Ar-Rahman’, inshaAllah bila kita gusar tanpa sebab kita akan rasa tenang nanti. Amalkan hari-hari dan niat minta perlindungan dari Allah SWT.” Huzaini berkata sambil bibirnya menguntum senyuman. Ija mengangguk kecil mengiakan kata-kata nasihat suaminya itu.

“Abang… sejujurnya sayang sudah tiga hari terdengar cakaran diluar tingkap bilik kita dan baru sayang perasan yang cakaran tu berbunyi tepat pukul sebelas malam. Bunyi kuku cakaran tu kuat sangat sampaikan sayang boleh terjaga tetapi yang peliknya abang tidur nyenyak saja kat sebelah sayang. Abang tak ada dengar ke?”. Ija bertanya kehairanan.

“Tidak pula abang dengar apa-apa, mungkin sebab abang penat sangat jadi tidur sampai tak sedar akan bunyi-bunyi tu. Sepanjang tiga hari tu, memang sayang dengar setiap hari ke? atau kadang dengar kadang tidak? setiap hari sepanjang tiga………..” Huzaini tidak meneruskan kata-katanya.

Tiga hari? Tiga hari lepas adalah hari kawan baiknya itu ditemui m**i dalam keadaan mengerikan dan juga merupakan hari dia terlihat kelibat susuk tubuh tanpa isi itu. Mayat arwah Daud ditemui dengan beberapa garis cakaran panjang dan besar ditubuhnya. Adakah benda yang menganggu arwah Daud itu kini menganggu dia dan keluarganya pula?

“Abang! Abang! Aaabannggg! Abang dengar tak, apa yang sayang cakap?”.

“Huh? sayang cakap apa?.” Huzaini terpinga-pinga.

“Sayang kata, nanti abang minta tolong Ustaz Anuar untuk tengokkan keadaan rumah kita ni. Kalau tak ada apa, Alhamdulillah lega sikit hati sayang ni. Boleh tak, abang?”.

“Baiklah! nanti abang tanya Ustaz Anuar.” Huzaini berkata sambil tangannya mencapai beberapa hirisan buah yang sudah d******g oleh isterinya dan dimasukkan kedalam mulut. Fikirannya kini pula bercelaru.

*****************************

” 13 April….

Hari ini sekali lagi aku cuba menghubungi Laila tetapi masih tiada jawapan. Surat yang ku kirim juga dikembalikan semula kepada aku. Masih marahkah Laila kepadaku? Ya, mungkin salahku tetapi bagiku sudah tiba masanya Laila tahu mengenai kebenaran ini. Semakin lama aku pendam, semakin aku rasa terbeban dan tidak tenteram tetapi semakin gusar pula hatiku apabila Laila bertindak mendiamkan diri. Aku tidak boleh pulang ke rumah selagi kes belum selesai. Jikalau tidak, aku sendiri yang akan melutut memohon m


#kisahseram


eluar. Matanya tertacap pada satu tubuh yang begitu kurus dan rambut panjang yang mengerbang tidak jauh dari keretanya. Bukan! bukan tubuh tetapi lebih kepada tulang. Ya, tulang tanpa isi. Dia menggosokkan matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah benar, mungkin saja dia masih mamai akibat tertidur didalam kereta.

Susuk kelibat itu menghilang. Matanya melilau ke sekeliling tempat itu namun kelibat itu tidak ditemuinya lagi.

“Mungkin aku terlalu penat sehingga terbayang benda yang bukan-bukan.” Dia cuba menyedapkan hatinya. Baru sahaja tangannya hendak mencuba untuk menghidupkan enjin kereta, dirasakan ada sesuatu berada ditempat duduk belakang keretanya. Segera dia menoleh namun tiada sesiapapun atau apapun disitu. Satu keluhan dilepaskan dan dia mencuba lagi sekali untuk menghidupkan enjin kereta namun kali ini dia terasa satu nafas dihembus dicuping telinganya, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.

“DIA MILIK AKU!!!”. Kata-kata itu dibisikkan ditelinganya diikuti dengan ketawa mengilai.

“Bismillahirrahamnirrahim. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam.” Bibirnya menuturkan beberapa ayat pendinding dan kali ini enjin keretanya berjaya dihidupkan. Cepat-cepat dia pergi meninggalkan kawasan itu.

*****************************************

Chief Inspektor Huzaini membelek buku catatan milik arwah Chief Inspektor Daud Iskandar. Banyak catatan yang ditulis, dia tidak minat lagi mahu membaca dan bercadang akan membaca buku catatan itu apabila dia ada masa lapang nanti. Dilangkau ke helaian bertanda ’20’ dibuku catatan milik kawan baiknya itu.

” 23 october…

Hari ini aku terdengar lagi. Ya, nafas kasar itu. Aku terdengarnya lagi pada jam yang sama. Nafas tercungap-cungap seperti kelemasan. Bunyi tapak kaki itu juga kedengaran lagi. Bunyi-bunyi itu kedengaran mengelilingi rumahku dan tapak kaki itu menuju kebilikku. Gilakah aku?” Aku terlalu takut. Sesiapa tolong aku!.”

