Manusia sering bersangka-sangka bahawa dirinya 'MALANG' apabila baru sahaja menerima sejumlah wang tetapi tak lama kemudian, belum sempat wang itu dinikmati, dia ditimpa masalah yang menyebabkan wang yang baru diperolehi terpaksa digunakan.
Dan manusia selalu bersangka-sangka bahawa dirinya 'BERUNTUNG', apabila baru sahaja dilanda musibah hingga perlu membelanjakan sejumlah biaya, tiba-tiba sejurus kemudian dia beroleh wang lain, yang berjumlah sama dengan yang telah diguna.
Sedangkan, jika diamati secara saksama, kedua-duanya pernah berada pada sisi 'malang' dan 'beruntung', sudut 'nikmat' dan 'musibah'...hanya sahaja berbeza pada urutan, yang mana hadir dahulu yang mana datang kemudian.
Sedangkan, jika diteliti dan diperhalusi, keadaan yang datang dahulu adalah persediaan untuk menerima keadaan yang tiba nantinya kerana hidup ini sifatnya dinamik, bukan statik.
Justeru, datangnya musibah sebagai persediaan untuk menerima kenikmatan. Demikian, nikmat bertamu sebagai persediaan musibah yang tiba setelah itu.
Sesungguhnya, kebaikan dan keburukan itu....kedua-duanya adalah ujian sebelum kematian dan 'Hari Perhitungan' kerana di situlah terserlah Maha Adil nya AR RAHMAN ❤️
Tusbihuuna 'ala khair 🌹
🦋
@Soulofiman