Catatan itu ditulis dengan tulisan seperti cakar ayam dan seperti ditulis dalam keadaan terburu-buru atau ketakutan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang menganggu arwah kawan baiknya itu? Atau soalan yang lebih tepat, apakah sebenarnya yang menganggu kawan baikknya itu?

Peristiwa diganggu oleh suara jeritan dan hilaian ketawa semalam kembali bermain difikirannya. Susuk kelibat yang dilihat semalam itu juga masih menjadi tanda tanya. Benda itukah yang menganggu kehidupan arwah kawan baiknya itu? Kemanakah perginya isteri arwah, Laila? Kenapakah kawan baiknya itu tidak meminta bantuan dari luar atau orang kampung atau sesiapa sahaja?

“Tuan! Tuan Jeneral panggil masuk ke biliknya sekarang. Ada kes mengenai dadah jenis baru dijumpai dan Tuan Jeneral mengarahkan untuk diadakan mesyuarat mengejut sekarang dibiliknya.” Inspektor Faiz membuat laporan. Chief Inspektor Huzaini membalas dengan anggukan, disimpan buku catatan itu kedalam laci almarinya dan segera dia menuju ke bilik Tuan Jeneral Shuhaib.

Okay guys.. sampai sini dulu.. nanti akan sambung pada bahagian akan datang. Mana yang tidak suka bersambung bolehlah tunggu sampai habis kisah dahulu. Aku lebih suka bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian dan kali ini kisahnya lebih panjang daripada biasa, selalunya aku tulis untuk dua bahagian sahaja.

Kisah ini pada pendapat aku lebih kepada rekaan tapi disebabkan jalan ceritanya menarik dan berdebor-debor jantung teman mendengor cerita yang dikaborkan oleh pak sedara teman ni jadi teman mahu jadikan dia penulisan dalam bentuk cerita. Masa Pakngah aku cerita pasal kisah ni, aku jadi nak tahu apa dan apa yang akan berlaku seterusnya. Dah habis solat zohor, sambung pula sampai selepas Isyak. Bayangkan kisah dia panjang mana? Hahaha..Apa-apa pun harap boleh hilangkan kebosanan pembaca FS masa MCO ini.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum admin dan pembaca FS. Aku Naz, 27. Kali ini, aku bawa kisah tentang Jerangkung. Kisah ini diceritakan oleh Pak Ngah aku, katanya diceritakan oleh ayah kepada kawannya yang didapati dari orang kampungnya. Kesahihan cerita tidaklah diketahui dan jalan ceritanya aku olah sedikit agar mudah difahami. Happy reading guys.

Tajuk :- Jerangkung Rumah Lama
Pencerita :- Pak Ngah Bakri
Tahun :- Anggaran Tahun 1990- 2000

“Astaghfirullahal azim… macam mana boleh jadi macam ni?” Chief Inspektor Huzaini mengucap panjang. Terkejutnya bukan kepalang apabila melihat mayat kawan baiknya itu seperti dirobek oleh binatang buas.

“Pejabat polis daerah terima panggilan daripada mangsa sekitar pukul 11malam tadi, suaranya seperti dalam ketakutan dan setibanya polis bantuan 30 minit selepas panggilan dibuat, mangsa ditemui dalam keadaan seperti ini, sudah tidak bernyawa.” Inspektor Faiz memberi penjelasan terperinci mengenai kejadian itu.

Chief Inspektor Daud Iskandar ditemui m**i dalam keadaan ngeri dan menakutkan. Matanya terbeliak keluar, isi perutnya dirobek, kepalanya terkehel ke belakang dan terdapat beberapa cakaran panjang dan besar ditubuhnya.

“Tidak mungkin ini angkara binatang buas. ” Chief Inspektor Huzaini berkata sambil matanya masih tidak lari dari menatap jasad arwah kawan baiknya itu.

“Ya Tuan, tidak mungkin ini angkara binatang buas mahupun perompak kerana tiada jejak tapak kaki suspek atau kesan-kesan rumah ini dicerobohi.”

“Dan kami temui buku catatan ini ditangan mangsa.” Inspektor Faiz menyerahkan buku catatan kecil dan tebal berwarna coklat tua yang diletakkan didalam plastik bahan bukti kepada ketuanya.

“Saya akan ambil buku catatan ini dan lakukan penyelidikan. Hantarkan laporan yang lainnya dan juga keterangan saksi mengenai kes ini esok di atas meja saya.”

“Baik, Tuan!” Inspektor Faiz berkata dengan suara tegas sambil tangannya diangkat menabik ke arah ketuanya itu. Chief Inspektor Huzaini membalas tabikan sambil mengangguk kecil.

“Ohhh.. sebelum saya pulang, saya mahu berjumpa dengan saksi iaitu isteri mangsa. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya kepadanya.” Suaranya garau bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat si saksi.

“Tapi….Tuan, kita tiada saksi dalam kes ini. Rumah ini kosong dan hanya ada mangsa seorang sahaja didalam rumah ini. Saya fikirkan Tuan mahu keterangan saksi dari orang kampung jikalau ada.” Inspektor Faiz berkata dengan nada terkejut. Dia yakin rumah itu tiada penghuni melainkan mangsa seorang sahaja kerana dia sendiri yang memeriksa setiap penjuru dan ruang didalam rumah tersebut.

“Setahu saya, mangsa tinggal bersama isterinya dan mangsa sendiri yang beritahu saya bahawa mereka berpindah ke kampung ini beberapa bulan yang lalu.”

“Tapi…….memang tiada sesiapa dirumah ini, Tuan.” Inspektor Faiz tetap dengan laporannya.

“Tak mengapalah, akan saya siasat perkara itu nanti. Mungkin isterinya pulang ke kampung keluarganya atau berada dirumah lamanya. Saya sendiri yang akan menelefon isterinya nanti untuk kepastian.”

“Jangan lupa laporan penuh diatas meja saya besok pagi.” Cheif Inspektor Huzaini mengingatkan.

“Baik, Tuan!.”

**************************************

“Kenapa pula enjin kereta ini tak boleh dihidupkan? Rasanya baru saja aku servis beberapa hari yang lalu.” Sekali lagi Chief Inspektor Huzaini cuba menghidupkan enjin keretanya namun masih gagal. Satu keluhan kecil dilepaskan, matanya dipejamkan. Hari ini badannya terasa sedikit penat daripada hari kebiasaannya, mungkin disebabkan dia terkejut dengan berita mengenai kematian kawan baiknya itu. Dia mahu berehat sebentar didalam keretanya itu sebelum mencuba kembali untuk menghidupkan enjin kereta itu. Keadaan ngeri jasad arwah kawan baiknya itu kembali terngiang dikepalanya.

“Aaaaaaaaaaaaarrrggghhhhhhhhh!!!”. Satu jeritan kuat dan nyaring tiba-tiba kedengaran.

Mata Chief Inspektor Huzaini terbuka, jantungnya berdegup kencang. Terkejut dengan suara jeritan yang baru didengarinya tadi. Dipusing tombol tingkap keretanya untuk menurunkan tingkap kereta dan kepalanya menjenguk k


#kisahseram


Hai assalam , okay cerita ni masa aku belajar dulu . Aku cerita pasal roomate aku dulu lah ya ? Kami berenam satu bilik tapi aku lebih nak focuskan kat roomate aku yang sorang ni kami tak berapa rapat sebab dia suka menyendiri dan dia ni suka pada hal hal mistik , kadang kadang dia bergurau dia cakap “weh ada hantu tu sebelah kau , ada hantu tadi aku nampak tidur dengan kau ” haihh aku ni penakut tapi agak kuat semangat juga sebab kalau aku dengar apa apa suara yang seram aku buat bodoh je padahal tuhan jelah tahu apa yag aku rasakan…….. nak terkencing oi haha .

Okay sambung , yang suka hal mistik ni nama dia Fie , takda angin takda ribut tiba tiba dia ajak kami main spirit of the coin . Untuk pengetahuan korang nak main game ni kene menggunakan syiling lama (tu yang si Fie ni bagitahu la ) . Fie ni ada syiling lama dia kata syiling tu atuk dia yang bagi suruh simpan taktahu lah apa kegunaan . Roomate aku yang 3 orang tu memang ngam dengan dia dan diorang pun setuju untuk join permainan mistik tu.

Aku ? macam biasa, aku taknak cari hal, hantu tak kacau kita , kita pula nak cari dia . Sebenarnya , aku dah marah si Fie ni, siap sampai bergaduh dengan dia sebab dia ni agak gangster sikit berbanding aku yang kecik molek….. Jadi aku malas nak panjangkan cerita lantak lah dia nak buat apa pun , malam tu kami berenam dalam bilik , 3 orang termasuk Fie main spirit .

Aku dan lagi sorang kawan tak join, kami tengok je… yelah dalam bilik yang sama juga kan . Walaupun tak join masa tu, tapi seakan aku dan kawan lagi seorang join permainan mistik si Fie ni. Apa tak nya dalam bilik yang sama juga kan.

Okay masa diaorang baca mantera hahaha mantera yang tulah spirit ii of the coin datang lahh tu . Macam tulah diaorang baca ,Fie ni pun cakap “kalau betul kau ada tunjukkan lah , jatuhkan lah apa apa barang untuk kami tahu kau ada “. Jeng jeng jengg paip air pun terbuka gaiss.. Aku da seram sejuk sebenarnya masa tu . Lepas paip yang terbuka sendiri ,garfu yang elok elok dalam bekas pula jatuh sendiri. Padahal masa tu memang takda orang lain lagi sebab rasanya semua tertumpuh dengan permainan mistik tu.

Bila dioarang dah tau benda tu memang ada , diorang pun mulakan permainan (yang aku tau jangan sampai syiling tu terlepas dari jari kita ) masa tu aku lupa apa yang Fie ni nak tanya , coin tu bergerak laju dannnnn salah seorang dari mereka terlepas coin tu . Masa tu aku da macam tak boleh fikir apa dah sebab dia dah terlepas coin tu . Haaaa lepastu jadi lagi teruk aku tak sure ‘benda’ tu marah atau apa tapi yang terlepas coin tu dia macam histeria , dan terus pergi ke tingkat 4 . Sebenarnya tingkat 4 memang lecture suruh elakkan pergi, kenapa tu aku tak tahu lah .

Kiteorang pun kejarlah dia sampai tingkat 4 tapi dia jadi lagi tak boleh dikawal , lagi agressive sampai 2 orang cedera sebab nak handle dia ,dia semakin agreesive , benda tu marah mungkin sebab ganggu dia atau apa aku tak tahu . Dia takda cakap apa apa cuma tenung kami dengan mata yang tajam nak terkencing dah masa tu sebab semua berada di tingkat 4 kejar dia punya pasal . Tingkat 4 tu dah la seram amat macam macam bunyi ada kat situ , boleh pulak benda ni bawa kami ke situ hadui sorang lagi cedera sebab kene cakar, aku pun apa lagi berlari lah panggil warden.

Lepastu warden pula panggil ustaz alhamdulilah lepas ustaz ubatkan dia , dia pengsan dan makin baik . Aku rasa tak seram mana kalau baca sebab tak dialami untuk kami yang mengalami tu Wallahualam . pengajaran kat sini tolonglah jangan sesekali nak seru seru benda yang tak kacau kita , jangan buat pasal sebab ramai dah budak budak hostel atau asrama kalau bosan takda kerja suka cari masalah , kalau bosan tu bawa bawa lah baca quran dik jangan cari penyakit . sJadi tu je ceria naku kali ini, aku harap fiksyen shasha akan publishkan cerita ni.. letih juga aku menaip walaupun tak panjang mana haha ..Terima kasih admin fiksyeshasha da terima kasih untuk semua pembaca..Minta maaf jika ada kesalahan peulisan dalam penceritaan…assalammualaikum .


#kisahseram


ku dengar cerita , Lim langsung tak tegur dia dekat sini sebab Lim nampak muka Tiha macam nenek kebayan . ” kata Mira lagi .

” Ish kau nih . Takkan lah . Kan Tiha cantik . ” kata aku lagi . Ye , semua akui yang Tiha nih cantik . Tinggi dan putih melepak .

Mira seakan berbisik , ” Kita memang lah nampak macam tuh , tapi Lim nampak lain . Kau kan tahu , Lim boleh nampak semua benda tuh . ”

Sedang hangat bercerita , tiba-tiba Hana menunjuk satu gambar yang dia ambil masa tengah malam . Dia ambil gambar sebagai kenangan tapi lain pula hasilnya . Ternampak satu bayangan putih berikat ( pocong ) sedang bertenggek di beranda . Nampak kepala dia senget menjengah kamera . Serta merta semua menjerit takut . Berderau d***h tengok gambar tuh , aku usap bulu roma ditangan .

Sumpah seram gila . Walaupun tak nampak muka , tapi bila dia jengah kepala di kamera bayangkan lah seramnya macam mana . Aku memang tak boleh lupa doh . Hana selak gambar lain pula . Dia ambil gambar dahan yang menjalar . Tapi ternampak seakan tangan manusia ada di dahan itu . Bentuk dan jari pun sama . Aku tutup handphone Hana dengan tapak tangan .

” Jangan cerita dekat sini . Kau tak tahu dia ada dekat sini ke tak . So , jangan tegur jangan cerita . Kalau nak cerita tunggu besok dekat sekolah . ” aku bagi amaran . Sebab tengkuk aku rasa seram sejuk . Sebelum jadi apa-apa , lebih baik aku cegah awal-awal .

Kemudian , Cikgu Hamid khabarkan bahawa bas yang bawa kami semua ke sini telah rosak . Semua merungut macam mana nak balik kalau bas rosak . So , setiap cikgu offer pelajar naik ke keretanya . Tiada pilihan lain melainkan cikgu sendiri yang hantar . Kami semua dah tak sanggup nak duduk dekat sini lama-lama .

Semasa perjalanan balik , aku ternampak satu kuil india di tepi jalan . Nampak usang . Tapi aku tak pasti sama ada aku sorang saja yang nampak atau kawan aku juga nampak benda yang sama . Yang aku tahu , kuil tuh nampak menakutkan . Dan lagi satu , budak junior rupanya memang dah kena gangguan dulu . Sebab itu , dia mula baca yassin bila dengar ada orang kena histeria . Gangguan apa yang berlaku , aku tak tahu . Mungkin mereka takut nak cerita .

Jadi , sampai sini saja aku ceritakan tentang pengalaman aku . Walaupun tidak menyeramkan tapi bagi aku memang menyeramkan . Kali pertama nampak kawan kena histeria depan mata memang aku tak boleh lupa .


uar dan melakukan senaman ringkas . Mata aku tertacap pada bukit tinggi di depan mata aku .

Kawan aku bercadang mahu naik ke atas bukit yang Cikgu Hamid ceritakan itu . Walaupun hati berat , tapi diikutkan juga . Alhamdulillah , nasib baik tiada apa-apa yang berlaku . Cuma aku terpandang seekor burung berwarna hitam yang besar sedang bertenggek di atas dahan . Burung itu ligat memandang kami semua . Bila aku berpaling ke kawan aku , burung itu dah tiada . Jantung aku terus berdebar .

Selepas naik bukit , kami meneroka taman hutan Gunung Ledang itu . Terdapat banyak rumah tidak berpenghuni . Dan tiba-tiba aku terdengar rumah di sebelah kiri aku berbunyi ketukan sebanyak tiga kali . Keras dan kuat . Mata aku bertembung dengan Suraya ( bukan nama sebenar ) . Dia seakan tahu , dia mengajak kawan aku yang lain pergi dari situ .

Kemudian kami nampak budak Prau 6 sedang bermain air di tempat yang agak tersorok . Kami mendekati . Tidak berniat mahu ikuti jejak mereka jadi kami semua berjalan pergi ke bilik . Sedang kemaskan katil dan beg , tiba-tiba budak Prau 6 bernama Ayu ( bukan nama sebenar ) menjerit kuat seperti histeria . Dia berada di bilik yang keenam . Kami semua bergegas ke bilik dia .

” Aku lapar ! Aku nak makan !! ” jerit Ayu dengan suara yang garau . Jantung aku berdebar . Suraya terus buka ayat alQuran dalam phone nya .

” Jangan biar dia gigit tangan sendiri ! ” Suraya berkata dengan tegas bila dia ternampak Ayu seakan mahu menggigit tangan sendiri . Bila dengar Suraya bersuara , Ayu terus pandang ke arah Suraya . Dengan wajah yang bengis dia mara ke arah Suraya tapi dapat ditahan oleh kawan dia .

” Kau… Jangan nak sibuk . Aku lapar !! Kau jangan kacau aku . ” suara garau itu muncul sekali lagi dari Ayu . Perlahan-lahan aku melangkah ke belakang menghala ke pintu .

” Jangan berdiri di pintu tuh . ” kata Suraya tegas . Langkah aku berhenti . Aku tahu dia nampak sesuatu . Aku terdengar budak junior sudah mula baca yassin . Dan Cikgu Erin pun sudah sampai . Dia baca doa sesekali dia menghembus ke arah Ayu . Ayu menjeri kuat sekali lagi dan dia pengsan . Semua mengeluh lega .

” Sudah , kamu semua kemas beg dan terus turun ke bawah . ” arah Cikgu Erin . Lepas kejadian itu , kami semua lepak dengan budak Prau 6 . Nak tahu kisah pasal Ayu tuh . Dengar cerita , Ayu pandang pokok besar depan bilik mereka dengan lama lepastuh dia terus kena histeria . Bila aku ingatkan balik , pokok itu pun macam lain daripada yang lain . Besar dan dahannya menjalar panjang . Ukiran kayu pun nampak pelik .

Sarah menghampiri Aliah ( bukan nama sebenar ) , dia bertanya ” Wey , time kau angkat tilam pergi bilik tuh kenapa kau tak jawab soalan aku ? ”

Aliah terkejut ” Eh , bila masa kau tanya aku soalan ? ”

” Ada lah . Aku depan kau jek time tuh . Aku tanya kenapa kau angkat tilam . Lepastuh kau senyap jek , tak pandang aku pun . ” kata Sarah lagi .

” Sumpah . Aku tak nampak kau . Apetah lagi dengar suara kau . ”

Semua yang berada di situ terus senyap . Berderau d***h bila dengar jawapan Aliah . Habistuh , siapa yang Sarah jumpa ?

” Aku dengar cerita Cikgu Erin dan Cikgu Idah ( bukan nama sebenar ) kena kacau juga . Masa tuh cikgu nak pergi bilik . Dah nak senja juga la time tuh . Tapi jalan punya jalan diorang tak jumpa bilik . Hampir 30 minit juga la wey . Lepas Cikgu Erin baca apa yang patut , baru nampak bilik diorang . ” Mira bercerita .

” Aku nak balik… ” kata Sarah dengan takut .

” Dah dah . Jangan cerita lagi . Kejap lagi kan kita balik . ” aku tegah mereka jangan bercerita selagi belum balik tapi mereka degil .

” Wey , kau nak tau . Lim ( bukan nama sebenar ) , nampak tiga lembaga hitam dekat dewan . Pastuh , dia nampak budak kecil dekat budak Prau 6 main air tuh . ” kata Mira lagi .

Aku diam . Aku tahu semua tuh betul . Sebab aku kenal Lim memang boleh nampak benda halus . Jadi , budak kecil tuh yang meninggal dekat bukit tinggi tuh ke ? Wallahualam…

” Kau tengok Tiha . ” Mira menjuih bibir ke arah Tiha yang sedang duduk di atas satu batu besar yang ada di situ . Semua kalih pandang .

” Lim kan rapat dengan dia . A


dahulu sementara nak tunggu azan maghrib . Kami semua pergi ke toilet . Ada sorang kawan aku nih namanya Hana ( bukan nama sebenar ) , muka dia agak pucat lepas mandi . Aku tanyalah kenapa dan dia cakap semasa dia mandi dia letakkan cermin mata di satu sudut yang ada tingkap kecil . Bila habis mandi , dia nak ambil cermin mata itu dan dia ternampak dua biji bebola mata yang sedang merenungnya tajam . Terus tangannya menggigil dan keluar dari bilik air itu .

Kami yang mendengar terus rasa cuak . Kemudian semua berpakat basuh muka saja , tidak mahu mandi . Selepas solat maghrib kami diarahkan keluar daripada bilik , sesi ceramah subjek Sejarah akan bermula tidak lama lagi . Aku dan kawan-kawan aku memang tidak ambil subjek sejarah . Jadi , kami pergi ke salah satu bangunan kayu yang agak unik . Di situ , cikgu benarkan buat study group . Tapi tidak boleh dibilik takut ada barang hilang .

Kami pun naik satu persatu anak tangga . Di bahagian beranda , kelas Prau 6 sudah duduk di situ untuk study subjek sastera . Kelas itu juga tidak ambil sejarah . Kami kelas Prau 5 . Cikgu Erin kata di dalam ada satu bilik yang boleh kami study jadi aku terus buka pintu itu . Dan langkah aku berhenti . Suasana bilik itu aku amati . Banyak kerusi diraja berwarna kuning ada dalam itu . Seperti sudah lama ditinggalkan . Dan ada meja besar di tengah-tengahnya . Seakan bilik meeting zaman lama .

Tapi kaki dilangkah juga ke dalam bila kawan aku semua sudah duduk di atas kerusi itu . Kawan aku yang lelaki datang melangkah masuk , tiba-tiba dia marah pada Seri ( bukan nama sebenar ) . Sebelum kawan lelaki aku masuk…

” Wey , kau ada bau something tak ? ” soal Sarah . Semua cuba menghidu .

” Macam bau kemenyan doh . ” ujar Mira ( bukan nama sebenar ) pula .

” Jangan tegur ! ” aku cakap dengan marah . Mulut mereka nih memang tak boleh dijaga . Tiba-tiba…

” Aduh , kau nih ! Sakit lah !! ” marah Fendi ( bukan nama sebenar ) sambil memegang tengkuknya . Semua berpaling mengadap Seri ( bukan nama sebenar )

” Aku tak buat apa-apa lah . Aku tengah main phone mana ada aku pukul kau . ” ujar Seri .

” Tapi aku rasa macam ada orang libas tengkuk aku guna wayar usb doh dari belakang . Ye la , aku kan depan kau , mana la tau kau memainkan aku . ” kata Fendi .

Seri lantas bangun ” Sumpah wey aku tak libas kau . Wayar usb pun aku tak ada . ” masing-masing main mata . Aku pandang semua kawan aku dan buat isyarat supaya keluar dari bilik itu cepat . Sarah dan Mira sudah terkumat kamit baca doa apa yang patut . Kami semua join kelas Prau 6 sementara tunggu ceramah subjek sejarah habis .

Hana tiba-tiba ketawa kuat . Aku terkejut . Ini bukan perangai dia . Dia tak suka ketawa kuat macam tuh . Lepas itu dia tunjuk ke belakang aku , dan aku pusing ke belakang dengan perlahan . Tak ada apa-apa . Kemudian , aku pandang semula ke Hana dan dia ketawa sinis sambil mata pandang ke arah aku .

Aku lihat kiri kanan . Kawan aku semua syok bermain telefon . Mereka seakan tidak sedar dengan perubahan Hana . Ataupun… Aku sorang jek yang nampak ?

Selepas solat isyak , kami semua tak berani nak tidur sorang diri jadi kami rapatkan katil double decker itu dan tidur berhimpit di katil bawah . Nasib baik semua berbadan kecil . Muatlah untuk lima orang .

Masa hendak lelapkan mata , tiba-tiba aku terdengar ada derapan kaki seolah-olah sedang berlari di luar pintu bilik kami sebanyak tiga kali . Bulu roma aku terus naik . Aku hanya diamkan diri . Jangan tegur nanti padah pula . Dalam hati dah baca ayat qursi berulang kali .

” Siapa pula yang dok berlari dekat luar tuh . Bising lah . ” cakap Sarah . Mata yang tertutup tadi terus terbuka . Aku pandang Sarah .

” Ha ? Apa kau merepek nih , mana ada orang berlari dekat luar . ” kata Mira pula . Ha sudah , kan aku dah kata jangan tegur . Aku telan air liur . Aku nampak muka Sarah dah pucat .

” Dah , jangan fikir apa-apa . Baca doa lepastuh tidur . ” arah aku . Dan mereka berdua akur . Aku ingatkan gangguan dah habis . Rupa nya besok lagi dahsyat .

Keesokan paginya , lepas solat subuh kami semua diarahkan bersenam . Jadi , kami kel


Aku nak ceritakan pasal pengalaman aku di Taman Hutan Gunung Ledang . Okay , masa tuh aku masih seorang pelajar form six di salah satu sekolah menengah di daerah Muar . Disebabkan peperiksaan penting akan datang , jadi semua guru decide nak buat kem motivasi di Gunung Ledang .

Bila dengar berita itu , mestilah kitorang teruja sangat . Ye lah , kem motivasi di luar sekolah , siapa yang tidak terujakan . Lagi-lagi , bila ada kawan aku yang bukan asal dari Johor . So , excited dia tuh mengalahkan orang lain . Hari yang ditunggu telah tiba . Masing-masing berpot-pet pot-pet sana sini . Bingit .

Bila sampai di Gunung Ledang , kami sangka kami akan pergi ke resort Gunung Ledang yang ada kolam renang tuh semua tapi jauh sekali dengan sangkaan kami . Bas kami berhenti di Taman Hutan Gunung Ledang . Tidak fikir apa-apa , kami semua turun daripada bas . Lihat kiri kanan , sunyi sepi . Tak tahu kenapa hati aku mula tak sedap .

” Okay pelajar ! Semua ke sini . ” laung Cikgu Erin ( bukan nama sebenar ) .

Kami semua pun bergegas ke bangunan yang menempatkan satu tempat yang agak besar , cukup untuk 102 orang pelajar . Cikgu Erin kata ini tempat untuk sesi penceramah semua subjek . Aku meliarkan pandangan . Nice , ada aircond . So , tak de lah aku berpanasan di sini . Kami gelarkan tempat itu sebagai dewan .

” Cikgu nak bagi kunci setiap bilik ! Setiap bilik boleh muat 10 orang . Cikgu panggil sorang nama sebagai wakil bilik , awak datang ambil kunci . ” ujar Cikgu Erin .

Setelah ambil kunci bilik itu , semua berpusu pergi ke bangunan yang menempatkan bilik kami semua . Aku lihat dari luar bangunan itu . Bangunan kayu satu tingkat . Agak usang dan bersebelahan dengan hutan . Rasa tidak sedap hati mula mengundang . Mungkin tak de apa-apa kut . Aku cuba sedapkan hati .

Bangunan itu ada enam bilik . Jadi , bilik pertama dan kedua untuk junior aku . Bilik keempat dikunci rapat . Aku tak tahu kenapa . Kami semua pergi ke bilik yang kelima . Selebihnya , pergi ke bilik keenam . Terdapat lima katil double decker . Kawan aku yang bernama Sarah ( bukan nama sebenar ) suruh ambil katil di tepi tingkap . Kawan aku ada lima orang , jadi mereka semua bersetuju kecuali aku . Aku bertegas tidak mahu katil di tepi tingkap . Aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhati di sebalik tingkap itu . Aku tiada kebolehan nampak makhluk halus , tapi aku boleh rasa .

Lepas berkemas apa yang patut , kami turun balik ke dewan untuk sesi penceramah subjek Pengajian Am . Semasa dalam perjalanan ke dewan tuh , aku ternampak ulat bulu yang sangat besar . Badannya sebesar lintah dan panjangnya seperti lipan . Tapi macam dah m**i . Sebab badan ulat bulu itu tidak bergerak langsung . Aku berhenti dan panggil kawan aku supaya lihat ulat bulu tuh . Kawan aku semua kagum , aku keluarkan telefon bimbit untuk ambil gambar tapi tidak sempat apabila cikgu jerit panggil nama kami semua . Bergegas kami pergi ke dewan .

Habis saja dengar ceramah subjek Pengajian Am , kami semua menjamah selera di dewan itu juga . Hari pun dah senja . Sebelum berangkat ke bilik , Cikgu Hamid ( bukan nama sebenar ) berpesan sesuatu .

” Lepas nih , kamu semua pergi mandi dan solat maghrib . Yang bagi non muslim , kamu semua boleh duduk di bilik diam-diam . Mulut jangan celopar sangat . Ingat sikit kamu dekat mana . Lagi satu , cikgu nak bagitahu . Di depan sana tuh ada bukit yang agak tinggi . Cikgu dengar dekat situ ada sorang budak lajak meninggal dunia . Baru seminggu lepas , jadi mulut tuh jaga . Kalau mulut tuh celopar sangat , nanti budak tuh kacau kamu semua padan muka . ”

Muka semua sudah cuak . Rata-rata ada yang merungut . ” Ish cikgu nih . Saja nak takutkan kitorang . ” Cikgu Hamid ketawa kecil sebelum berpesan sekali lagi dan semua pergi ke bilik . Semasa hendak ke bilik , aku pergi ke tempat ulat bulu itu tadi . Aku agak terkejut sebab ulat bulu tadi dah tak ada . Mana mungkin ulat bulu yang dah m**i boleh tak ada pula . Aku pusing sekeliling mencari ulat bulu itu . Tiba-tiba bulu roma aku naik . Tanpa berfikir panjang , aku terus masuk ke bilik .

Semua berpakat untuk mandi


#kisahseram


tak keluar air mata. Aku tak tahu nk pergi mana. Aku duduk di dapur dan hantar mesej kepada kakak aku suruh ambil aku petang itu.

Nak tak nak aku terpaksa beranikan diri aku masuk balik dalam bilik untuk ambil tuala dan pergi mandi. Mulut aku tak lengkang baca ayat kursi. Jantung aku macam nak terkeluar dari dada bila masuk dalam bilik tu. Lepas selesai mandi aku membaca surah Yassin dan memasang surah terpilih menggunakan ipad. Aku kemas semua pakaian aku nak balik kampung. Aku nekad nak pindah rumah lepas tu sebab rasa dah tak selamat tidur dalam bilik tu lagi.

Perasaan aku tak tenteram. Kejadian tu menghantui fikiran aku, sentiasa bermain dalam otak aku. Petang tu juga aku tidur kat rumah kakak aku. Sampai kat rumah mak aku pon aku tak boleh fokus dengan keadaan sekeliling aku sebab asyik teringatkan perkara tu. Pukul 12 malam semasa aku tengah cuci pinggan aku seakan ternampak bayang hitam sebesar manusia. Aku ingatkan kakak aku lah kat belakang aku, cepat-cepat aku pusing belakang nak tengok. Rupanya kakak aku tengah makan nasi dalam rumah. Jadi, memang tak ada orang lah berdiri kat belakang aku tadi. Cepat-cepat aku masuk dalam rumah berlagak macam tak ada apa-apa berlaku. Lepas 3 hari baru keadaan aku pulih seperti sedia kala. Kejadian seram tu dah tak mengganggu fikiran aku lagi.


Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Aku Ina, 23. Aku ingin menceritakan pengalaman seram yang aku alami sendiri. Aku minta maaf kalau cerita aku kurang seram bagi korang tapi cukup menyeramkan bagi aku. Minta maaf juga kalau cerita aku ni membosankan.

Kisah ini berlaku semasa aku sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di Pantai Timur. Ketika itu aku berada di semester 5. Aku tinggal di rumah sewa. Aku membuat keputusan untuk menyewa di sebuah rumah di kawasan berhampiran kampus aku. Memandangkan aku selesa tidur berseorangan di sebuah bilik, aku menyewa sebuah bilik di rumah tersebut kerana harganya lebih murah berbanding rumah lain di kawasan tersebut. Rumah sewa itu sangat selesa bagi aku kerana lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan. Aku mula menetap di rumah itu pada semester 4, namun pada masa itu aku tidak mengalami sebarang ganggunan.

Gangguan tersebut bermula pada akhir semester 5. Pada masa itu aku baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan. Peperiksaan yang berlangsung selama tiga hari dan aku harus menjawab 2 jenis kertas soalan dalam satu hari. Aku sedikit tertekan dan sangat keletihan. Oleh kerana badan aku terlalu letih kerana tidak cukup rehat, aku tertidur awal malam tu. Kira-kira pukul 3 pagi aku bermimpi aku sedang tidur di rumah kakak aku. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang wanita memanggil nama aku dan suruh aku bangun. “Ina…bangun”. Aku menganggap mungkin kakakku yang panggil aku di dalam mimpi tu. Tetapi aku tiba-tiba berasa pelik kerana suara tersebut seolah-olah suara di alam nyata. Aku tersedar dari tidur tapi aku tidak membuka mata. Aku terfikir sekejap yang aku sedang berada di bilik aku sendiri atau di rumah orang lain. Tangan aku tertolak sesuatu di atas katil. Aku menyentuh benda itu dan itu adalah bantal peluk aku. Itu menandakan aku sedang tidur di bilik aku sendiri.

Lantas aku terfikir suara siapa yang memanggil aku tadi sedangkan aku keseorangan. Tak ada siapa-siapa melainkan aku seorang sahaja. Aku fikir positif, mungkin hanya mimpi tetapi suara itu seakan-akan betul. Malas berfikir panjang, aku menyambung tidur. Serentak dengan itu, aku terdengar lagi suara wanita itu memanggil nama aku. “Inaaa..bagunnn”. suara itu datang dari belakang badanku sebelah kanan. Aku tidur mengiring di sebelah kiri. Ohh tidak, dia datang lagi..Allahuakhbar..aku menjerit di dalam hati tanpa membuka mata atau menoleh kebelakang. Jantung aku mula berdegup kencang. Bayangkan aku berseorangan dalam bilik tu dan dalam keadaan gelap gelita. Terasa nak peluk seseorang je masa tu tapi tak boleh peluk sesiapa. Katil aku terasa berat sebelah seolah-olah ada sesuatu duduk di situ. Aku menjerit di dalam hati. “Allah…dia naik atas katil aku pulak.”
“Inaaa….tidurrr” suaranya lembut menyuruh aku tidur. Aku memejam mata serapat yang mungkin. Peluh mula membasahi muka aku. Tubuh aku kaku, aku tidak sanggup buka mata atau menoleh kebelakang. Serentak dengan itu, tangannya mengusap lembut pinggang aku. Sangat menggelikan tapi aku masih boleh tahan. ‘Inaaa…’ Suara tersebut seolah-olah membelai aku dengan penuh kelembutan. Semua surah-surah hilang dari ingatan aku. Aku cuma ingat menyebut berzikir sahaja. Tiba-tiba tangannya memegang ketiak aku. Sumpah geli gila. Aku tak boleh tahan. Aku guna tangan kanan aku untuk tolak tangan dia yang sedang pegang ketiak aku. Aku tersentuh sesuatu yang aku rasakan mungkin jari dia sebesar satu inci. Kasar gila dan sedikit menggerutu. Hati aku tidak putus berzikir dan berselawat. Itu je yang aku ingat masa tu.

Tapi aku benggang sebab benda tu masih tak nak lari. “tak nak lari jugak dia ni.. kenapa susah sangat nak lari’. “Diamlah” Suara itu sedikit garang marah aku. Aku buntu tak tahu nak baca apa lagi nak suruh dia lari. Aku teringat nak baca ayat kursi. Tak sempat aku baca, katil aku mulai terasa ringan dan aku terasa sedikit bahang hangat beransur hilang. Bila aku yakin dia dah hilang aku buka mata dan buka lampu. Aku capai handphone aku dan berlalu keluar dari bilik. Aku baca ayat kursi sekerap yang boleh. Badan aku menggigil dan berpeluh. Rasa nak nangis pon

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

1 472

obunachilar
Kanal statistikasi